Thursday, 29 December 2011

SIAKAP GULAI KUNING BERSAMA NENAS

Assalamualaikum...

Entri pagi ni..Siakap Gulai Kuning dicampur nenas sekali..maka jadilah namanya Siakap Gulai Kuning bersama Nenas..hehehe

Wah..Sally Rashid..sejak dua menjak ni kerap pulak masak bersantan. Nak menambah berat badan gamaknya...hehhee. Tak perlah...memang dah bertambah sikit berat badannya...cuti 3 hari hari tu tak jogging mcm biasa. Cirit birit punya hal.. Minggu ni nampak gaya kena jogging lama sikit..nak bakar balik lemak2 yang dah mula seronok lepak2 dalan badan kita ni...

Siakap ni dah seminggu terperap dalam peti ais. Mula2 ingat nak buat Siakap 3 Rasa..tapi dek kerana si abang yang bersunat hari tu belum sembuh betul lagi..maka Gulai Kuning jer lah..Kalau buat Siakap 3 rasa..kesian kat abang, kegemaran dia tuh.
Gulai Kuning ni bahasa belah kita..tapi bahasa belah sini panggil Masak Lemak Cili Api..sama lah tu..




Bahan lebih kurang jer dengan Masak Lemak Telur Masin hari tu..cuma ada sikit2 penambahan jer..

SIAKAP GULAI KUNING BERSAMA NENAS
Resepi : Sally Rashid

* 1 ekor Siakap saiz kecil
* Santan RM2
* 6 potong nenas (saiz ikut suka)
* 4 ulas bawang merah
* 4 keping lengkuas yg dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 biji buah keras
* 2 batang serai
* 5 tangkai cili api (nak lebih pun boleh)
* 2 sudu kecil serbuk kunyit (pakai kunyit hidup pun ok)
* garam secukup rasa

- Masukkan santan ke dalam periuk
- Bawang Merah, Lengkuas,Halia, Buah Keras dan Cili Api ditumbuk lumat. kemudian dimasukkan ke dalam santan
- Masukkan serbuk kunyit
- Serai dititik kemudian dimasukkan juga ke dalam santan.
- Kacau santan sehingga mendidih.
- Masukkan ikan dan nenas.
- Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Tidak perlu masukkan asam jawa atau asam keping kerana air nenas tu dah ada rasa masam manisnya.
- Apabila ikan sudah masak dan rasa sudah ngam..bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.

Tuesday, 27 December 2011

KEK PISANG GEBU

Assalamualaikum...Salam Sejahtera

Dalam sibuk2 ni..curi2 masa untuk N3 baru kat blog kita yang tak seberapa nih.

Hari ni kita nak tayang Kek Pisang yang kita buat hari minggu hari tu. Sajer gatal2 tangan nak buat kek pisang bila nampak ada 3-4 biji pisang berangan yang tak berusik atas meja.

Resepi kek pisang ni kita ambik dari blog YatieMemories. Asal dari resepi Kek Pisang Kukus. Dulu pernah buat versi kukus punya. Memang sangat sedap. Tapi kali ni gatal tangan nak bakar pulak..tetapi menggunakan resepi yang sama, cuma tang minyak masak tu kita tukar ke minyak jagung. Memang gebu dan ringan. Tersangat sedap....




Jom kita tengok resepinya.........
*
*
*

KEK PISANG GEBU
Sumber : Yatie

Bahan-Bahan
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur gred A
  • 3/4cwn gula
  • 1 sudu kecil ovalette (saya tambah)
  • 1 cwn pisang dilecek
  • 3/4 cwn minyak masak (kita guna minyak jagung)
  • 1 sudu kecil esen pisang
Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder .Ketepikan dulu.
  2. Dlm bekas lain,putar telur dan gula dgn mixer hingga kembang. Masukkan ovelatte dan putar lagi sehingga betul2 kembang.
  3. Kemudian masukkan pisang lecek, minyak dan putar lagi sampai sebati.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar lagi. Akhir sekali tambahkan esen pisang.
  5. Alas loyang 8 inci dngn kertas minyak dan sapukan sedikit mentega. Kukus kek di atas api sederhana besar selama 40minit. (kita letak dalam cup, bakar dengan suhu 160C selama 20 min..kalau pakai loyang masa membakar lebih lama)

Monday, 26 December 2011

Telur Masin Masak Lemak Cili Api bersama Pucuk Ubi

Assalamualaikum..

Kembali bersiaran setelah lama bercuti. Macam mana aktiviti masa cuti..?? Mesti semuanya best2kan.
Kita cuti 3 hari sibuk duk ulang alik tengok si sulung yang berkhatan minggu lepas kat rumah Kak Long di Dengkil. Sambil2 tu sibuk jugak duk melayan perut yang meragam dek kerana banyak sgt makan durian. Selalu kalau makan durian, tak pernah pulak perut meragam. Tapi kali ni tak tau silap kat mana..sampai 3 hari cirit birit. Letih lesu badan.

Petang semalam dah bawak abang balik rumah. So, lepas ni tak payah ulang alik ke Dengkil lagi.
Harap2 abang cepat sembuh sebab cuti sekolah pun berbaki tak banyak lagi dah.

Aktiviti masak memasak pulak agak simple jer. Bila kurang seorang tukang makan..mood masak agak menurun. Dalam kepala tu dah plan macam2 yg best tapi kena sabar dulu. Tunggu abang sembuh betul2.

