Wednesday, 30 January 2013

Stew Daging Aneka Sayuran

Assalamualaikum....Salam Sejahtera

Dah beli Majalah SAJI bulan Februari...? Cover 2 Masterchef..Ezani & Izyan. 
Edisi Februari ni semua citer tentang kentang. Syok jugak...

Saya suka sangat-sangat dgn Majalah SAJI..banyak info. Paling suka coretan Pengarangnya Noor Joha Ahmad. Mcm2 yang dia tulis. Banyak info. Majalah SAJI ni memang saya akan baca sampai habis. Tak rugi beli. Dah bertimbun2 kat rumah tu...sampai tak tau nak letak mana lagi dah. Tapi suami & anak2 cukup paham..dia org tak akan buang Majalah SAJI & RASA wpun majalah tu dah lama. Diaorg tau tu majalah kesayangan mama. Majalah lain, kalau nampak dah lama sikit, terus hantar pusat kitar semula. Anak2 sukalah..dapat duit masuk tabung. hehe

Bab resepi pulak..kalau ada yg menarik perhatian..saya akan cuba. Kalau tak der yg menarik..sekadar tengok2 jer.

Dalam edisi Februari ni, saya try masak Stew Daging Aneka Sayuran resepi Chef Zaidah Mohamad (m/s 61). 




Saya kalau masak lauk pauk memang jarang ikut resepi sepenuhnya. Org kata main campak2 dan agak2 jer...Resepi hanya sebagai panduan jer.
Tapi kalau buat kek, atau kuih..memang betul2 ikut resepi. Takut beb..takut tak jadi..hehehe

Stew ni sedapkan...lebih2 lagi kalau cicah ngan roti...umpppphhhh..!!



Stew Daging Aneka Sayuran
Resepi : Chef Zaidah Mohamad (SAJI Februari)

Bahan :

250g daging - potong dadu
1 sudu besar tepung gandum - salut daging
2 sudu besar mentega
1 sudu besar kicap masin
1/4 cawan tepung jagung 
(saya tak letak sebab tepung gandum pada daging tu dah buat kuah pekat)
2 helai daun bay
1 sudu kecil rosemary
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Sayuran :

2 batang lobak merah
3 biji kentang
1 batang saderi
2 labu bawang besar - potong baji

Cara :

* Gaul daging dgn tepung gandum. Panaskan mentega dan goreng daging sebentar
* Tambahkan air dan biarkan mendidih
* Masukkan 1/2 sayuran dan reneh atas api sederhana selama 1 jam
* Masukkan daun bay & rosemary
* Apabila daging sudah lembut, masukkan kicap cair dan tepung jagung, serbul lada hitam & garam.
* Tambahkan lebihan sayur dan biarkan selama 10 min. 
* Apabila sudah mendidih, tutup api dan boleh hidangkan.

Monday, 28 January 2013

PLAIN DONUT


Assalamualaikum..
Semalam teringin nak buat donut, tapi malas nak buat yg jenis kena perap sehingga naik 2 kali ganda tu. Kalau boleh nak buat yg terus boleh goring tapi tetap gebu & lembut. Teringat pernah nampak kat MyResepi..donut yg tak payah nak tunggu2.
Apalagi..terus bukan pc..terjah MyResepi. Cari..cari..cari..akhirnya jumpa. Resepi dari HaSue. Resepi ni dipost pada tahun 2008 lagi. Bila tengok komen..berjela-jela. Rata2 yang mencuba katanya menjadi dan sungguh gebu gebas. Kita cubalah…

Tadaaaaaaaaaaaa..mempersembahkan Plain Donutku yang sungguh gebu. Saya namakan dia Plain Donut sebab tak salut gula kat bahagian luar donut mcm biasa. Tapi saya tambahkan kuantiti gula supaya donut tu sendiri yang rasa manis.
Lagipun anak2 saya memang suka donut kosong mcm ni. Kalau saya goreng donut, dia orang siap cakap..mama..jangan buh gula.


