Tuesday, 27 November 2012

Kek Mangga Yogurt

Assalamualaikum..
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera..
dannnnnn..Salam 1 Malaysia..hehehe

Skrg ni demam Crepe Durian kan.. pegi sana pegi sini semua tayang crepe. Saya pun hari2 buat crepe..memenuhi permintaan pelanggan. Sampaikan muka pun dah mcm lempeng dibuatnya. Rindu nak buat kek hanya tuhan saja yg tahu.


Kebetulan hari Isnin hari tu, boss minta buat potluck untuk meraikan Harijadi staf dari bulan Mei sampai November..maka terlepas jugak gian ku nak buat kek.
Atas permintaan member opis yang nak sangat makan kek yang berperisa mangga..maka resepi Kek Mangga Yogurt dari dapur Ct Delima yg cantik itu menjadi rujukanku..hehe


Kalau tak rasa mangga jugak tak tau lah..guna yogurt mangga, minuman yogurt perisa mangga dan saya tambah 1 sudu besar Sunquick Mangga. Dalam pulak layer dgn fresh cream dan potongan mangga. Semuanya mangga
Sesuai sangat dgn namanya Kek Mangga Yogurt.

Mula2 buat tu..berdoa jer lah supaya ada rasa mangga sebab kat rumah tak boleh potong. Tunggu sampai opis baru leh rasa.
Bila majlis dah mula..kek yang mula2 saya rasa...
Ermmmmm...memang mangga lah sangat. Kaya dgn rasa mangga..
Kalau peminat mangga tu, boleh try resepi ni.



Kek Yogurt Mangga
Sumber : Chef Liza Zainol & CT Delima

Bahan : A
2 biji telur
3 biji kuning telur
1 sudu kecil pemantap kek @ ovalette
100 gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pewarna kuning masakkan

Bahan : B
120 gm minyak jagung daisy
80 gm minuman yogurt mangga
2 sudu besar yogurt mangga
1 sudu besar Sunquick Mangga (saya tambah)

Bahan : C
30 gm serbuk gajus * 
(saya guna serbuk badam)
20 gm tepung jagung
120 gm tepung naik sendiri *
60 gm tepung gandum * ( * disatukan)
Cara-cara :
1. Putar telur, kuning telur dan ovalette selama 1 minit. Masukkan gula kastor dan garam, putar lagi 4 minit dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan pewarna kuning, sunquick mangga dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan yogurt mangga dan bahan C yang telah dicampur sekali. Gaul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan minyak jagung daisy. 
5. Tuang kedalam loyang .
6. Bakar selama 20- 25 minit pada suhu 165 C. 
Atau hingga masak ikut oven masing2.



Tuesday, 20 November 2012

PANDAN LAYER CAKE

Assalamualaikum..

Lama dah bercita-cita nak buat Pandan Layer Cake ni. Tengok kawan2 duk tayang kat FB..telan air liur. Saya memang suka kek ni. Suka tang kastard dia yg sejuk dan lembut tuh..yummy..yummy!


Dari sehari ke sehari asyik tangguh-tangguh jer nak buat, akhirnya pada Sabtu lepas tertunai sudah hajat itu.
Nak buat kek span tu tak der masalah..tapi part buat kastard tu..agak cuak juga. Takut pekat sangat..takut cair sangat.
Tapi alhamdulillah..sedang elok jer. Senang nak tuang ke atas lapisan kek. 



Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. 
Wow..!!! tak sangka hasilnya agak memberangsangkan.
Buat dalam loyang 8 inci...agak besar dan tinggi jugak. Maklumlah kan..kek span dia naik membukit.
Hajat hati nak simpan untuk kawan2 kat opis. Tapi tak sangka pulak petang Ahad tu dapat tetamu. 
Rezeki merekalah. Licin Kek Pandan Layer ku..
Alhamdulillah. Sedap lah tu agaknya..hehe


Tetamu saya tanya..macam mana nak buat supaya kastad tu menyaluti seluruh tepi2 kek tu..?? 
Saya kata..saya curah jer kastad...kat tepi2 tu dia masuk sendiri sebab kek bila dah keluarkan dari loyang, mestilah dia susut sikitkan. Bila masukkan balik dalam loyang..akan ada sedikit ruang kat tepi2 dinding loyang tu. 
Bila saya tuang kastad, dengan sendiri dia masuk ke seganap ruang yg ada. Tapi kastad tu jgnlah kental sgt.

Kek saya ni togel2 jer..selalu org letak kelapa kering kan.?? Saya tak letak sebab nanti anak2 saya tak mau makan..

Resepi Pandan Layer Cake ni saya ambik kat blog Naz. Tapi kat blog Naz dia panggil Kek Kastad Pandan. 
Sama lah tu kan. :)



PANDAN LAYER CAKE
Resepi : Jom Masak (FB)
Sumber : Naz


KEK SPAN PANDAN


Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. 
Biar sejuk


KASTAD PANDAN

Bahan-bahan:
1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
 Secubit garam

Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. 
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. 
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer


CARA MELAPIS KEK KASTAD

Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. 
Kalau tak nak lapik pun boleh juga. (Saya tak lapik)
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. 
Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. 
Biar kastad sejuk dan keras.

Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk



TIPS NAZ:
  • Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
  • Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda


Saturday, 17 November 2012

CREPE DURIAN

Assalamualaikum...

Walaupun dah lambat, tapi nak tayang jugak benda alah yg menjadi fenomena sekarang ni. Pegi mana2 jer semua duk citer pasal CREPE DURIAN. Sampai cina yg jual durian pun tahu pasal Crepe Durian dek kerana ramai yg beli durian untuk buat bantal yg comel ni.. :)




Saya pada awal2 hari tu kalau boleh memang tak nak terjebak dgn fenomena Crepe Durian ni..buat pun untuk sendiri makan sahaja. Tapi budak2 kat ofis saya sibuk duk suruh saya buat. Nak tak nak..buatlah jugak untuk dia org. Lepas daripada tu, ramai pulak yg merayu nak order...alahai..tak sampai hatilah pulak. huhuhu. Maka dengan rela paksa..saya pun terjebak juga ke kancah Crepe Durian ni.. Diam tak diam..dah banyak RM jugak yg saya dapat dari jualan Crepe Durian ni..
Alhamdulillah...duit tambahan selain duit gaji. 



Citer pasal Crepe Durian ni..bab yg paling saya malas dan bercinta nak buat ialah melempeng. Aduhai..
Saya ambik order 20 pax jer. Itu pun 2-3 kali jer seminggu. Jenuh jugak nak melempeng. Berejam duduk kat dapur. Kalau buat kek tu..bila adunan dah masuk oven..boleh buat keje lain pulak. Yg ni tak boleh..selagi tak siap kena tunggu. Sampai kain baju pun tak berlipat..gara2 Crepe Durian.

Resepi Crepe Durian pulak..macam versi ada. Ada yg guna 2, 3, 4 & 5 jenis tepung. Tepuk dada tanya selera.
Kalau saya, saya suka guna resepi dari rakan FB saya Eyna Haneyna.
Semoga rezeki beliau melimpah ruah kerana sudi berkongsi resepi yang menjana pendapatan ramai org.



CREPE DURIAN
Resepi : Eyna Haneyna

20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung kastard
10g tepung jagung
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna kuning

Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan kacau dgn whisk sehingga sebati. Tapiskan
Tuangkan sesenduk kecil ke dalam kuali non stick.
Layang layangkan kuali agar adunan sekata.
Masak atas api kecil
Masak sehingga kering..tak perlu lama.

Filling
Non Diary Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi Durian


Untuk Crepe Durian saya, saya suka guna filling cream kastard yang saya ambik kat dapur Izah Daut. Memang sedap sangat


Filling Cream Kastard
Sumber : Izah daut

200g susu segar
2 kuning telur
30g gula halus
1 sudu besar tepung kastard

Kacau secara double boiler sehingga pekat.
Satukan dgn whipping cream secara kaup balik




Tuesday, 6 November 2012

Talam Cendol

Assalamualaikum..
Ni entry pertama selepas Aidiladha. Tak der mood nak blogging2 dek kerana terkezut dgn kejadian kemalangan yg berlaku pada pagi raya tu.

Skrg semua dah ok...mood dah mula datang sikit2...
Mood menalam pun menjadi-jadi skrg. Mcm syok pulak buat kuih talam. Syok sebab sedap dan syok sebab ramai yg tukang perabihkannya..hehe




Saya copy jer resepi dari dapur Kak Rohah. Izinkan kak yer..untuk rujukan pada masa akan datang


TALAM CENDOL
Resepi:Chef Asma
Sumber : Kak Rohah

Lapisan Bawah
Bahan-bahannya:
Bahan A:
200gm tepung beras*
250gm santan pekat*
450ml air*
1 sudu besar tepung jagung*
150gm gula kaster (saya guna 120gm sahaja mcm Kak Bdaria)
1 susu teh garam

Bahan B:
100gm cendol@1 paket kecil

Cara-Caranya:
1.Satukan bahan bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk.Masukkan bahan lain di bahagian A.
2.Masak bahan A sehingga naik wap.(Jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu untuk mengacau.Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).
3.Angkat dan masukkan cendol.Gaul rata.
4.Masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah disapukan dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
5.Kukus selama 25 minit.
6.Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu.

Lapisan Atas:
Bahan-bahannya:
Bahan A:
300gm gula merah (saya guna gula melaka)
50gm gula kastor
500ml air

Bahan B:
150gm tepung gandum
3 biji telur (boleh guna 5 biji telur kalau nak banyak telur)
250ml santan pekat
1/2 sudu teh garam

Cara-caranya:
1.Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2.Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati.
3.Masukkan bahan A ke dalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk.
4.Masak hingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.