Menu semalam..Telur Masin Masak Lemak Cili Api digandingkan dengan pucuk ubi. Ermmm..memang sedap. Selalunya kalau masak lemak cili api..ikut cara mak mertua (org rembau). Tak pakai bawang..cuma santan, kunyit ngan cili api jer. Tapi kali ni sajer2 nak menambah bahan. Alhamdulillah..rasanya tetap hebat. Semalam bonda tercinta datang sempat juga merasa masak lemak Telur Masin ni..hehe




TELUR MASIN MASAK LEMAK CILI API BERSAMA PUCUK UBI
Resepi : Sally Rashid

* 3 biji telur masin
* Santan RM2
* secekak pucuk ubi
* 4 ulas bawang merah
* 4 keping lengkuas yg dihiris nipis
* 1/2 biji buah keras
* 5 tangkai cili api (nak lebih pun boleh)
* 1 sudu kecil serbuk kunyit (pakai kunyit hidup pun ok)
* 1 sudu kecil pati ikan bilis (ikan bilis yang ditumbuk hancur lagi ok..kalau malas pakai pati ikan bilis jer..hehe)
* sedikit air asam jawa dan garam

- Bawang Merah, Lengkuas, Buah Keras dan Cili Api ditumbuk lumat.
- Masukkan ke dalam periuk dengan sedikit air diikuti dengan serbuk kunyit dan pati ikan bilis.
- Biarkan mendidih seketika
- Masukkan pucuk ubi.
- Bila pucuk ubi layu, masukkan telur masin satu persatu.
- Biarkan seketika tanpa dikacau sehingga telur masin separuh masak.
- Bila telur masin sudah separuh masak, masukkan santan pekat. (Kepekatan kuah terpulang kepada selera masing2)
- Kemudian masukkan asam jawa
- Masukkan garam secukup rasa. Jika suka boleh juga masukkan sedikit serbuk perasa.
- Bila semua sudah masak dan sekata, bolehlah dimatikan apinya. Sedia untuk dihidang.



Thursday, 22 December 2011

Cucur Jagung

Assalamualaikum...

Rasa mcm lama sungguh tak bersiaran..padahal baru beberapa hari jer kan.. Tak bersiaran bukan bermakna tak masak yer...hehehe. Masak tetap masak, tapi tak berkesempatan nak tayang jer.. Kesibukan tahap luar biasa sekarang.

Masak tetap masak..tapi mood nak memasak tu berkurangan sikit sebab si abang baru lepas berkhatan bersama2 kazen dia. So skrg dia dalam jagaan Mak Tok dia kat rumah mak long di Dengkil. Bila dah baik nanti baru balik ke rumah semula.

Satunya, memang kita tak pandai nak jaga budak2 baru berkhatan nih...tak der pengalaman. Kebetulan Mak Tok dia ada kat sini...legalah sikit. Pandai2 lah dia dengan Mak Toknya...lagipun..kat sana tak der baby kecik... Kalau kat rumah nanti adik kacau..haru biru jadinya.

Oklah...masuk bab masak ni, pagi tadi sempat Goreng Nasi untuk mesyuarat ofis. Sambil tu sempat jugak buat Cucur Jagung yang sedap. Dek kerana kesuntukan masa, nak suh cepat masak..kita buat comel2 jer.. kalau besar sikit lagi cantik.




Kita nak mudah..pakai jagung krim dalam tin dengan jagung biasa, dalam tin jugak. Ni cara org yang nak cepat..hehehe


CUCUR JAGUNG
Resepi : Sally Rashid

* 2 1/4 cawan tepung gandum
* 1/2 tin jagung krim
* 1/4 tin jagung biji (juga dalam tin..kalau rajin kupas jagung segar lagi bagus)
* 1/4 cawan susu cair (tak letak pun tak per)
* 1 sudu teh baking powder
* 1/4 sudu teh soda bikarbonat
* 1/4 sudu teh garam
* air dan gula secukupnya.

* Gaul semua bahan kecuali air sehingga rata.
* Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang dikehendaki. Jangan terlalu cair.
* Panaskan kuali dan goreng sehingga kekuningan.
- Kita jemput pakai tangan jer...hehe
- Lagi satu, kita lebihkan gula sebab cucur jagung ni sedap jika rasa lemak2 manis gitu..

Tuesday, 20 December 2011

BLENDED ORANGE CAKE

Assalamualaikum..

Nampaknya hari ni kita tak leh nak bercerita panjang2 sgt..sibuk yg teramat. Tapi sempat lagi curi masa nak tayang kek yang kita buat malam tadi.

Try guna oven baru..alhamdulillah...menjadi


Kita memang suka apa juga kuih, kek atau minuman yang berperisa oren. So..Blended Orange Cake jadi pilihan kita. Kita ikut resepi kat dapur Secubit Garam. Ada jugak resepi ni kat dapur yg lain..tapi kita tak ikut yang letak kulit limau tu sebab bila kita letak selalu rasa pahit. Mungkin kita tak reti nak parut kulit limau tu tak..hehehe


BLENDED ORANGE CAKEresipi : K.Fida
sumber : Mas

Bahan :
1 biji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus ~ guna 1 cawan jer cukup
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
1 sudu besar sunquick oren ~ saja tambah cam Mas

Cara membuatnya :
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris.
Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Nota :
Jangan tuang adunan hingga penuh kedalam bekas sebab Mas lihat, kek oren ni akan naik hampir 2 kali ganda semasa proses membakar, jadi biarkan baki suku dari bekas supaya kek tak melimpah nanti semasa dibakar.

Monday, 19 December 2011

CHURROS yang enak

Assalamualaikum..Selamat Pagi

Lama jugak kita tak bersiaran yer...maklumlah, sibuk ngan urusan sekolah anak2. Semalam kita ambik cuti...settlekan semuanya..senang. Kalau buat separuh-separuh...nak keje pun tak senang. Bila dah selesai mcm ni...boleh tumpu pada keje sebaik-baiknya. Maklumlah keje tengah banyak.