Saya pun suka jugak kalau tak salut gula ni..tak der lah meja makan berterabur dgn gula.
Kalau yang salut gula, biasanya saya suruh diaorg makan dgn menadah piring supaya serbuk gula tu jatuh dalam piring, bukan jatuh atas meja atau lantai. Malas nak menyapu beb.. J
Donut ni memang gebu..tak rugi mencuba. Lain kali kalau mood MALAS melanda, tapi nak jugak buat Donut, resepi ni akan jadi pilihan.

Gambar isi dalam donutnya lupa nak snap..bila teringat nak snap rupa dalamnya..tengok2 donut dah licin. Laku betul..

Terima kasih kpd HaSue yang sudi kongsi resepi yang best ini. Kat sini saya sertakan resepi yang telah saya olahkan mengikut citarasa saya. Kalau nak tengok resepi asal..boleh ke MyResepi. Siap ada gambar step by step lagi. 
Selamat Mencuba..

PLAIN DONUT
  • 500g Tepung Berprotein Tinggi
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)
  • 100g gula
  • 2 Sudu mkn Susu Tepung
  • 1 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)
  1. Di dalam bekas yang agak besar, tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula  pasir,susu,marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit.
  2. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.- tak perlu habiskan tepung tu kalau adunan sudah boleh diuli.
  5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
  6.  Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng.
  7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan.


Monday, 21 January 2013

Coffee Marble Cotton Cheesecake


Assalamualaikum..Salam Sejahtera

Orang lain kan, kalau hari minggu (Sabtu & Ahad) 
kalau boleh nak rest secukup-cukupnya. Lebih-lebih lagi kalau yang bekerja mcm saya. Isnin – Jumaat, belah siang ada kat opis. Belah malam pulak sibuk buat kek (kalau ada tempahan la). 
Patutnya hari minggu dimanfaatkan sepenuhnya untuk merehatkan minda, kendurkan segala urat saraf yg tegang…tapi ini tidak, kalau tak de tempahan..otak ligat fikir nak try resepi apa..nak masak apa untuk family. Tengah baring pun otak masih fikir nak masak apa..rosak betul lah. 
Agaknya manusia yg kategori spesies tak boleh duk diam ni memang mcm ni. Tangan konon nak rehat..tapi otak ligat fikir itu ini. Mcm2 gambar kek & masakan yg tergambar depan mata mcm ada tayangan perdana.

Sabtu hari tu, bila semua kerja rumah dah siap..ingat nak rehat. Sambil2 rehat bukak pc..mcm biasa, jalan2 kat blog2 masakan. Tengok apa yg diaorg masak…tengok2 resepi yang best-best. Dalam banyak2 blog tu, singgah lah kat sini www.bisousatoi.com.  
Wow..!!! saya sungguh tergoda dengan koleksi kek yang ada kat situ. Kalau boleh nak try buat semua kek yang ada kat situ. Tapi mana mampu nak buat semua sekali gus. Satu persatu lah yer. Lagi pun kalau buat banyak2, saper nak telan..?? Sape yg untung..?? Anak2 jiran gak yg untung..hehehe

Dalam banyak2 tu saya pilih Chocolate Marble Cotton Cheesecake yang kelihatan begitu gebu dan menggoda sekali. Kebetulan semua bahan ada dalam peti ais.
Antara sebab kenapa pilih yang ni untuk dicuba,
1 : Nak bandingkan dgn resepi cotton cheesecake yg saya buat sebelum ni.
2 : Sebab anak2 saya suka kek yg berasaskan cheese.


Tak rugi mencuba..confirm licin sekelip mata.
Cara membuatnya sama dgn cara buat Japanese Cottton Cheesecake. Cuma ada penambahan bahan. Resepi yg ni ada masukkan parutan kulit lemon. . Itu amat-amat saya suka. Letak lebih pun tak per. Saya sukakan rasanya. 
Tapi parut kulit lemon tu jgnlah sampai ke bahagian putihnya yer… Tapi kalau nak kek yg rasa ala2 pahit..boleh gak try parut sampai  bahagian putih..hehehe


Bahagian marble tu, kalau ikut resepi kat SANA
di marblekan dgn chocolate. Tapi saya pilih untuk marblekan dgn coffee. Layan anak tekak katanya..hehehe. 
I memang peminat coffee u..
Saya marblekan bahagian bawahnya jer…memang sajer nak buat gitu. Kalau anda semua nak marble keseluruhannya, boleh ajer. Terpulang pada anak tekak masing2.
Saya ambik adunan sebanyak 1 mangkuk kecil jer..campur dgn coffee emulco. Kalau nak marble keseluruhan..kena bahagikan adunan kpd 2 bahagian yg sama banyak.

