Thursday, 7 February 2013

KEREPEK NGAKU @ arrowhead


Assalamualaikum..

Minggu depan cuti panjang yer anak2 kita yang bersekolah tu. Cuti sempena Tahun Baru Cina. 
Wahhh…kat opis pun meriah. Bukan meriah sebab ada yg nak sambut raya cina, tapi meriah menyambut kedatangan kotak2 merah yg mengandungi buah limau yg amat manis dan sedap. Tiap2 hari dapat limau… terima kasih lah kpd yg sudi member..dan kami sedia menerimanya.. J
Bila dekat2 nak raya cina ni, banyaklah benda2 serta bahan2 makanan yg berkaitan dengan kaum cina keluar di pasaran.







Al kisah..hari  tu teman suami beli barang dapur kat Mydin. 

Jalan2 maka ternampaklah Arrowhead ni kat atas rak. Dah siap pek gitu. Nak kata banyak..tak banyak sgt tapi banyak jugaklah.
Nak buat Kuih Tako..?? hurmmmm… Malaslah..
Tiba-tiba teringat pernah terbaca citer pasal Kerepek Ngaku kat blog Izah Daut. Dengar citer mcm best jer…Nak try lah..
Ambik 1 pek..mcm tak cukup. Ambik lagi 1 dan 1 lagi..jadi 3 pek semuanya. Harga 1 pek Cuma RM1.60 jer. Lupa pulak nak tengok beratnya berapa..hehe.
Balik rumah..dengan tak sabar-sabarnya saya mengupas kulit Arrowhead ni…
dan dengan cepat2  jugak saya memotongnya senipis mungkin. Oh..sebenarnya..mula2 tu saya sagat tau..tapi susahlah. Tak mcm sagat pisang atau ubi kayu. Lambatlah..baik pakai pisau biasa.
Dah habis bab memotong..masuk bab menggoreng pulak. 
Nama jer kerepek..bila sebut kerepek tu..kita ingat mudah jer..main baling2 dalam kuali jer..rupanya..huhuhuhu (Nangis jap)..
Nak dapat yg betul2 garing dan cantik tu payah jugak. Kena pandai main api. 
Saya goreng..kali ke4 masuk kuali baru dapat rentaknya.
Goreng benda ni..kalau api terlalu kuat..luar nampak hangus tapi tak garing.
Kalau api pelan sangat..kerepek masuk minyak pulak.
Jadi api tu kena sedang2 jer…baru dapat kerepek yg cantik.
Rasanya..??? Tak payah bagitau tentang rasanya. Yang saya tau tiap kali angkat kerepek dari kuali…belum sejuk dah licin. Apa maknanya tu..?? 
Sedap lah tu kannnnnn….
Sampai anak dara saya suruh buat lagi esoknya. Huhuhu



Kerepek Ngaku ni tak payah letak perisa apa2 pun dah cukup sedap. Tapi kalau nak tambah serbuk garam atau serbuk lada sulah..terpulang pada citarasa masing2. Kalau pada tekak saya, saya suka yg plain jer.

Jom kita pakat2 buat Kerepek Ngaku selagi stok Arrowhead ada kat kedai. 
Kalau dah lepas musim raya cina ni..susah sikit nak dapat benda ni.

Gambar ihsan pak cik gugel




3 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak pernah buat keropok ni... time raya cina jer ada Arowwhead . beli Di Tesco itu hari 59 Sen/ kg

Sally Rashid said...

Kak Hayati..sedap kan kerepek ni..hehe

Amie said...

Nak buatnya kena nagis... bila makan kejap je habis he he ehh.