Tuesday, 25 December 2012

ROTI JALA..menjala pakai piping bag

Assalamualaikum..

Bersiaran kembali...

Sejukkan..??? 
Belah2 Pantai Timur lagi sejuk..siap banjir lagi. Kampung2 yang berjiran dgn kampung saya pun terkena tempias banjir tahun ni... Nasib baik kampung saya tak pernah banjir. Sekaranglah..tahun2 akan datang belum tentu. Bencana alam di akhir zaman ni bukan boleh diramal. Kalau DIA kata nak jadi, maka jadilah..

Hari ni tayang Roti Jala yang buat berhari-hari yang sudah. Tak plan pun nak buat Roti Jala sebenarnya..sebab kat rumah saya memang tak der acuan nak menjala tu.. Tapi anak2 sibuk duk suruh buat..katanya nak makan roti kuning yg petak2..cicah kari tu..






Hurm..bahan mudah jer..tapi nak menjala dgn apa. Dulu2 ada acuan oren yg ada tangkai tu..tapi dah buang sebab kejadiannya tak cantik. Nampak kat blog & FB, org pakai acuan botol tu..tapi saya tak der acuan tu.. Ok..dapat idea..May be boleh menjala dgn piping bag..





Try satu...alhamdulillah..menjadi..hehehe. Bila satu menjadi..maka seronok lah menjala lagi dan lagi. Tapikan..ingatan buat anda semua..kalau nak makan famili yg kecik mcm saya..bolehlah menjala pakai piping bag..tapi kalau nak makan ramai...mintak ampun lah yer..hehehe. Jenuh jugak nak tari menari piping bang tu atas non stick pan...ahaks






Saya kalau makan Roti Jala..kuah karinya mesti pekat melekat dan terangkat. Kalau cair2 tak mainlah. Mesti bila cicah tu..kari bersalut pada Roti Jala.. Masuk mulut.. Umppppphhh..memang kelazzzzz dik..!

Kali ni menjala pakai resepi yang ambik kat Dapur Encik Mat Gebu kita. Resepi lain ada gak jenguk2..tapi kuantiti agak banyak..resepi Mat Gebu ni sedang elok jer untuk saya satu famili.



Kat sini saya kongsikan resepi Roti Jala nya ajer yer... tang Kari tu pandai-pandailah buat, ikut citarasa masing-masing...boleh..?? hehehe

ROTI JALA
Resepi : Encik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.

Wednesday, 19 December 2012

Kuih PUTERI AYU

Assalamualaikum..

Hari ni tayang kuih yang buat beberapa minggu yang lalu. Jgn mintak yer..sebab memang dah tak der... dah jadi baja..ahaks. 
Dek kerana kesibukan yg teramat sangat..sibuk dgn kerja2 kat pejabat..kat rumah pulak sibuk dgn anak2 dan sibuk dgn tepahan yg tak seberapa tuh..maka...tak ada masa nak update blog. Dengan yg demikian jugak...makin bertimbun2 lah gambar dalam simpanan yg menunggu untuk disiarkan..tetapi tak tahu bila..he he he

Kuih Puteri Ayu ni memang saya tak pernah buat sebelum ni. Kalau nak makan..tahu beli jer. Tapi paham2 jer lah kalau beli tu kan... ada yang kena dgn selera..ada yg hampehhh..

Alkisahnya ada sorang member ni..dia mengandung, teringin pulak nak makan kuih Puteri Ayu katanya. Saya garu2 jugak kepala yg tak der kutu ni..sebab tak pernah buat. Kesian punya pasal..nak tak nak..gugel sana sini cari resepi Puteri Ayu yang berkenan dimata. Maka terjumpa lah resepi kuih ni kat dapur Jintan Manis yg memang tersohor itu. Nampak gambar kuih dia pun memang berkenan sgt.

tak guna acuan Puteri Ayu pun tak per..tetap cantik, cun dan sedap..

Kul 4 pagi saya bangun menggodek kuih ni. Agak lambat jugak sebab nak minyakkan acaun dan tekan kelapa kat dalam acuan tu..ambik masa jugak tu. Seb baik bangun awal..kalau bangun lewat, memang tak buatlah jwbnya.. takut punch card merah gara2 buat kuih..hehe

Adunan kuih ni lebih kurang mcm adunan nak buat Apam Polkadot. Kena pukul sampai kembang dan likat. Wpun saya dah berkurun tak buat apam polkadot, tapi masih ingat lagi mcm mana rupa adunannya itu.