Semalam pergi cari semua kelengkapan sekolah anak2...dari pagi sampai ke petang. Naik nak patah kaki rasanya... Balik rumah memang penat sangat2..sampai hilang mood untuk ke dapur. Tapi dalam pada tak der mood tu..kena jugak masuk dapur sebab kena siapkan sebijik Cheese Cake Lapis Persona tempahan org. Bila si kecik Adeelia dah tidur..kitapun mula sibuk di dapur...Bila cheese cake dah masuk peti ais..barulah dapat rebahkan badan yg sakit2 tu..hehehe

Pagi2 bangun, fikir nak masak apa untuk anak2 dirumah hari ni. Belek2 resepi, nampak resepi Churros yang dah lama print..tapi belum buat2 jugak. Tengok mudah dan simple jer bahannya..bolehlah buat, sempat siap sebelum subuh..hehe

Maaflah gambar tak berapa nak cantik..kelam kabut nak gi keje lagi..nak ambik gambar lagi...inilah hasilnya..kekeke






Resepi ni kita jumpa kat blok Hana.

CHURROS

Bahan-bahan
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan gula (kita lebihkan sikit)
  • 11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je (kita pun guna 1 1/4 cawan)
  • 1 biji telur - size L
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan butter
  • For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate
Cara :
  • Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati.
  • Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
  • Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.



Thursday, 15 December 2011

DONUT TAUFU LEMBUT

Selamat petang...

Wah..masuk ofis petang ni..tangan dan baju bau donut..hehehe. Tu lah..balik time rehat tadi sempat menguli Donut Taufu Lembut yang diidam-idamkan selama ini.

Dah lama nampak resepi ni kat dapur Ros Jintan Manis..tapi dek kerana kekurangan pengetahuan, tak tau mcm mana rupa Taufu Lembut tuh...sekali hari tu jalan2 kat Carefour, nampak Taufu Lembut ni...oooo..mcm ni rupanya Taufu Lembut. terus beli..2 sekali..hehehe. Pakainya sikit jer..ada lagi lebih dalam peti ais..nampaknya kena buat lagi sebelum luput tarikhnya.


Tengah menguli tadi, anak2 dah tak sabar nak makan. Azri Hafiz memang peminat donut no. 1. Masa tak pernah buat donut dulu..selalu nak makan beli jer. Skrg..nak makan, bagi tau jer..mama sedia menguli tepung untuk anak2 mama..hehehe



Tengoklah bahagian dalamnya yg sungguh gebu dan lembut..nyum..nyum..nyum





Donut Taufu Lembut
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300 gram tepung gandum
125gram taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
160ml susu suam@air suam
40gram shortening
4 sudu besar gula
6gram yis
100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Cara :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

BEBOLA DONUT YOGURT

Assalamualaikum..salam hari Jumaat..

Hari ni Jumaat..kejap jer lagi dah nak balik..rehat awal hari ni..12.25 - 2.45...sempatlah balik  menguli donut tafu lembut..hehehe

Nak citer pasal Bebola Donut Yogurt kita ni..dah seminggu buat, tapi tak sempat nak tayang lagi. tengok Rahel duk tayang cucur donut durian dia yg cantik tu..kita pun nak tayang jugaklah..walaupun tak bulat dan cantik mcm Rahel punya..hehehe

Jumpa resepi ni time kita skodeng2 dapur Izah Daut. Cantik dia buat. Kita sukalah donut cam gini..tak payah nak tunggu naik sekali, dua kali ganda..lepas bancuh terus leh goreng.

Ada org buat bentuk donut..tapi kita suka ikut cara Izah, buat bulat2 mcm cucur sebab adunan ni agak lembik dan melekit sikit..so kalau nak buat bentuk donut tu agak bercinta lah...hehehe. Time goreng pun kena api perlahan jer sebab donut ni mudah masak diluarnya..kalau api besar nanti donut hangus tapi dalam tak masak. Tengoklah kita punya donut ni...api dah kecik tu..tapi still warna mcm hangus gak..tapi ada gak yang kekuningan cantik...Tak mau pilih kasih..yg ala2 hangus pun kita tayang..yang kuning keemasan pun tayang gak..baru adillah kan...hehehe

Siap jer donut ni..anak2 terus serang..mamanya pun serang sekali..hahaha






BEBOLA DONUT YOGURT

sumber: nollyarwen@myR
resepi asal : vediojug.com

250 gm tepung gandum
80 gm gula *saya letak 3 sudu makan
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
125 ml plain yogurt
1 sudu besar yis segera * saya guna mauripan- bancuh dengan sedikit air suam
20 gm butter dicairkan
*saya tambah 1/4 sudu kecil soda bikarbonat
minyak masak untuk menggoreng

* resepi asal tidak menggunakan yis. Jika mahu, gantikan yis dengan:
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Caranya:

  1. Pukul telur dan gula didalam mangkuk sampai kembang sedikit dan pucat.
  2. Masukkan butter yang dicairkan, yogurt, dan yeast yang telah dilarutkan kedalam campuran telur td. pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan garam kedalam adunan telur. Gaulkan kesemua adunan sehingga sekata. Tips : guna wooden spoon je untuk gaulkan adunan, kerana adunan ni agak lembut dan melekat.
  4. Setelah adunan sebati, boleh la buat bentuk donut( bentuk guna tangan je atau guna donut cutter ). Tips : sapu tepung pada tangan / donut cutter supaya tidak melekat. Disarankan juga supaya buat bentuk kecil2 je
  5. Lepas tu, boleh terus goreng je. Adunan ni x perlu dibiarkan, sbb mmg tak naik. Bila menggoreng, automatik donut ni membesar sekali ganda. Gunakan api kecil sbb donut ni cepat masak dari luar.
  6. Apabila siap, boleh dihidangkan dengan taburan gula halus. Kalo tak tabur gula pun ok, sbb donut ni da manis. Selamat mencuba! =)