Bila dah sejuk, saya keluarkan kek dari loyang. Wuiiiiii..sangat gebu & ringan. Suka..suka..suka..!!!. 
Anak-anak apalagi..mama nak potong..!
Ok..kita potong yer anak2..tak payah nak sejukkan dalam peti ais pun. Tekak pun dah tak tahan sangat nak merasa kek ni..hehe J

Bila potong..wow..!!! memang gebu. Sangat-sangat suka.
Sekelip mata jer..licin. Tapi sempat lah hulur kat anak2 jiran sebelah. J
Syok layan..bahagian bawah ada rasa coffee..atasnya cheese. Yummy..!!

Oh ya..tang merekah kat tengah tu abaikan ajer yer..salah saya sendiri...saiz loyang tak sesuai dgn adunan. Membuak naik dan merekah..hehehe
Len kali kena pakai loyang lagi besar..


Coffee Marble Cotton Cheesecake
Sumber : www.bisousatoi.com.


(A)

50g tepung (saya guna tepung superfine)
50g tepung jagung

(B)
60g mentega tanpa garam (unsalted butter)
250g cream cheese (suhu bilik)
120ml whip cream (saya pakai UHT Whip Cream)
5 biji kuning telur
2 tsp parutan kulit lemon


(C)
5 biji putih telur
1/8 tsp garam
130g gula halus
1 tsp jus lemon


Sediakan loyang 20cm (loyang 8” atau 9”)
Alas dengan baking paper pada bahagian bawahnya. Panaskan oven 180C api bawah sahaja.
Campurkan butter, cream cheese dan whip cream dalam bekas. Panaskan secara double boiler sehingga semuanya sebati.
Angkat dan sejukkan.
Bila dah sejuk, satukan dgn bahan A (tepung) dan kacau sebati. Masukkan kuning telur. Sebatikan.
Masukkan kulit lemon, sebatikan dan ketepikan.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula dan jus lemon sedikit demi sedikit sehingga soft peak (meringue)
Masukkan 1/3 adunan meringue ke dalam adunan cream cheese, sebatikan secara kaup balik.
Masukkan lagi lebihan meringue dan sebatikan. Jangan kacau terlalu lama.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar kaedah bain marie lebih kurang 75 min sehingga permukaan kek agak perang keemasan.
Bila masak, keluarkan dari oven. Biarkan sejuk di dalam loyang.
Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang.

Sunday, 20 January 2013

GUMPASTE

Assalamualaikum..
Sebelum ni kalau nak buat figurine, saya beli jer gumpaste yg dah siap jual kat kedai bakery. Bila nak guna cuma uli jer sampai lembut. Tapi kali ni rasa nak try buat gumpaste sendiri pulak.

Idea nak buat Gum Paste ni timbul apabila ada order kek dari kastemer yg memerlukan saya letak figurine sebagai hiasan. Dari situ timbul rasa nak buat sendiri. Kalau beli satu bekas tu agak mahal jugak dalam RM30++ kalau tak silap saya. Kalau buat sendiri, modal tak sampai sebanyak tu.


Gum paste ni bahan asas dia Gula Icing, Gum Tragacanth & Liquid Glucose. Pada mulanya saya teragak-agak jugak nak buat Gum Paste sendiri ni, sebab Gum Tragacanth tu saya tak pernah guna. Takut pulak kalau2 benda tu susah nak jumpa kat kedai bakery.

