Assalamualaikum
Wahhh..akhirnya menjadi jugak Mexican Bun saya..hehehe. Selama ni kalau nak makan mesti beli kat Roti Boy Alamanda Putrajaya. Itu jer yang terdekat.
Bukan apa, roti ni bau dia memang menggoda jiwa raga. Asal lalu jer kat tepi Roti Boy tu, mesti rasa nak singgah. Aromanya mcm menarik-narik kaki supaya masuk ke dalam dan ambik seketul 2 roti..hehe.
Hari Jumaat minggu lepas, kebetulan free, tak der apa2 keja yg nak dibuat, maka saya pun menjelajah..gugel sana sini resepi Mexican Bun ni.. Ramai yang dah buat rupanya. Cantik2 belaka kejadian rotinya. Kebanyakan guna resepi Lilydvalley dari MyResepi. Rata2 komen kata sedap dan menjadi. Apalagi..set dalam kepala. Esok mesti buat..esok mesti buat.!!!
Sabtu pun tiba...lepas masak spagetti untuk sarapan ahli rumah saya, maka keluarkan mixer, ambil besi penguli doh..maka proses meroti pun bermula.
Nak buat roti ni, banyak step jugak. Sebab dia ada filling, ada topping. Saya kalau dapat resepi yang banyak benda yg nak kena buat mcm ni..saya suka study dulu resepinya. Susun elok2 dalam kepala apa yg patut buat dulu, apa yg patut dikemudiankan. Baru lancar proses meroti..hehe
Ok..pertama, saya buat filling dulu. Buat filling ni sekejap jer..masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais.Kemudian saya uli doh roti. Uli..uli..uli sampai doh licin dan elastik. Ketika tunggu roti naik tu,saya buat topping pulak...godek-godek..ni pun tak lama sangat. Dah siap boleh ketepikan.
Tunggu roti naik 2 kali ganda dalam 45 min gitu.
Bila roti dah naik cantik, proses meletakkan topping bermula. Suka sangat time ni. Pusing2 topping atas roti jadikan bentuk spiral gitu.
Mula2 saya terfikir jugak...mcm mana ek roti tu jadi bersalut penuh dgn topping..?? Rupanya bila bakar, topping yg berbentuk spiral tu mencair pelan2 dan menutupi seluruh permukaan roti. Cantik sangat..!!!!
Time bakar, tak yah citer lah..semerbak bau. Rasanya semua jiran2 saya depan belakang, kiri kanan..semua dapat hidu bau roti saya..hehehe. Tapi saya ni jiran yg baik, bila siap jer..terus saya hulur kat rumah jiran saya ituuu..hehe
Oh ya..lupa nak bagi tau..kalau sesiapa yang nak cuba buat roti ni, sukatan filling & topping tu boleh buat separuh jer yer. Saya buat ikut resepi bulat2..haaaa tu dalam peti ais, selambak lagi filling dan topping yg lebih. Boleh buat lagi 2-3 adunan roti baru habis semua filling & topping tu kut.
Ok...tak yah citer panjang2..pendek kata lepas ni Roti Boy boleh bangkrap..sebab dah ada pesaingnya..hahaha!!
Jom kita tengok resepinya. Pendek
Terima kasih kpd Lilydvalley kerana berkongsi resepi roti yg mabeles nih..
Mexibun Bun
Bahan2 (17 biji roti)
Filling
* 200g mentega
* 1/2 tea spoon esen vanilla
* 70g brown sugar
Cara-cara :
* Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping
* 200g mentega
* 160g gula acing
* 3 biji telur grade A - pukul sedikit
* 1 sudu kecil perisa kopi - saya guna coffe emulco jer
* 200g tepung gandum
Cara-cara :
* Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
Doh Roti
* 500g tepung protein tinggi - di ayak
* 2 sudu kecil bread improver
* 2 sudu kecil bread softener (optional)
* 20g susu tepung
* 75g gula kastor
* 1 biji telur - dipukul sedikit
* 250ml air/susu segar (skip susu tepung jika guna susu segar)
Cara-cara :
* Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
* Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya)
dan gaul rata lagi.
* Masukkan telur dan air/susu segar.
* Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga
lembut & elastik selama 10-15 minit.
* Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10
min.
* Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat
supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
* Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung
dan jarakkan dlm 7.5 cm.
* Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm)
* Bila bun dan naik, pipekan topping atas bun secara spiral bermula dari top center
* Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau
sehingga bun keperangan.