Tuesday, 13 December 2011

KARIPAP RANGGUP..kali pertama buat karipap

Sibuk betul Sally Rashid sampai tak sedar dah dekat pukul 4.00. Oklah..kita rehat sebentar dengan kit kat. sambil2 rehat tu..leh tak nak selitkan lagi satu N3...hehehe

Ok tak karipap kita ni...??? Mungkin tak cantik sgt...tapi rasanya cukup ranggup mcm biskut cream cracker.. inti pulak inti keledek kegemaran kita.


Kali pertama buat karipap ni tau... Sebelum ni tak pernah cuba buat..rasa mcm susah jer.. Lebih2 lagi bab kelim mengelim yang kita tak pernah  berjaya membuatnya.

Hari tu terpandang karipap kat dapur Ros Jintan Manis.  Macam sedap jer karipapnya. teringin pulak nak buat sendiri. Time pegi Mydin, ternampak acuan karipap tu..apalagi..belilah. Balik cuba-cuba buat karipap ikut cara Ros Jintan Manis.

Alhamdulillah..menjadi lah jugak walaupun tak secantik dan selicin kulit karipap yang Ros buat. Tapi tetap ranggup dan sedap. Kalau nampak yang ala2 nak terbukak kat gambar tu..buat2 tak nampak jer lah yer..hehehe. Org baru belajar memang mcm tu..ada jer yg kurang sana sini... :)

Kita buat separuh adunan jer..kalau ikut resepi pakai 500g tepung..kita rasa banyak sgt. Separuh adunan tu ngam2 lah untuk sekali makan famili kita. Lagi satu...lepas uli Ros letak dalam peti ais selama 1 jam..kita tak buat pun sebab nak cepat...anak2 nak makan..hehe. Kita terus goreng jer...Tetap ranggup dan sedap. Kalau perap dalam peti ais selama 1 jam mcm Ros buat, agaknya lagi sedap.






KARIPAP RANGGUP
Terima kasih Ros Jintan Manis
 Sumber resepi dari : Kak Alongroz Home Kreation
Bilangan 36 ketul
BAHAN2:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air ( ros guna air sejuk yang dalam peti ais)
CARA2:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
Tuangkan minyak panas & gaul rata.
Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.


2. Bahagi dok kpd bebola kecil.
Leperkan & isi dgn inti kesukaan (Along guna inti keledek+daging).
Buat sehingga habis.
3.Goreng dgn minyak dalam sehingga garing.
(Along goreng separuh masak & bekukan utk hidangan kemudian).
Nota: Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama satu jam, baru keluarkan pada suhu bilik, langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunan nye mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.


Untuk Inti Keledek ( resepi ros @ jintanmanis.com )

1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam


Cara-caranya
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

MUFFIN AISKRIM SODA

Assalamualaikum...Selamat Tengahari

Hari ni lambat sikit bersiaran...sibuk sangat. Kat dalam folder berderet gambar2 yang tunggu masa nak disiarkan..tak tahulah bila. Tengok pada kelapangan masa... Kalau tak sempat jugak, jawabnya berkulatlah gambar2 tu..hehehe

Ok...walaupun banyak lagi gambar lain yang tengah tunggu giliran..kita nak tayang yang ni dulu lah..Muffin Aiskrim Soda hasil kerjatangan pagi tadi. Sambil2 masak lauk untuk hidangan anak2 kat rumah..sempat jugak mengukus muffin @ apam nih...

Tengok kat dapur Jintan Manis semalam...cantik sgt. Dulu pernah buat sekali ikut resepi kat majalah RASA tahun 2009..bila Ros Jintan Manis buat..teringin pulak nak buat ikut cara dia pulak. Bukan apa..tengok dia buat cantik senyum lebar jer..kaler meriah pulak tu..



Tapi sayang..yang kita punya ni tak senyum. Dia jadi tembam, gebu, bulat jer. Tapi tetap gebu dan ringan. Masa angkat tu..alahai...ringannya..seronok sgt walaupun dia tak senyum..tapi tuan dia yg senyum sampai ke telinga...heheheh. Kita rasa salah kita gak ni..sebab time mula2 kukus tu tak perasan api kecik..bila perasan baru kita besarkan. Kalau api besar dari awal..rasanya kuih ni akan merekah cantik...



Tengoklah isi dalamnya..gebu gitu. Kalau ikut resepi asal..pakai tepung gandum jer..tapi kita pakai Tepung Naik Sendiri + sedikit baking powder. Kat blog Jintan Manis, Ros letak nama Apam Aiskrim Soda..tapi kita tukar jadi Muffin Aiskrim Soda sebab dia tak nak mekar mcm apam...hehehe.



Jom kita tinjau resepinya

MUFFIN @ APAM AISKRIM SODA
Sumber : Ros Jintan Manis
resepi : Encik Hadi & Isteri
olahan : Bonda & Nuwairani
Bahan :
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis ( ros letak satu cawan gula)
1 sudu teh ovalete
1 cawan air ais krim soda F&N -guna jenama ni je tau!
3 cawan tepung gandum (kita guna tepung naik sendiri)beberapa titik esen pisang -untuk kurangkan hanyir telur ( ros guna esen vanila) (kita guna esen pisang)beberapa jenis pewarna yang disukai ( ros guna warna biru, ungu, pink dan hijau)
( ros rasa nanti next time ros nak letak sikit baking powder kot, sbb nak apam ni naik lagi cantik, tp tak try lagi, baru bercadang)
-kita tambah 1/2 sudu kecil baking powder
Cara :

1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Campurkan tepung gandum ke dalam  adunan telur dan pukul sehingga sebati.
4. Titiskan esen pisang ke dalam adunan dan sebatikan.
5. Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
6. Sudukan adunan ke dalam cup saiz S (cup yang orang guna buat almond london tu) sehingga hampir penuh cup. Jangan melimpah pulak.
7. Kukus dengan api besar selama 7 minit.


