Assalamualaikum..
Alhamdulillah…seronok
dapat bercuti selama 3 hari bermula Jumaat hingga Ahad. Bagi wanita yg berkerja mcm saya ni..cuti amat
bermakna sekali. Time cuti mcm ni lah mcm2 nak buat..mcm2 nak masak untuk family.
Apapun..bulan
Januari & Februari ni memang banyak cuti. Minggu depan kita cuti Tahun Baru
Cina pulak. Dapat 4 hari tu bermula Sabtu sampai Selasa. Sekolah pulak bercuti
terus selama seminggu. Hurmmm…pasti ramai yang balik kampung. Tak kurang jugak
yang ambik kesempatan cuti panjang ni untuk buat kenduri kawin dan sebagainya. Tak kurang jugak
yang dah rancang percutian keluarga. Selamat bercuti…
Berbalik
pada kek yang ditayangkan hari ni. Bukan buat semalam tau..dah lama buat..cuma baru
nak tayang..hehehe. Resepi ni saya ambik kat satu group di FB yang dikongsi oleh
Umi Nadia Yunus. Kek ni kalau ikut nama asal yg tuan resepi ni bagi..Kek Keju
Lapisan Coklat. Tapi saya telah pandai2 tukar nama kek ni bagi komersil sikit.
Nama baru dia Cheese Coklat Mousse Cake…
Kelazzzzzzz sikit kan..hehehe.
Resepi
asal saya cuma jadikan sebagai panduan jer…resepi yang saya bagi kat sini
adalah resepi yang telah saya olah mengikut citarasa saya.
Kalau nak
buat kek ni, pastikan ada kek span. Tapi kalau nak pakai kek coklat moist pun
boleh. Tapi saya lagi suka guna kek span sebab konon nak kurangkan kadar lemaknya.
Kononlah..padahal kalau dah nama kek..tak der yg tak berlemaknya. hehe
Untuk kek
span..saya guna resepi kek span Chef Noraini. Kek Span ni saya buat pada sebelah siangnya supaya tak banyak sangat
keje yang nak buat malam nanti. Bila kek span saya ni dah siap..saya bungkus
dgn plastic dan simpan dalam peti ais diam-diam.
Malamnya…saya
cuma buat cheese coklat mousse ajer. Untuk cheese coklat mousse ni saya
kurangkan kuantiti gula berbanding dgn resepi asal. Bukan apa..kalau lihat pada
resepi..ada guna coklat, whip cream ..semua tu dah manis. Jadi saya tak mau
manis2 sangat..so saya cut kuantiti gula. Lebih2 lagi saya guna coklat compound
yg dah sedia manis.
Untuk
kuantiti air dan gelatin pulak..saya tambahkan kuantiti air sebab bila saya
masukkan gelatin ke dalam 50ml air tu..gelatin hanya kembang tapi tak larut.
Mcm tak cukup air. Sooo…50ml air tu saya tambah jadi 100ml air..ngam.
Bila
cheese coklat mousse saya dah siap..baru saya potong kek kpd bebarapa lapis
(ikut suka ..kalau nak buat base jer dgn kek, atas semua mousse pun boleh).
Kemudian masukkan satu lapisan kek kat dasar loyang springform..curahkan cheese
coklat mousse. Bahagian atasnya saya letakkan sekeping kek lagi sebagai penutup.
Masukkan ke dalam peti ais dan saya pun tidur…zzzzzzz.
Sayakan..kalau
kek yang kena simpan dalam peti ais lama2 ni..memang saya suka buat malam. Buat
malam senang…lepas buat boleh tidur.
Bila bangun jer boleh tengok kek kita. Kalau buat siang..mesti saya tengok kek
saya setiap ½ jam..dan terasa masa begitu lambat berlalu..ahaks
Bila
pagi..saya bukakkan loyang, keluarkan kek yang moussenya dah menjadi dgn
cantiknya. Saya ratakan mousse..rapikan serapi yang boleh sebab lepas ni nak
tuang coklat ganache. Kalau kek tak rapi..coklat pun nampak tak kemas jugak
nanti.
