Sunday, 30 September 2012

BIRTHDAY PUTERIKU, AZREEN

Assalamualaikum..

29/9/2012..selesai sudah majlis kecil-kecilan menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran puteri ke2 ku Azreen binti Amir. Alhamdulillah, dia gembira dengan majlis kecilnya itu. Majlis yang kecil, dihadiri oleh tetamu-tetamu kecil, yang merupakan anak jiran2 dan jugak rakan2 sekolah yang tinggal berdekatan.


Wpun majlis itu kecil, tapi mama tersenyum puas hati. Semuanya mama buat sendiri. Daripada kek hingga ke juadah hidangan untuk tetamu..semuanya mama buat sorang2..hehe

Dulu, ketika mula2 belajar baking membaking nih, hasrat saya cuma satu, nak buat kek birthday untuk anak sendiri. Nak buat cantik2. 
Tertunai sudah hasrat saya. Kiranya ini kali ke2 saya buat kek birthday untuk anak sendiri. Kali pertama bulan April hari tu, birthday pertama puteri bongsu saya Adeelia binti Amir. Masa tu buat kek biasa jer..kali ni cuba buat kek 2 lapis. 
Saja nak uji diri sendiri sama ada boleh buat atau tidak. Setelah banyak ilmu yang saya timba dari rakan2 di FB, akhirnya saya mencuba buat kek 2 lapis ni. 


Alhamdulillah...wpun masih banyak yang perlu diperbaiki..hasil untuk kali pertama tidak mengecewakan. Segala kekurangan pada kek, akan diperbaiki pada masa-masa akan datang.



Bahagian bawah adalah checkered cake, gabungan Kek Coklat Moist & Red Velvet Cake resepi dari Puteri Aida (rakan FB). Sempat jugak ambik beberapa keping gambar kek yang telah dipotong. Tetapi yang bahagian atas, Kek Span Coklat Kekacang tak sempat nak ambik gambar. Laju jer habisnya..hehehe



Juadah untuk santapan tetamu adalah Nasi Dagang & Spagetti. Minta maaflah, tak sempat nak ambik gambar dek kerana terlalu sibuk menguruskan majlis..hehee

Monday, 24 September 2012

COKLAT CUPCAKES

AssaLaMuaLaIkum....

Minggu lepas Sabtu Ahad, memang cuti yang sungguh-sungguh santai. Tak der tempahan, cuma masak untuk keluarga dan uruskan anak-anak jer. 
Bila santai2 tu kan..kepala otak ligat fikir nak buat apa, nak masak apa.

Ada satu resepi coklat cupcakes ni dah berkurun dalam simpanan. Tapi tak pernah dicuba. Ambik kat mana pun dah tak ingat dah. Mintak ampun banyak2 kat tuan punya resepi..Mintak halal yer..saya dah cuba..memang sedap.
Lebih kurang jer dgn resepi kek coklat lain.



Kalau selalu saya buat kek coklat, saya kukus. Yang ni bakar punya. Alhamdulillah...cantik dan sedap.

Sebenarnya saya suka buat kek coklat sebab mudah. Tak payah nak keluarkan mixer bagai. Godek2 dgn senduk atau whisk pun jadi. Anak2 pun suka kek coklat. 

Krim hias kat atas kek tu saya guna white coklat buttercream. 


COKLAT CUPCAKES

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/3 cawan mentega cair
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya kurangkan lagi)
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak sayuran
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan susu full cream (kotak)
1 sudu besar jus lemon (saya guna sunquick)
coklat chips secukupnya

Cara-cara :
Panaskan oven 180C
Ayak tepung bersama baking powder, soda, garam & serbuk koko.
Ketepikan
Pukul butter cair & gula dgn whisk sampai sebati. 
Kemudian masukkan telur, pukul sebati.
Masukkan esen vanilla, susu full cream, minyak sayur, jus lemon. Sebatikan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau pakai spatula atau senduk kayu sehingga sebati.
Masukkan ke dalam cup yang bersesuaian. Masukkan separuh cup jer.
Bakar selama 20 min atau sehingga masak.

WHITE COKLAT BUTTERCREAM

180g krimwell
100g butter
300g gula aising (boleh kurangkan)
120g white coklat

Cara-cara :
Cairkan white coklat secara double boiler.
Biarkan sejuk sebentar.
Pukul krimwell, butter & gula sehingga kembang dan putih.
Masukkan white coklat dan pukul sebati.