TIPS PENTING : dani Nuwairani

1. Bahan-bahan yang digunakan mestilah mengikut sukatan yang sepatutnya. Kalau terlebih tepung, apam akan jadi keras. Kalau terlebih ais krim soda, apam akan jadi lembik.

2. Sukatan gula boleh dikurangkan sehingga 1 cawan lebih sikit2. Kadang2 kalau terlebih gula pun boleh menyebabkan apam jadi cair.
3. Ais krim soda mestilah diguna yang berjenama F&N. Kalau jenama lain, apam jadi kurang menjadi. Air ais krim soda ni pula tidak boleh guna yang dah lama. Maksudnya kalau nak buat apam ni mesti guna air yang baru dibuka. Kalau dah kurang gasnya, apam tak akan naik juga. Memang bantat la. Sebab resepi ni tak guna baking powder. Kembang apam bergantung kepada gas ais krim soda tu.
4. Waktu mengukus pula tidak boleh lebih, tidak boleh kurang. Kalau terlebih, nanti apam meresap air pula. Kalau terkurang, apam tak masak betul.
5. Kalau nak tahu apam tu menjadi ke tidak, boleh tengok bahagian tapaknya tu rata dan cantik (tidak berkerut) dan bahagian atasnya kembang mekar dan merekah. Apam pun jadi ringan dan gebu aje.
6. Jangan takut nak mencuba. Mak nani buat 10 kali pun, tetap ada juga silap sana sini. so, Selamat mencuba!!!

Monday, 12 December 2011

APAM YOGURT

Selamat Petang..

Hari ni kita balik rumah lunch time tadi..duk opis pun tak der org (sebab ramai yang masih bertugas Keberangkatan Tiba SPB Agong baru)..dari duk melangut jer..kita balik lah..

Sampai rumah, si kakak "mama. leh masak nasi tak..??" Aik...pagi tadi kan mama dah masak nasi ngan lauk...?? Dah habis..kakak makan 2 kali..abang makan 3 kali...
Mak aih...betul2 makan budak2 ni..hehehe
So..mama pun masak nasi..sambil tinjau2 dalam peti ais yang boleh dimasak untuk anak2 sebelum masuk opis semula.

Hurmmm....ada yogurt lebihan buat Donut Yogurt hari tu (belum tayang..tengah tunggu turn..hehe). Apa nak buat dengan yogurt ni..??? Belek2 koleksi resepi yang kita print dari internet..terjumpa resepi Apam Yogurt yang kita ambik dari yani@myresipi.com.

Tengok gambar yang tuan punya resepi tayang, bukan main gebu dan bulat lagi. Harap2 kita punya pun mcm tu. Cuma kita letak kaler supaya cantik sikit. Yang tuan punya resepi kaler putih jer...

Hasilnya..tadaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!




Alhamdulillah..gebu, bulat dan cantik..terus ngap panas2..hehehe


APAM YOGURT
Sumber : yani My Resepi

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 100g plain yogurt
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar minyak masak (kita guna minyak jagung)
  • 150g tepung gandum (kita guna tepung naik sendiri)
  • 2 sudu kecil baking powder (kita kurangkan sebab dah guna tepung naik sendiri)
Caranya:
  1. Pukul telur dengan gula sehingga kembang
  2. Masukkan yogurt, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati
  4. Ceduk masukkan ke dalam acuan yang sesuai.
  5. Akhir sekali kukus sehingga masak selama 20-25 minit

KELI ASAM PEDAS PUCUK GELUGOR

Assalamualaikum..Selamat Pagi

Alhamdulillah..syukur pada tuhan kerana masih berpeluang untuk melihat dunia buat sekian kalinya. Pagi2 bangun, tengok muka anak2 yang masih lena..rasa damai bertambah-tambah. Si abang sejak dua menjak ni sudah pandai mengambil hati mama..kakak juga begitu, sudah boleh diharap.

Semalam si abang cakap.."mama..lepas basuh pinggan, mama tak payahlah kemas..bila pinggan2 tu dah kering..abang tolong kemas dan susun semua nya..." Sejuk hati mendengarnya. Lepas balik surau Maghrib semalam..si abang sibuk menyusun pinggan mangkuk. Kita biar jer..nak tengok dia tahu tak mana tempat semua barang2 tu. Bila dia dah selesai, kita jenguk dapur..alhamdulillah..semua teratur. Kalau si abah berkemas..dia main hempuk jer dalam kabinet...janji tak bersepah diluar. Kemudian kitalah yang kena susun balik ikut tempatnya.

Si kakak..pagi2 kemas tempat tidur. Kalau kita mandikan adik..dia dah siap ambik baju ngan pampers sekali..pandai anak aku..hehehe

Oklah...asyik citer pasal anak jer. Skrg masuk bab masakan pulak. Sekali lagi siaran tertunggak yer..maklumlah, masak2 hari minggu.. jadi sepanjang minggu ni..kita siar semua yang tertunggak tu..hehehe




Minggu lepas beli ikan keli 1kg. Memang rasa sangat2 nak makan ikan keli..kita punya peberet..hehe. Hajat memang nak masak Asam Pedas yang disukai oleh anak-anak..kebetulan pulak mak kita datang dari kampung..kita pesan bawak pucuk asam gelugor/kandis yang tumbuh tepi rumah kita kat kampung tu. Tiap2 kali balik kampung..kita mesti petik pucuknya bawak datang Putrajaya.

