Sunday, 6 January 2013

STEAM BUTTERCREAM

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada rakan2 dan juga pengunjung blog saya yg tak seberapa ni.. (ada ker pengunjung..??)

Alhamdulillah...sepanjang 2012, saya begitu enjoy dgn kek-kek saya. Sambutan terhadap hobi saya ini juga makin menggalakkan. 
Menggalakkan itu bukanlah bermaksud saya menerima sampai 5-10 order sehari. Tidak..dan saya juga tidak mahu begitu kerana saya mengaku saya tidak mampu. Jika saya seorang surirumah yang sentiasa boleh berada didapur..mungkin ya. Tapi saya bekerja. Saya cukup gembira jika saya mendapat 1-2 order dalam seminggu. Cukup untuk saya melepaskan gian mendeco kek. hehe. Seronok & puas dapat buat kek yang cantik2.

Kepada rakan2 yang memang bekerja membuat kek, saya ucapkan semoga Tahun 2013 ini rezeki makin bertambah-tambah.

Kali ni nak berkongsi tentang satu kegembiraan.. gembira sebab berjaya membuat Steam Buttercream yang cantik jelita lagi gojes. Kalau tengok kat gambar, memang licin mcm fondant..tapi bukan fondant.

Saya dah lama berminat nak buat Steam Buttercream ni, tapi dengar cerita agak rumit dan memenatkan. Oleh yang demikian, saya ambik masa yang agak lama jugak untuk betul2 sedia untuk mencubanya. Lama tu bukannya apa..saya ambik masa yg agak lama untuk study dan paham betul2 step dan cara penghasilannya... Bila dah paham..cari pulak masa yang sesuai untuk buat benda ni. Kalau time anak2 terutama yg kecik ni belum tido..jgn haraplah sebab buat Steam Buttercream ni perlukan tumpuan dan tenaga.




Disini saya ceritakan secara kasar sahaja teknik pembuatan SBC ni..kalau nak tengok secara detail bergambar..anda dijemput untuk menjeguk dapur Juicy Cafe dan juga Dapur Masam Manis milik Azlita Aziz yang sentiasa sudi berkongsi resepi dan tips2 yang berguna dgn pengunjung blognya. 

Steam Butterceram ni sebenarnya menggunakan resepi yang sama, yang selalu kita buat buttercream tu..cuma ada penambahan Steam ajer..itulah yang membezakannya. Bukan beza bahan, tapi beza teknik penyediaannya. Yang paling penting dalam membuat SBC ni ialah time kita mengacau cream atas dapur. Kuali yg berisi air tu tak boleh terlalu panas..guna api yg paling kecik jer. Masa cream di atas air panas tu pun tak boleh lama..kalau lama nanti cream bertukar menjadi minyak. 
Bekas bc tu jgn guna bekas besi yer..guna mangkuk plastik. Bekas besi terlalu cepat panas..nanti cream jadi minyak..

Proses yang paling leceh ialah proses angkat turun naik dari kuali air panas tu.. jangan tanya nak kena turun naik berapa kali.. itu terpulang pada cream masing2. Yang penting buat sampai jadi cair seperti yg dikehendaki. Bukan cair jadi minyak yer..hehehe. (boleh rujuk blog yg saya sebut di atas untuk tengok step by step)

Bila dah cair tu kan, cepat2 lah tuang ke atas kek yang dah disapu dgn sedikit buttercream. Sapu dulu yer..untuk dapatkan permukaan yg rata. Sapu nipis2 jer...

Bila SBC dah dituang ke atas kek, goyang2 kan sedikit supaya cream turun meliputi semua permukaan & sisi kek. Oppss..bukan pegang kek & goyang yer.. pegang redai tu..hentak2 dan goyang2 manja. Kalau goyang & hentak kuat sgt pun nanti SBC jadi crack pulak..tak cantik. Jgn usik2 SBC tu dgn tangan yer...diharamkan sama sekali..hanya boleh lihat ajer..
Bawah redai tu kena taruk talam besar..sebab lebihan SBC tu nanti akan berjurai2 jatuh ke dalam talam tu. Lebihan tu jgn buang pulak..boleh simpan. Bila nak guna..just ulang balik step turun naik dari kuali tu jer.

SBC dah rata pada kek..angkat redai tu taruk kat talam lain. Biarkan dia mengeras pada suhu bilik selama bebarapa jam. Kalau tak mampu nak tunggu selama itu..buat mcm saya, masukkan dalam peti ais dalam 1/2 jam...

Bila dah keras SBC nya tu...bolehlah angkat kek dgn penyodok ke atas papan kek..bukan penyodok tanah atau penyodok sampah..tapi apa2 ajer yg boleh digunakan untuk angkat kek dari redai..dgn syarat dia tak merosakkan SBC tu.. sama kaedah nak angkat kek yg disiram dgn ganache.  Dah sampai atas papan kek..pandai2 lah deco..nak deco mcm mana pun terpulang lah. 

Faham ke tak ni..?? hehehe. 
Kalau tak faham..silalah lawati blog Juicy Cafe & Azlita Aziz untuk mendapatkan info yg lebih terperinci..siap gambar step by step sekali.
Saya nak tunjuk gambar step by step pun..tak der org nak tolong ambik gambar. Buat keje sorang2..lagipun bukan pakar dalam bab2 ambik gambar ni. Silap hari bulan kamera jatuh dalam kuali..heheh

Tekstur SBC ni memang sungguh cantik. Sungguh lembut. Time potong tu kita dapat rasa kelembutannya. Bila masuk dalam mulut..memang agak beza dgn rasa BC biasa...bagi saya..ianya sedap..

Silalah menjamu mata dgn kek yang disaluti SBC ini..
Selamat mencuba...



4 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sangat2 gorgeous... memang cantik sangat2.. tahniah & terima kasih utk tipsnya ye..

Sally Rashid said...

Madihaa..sama2 dan selamat mencuba

nanie said...

Cantik sgt..saya pun ingin nk cube mudah2n berjaya insyaAllah..tme ksh sally..

Anonymous said...

Nak tanya,buttercream bath tu tahan ke kalau diletak di tempat suhu panas.Al maklumlah,ada yang letak kek dimeja makan pengantin,bawah khemah.