Sunday, 22 July 2012

SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum...
Selamat berpuasa untuk yang sudi singgah di blog yang tak seberapa ni. :)
Bulan puasa ni kalau ikutkan hati tak de mood & tak der masa nak update blog. Sibuk siapkan tempahan..dan sibuk juga memikirkan apa yang hendak dimasak untuk berbuka.

Apapun..hari ni gagahkan jua jari jemariku untuk membuat n3 Snow Cheese Cake ni.
Kek ni memang menjadi pujaan dan begitu top di kalangan rakan2 memasak di FB. 
Dah lama teruja dengan kek ni, tapi dek kerana stok cheddar cheese tak der..hasrat tu asyik terbantut jer.




Mula-mula dulu saya ingat adunan kek ni guna cheese, rupanya tidak.
Kek ni asasnya hanya kek span yang mudah...dikombinasikan dgn sapuan cream cheese dan ditaburi dgn parutan cheddar cheese. Kombinasi ini menghasilkan satu rasa lembut yang mewah dan sungguh sedap.. Lembut pada keknya..mewah dan sedap pada cream cheesenya.. :)


Bagi penggemar cheese, harus dicuba kek ini. Penuh dgn rasa cheeseeeeeeeeeeee. hehe.



SNOW CHEESE CAKE
Sumber : Umi Nadia Yunus

6 biji telur (buang 2 biji putih telurnya) / 5 biji telur gred B
100g gula
100g tepung kek
60g tepung jagung
50g air sejuk dari peti ais
1 tsp baking powder
2 tbsp ovalette
75g mentega cair/minyak masak/minyak jagung
1 tsp esen vanilla

Cream cheese:
250g cream cheese
1 cawan susu pekat
1 sudu besar jus lemon


Pukul semua kecuali mentega cair/minyak..hingga gebu(high speed)
Kemudian masukkan mentega/minyak dan putar dgn kelajuan perlahan
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik dgn baking paper.
Bakar dgn 150 C selama 1 jam.
(saya bakar suhu 170 C selama 55 min)
Bila kek masak, terus keluarkan dari oven..terlingkupkan atas redai bersama loyang..biarkan dalam 10 min dan kek akan tertanggal sendiri. (kalau tak tanggal gak..terpaksalah tuan-tuan dan puan-puan godek-godek sikit dan jolok mana yg patut...hehe)
Sejukkan kek dalam peti ais supaya senang nak potong.
Potong kpd 3 lapisan yang sama rata
(kalau tak sama gak..ambik pembaris ukur..hehe)

Pukul bahan2 cream cheese sehingga sebati dan gebu.
Sapukan pada setiap lapisan kek.
Akhir sekali sapukan cream cheese pada keseluruhan kek kemudian parutkan cheddar cheese menutupi keseluruhan kek.
Sejukkan beberapa jam..barulah enak dimakan.
(Kalau tak sabar sangat...terus potong pun tak per..tak der org nak marah..haha)



Monday, 16 July 2012

KEK KARAMEL 2

Assalamualaikum

Tayang Kek Karamel sekali lagi. Malas nak tulis panjang-panjang, tapi just nak cakap, skrg puas hati sangat dgn kejadian Kek Karamel yang saya buat. Daripada karamel nya yang hanya ada setitik dua air, kek pun tak basah..dan kegebuan kek terserlah..amat-amat berpuas hati.

Resepi keknya masih sama dgn resepi Kek Karamel yang saya post dulu..cuma kali ni resepi karamelnya guna resepi Kak Nor (Secubit Garam). Geram sangat tengok kek karamel Kak Nor yang nampak tebal &  dan tak basah. Pakai 2 keping roti. Saya suka resepi karamel yang ni..sebab karamelnya agak pejal sedikit..karamel pun tebal..cantik sangat. Yang paling penting..dia tak menghasilkan air yang boleh membuatkan kek kita basah apabila dikeluarkan dari loyang.

Dah beberapa kali guna resepi ni untuk kastemer..nampaknya mereka amat berpuas hati. Jadikan buah tangan untuk mak mertua..mak mertua cakap sungguh sedap..!!! hehehe





KEK KARAMEL
Resepi kek : Munira Baharum
Resepi Karamel : Kak Nor

BAHAN A
2 sudu besar gula kastor

BAHAN B (untuk puding)
2 keping roti gardenia
1 biji telur + 2 biji telur kuning (saya letak 3 kuning)
1 cawan susu cair
1/3 cawan susu pekat manis
1 cawan air biasa (saya letak 1/2 cawan jer)
1 sudu kecil esen vanilla


BAHAN C ( Kek )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung

Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati


BAHAN D (meringue)
6 telur putih 
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar


CARA-CARANYA:
Masukkan BAHAN A dalam loyang. Ratakan supaya rata di dasar loyang. 
Panaskan sehingga warna kuning keemasan. 
Bila gula dah cair keemasan, ketepikan.
(Saya masukkan ke dalam oven shj )

Blend roti & susu cair sehingga roti hancur. Campurkan dengan semua BAHAN B dan kacau-kacau manja. 
Jgn pukul nanti puding karamel jadi berlubang-lubang.
Tapiskan kedalam gula tadi. Ketepikan.