Sebenarnya, ini kali pertama masak Asam Pedas letak pucuk gelugor. Selalu letak dalam Telur Itik masak Lemak Cili Api..tapi kali ni kita cuba letak dalam Asam Pedas. Bukan apa..ingat time kecik2 dulu..mak selalu masak ikan darat letak pucuk asam ni..sedap sgt. Bila dah letak pucuk gelugor ni..tak payah letak asam keping atau asam jawa dah sebab rasanya dah cukup masam. Kalau dapat tambah bendi..lagi syok. Tapi kat rumah tak der stok bendi. Selongkar punya selogkar..jumpa jagung muda...tu yang terselit jagung muda dalam gambar tuh..hehehe




Anak2 kita kalau masak asam pedas..kejap2 makan..kejap2 makan..selagi tak habis nasi dan lauk..selagi tu makan..makan..dan makan.

Oklah..panjang pulak ceritanya..jom kita tengok resepi Keli Asam Pedas Pucuk Gelugor cara Sally Rashid.

KELI ASAM PEDAS PUCUK GELUGOR
Resepi : Sally Rashid

* 3 ekor ikan keli saiz sederhana
   (dibersihkan, dipotong 2 dan perap dalam air perahan asam limau selama 10-15 minit)
* 5 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* suku inci halia
* suku inci lengkuas
* 4 sudu besar cili kering kisar
* 1 kuntum bunga kantan (dibelah 2. Ambil sebelah untuk diblend)
* Pucuk asam gelugor/kandis
* Segenggam daun kesum
* 1 sudu makan kerisik
Air secukupnya dan Minyak untuk menumis

Cara2 :
* Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan sebelah bunga kantan diblend halus.
* Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
* Kemudian masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih.
* Apabila kuah mula mendidih, masukkan ikan keli, sebelah lagi bunga kantan, daun kesum dan pucuk asam gelugor yang dihiris nipis.
* Apabila ikan sudah masak..masukkan kerisik dan biarkan sebati seketika. Masukkan garam secukupnya. Jika suka, masukkan sedikit serbuk perasa.
* Jika suka boleh masukkan sayuran seperti bendi dan tomato.
* Bila dah cukup rasa..boleh dihidangkan.

Nota : Tidak perlu letak asam keping atau asam jawa kerana pucuk gelugor punya rasa masam yang tersendiri.

Sunday, 11 December 2011

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum...Selamat Petang..
Hari ni lewat sikit kita letak N3 baru...sibuk sangat dengan Acara-acara sempena Istiadat Keberangkatan Balik SPB YDP Agong. Semalam pergi taklimat di bilik urusetia di Seri Pacific Hotel..siap bawak baby Adeelia lagi..nak wat cam ner...tak der org nak jaga. terpaksalah bawak..
Mula2 sampai tu melalak jugak di Adeelia sebab ramai org2 yang dia tak kenal duk cuit-cuit dia..tapi sekejap jer.. lepas tu time taklimat..suara dia pulak yang lagi kuat dari suara boss bagi taklimat.

Oklah..masuk bab masak memasak. Hari Sabtu hari tu kita cuba buat Kek Lapis Cheese Persona. Kita tengok kek ni kat dapur Kak Nor. Tengok keknya cantik sgt..dan cara buatnya pun senang...

Bila bahan2 dah complete semuanya..proses melapis pun bermula. Tengok pun dah tau sedap..itu belum makan lagi. Tapi yang tak tahan kena tunggu 6 jam baru leh ngap tu..bercintanya. Kita buat pagi..ngam2 leh wat minum petang. Siap pesan kat anak2 supaya jangan cucuk2 kek tu...kul 5 baru leh makan.
Tapi dalam diam..mama yang cucuk dulu..tak sabar nak tunggu kul 5...Rasa sikit...aduiiii sedapnya.

Kul 5 jer..kita potong2...anak2 serbu. Memang sedap sungguh kek ni. Bagi pencinta cheese..boleh ler cuba. Mudah sgt caranya... Terima kasih Kak Nor kerana berkongsi resepi yang sungguh sedap ini.





Time kita buat tayangan perdana kek ni kat FB..ramai yang mintak resepi. Ok..kita letak resepi..tapi kita ikut cara kak nor..

KEK LAPIS CHEESE PERSONAresipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE, k.nor guna biskut marie perisa kopi jenama Ping Pong) (kita guna biskut marie coklat - tapi tak habis 600 grm..mungkin sebab loyang kita kecik)
500 ml susu segar,dipanaskan ~ k.nor guna 300ml sahaja

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar ~ k.nor lebihkan 20ml
1/2 cawan gula halus
50gm butter ~ yg ni k.nor tambah (kita juga tambah butter mcm k.nor)
Caranya :Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati (pukulkan sekali juga butter jika ikut cara k.nor tambah butter)
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong


Thursday, 8 December 2011

Fillet Dory Masam Manis

Assalamualaikum..selamat pagi..

Kita dah mula sibuk kat opis skrg…sampai nak jenguk blog pun tak berkesempatan, apalagi nak letak N3 baru yang best-best…

Sibuk mcm manapun..balik rumah tetap kena masak. Ada 4 mulut yang menunggu untuk makan..hehehe. Tapi kalau time sibuk mcm ni..masak pun biasa-biasa jer. Janji masak.