Bila pergi Yummie Bakery..benda tu ada depan mata. Apalagi, terus sambar. Balik rumah, mula menguli. Nak membuatnya tidaklah payah sangat, tapi tang nak uli tu kena punya tangan yg kuat sebab dohnya agak berat & kental. Tapi saya tak uli dgn tangan..saya uli dgn hook penguli roti tu. Uli tu pun tak perlulah lama sangat. Nampak dia dah sebati jer dah cukup. Padatkan dia elok2..kemudian letak dalam bekas kedap udara. Biarkan semalaman sebelum guna. Kenapa kena biar semalaman..?? 
Jgn Tanya saya..saya bukan pakar. 
Saya Cuma ikut resepi jer tanpa derhaka. Tapi kalau ikut logic akal..biarkan semalaman tu supaya semua bahan2 yg kita uli tadi sebati dgn mesranya.

Esoknya bila nak guna..mungkin dia akan keras sedikit. Jgn risau. Itu normal. Ambik setakat mana yg nak guna..uli semula dgn gula icing sehingga ianya lembut dan boleh dibentuk. Yang selebihnya tu..balut dgn plastic wrap elok2..simpan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam suhu bilik. Ianya tahan lama.

Ini ada beberapa contoh figurine yg saya buat. Tak lah banyak..sebab saya pun baru berjinak2 dgn gum paste ni. Tapi wpun baru berjinak-jinak, saya amat sukakannya. Bila figurine kita dah kering, ia jadi amat ringan.. I love it…!!




Dua blog yang saya jadikan rujukan ketika membuat gum paste ni ialah blog Citarasawan & Qasey Honey. Kalau yang nak tengok step by stepnya..boleh tengok kat MyResepi, juga post daripada Citarasawan.


GUM PASTE
Sumber : Citarasawan & Qasey Honey
500gm gula ising
4-5 sudu makan air
1 sudu makan liquid glucose
1 sudu makan gam tragacanth/gumtax

Ayak gula ising dan gam tragacanth sebanyak 3 kali. Masukkan ke dalam mixer.
Masukkan liquid glucose, tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dengan speed perlahan.
Keluarkan dari mixer, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari. Jika melekit tambahkan gula icing dan jika keras tambahkan air. Simpan didalam bekas kedap udara dan biarkan semalaman sebelum digunakan.
Apabila hendak menggunakannya, uli lagi dengan gula ising sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dibentuk.
Untuk mewarnakannya ambil lidi dan celup dengan pewarna, calitkan di atas doh dan uli hingga warna menjadi sekata.
Siap digunakan untuk membuat bunga dan figurines

Sunday, 6 January 2013

STEAM BUTTERCREAM

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada rakan2 dan juga pengunjung blog saya yg tak seberapa ni.. (ada ker pengunjung..??)

Alhamdulillah...sepanjang 2012, saya begitu enjoy dgn kek-kek saya. Sambutan terhadap hobi saya ini juga makin menggalakkan. 
Menggalakkan itu bukanlah bermaksud saya menerima sampai 5-10 order sehari. Tidak..dan saya juga tidak mahu begitu kerana saya mengaku saya tidak mampu. Jika saya seorang surirumah yang sentiasa boleh berada didapur..mungkin ya. Tapi saya bekerja. Saya cukup gembira jika saya mendapat 1-2 order dalam seminggu. Cukup untuk saya melepaskan gian mendeco kek. hehe. Seronok & puas dapat buat kek yang cantik2.

Kepada rakan2 yang memang bekerja membuat kek, saya ucapkan semoga Tahun 2013 ini rezeki makin bertambah-tambah.

Kali ni nak berkongsi tentang satu kegembiraan.. gembira sebab berjaya membuat Steam Buttercream yang cantik jelita lagi gojes. Kalau tengok kat gambar, memang licin mcm fondant..tapi bukan fondant.

Saya dah lama berminat nak buat Steam Buttercream ni, tapi dengar cerita agak rumit dan memenatkan. Oleh yang demikian, saya ambik masa yang agak lama jugak untuk betul2 sedia untuk mencubanya. Lama tu bukannya apa..saya ambik masa yg agak lama untuk study dan paham betul2 step dan cara penghasilannya... Bila dah paham..cari pulak masa yang sesuai untuk buat benda ni. Kalau time anak2 terutama yg kecik ni belum tido..jgn haraplah sebab buat Steam Buttercream ni perlukan tumpuan dan tenaga.




