Sunday, 20 January 2013

GUMPASTE

Assalamualaikum..
Sebelum ni kalau nak buat figurine, saya beli jer gumpaste yg dah siap jual kat kedai bakery. Bila nak guna cuma uli jer sampai lembut. Tapi kali ni rasa nak try buat gumpaste sendiri pulak.

Idea nak buat Gum Paste ni timbul apabila ada order kek dari kastemer yg memerlukan saya letak figurine sebagai hiasan. Dari situ timbul rasa nak buat sendiri. Kalau beli satu bekas tu agak mahal jugak dalam RM30++ kalau tak silap saya. Kalau buat sendiri, modal tak sampai sebanyak tu.


Gum paste ni bahan asas dia Gula Icing, Gum Tragacanth & Liquid Glucose. Pada mulanya saya teragak-agak jugak nak buat Gum Paste sendiri ni, sebab Gum Tragacanth tu saya tak pernah guna. Takut pulak kalau2 benda tu susah nak jumpa kat kedai bakery.

Bila pergi Yummie Bakery..benda tu ada depan mata. Apalagi, terus sambar. Balik rumah, mula menguli. Nak membuatnya tidaklah payah sangat, tapi tang nak uli tu kena punya tangan yg kuat sebab dohnya agak berat & kental. Tapi saya tak uli dgn tangan..saya uli dgn hook penguli roti tu. Uli tu pun tak perlulah lama sangat. Nampak dia dah sebati jer dah cukup. Padatkan dia elok2..kemudian letak dalam bekas kedap udara. Biarkan semalaman sebelum guna. Kenapa kena biar semalaman..?? 
Jgn Tanya saya..saya bukan pakar. 
Saya Cuma ikut resepi jer tanpa derhaka. Tapi kalau ikut logic akal..biarkan semalaman tu supaya semua bahan2 yg kita uli tadi sebati dgn mesranya.

Esoknya bila nak guna..mungkin dia akan keras sedikit. Jgn risau. Itu normal. Ambik setakat mana yg nak guna..uli semula dgn gula icing sehingga ianya lembut dan boleh dibentuk. Yang selebihnya tu..balut dgn plastic wrap elok2..simpan dalam bekas kedap udara. Simpan dalam suhu bilik. Ianya tahan lama.

Ini ada beberapa contoh figurine yg saya buat. Tak lah banyak..sebab saya pun baru berjinak2 dgn gum paste ni. Tapi wpun baru berjinak-jinak, saya amat sukakannya. Bila figurine kita dah kering, ia jadi amat ringan.. I love it…!!




Dua blog yang saya jadikan rujukan ketika membuat gum paste ni ialah blog Citarasawan & Qasey Honey. Kalau yang nak tengok step by stepnya..boleh tengok kat MyResepi, juga post daripada Citarasawan.


GUM PASTE
Sumber : Citarasawan & Qasey Honey
500gm gula ising
4-5 sudu makan air
1 sudu makan liquid glucose
1 sudu makan gam tragacanth/gumtax

Ayak gula ising dan gam tragacanth sebanyak 3 kali. Masukkan ke dalam mixer.
Masukkan liquid glucose, tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dengan speed perlahan.
Keluarkan dari mixer, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari. Jika melekit tambahkan gula icing dan jika keras tambahkan air. Simpan didalam bekas kedap udara dan biarkan semalaman sebelum digunakan.
Apabila hendak menggunakannya, uli lagi dengan gula ising sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dibentuk.
Untuk mewarnakannya ambil lidi dan celup dengan pewarna, calitkan di atas doh dan uli hingga warna menjadi sekata.
Siap digunakan untuk membuat bunga dan figurines

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantekkkk suka tengok.. rajin menguli ye :-)

rahel said...

Salam Sally...
Rahel pun teringin nak terai buat gumpaste...tengok hasil air tangan u tu sangat comel....suka sangat....thanks share resepi.

Sally Rashid said...

Nur Hayati...hahaha..tak lah rajin sgt

Rahel..try jgn tak try

Anonymous said...

Gumpaste tu klo kanak2 makan bole ke?