Hari ni kita nak buat tayangan lauk yang kita masak Ahad hari tu..dah lama..tapi belum berkesempatan nak tayang…




Fillet Dory Masam Manis cara Sally Rashid

·         Ikan dory (biasa kalau beli kat pasaraya ada 2-3 keping)
·         2 ulas bawang merah
·         4 ulas bawang putih
·         ½ inci halia
·         5 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
·         2 biji tomato (1 biji untuk diblend halus)
·         3 potong nenas  (2 potong untuk diblend)
·         3 sudu makan sos cili
·         1 sudu makan sos tiram
·         ½ sudu kecil sos ikan
·         Minyak untuk menumis
·         Garam, gula
·         Sayuran (kita pakai carot, brokoli & jagung muda)

 Cara:
·         Fillet Dory dipotong kecil dan dilumur dengan tepung jagung yang dicampur  sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.
·         Goreng sehingga masak. Ketepikan
·         Untuk kuah atau sos  - blend bawang merah, bawang putih, halia, cili api, 1 biji tomato dan 2 potong nenas sehingga halus
·         Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 blend tadi hingga pecah minyak.
·         Masukkan sos cili, sos tiram dan sos ikan.
·         Masukkan sedikit air (dalam ½ cawan..kalau nak sos lebih..lebihkan air)
·         Biarkan mendidih.
·         Masukkan garam secukup rasa..biasanya nenas yang diblend itu akan menerbitkan rasa manis yang tersendiri. Jika tak cukup manis jugak…leh tambah gula. Berhati2 jugak dengan garam sebab sos tiram dan sos ikan tu dah masin.
·         Jika mahu pekatkan kuah..boleh letak tepung jagung (tapi biasanya kuah sudah sedia pekat disebabkan oleh bahan2 blend tadi)
·         Masukkan sayuran, tomato & nenas yg telah dipotong. Sekejap sahaja
·         Boleh matikan api dan tuang sos atas fillet ikan tadi
·         Boleh tabur daun bawang & daun sup jika suka

Tuesday, 6 December 2011

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR

Hehehhe..N3 Sally Rashid asyik2 coklat..asyik2 coklat. Nak buat cam ner...singgah bakery semalam, banyak pulak beli coklat. Serbuk koko VH pun banyak lagi kat rumah...tu yang asyik try resepi berasaskan coklat jer sehari dua nih..

Ini pun semalam punya cerita..sambil2 kacau Puding Coklat..sempat lagi kukus sebijik Kek Coklat Kukus Tanpa Telur saiz kecik punya. Sekali hadap habis...memang kecik.

Kita ikut resepi kat blog Kak Nor Secubit Garam. Kita buat separuh sukatan dari resepi tu..ngam-ngam dapat loyang kecik.

Memang menjadi keknya...begitu moist sekali. Memang moist. Asal kejadian kek ni memang begitu moistkah..atau yang Sally Rashid buat jer yg terlebih moist..?? hehe. Lagi satu..yang kita buat ni terlebih manis...manis sgt2..
Bukan apa..tang bahan lain kita kurangkan separuh sukatan..tapi tang gula boleh terlebih pulak. Maka jadilah kek yang amat manis..sampai kena teguk air berkali-kali..seb baik keknya kecik comel jer.. Kalau tak..nak menghabiskan kek ni..mahu kena kencing manis..muehehe

Topping pulak kita pakai white coklat yang kita campur ngan Lemon Emulco..ok gak rasanya. Manis2 masam gitu...




Nak tengok resepinya....ni dia

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELURby : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan : loyang 6" x 6"

Bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ~ 1/4
2 sudu kecil serbuk penaik ~ 1sk

Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa) ~ 3/4 caw
1/2 cawan susu pekat manis 1/2caw
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar 1 3/4
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon


Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman

Homemade Coklat..budak baru belajar

Assalamualaikum...Selamat Pagi

Rentetan dari Puding Coklat semalam...balik rumah try pulak buat homemade coklat. First time mencuba..atas tunjuk ajar teman baik Lin Salina. Coklat Compound + Peanut Butter.

Time buat tu tak bagi tau anak-anak..bila dah keras..panggil diaorg masuk dapur tengok...wahhhh..bukan main teruja lagi. Mula2 buat sikit jer...percubaan. Takut nak buat banyak2 takut tak menjadi.
Anak-anak try..sedap katanya.. Pas tu tanya, mama buat banyak ni jer ke..?? hehehe. Memang sikit pun.
Bila semua dah dibuai mimpi..kita pun tambah sikit lagi...buat yang putih sekali. Dah dapat satu bekas..seronok lah anak2 duk mengulang bukak peti ais..hahaha

Hajat hati nak letak kacang ke apa ker kat dalam coklat tu..tapi mengenangkan anak2 tak suka..lupakanlah jer hajat dihati tu...nanti tak pasal2 kita pulak nak kena korek buang semua kacang2 tu bila anak nak makan..satu kerja pulak...

Lepas ni kena pegi jenguk2 acuan bentuk lain pulak..bila campur mcm2 bentuk, nampak cantik pulak..hehe








Rasanya cara2 membuat coklat ni ada kat blog2 dan juga MyResepi. Kalau rajin2 belek..akan jumpa. Kita malas nak tulis sebab simple sangat...
Kalau nak rujuk, antaranya kat SINI

PUDING COKLAT

Assalamualaikum...Selamat Petang..

Hari ni Sally Rashid tak berapa ceria..dalam hati ada benda yang terbuku.. Bila tak diluahkan rasa nak buat keje pun tak boleh.