Disini saya ceritakan secara kasar sahaja teknik pembuatan SBC ni..kalau nak tengok secara detail bergambar..anda dijemput untuk menjeguk dapur Juicy Cafe dan juga Dapur Masam Manis milik Azlita Aziz yang sentiasa sudi berkongsi resepi dan tips2 yang berguna dgn pengunjung blognya. 

Steam Butterceram ni sebenarnya menggunakan resepi yang sama, yang selalu kita buat buttercream tu..cuma ada penambahan Steam ajer..itulah yang membezakannya. Bukan beza bahan, tapi beza teknik penyediaannya. Yang paling penting dalam membuat SBC ni ialah time kita mengacau cream atas dapur. Kuali yg berisi air tu tak boleh terlalu panas..guna api yg paling kecik jer. Masa cream di atas air panas tu pun tak boleh lama..kalau lama nanti cream bertukar menjadi minyak. 
Bekas bc tu jgn guna bekas besi yer..guna mangkuk plastik. Bekas besi terlalu cepat panas..nanti cream jadi minyak..

Proses yang paling leceh ialah proses angkat turun naik dari kuali air panas tu.. jangan tanya nak kena turun naik berapa kali.. itu terpulang pada cream masing2. Yang penting buat sampai jadi cair seperti yg dikehendaki. Bukan cair jadi minyak yer..hehehe. (boleh rujuk blog yg saya sebut di atas untuk tengok step by step)

Bila dah cair tu kan, cepat2 lah tuang ke atas kek yang dah disapu dgn sedikit buttercream. Sapu dulu yer..untuk dapatkan permukaan yg rata. Sapu nipis2 jer...

Bila SBC dah dituang ke atas kek, goyang2 kan sedikit supaya cream turun meliputi semua permukaan & sisi kek. Oppss..bukan pegang kek & goyang yer.. pegang redai tu..hentak2 dan goyang2 manja. Kalau goyang & hentak kuat sgt pun nanti SBC jadi crack pulak..tak cantik. Jgn usik2 SBC tu dgn tangan yer...diharamkan sama sekali..hanya boleh lihat ajer..
Bawah redai tu kena taruk talam besar..sebab lebihan SBC tu nanti akan berjurai2 jatuh ke dalam talam tu. Lebihan tu jgn buang pulak..boleh simpan. Bila nak guna..just ulang balik step turun naik dari kuali tu jer.

SBC dah rata pada kek..angkat redai tu taruk kat talam lain. Biarkan dia mengeras pada suhu bilik selama bebarapa jam. Kalau tak mampu nak tunggu selama itu..buat mcm saya, masukkan dalam peti ais dalam 1/2 jam...

Bila dah keras SBC nya tu...bolehlah angkat kek dgn penyodok ke atas papan kek..bukan penyodok tanah atau penyodok sampah..tapi apa2 ajer yg boleh digunakan untuk angkat kek dari redai..dgn syarat dia tak merosakkan SBC tu.. sama kaedah nak angkat kek yg disiram dgn ganache.  Dah sampai atas papan kek..pandai2 lah deco..nak deco mcm mana pun terpulang lah. 

Faham ke tak ni..?? hehehe. 
Kalau tak faham..silalah lawati blog Juicy Cafe & Azlita Aziz untuk mendapatkan info yg lebih terperinci..siap gambar step by step sekali.
Saya nak tunjuk gambar step by step pun..tak der org nak tolong ambik gambar. Buat keje sorang2..lagipun bukan pakar dalam bab2 ambik gambar ni. Silap hari bulan kamera jatuh dalam kuali..heheh

Tekstur SBC ni memang sungguh cantik. Sungguh lembut. Time potong tu kita dapat rasa kelembutannya. Bila masuk dalam mulut..memang agak beza dgn rasa BC biasa...bagi saya..ianya sedap..

Silalah menjamu mata dgn kek yang disaluti SBC ini..
Selamat mencuba...