Yang paling saya risau tentang kuih ni..takut dia jadi keras bila sejuk. Tersangat2 lah risau. Sebab tu time pukul adunan tu..tengok betul2..takut tak cukup pukul. Kalau org dah expert..pejam mata pun boleh jadi kut..hehe

Dah lah risau pasal kuih takut keras..bab kelapa putihnya jugak menambahkan satu lagi kerisauan. Time bubuh garam..main agak2 jer..langsung tak rasa. Bila kuih dah siap..saya ambik sebijik makan..
Ermmmmmm..rasa mcm terlebih garamlah pulak..
Lantaklah..masin ker manis ker..kuih dah siap..tak boleh buat apa dah.
Masuk dalam pek kecik siap2..senang nak bagi2 kat jiran dan kawan2 kat opis termasuk mak buyung yg mengidam tuh. Tapi masa bagi tu saya bagi tau..TERLEBIH GARAM..hehe


Tapiiiiii..bila semua org dah makan..tak der pulak yg cakap terlebih garam. Semua kata sedap..mabeles..meletoppp...boleh jual dan sebagainya.
Erkkkk...ker lidah aku yg silap..?? 

Oklah..kalau sedap..mebeles & meletup.. maka dgn itu..kiranya saya dah lulus buat kuih Puteri Ayu dgn sekali cubaan sahaja. Alhamdulillah..

Nak resepi..?????
Jom tengok kat bawah. Copy paste jer dari dapur Jintan Manis.

Kuih Seri Ayu
Resepi Asal: rohaya1710@myresipi.com

Sumber : Bukan Sekadar Masakan (Jintan Manis)

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudukecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung ubi dan garam

( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com
-langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang, kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihtan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*
1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.
2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).
3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

Tuesday, 11 December 2012

Muffin Yogurt Coklat Chip

Assalamualaikum..

Lama tak bersiaran..sibuk bukan main sekarang. 
Bukan sibuk dgn Durian Crepe, tapi sibuk dengan kerja2 
di pejabat yang dah mula timbun menimbun. Ni pun curi2 masa jer update blog. 

Saya dah kurangkan aktiviti mengcrepe...akan pencen perlahan-lahan. Bila dah tak sibuk dgn crepe ni..barulah saya ada masa nak mencuba pelbagai resepi..ada masa nak buat itu dan ini. Kalau buat crepe..apa benda tak boleh buat..mengadap itu jer dari lepas maghrib sampai lewat malam.



Dah lama tak buat muffin. Kalau ikutkan hati..saya suka buat muffin & cupcake. Suka tengok comel-comel jer. Tapi kalau nak buat muffin ni..kena cari resepi yg betul2 sedap. Kalau yang kosong biasa2 jer..anak2 tak makan. Kalau anak2 tak makan..membazir lah pulak.

Ni duk belek2 koleksi resepi muffin kat dapur tokey muffin Izahdaut..terjumpa resepi Muffin Yogurt ni..nampak sedap jer sebab ada coklat chip. Anak2 mesti suka. Nak lagi sedap..letak coklat chip banyak2..
meriah gitu dgn rasa coklat :)
Memang sedap muffin ni..moist lagi..cedap sangat..!!

* Minta maaflah kalau gambar tak berapa memuaskan. Almaklumlah...buat kerja waktu malam..ambik gambar pun malam lah. Siang badan kat pejabat...tak der masa nak ambik2 gambar. Tambahan pulak kamera cap kapak.. paham2 jer lah kualiti gambarnya..ahaks




Muffin Yogurt Coklat Chip
Resepi : Izahdaut

bahan:
1 cawan tepung 
1/3 cawan gula
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 sk baking powder
1/4 sk garam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt natural low fat 
*boleh guna jenis apapun
1/3 cawan susu segar
1/2 sk vanilla essence
2 sb butter cair
*1/2 cawan coklat chip

caranya:
Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.
Ketepikan.
Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu, butter cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaul sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. 
Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.


Sunday, 2 December 2012

Kek Coklat Berkacang

Assalamualaikum...

Wahhh..semalam saya tayang kek ni kat FB..ramai jugak yg teruja. Kek ni saya buat untuk makan2 jer. Rasa mcm dah lama sgt tak buat kek untuk hidangan keluarga sendiri. Asyik sibuk dgn Crepe Durian jer.

Sebut pasal Crepe Durian ni, saya rasa saya dah nak pencen buat Crepe. 
Bukan apa, buat crepe ni nampak mudah..tapi sebenarnya dia memerlukan banyak masa. Masa untuk membuat lempeng, terus bungkus sehingga siap. 
Tak boleh nak tangguh-tangguh. Dek kerana sibuk siapkan tempahan Crepe Durian, 
banyak kerja-kerja rumah yg tertangguh. Perhatian untuk anak2 juga agak terabai.
Mungkin bagi yg ambik tempahan sepenuh masa, benda ni agak mudah. 
Pagi2 siapkan anak2..kemas rumah..kemudian boleh mula siapkan Crepe. 
Tapi bagi yg bekerja mcm saya....agak sukar. Siang bekerja di pejabat..bila malam, masa tu lah nak melempeng..nak uruskan makan malam anak2..ajar anak2 mengaji. 
Memang agak kelam kabut. Adakala kalau tempahan agak banyak..anak2 miss mengaji. 
Paling kesian si Adeelia yg kecik tu. Sejak2 saya sibuk dgn crepe..setiap malam dia terlena sendiri. Kadang2 dia datang ke dapur..kacau2 saya mintak perhatian, 
tapi kesudahnya kena marah. 
Kesiannnn..!! Bila tengok muka dia yg dah terlena tu..sedih pulak.
Kain kat rumah tak payah cakap..membumbung tinggi. Hidup rasa kelam kabut. 
Sampai suami pun tegur. Kuih..kuih jugak..anak2 dan rumah jgn terabai. Aduhhhh...!!!




