Assalamualaikum..Salam Sejahtera
Orang lain kan, kalau hari minggu
(Sabtu & Ahad)
kalau boleh nak rest secukup-cukupnya. Lebih-lebih lagi
kalau yang bekerja mcm saya. Isnin – Jumaat, belah siang ada kat opis. Belah
malam pulak sibuk buat kek (kalau ada tempahan la).
Patutnya hari minggu
dimanfaatkan sepenuhnya untuk merehatkan minda, kendurkan segala urat saraf yg
tegang…tapi ini tidak, kalau tak de tempahan..otak ligat fikir nak try resepi
apa..nak masak apa untuk family. Tengah baring pun otak masih fikir nak masak
apa..rosak betul lah.
Agaknya manusia yg kategori spesies tak boleh duk diam ni
memang mcm ni. Tangan konon nak rehat..tapi otak ligat fikir itu ini. Mcm2
gambar kek & masakan yg tergambar depan mata mcm ada tayangan perdana.
Sabtu hari tu, bila semua kerja rumah
dah siap..ingat nak rehat. Sambil2 rehat bukak pc..mcm biasa, jalan2 kat blog2
masakan. Tengok apa yg diaorg masak…tengok2 resepi yang best-best. Dalam
banyak2 blog tu, singgah lah kat sini www.bisousatoi.com.
Wow..!!! saya sungguh tergoda dengan koleksi
kek yang ada kat situ. Kalau boleh nak try buat semua kek yang ada kat situ.
Tapi mana mampu nak buat semua sekali gus. Satu persatu lah yer. Lagi pun kalau
buat banyak2, saper nak telan..?? Sape yg untung..?? Anak2 jiran gak yg
untung..hehehe
Dalam banyak2 tu saya pilih Chocolate Marble Cotton Cheesecake
yang kelihatan begitu gebu dan menggoda sekali. Kebetulan semua bahan ada dalam
peti ais.
Antara sebab kenapa pilih yang ni untuk dicuba,
1
: Nak bandingkan dgn resepi cotton cheesecake yg saya buat sebelum ni.
2
: Sebab anak2 saya suka kek yg berasaskan cheese.
Tak
rugi mencuba..confirm licin sekelip mata.
Cara
membuatnya sama dgn cara buat Japanese Cottton Cheesecake. Cuma ada penambahan
bahan. Resepi yg ni ada masukkan parutan kulit lemon. . Itu amat-amat saya
suka. Letak lebih pun tak per. Saya sukakan rasanya.
Tapi parut kulit lemon tu
jgnlah sampai ke bahagian putihnya yer… Tapi kalau nak kek yg rasa ala2
pahit..boleh gak try parut sampai
bahagian putih..hehehe
Bahagian
marble tu, kalau ikut resepi kat SANA,
di marblekan dgn chocolate. Tapi saya
pilih untuk marblekan dgn coffee. Layan anak tekak katanya..hehehe.
I memang
peminat coffee u..
Saya
marblekan bahagian bawahnya jer…memang sajer nak buat gitu. Kalau anda semua
nak marble keseluruhannya, boleh ajer. Terpulang pada anak tekak masing2.
Saya
ambik adunan sebanyak 1 mangkuk kecil jer..campur dgn coffee emulco. Kalau nak
marble keseluruhan..kena bahagikan adunan kpd 2 bahagian yg sama banyak.
Bila
dah sejuk, saya keluarkan kek dari loyang. Wuiiiiii..sangat gebu & ringan.
Suka..suka..suka..!!!.
Anak-anak apalagi..mama nak potong..!
Ok..kita
potong yer anak2..tak payah nak sejukkan dalam peti ais pun. Tekak pun dah tak
tahan sangat nak merasa kek ni..hehe J
Bila
potong..wow..!!! memang gebu. Sangat-sangat suka.
Sekelip
mata jer..licin. Tapi sempat lah hulur kat anak2 jiran sebelah. J
Syok
layan..bahagian bawah ada rasa coffee..atasnya cheese. Yummy..!!
Oh ya..tang merekah kat tengah tu abaikan ajer yer..salah saya sendiri...saiz loyang tak sesuai dgn adunan. Membuak naik dan merekah..hehehe
Len kali kena pakai loyang lagi besar..
Oh ya..tang merekah kat tengah tu abaikan ajer yer..salah saya sendiri...saiz loyang tak sesuai dgn adunan. Membuak naik dan merekah..hehehe
Len kali kena pakai loyang lagi besar..
Coffee Marble Cotton Cheesecake
Sumber : www.bisousatoi.com.
(A)
50g tepung (saya guna tepung superfine)
50g tepung jagung
(B)
60g mentega tanpa garam (unsalted butter)
250g cream cheese (suhu bilik)
120ml whip cream (saya pakai UHT Whip Cream)
5 biji kuning telur
2 tsp parutan kulit lemon
(C)
5 biji putih telur
1/8 tsp garam
130g gula halus
1 tsp jus lemon
Sediakan loyang 20cm (loyang 8” atau 9”)
Alas dengan baking paper pada bahagian
bawahnya. Panaskan oven 180C api bawah sahaja.
Campurkan butter, cream cheese dan whip cream
dalam bekas. Panaskan secara double boiler sehingga semuanya sebati.
Angkat dan sejukkan.
Bila dah sejuk, satukan dgn bahan A (tepung)
dan kacau sebati. Masukkan kuning telur. Sebatikan.
Masukkan kulit lemon, sebatikan dan ketepikan.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan
gula dan jus lemon sedikit demi sedikit sehingga soft peak (meringue)
Masukkan 1/3 adunan meringue ke dalam adunan
cream cheese, sebatikan secara kaup balik.
Masukkan lagi lebihan meringue dan sebatikan.
Jangan kacau terlalu lama.
Masukkan ke dalam loyang dan bakar kaedah bain
marie lebih kurang 75 min sehingga permukaan kek agak perang keemasan.
Bila masak, keluarkan dari oven. Biarkan sejuk di dalam loyang.
Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang.
2 comments:
Salam, akak masi baru dlm ruangan ni, nak jugak belajar buat kek sendiri, selalu oder je, nak tanya ni pukul telor sampai berbuih tu mcm mana, neringue apa pulak..?
wsalam Haryani
Putih telur tu pukul sampai berbuih mcm teh tarik tu
kemudian baru masukkan gula dan pukul lagi sampai jadi meringue
Meringue tu maksudnya putih telur tu dah benar2 kembang gebu..
Nak tau dah jadi meringue ke belum..celup pemukul tu ke dalam putih telur..dia akan melekat dan ada rupan tanduk. Lagi satu cara..terbalikkan mangkuk adunan putih telur tu..kalau adunan tak jatuh..jadi lah tu
Kalau adunan jatuh atas kepala..pergi mandi dan buat yg lain..hehehe. Gurau je
Post a Comment