Pukul BAHAN D sehingga soft peak (jadi meringue) bila terbalikkan bekas..adunan tak jatuh. Bila dah jadi meringue..ketepikan.

Putar kuning telur, air, gula & minyak (BAHAN C) sehingga kembang. Masukkan tepung & baking powder. Kacau sebati.

Campurkan bahan D & C dgn kaedah kaup balik sahaja. Sebatikan.

Bahagikan adunan kepada beberapa warna & perisa pilihan hati.

Masukkan adunan  ke dalam loyang karamel tadi secara berselang seli.

Panaskan oven terlebih dahulu. 
Bakar kaedah steam bake dgn suhu 180 C selama 50min-1jam..terpulang pada oven masing-masing. 
Saya guna api bawah sahaja.



Tuesday, 10 July 2012

PAK CHOY BERSOS TIRAM

Assalamualaikum..
Hari ni bersiaran dengan masakan yang biasa-biasa jer. Walaupun biasa, tapi sedap. Makan pun bertambah-tambah kalau ada sayur ni. Pak Choy Bersos Tiram.


Masak pak choy ni mudah jer..ramai yang tahu masak benda alah ni. Oleh yang demikian, disebabkan ramai yang tahu..maka jom lah kita tengok2 jer hasil masakan saya. Tapi kalau yang tak tahu nak buat..resepinya ada kat bawah sana..hehe

Selalunya saya masak pak choy ni, sos dia nampak gelap sebab pakai sos tiram kan..yang ni pun pakai sos tiram jugak..tapi sosnya agak kemerahan sebab saya letak udang. 
Lagi satu, kalau org lain suka siat pak choy sehelai-sehelai sebelum masak..saya pulak suka masak seketul-seketul gitu. 
Tapi pastikan masa basuh tu kena selak sehelai demi sehelai..manalah tahu kut-kut ada makhluk asing dari planet mana ntah duk sembunyi kat situ..hehe
Time nak makan baru siat sehelai-sehelai. Bukan apa, selalu kalau makan kat hotel2 atau restoran2..geram tengok diaorg susun pak choy..cantik jer seketul-seketul..hehe. Kita pun buatlah mcm tu..



PAK CHOY BERSOS TIRAM
Resepi : Sally Rashid

6 pokok pak choy
(dicelur sekejap dengan air yang dimasukkan sedikit minyak masak untuk kekalkan kesegaran dan kehijauan pak choy)

4 ulas bawang putih
3 sudu besar sos tiram
air
minyak masak untuk menumis
udang secukupnya
sedikit tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam

Cara:
Toskan pak choy yg telah dicelur.
Panaskan minyak masak.
Tumis bawang putih hingga naik bau
Masukkan sos tiram.
Masukkan air secukupnya. 
(Kalau nak sos banyak..boleh lebihkan air)
Rasakan gula garam (jika perlu)
Biarkan sos mendidih dan pekatkan menggunakan tepung jagung.
Bila sos dah cukup rasa dan pekat, masukkan udang & serbuk lada hitam
Biarkan udang masak seketika.
Susun pak choy di dalam bekas yg sesuai. 
Siram sos ke atas pak choy
Sedia untuk dihidangkan.

Yummy..!!!!!



Wednesday, 4 July 2012

Tempahan - NEW YORK CHEESECAKE

Tempahan daripada salah sorg officer kat my opis, 
Cik Wan Noraini. Ditempah khas untuk birthday housematenya.
Semoga berpuashati dgn kek tu.. :)

Rupa New York Cheesecake sebelum dideco







Monday, 2 July 2012

BUTTER PRAWN

Assalamualaikum..

Anda suka udang..?? Tak suka..?? Anak2 saya pun tak berapa suka, tapi mama nya suka..hehehe. Dek kerana mana nya suka makan seafood, tiap kali si abah pegi beli barang dapur, dia tak akan lupa untuk beli udang dan sotong. Kita pulak, bila dah terima lauk-lauk ni semua..mulalah ligat fikir nak masak apa..
Kali ni udangnya agak besar dan segar..so, apa kata kita buat Butter Prawn. Buatpun tak banyak..hanya untuk makan berdua jer...

Mcm biasa, kalau nak masak lauk-pauk..mesti cari resepi yang best-best. Kat mana cari resepi tu..?? Mestilah kat blog otai2 yang saya sayangi dan kagumi. Untuk resepi Butter Prawn kali ni saya intai2 resepi kat dapur Kak Nor (Secubit Garam). 



Butter Prawn ni guna sedikit daun kari. Maka saya pun suruh lah anak dara saya yg berumur 7 tahun tu turun ke tingkat bawah..mintak tolong petik 2 tangkai daun kari. Dia pun turunlah dengan rajinnya. Bila dia naik..mama..nah daun kari. 
Huhuhu..memanglah 2 tangkai. Tapi tangkai yg paling kecik..setiap tangkai ada beberapa helai daun jer. 
Alahai..
Jadilah wahai anakku..daripada tak der langsung. Nak turun ambik sendiri..malas pulak.