Maka dengan itu..mulai hari ini, saya akan perlahan-lahan undurkan diri dari dunia crepe nih. Tumpuan hanya kepada tempahan kek sahaja. Saya suka buat kek sebab ianya tidak menjejaskan tumpuan saya kpd rumahtangga. Biasanya saya ambikk tempahan kek 2 hari lebih awal. Hari pertama..selepas anak2 tidur saya siapkan kek. Malam esoknya saya siapkan deco. Pagi boleh hantar. 
Semuanya teratur dan tidak memeningkan kepala. Urusan rumahtangga pun beres. 
Pergi bekerja dgn hati yg tenang.

Amboiiiii..panjang sungguh celoteh hari ni. Mcm luahan perasaan pulak (memang yer pun) :)
Ok..berbalik pada kek yang ditayang hari ni. Nama dia Kek Coklat Berkacang. 
Resepi ni saya jumpa kat iResepi.net. Ni kali ke2 saya buat kek ni.. Yang pertama dulu buat untuk birthday anak no. 2 saya. Tak sempat nak ambik gambar..licin terus.
Dia cuma Kek Span Coklat biasa jer..tapi adunan krim yg buat rasanya agak istimewa. Ditambah pula dgn ketulan peanut butter yang ditabur pada setiap lapisan. 
Rasa lemak masin gitu.




Kali pertama dulu..kat luar kek saya topping dgn fc biasa jer. Best sangat rasanya. 
Kali ni saya gatal2  topping dgn krim yg sama, yg telah dicampur Peanut Butter. 
Rasa lemak yg berlebihan tu membuatkan rasanya agak muak jika makan lebih dari sepotong. Jadi saranan saya..kalau nak cuba buat kek ni..DALAM AJE YG LAYER DGN FC PEANUT BUTTER..LUAR JGN. LUAR TOPPING DGN FC BIASA JE. Baru syok layannn..

Untuk Kek Span Coklat tu, saya tak ikut iResepi. Saya guna resepi Kek Span Coklat resepi Chef Noraini yg saya ambik dari blog Rahel yg tak kurang hebat tu. 
Untuk krim saya ikut mcm kat resepi dari iResepi. Topping ganache tu buat mcm biasa jer..tak letak pun tak per. Kalau rajin...letak lah..hehe

Jom tengok resepinya. Jgn tengok jer..cubalah buat. Mudah bangettttt..!!




Kek Span Coklat
Resepi:Noraini Zakaria

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung superfine, baking powder sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan 
   lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


Kek Coklat Berkacang
Resepi : iResepi.net

Bahan-bahan A
(Kek Span Coklat)
250g campuran kek span
4 biji telur
50ml air
50ml minyak jagung
10g serbuk koko

Bahan B
100g susu segar

Bahan C
50g kepingan coklat manis dan pahit (diparut)
50g Jem kacang

Bahan D
300g krim putar

Bahan E
150g mentega kacang
(sejukkan dan potong dalam bentuk kiub)

Hiasan
potongan kepingan kacang yang secukupnya


Cara-cara Membuatnya:

1. Kek Span: Pukul bahan-bahan A sehingga adunan menjadi lembut (kecuali minyak jagung). Kemudian pukul lagi adunan sehingga menjadi warna putih dan berkrim. Masukkan minyak jagung. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang berukuran 8 inci. Alaskan dengan kertas minyak dan digriskan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 40 minit sehingga masak. Potong kek kepada 3 lapisan.

2. Panaskan bahan B di dalam bekas penjerang air yang diletakkan di atas periuk yang mempunyai sedikit air panas. Kemudian, tuangkan ke dalam bahan-bahan C. Campur kan sehingga adunan menjadi sebati dan
ketepikan seketika.

3. Pukulkan bahan D sehingga krim menjadi kental. Selepas itu, gaulkan bersama dengan campuran bahan B dan C. Gaul hingga sebati.

4. Sapukan kesemua bahan campuran tadi dan bahan E di bahagian bawah kek lapis. Letakkan kek lapis kedua di atasnya. Sapukan campuran krim dan bahan E di atasnya.
Letakkan kek lapis terakhir di atas permukaannya.

5. Sapukan kek dengan sedikit krim segar. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 20 minit dan keluarkan. Sapukan lebihan campuran krim diatas permukaannya. Hiaskan
tepi kek dengan kepingan kacang