Oleh yang demikian..daripada duk termenung kat opis tadi..kita pun balik lunch time tadi. Daripada duk memikirkan benda2 yang tak pasti yang buat hati kacau bilau..apa kata kita kacau sesuatu yang cantik dan enak di dalam periuk..harap2 hasilnya yang cantik itu akan mengubatkan hati yang duka lara...

Kalau nak cantik dan sedap..semestinya coklat lah kan...so Sally Rashid pun buatlah Puding Coklat yang resepi asalnya dari SINI




Rasanya memang sedap..rupanya pun memang cantik..tapi bentuknya ada cacat sikit..kemek2 sebab kita tekan2 time nak keluarkan dari acuan tuh. Dah basahkan acuan masa nak letak puding tu..tapi bila nak keluarkan..ada yang mudah..ada yang sulit sedikit..hehehe. Yang sulit tu yang jadi kemek2 tuh..

PUDING COKLAT
Sumber : Potret Kasih ( sumber C&P : Dapur Ros/ sumber asal: Dapur Jun )

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( saya guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( saya letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)


Cara-cara
1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan

Sunday, 4 December 2011

KERABU JANTUNG KASTURI

Alamak..Sally Rashid sibuk betul sekarang ni..sibuk dengan pencalonan DKBPP Tahun 2012. Sibuk2 buat kerja sampai tak sedar dah hampir lunch time.
Selamat tengahari semua..pada yang tengah lunch..selamat menjamu selera. Makan apa..?? Mesti sedapkan..hehehe

Oklah...sementara meluruskan jari jemari yang mula rasa mcm nak patah (asyik mengetuk keyboard dari tadi)..kita nak tayang masakan kita untuk makan tenghari Sabtu ari tu. Hari Sabtu hari tu memang sibuk..tapi sempat lagi masak2 untuk jamuan suami dan anak-anak.

Petang Jumaat pergi Pasar Tani Putrajaya. Terpandang Jantung Pisang. Teringin pulak nak makan kerabu jantung pisang. Kita suka..suami pun suka. Anak2 memang tak makan lah benda2 macam ni.. tengok pun dah pelik semacam jer...hehehe

Aduhai..memang sedap betul. Lepas suami makan..kita meratah kerabu yang lebih tu.. Kalau ikutkan hati..habis semua..hehehe

Kita namakan kerabu kita ni Kerabu Jantung Kasturi..sebab kita perah limau kasturi dan kulitnya kita hiris halus2 masuk sekali dalam kerabu. Kita ngan suami memang suka kulit limau kasturi. Kalau tak masukkan dalam kerabu..buat ulam pun kita suka. Banyak khasiatnya..

Tapi rasa kulit limau kasturi ni agak pahit2 sikit. Kalau sesiapa yang tak boleh makan..tak payahlah letak..cukup sekadar guna perahan jusnya sahaja




KERABU JANTUNG KASTURI
Resepi : Sally Rashid

* 1 biji jantung pisang sederhana besar
* 1 ekor ikan selayang atau ikan kembung
* 3 ulas bawang merah
* 1 cawan santan
* 1 sudu kecil lada hitam
* 5 biji limau kasturi

Cara membuat :
* Jantung pisang dibelah 4 dan direbus . Pastikan tidak terlalu empuk supaya kerabu tidak lembik.
* Carik-carikkan jantung pisang dan ketepikan.
* Ikan direbus dan diambil isinya
* Tumbuk lada hitam sehingga lumat
* Masukkan bawang merah dan tumbuk sekali sehingga lumat diikuti dengan isi ikan.
* Gaul sebati
* Masukkan bahan tumbuk tadi kedalam bekas jantung pisang
* Panaskan santan seketika supaya tidak cepat basi.
* Tuangkan kedalam bekas jantung pisang.
* Perahkan jus limau kasturi secukupnya.
* Kulit limau kasturi dipotong nipis dan digaul bersama kerabu jantung.
* Masukkan garam secukup rasa. Jika suka boleh letak sedikit serbuk perasa.
* Bila dah cukup rasanya..bolehlah dimakan..hehehe

Tempahan Apam Tapai Beras

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam 1Malaysia..hehehe

Sally Rashid mcm biasalah...Sabtu Ahad sibuk kat dapur, sibuk dengan anak2..sampai tak der masa nak update blog. So..pagi Isnin dimulakan dengan cerita-cerita yang dah berlalu..citer basi lah katakan..hehe

Biasanya pagi Sabtu dan Ahad kita gi jogging..tapi Sabtu Ahad hari tu tak berkesempatan nak jogging. Sibuk di dapur..siapkan tempahan Apam Tapai Beras. Emmmm..penat boleh tahan..tu baru sikit..belum lagi ambik tempahan ribu riban... (kalau ribu riban, kena pakai pekerjalah jawabnya..ekeke)

Skrg ni beranilah ambik tempahan yang agak banyak..sebab dah ada periuk pengukus yang besar. Tak derlah terkial-kial kat dapur dengan pengukus yang kecik comel tu..dulu nak dapat 100 biji punyalah seksa..skrg..berapa kali angkat dah 100. Alhamdulillah....

Kita memang suka Apam Tapai Beras ni berbanding apam2 lain. Anak2 pun suka. Kalau buat apam lain..mesti anak2 tanya..apam apa ni mama..?? tak mcm biasa pun..
Pekena dengan kelapa yang dikukus dengan daun pandan...tak toleh belakang dah..hilang semua diet..hehehe

Resepi Apam ni kita dah letak dalam N3 yang lama dulu. Saper2 nak tengok resepi..boleh tengok SINI
Sebenarnya lupa nak ambik gambar..bila dah packing..baru teringat tang gambar. Gambar mcm ni pun kira halal lah yer..hehehe