Tengoklah daun kari kat atas udang tu..itu jer yg ada..hehehe.

Resepi ni saya copy paste jer dari dapur Kak Nor..tak der derhaka langsung. Saya ikut sebijik-sebijik.

BUTTER PRAWN
Sumber resepi : Nita & Kak Nor

Bahan :
12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. 
Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.
Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. 
Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. 
Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah letak penapis utk membuang minyak berlebihan.

Nota dari Kak Nor :
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia




Sunday, 1 July 2012

KEK COKLAT MOIST


Assalamualaikum & Selamat pagi kepada semua yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni.
Kepada yang sudi jadi follower..terima kasih banyak2
Kepada yang baru singgah..nak cari resepi atau sekadar tengok2 saje..selamat datang diucapkan.
Saya bukanlah pakar dalam hal masak memasak..
nak cipta resepi sendiri jauh sekali. 
Apa yang dipaparkan di blog ini adalah hasil percubaan ke atas resepi-resepi rakan2 dan juga resepi2 yang diambik dari blog kawan2.
Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan2 yang sudi berkongsi resepi..semoga Allah murahkan rezeki kpd mereka2 ini.

Ok…berbalik kpd tayangan hari ni. 
Nama dia Kek Coklat Moist.
Kek ni ditempah khas oleh Puan Dewi Azwy, seorang member baik yang mulanya hanya kenal di lama forum, kemudian silaturrahim berkekalan sehingga membawa kepada pejumpaan demi perjumpaan. Alhamdulillah..
Kek ni Puan Dewi Azwy tempah untuk perjumpaan kami & rakan2 lain pada 30 Jun 2012 di Restoran Satay  Kajang Haji Samuri. 
Seronok sangat dapat jumpa member2..dapat beramas mesra..bukan sajer dgn anak2 mereka..dgn maknya sekali kena ramas..ahahaha



Kek Coklat Moist ni resepi daripada Jom Masak (Marizah Miza). Izinkan saya letak resepi kat sini untuk rujukan pada masa2 akan datang.
Sedap dan cantik kejadian keknya. Kat sini dapat tayang kek yang belum potong jer. Yang dah potong lupa nak ambik gambar dek kerana sibuk beramas mesra..hehe. 
Dalam kek tu saya lapis dgn Mousse Coklat. 
Bahagian luar juga saya sapukan lebihan Mousse Coklat. Tutup semua lubang2 bagi sekata..kemudian baru siram dgn Coklat Ganache.




KEK COKLAT MOIST
Resepi : Marizah Miza (Jom Masak)

2cwn tepung gandum

1sdt baking powder
1sdt soda bikarbonat
(ayak bahan diatas)



1cwn serbuk koko
1cwn gula perang
1cwn ssu pekat
1cwn air panas**
1cwn air biasa**
4sdb ssu tepung (lagi sedap jika ssu tepung coklat)
1cwn minyak masak

(masak semua bahan di atas api perlahan sehingga sebati)


(bahan bertanda** boleh jugak ditukar dengan susu cair @ susu segar @ susu coklat dan abaikan susu tepung)



2 biji telur A
1sdt esen vanila



Cara-cara:
Pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu guna mixer)..masukkan esen vanilla
Masukkan bahan yg dimasak...kacau hingga sebati
Masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau hingga larut
Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris & dialas baking paper
Tutup loyang dengan aluminium foil utk elak air dari menitik ke atas kek
Kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana



Mousse Coklat
350g non diary whipping cream-diputar hingga soft peak

100g coklat masakan-dihiris nipis-cairkan dg cara double-boil,biarkan sejuk
1 sudu besar serbuk gelatin direndam dg 4 sb air,dicairkan dg cara double boil-biarkan suam

(campur semua bahan dan kacau sebati)

Coklat Ganache
250g UHT Whipping Cream
500g cooking coklat (saya guna Berly’s Dark Coklat Compound)
I sudu besar butter (untuk ganache yg berkilat)

Panaskan UHT Whipping Cream sehingga panas (tak perlu sampai mendidih). 
Bila dah panas, matikan api dan masukkan coklat & butter. Kacau sehingga coklat betul2 cair dan sebati.
Bila dah sebati, sejukkan seketika supaya ianya menjadi sedikit pekat kemudian siram ke atas kek.
Untuk deco, masukkan ke dalam peti sejuk seketika. 
Bila ganache menjadi agak likat, boleh deco. (yang saya buat bunga tu)

Manakala untuk corak2 love dan corak yg saya tampal kat kek tu, saya cairkan coklat compound. Bila dia pekat sedikit, saya masukkan dalam piping bag kemudian paipkan mengikut corak yang dikehendaki ke atas baking paper.
Masukkan ke dalam peti ais sekejap supaya coklat mengeras. Kemudian boleh letakkan ke atas kek..hias mengikut citarasa.

Coklat yang saya gunakan untuk buat ganache & deco