Untuk
coklat ganache yg halus dan berkilat..saya cuma masukkan seketul butter. Kacau
sehingga berkilat. Wpun coklat dah mencair sepenuhnya..rajin2 kan tangan
mengacau untuk dapatkan ganache yg berkilat dan halus. Biarkan ganache sejuk
sekejap. Agak2 dah boleh tuang..tuang ke atas kek yang diletakkan atas redai
yang dibawahnya dilapik dgn loyang atau talam besar (untuk tadah lebihan
coklat).
Cara
saya..saya tuangkan mula dari dibahagian sekeliling tepi kek..biar coklat turun
dan menyaluti bahagian tepi. Kemudian baru tuang kat tengah2 kek. Goyang-goyang
manja redai tu supaya coklat ganache turun dgn cantik dan sekata.
Bila kek
dah bersalut coklat dgn cantik..angkat redai letak dalam talam lain. Masukkan
dalam peti ais sekejap bagi coklat keras sebelum deco.
Untuk deco…kumpulkan
balik lebihan coklat tadi (sebenarnya
memang agak banyak jugak lebihan coklat ganache ni) Masukkan dalam mangkuk
dan biarkan ia kental. Agak2 dah kental dan boleh buat deco, keluarkan kek tadi…decolah
mengikut kata hati kita.
Hurmmm..memang
syok layan kek ni. Cheese Coklat Mousse tu memang terbaikkk..sedap sgt.
Kebetulan anak2 memang suka cheese dan coklat, maka bergembiralah mereka dgn kek
yang sedap itu..hehe. Mamanya pun sama naik…lupa yang badan dah menggelembung
mcm belon udara panas..ahaks
CHEESE COKLAT MOUSSE CAKE
Kek Span
Coklat
Resepi:Chef Noraini Zakaria
Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila
Cara:
1. Panaskan oven.Griskan acuan.Alas
dasar acuan dgn baking paper.
2. Pukul telur,gula,ovallet,tepung
superfine, baking powder sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.
3. Perlahankan mixer,masukkan susu
cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan lagi memukul selama 5
minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.
4. Tuang ke dalam acuan.Bakar selama
45 mint atau hingga masak.
5. Bila
kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.
Cheese
Coklat Mousse
Sumber
: Umi Nadia Yunus
250g
krim keju
80g
gula kastor (saya cuma guna 30g)
100g
coklat masakan (dicairkan secara double boiler) (Saya guna dark coklat
compound)
250g
non dairy whip cream
50ml
air + 15g gelatin halal (dicampur dan cairkan secara double boiler) (Saya guna
100ml air)
Cara
:
Putar
whipping cream hingga soft peak. Simpan dalam peti sejuk
Cairkan
coklat masakan dan biarkan suam
Mix
cream keju dengan gula sehingga berkrim. Masukkan krim yg telah dipukul tadi
bersama coklat cair. Pukul sebati.
Ambil
gelatin yang sudah cair dan masukkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan
sebatikan.
Letak
satu lapis kek span ke dasar loyang 9/8 inci. Tuang adunan cream cheese tadi
dan tutup dgn sekeping kek lagi di bahagian atas.
Sejukkan
beberapa jam di dalam peti ais sehingga mousse mengeras.
Coklat
Ganache
500g
coklat masakan
250g uht whipping cream
250g uht whipping cream
Sedikit
butter
Cara :
Didihkan whipping cream kemudian padamkan api.
Didihkan whipping cream kemudian padamkan api.
Masukkan
coklat & butter yang telah dipotong kecil2.
Kacau
sehingga coklat semua cair dan sebati dgn butter.
Kacau
lagi sehingga coklat kelihatan berkilat. Agak cair pada mulanya. Biarkan sejuk
sehingga ianya sesuai untuk digunakan.
4 comments:
nampak sedap..eee geramnya...
menyengat ni sally..meleleh teringin akak...
cheq da..memang sedap
Kak Rohah..hehehe..jom buat
Post a Comment