Thursday, 20 September 2012

HUMMINGBIRD CAKE

Bila saya post gambar kek ni kat FB saya, ada yg tanya..memang nama dia Hummingbird ker..??
Jawapannya..yer..itulah nama kek ni. Resepi kek ni saya ambik kat Joy of Baking..memang ni lah nama kek ni..
Hummingbird tu nama burung kecik yg suka bertenggek atas bunga tu kan..??
"Hummingbird Cake is such a lovely name for a cake. Although we do not know how it got its name, it does seem plausible that it may have something to do with how sugary rich this cake is - just like the nectar that Hummingbirds love to feed on. What we do know is that the recipe gained widespread popularity after it appeared in the February 1978 issue of Southern Living Magazine. We also know that the recipe was submitted by a Mrs. L. H. Wiggins of Greensboro North Carolina and consists of two layers of cake full of chopped pecans, crushed pineapple, and mashed bananas that are filled and frosted with a delicious cream cheese icing."



Saya buat kek ni untuk makan2 jer..buat pun 1/2 adunan jer sebab saya atau..kek yang sarat dgn pelbagai benda & kacang mcm ni anak2 saya tak berapa minat. Jadi, kalau makan pun hanya saya dan en. suami jer.

Mcm mana rasa kek ni..???
Ermmmm...bagi saya, kek ni adik beradik dgn Carrot Cake. Sebab semua bahan lebih kurang sama. Ada cinnamon, ada nenas, ada kacang, ada cream cheese. Yang beza cuma yg ni tak der carrot, tapi dia ada pisang cincang @ dadu. Kalau ikut tekak saya, Hummingbird ni lagi sedap daripada Carrot Kek sebab ada pisang tu. Bila makan, tergigit ketulan pisang yg ada dalam kek tu..sedap rasanya.



Gula pulak saya kurangkan sebab kalau tengok kat resepi tu gula dia mcm banyak jer..takut pulak nanti kena kencing manis...tu yang dikurangkan tuh..hehe. 
Kalau saya buat lagi kek ni pada masa-masa akan datang, saya akan lebihkan pisang dan kurangkan kacang. Sesuai dgn kehendak tekak saya.



HUMMINGBIRD CAKE
Resepi : Joy of Baking

1 cawan kacang pecan
3 cawan all purpose flour
2 cawan gula
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kayu manis
3 biji telur saiz besar (pukul dgn garfu jer)
3/4 cawan minyak sayuran (saya guna Canola)
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 cawan nenas tin (cincang/dadukan)
2 cawan pisang lenyek (saya cincang jer)

Cara-cara:
Panaskan oven 180C.
Panggang kacang pecan lebih kurang 8 min sehingga sedikit keperangan. Biarkan sejuk dan cincang. (saya cincang kasar2)
Dalam mangkuk satukan tepung, gula, soda, garam & serbuk kayu manis. Sebatikan dgn senduk atau whisk je.
Dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak sayuran, esen vanilla, nenas, pisang dan pecan cincang. Kacau sebati. 
Masukkan ke dalam adunan tepung. Kacau lagi sehingga sebati. Adunan ni agak berat & pekat.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dgn baking paper.
(Saya buat kek ni sebiji terus..kalau nak jadikan 2 layer kena bakar dalam 2 loyang yer..sebab kek ni susah nak potong disebabkan ada kacang dan nenas di dalamnya.)
Bakar 180C selama 45 min. Bila dah masak terus keluarkan dari oven dan sejukkan atas redai sebelum diletakkan frosting.


Pecan Cream Cheese Frosting

1/4 cawan ulsalted butter
227g cream cheese
3 2/3 cawan gula icing (rasa lah yer..ikut tekak masing2)
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan kacang pecan cincang

Cara-cara :
Pukul butter & cream cheese sehingga lembut. 
Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan pukul sehingga sebati.
Masukkan esen vanilla dan kacang pecan cincang.
Sapukan pada setiap lapisan kek dan juga pada keseluruhan kek.
(saya tak buat mcm ni..sekadar untuk makan-makan, saya cuma taruk cream cheese kat atas kek yang dah di potong.)


Monday, 17 September 2012

NASI MINYAK HUJAN PANAS

Assalamualaikum...

Kembali bekerja setelah 3 hari bercuti. Cuti sakan you..haha. 
Bagi ibu2 yang berkerja macam saya, cuti panjang mcm ni amat penting bagi kami. Masa ni lah dalam kepala rancang macam2 benda nak masak..macam2 resepi baru nak try.. 
Almaklumlah..hari biasa tak boleh nak buat..tak sempat. 
Balik keje jer matahari dah nak terbenam. Kelam kabut masak untuk makan malam, uruskan anak2 lagi..ajar anak2 mengaji, tengok2 kan anak2 buat homework..bila dah selesai semua, mata pun dah mula layu. Mana ada masa nak try resepi2 baru. 
Tapi kalau ada tempahan yg masuk, gagah juga sampai kul 1-2 pagi..nak buat mcm mana, itu jer masa yg ada. Bila cuti panjang mcm ni, pulun lah cukup-cukup. :)

Sabtu hari tu try buat Nasi Minyak Hujan Panas. Nasik ni kegemaran anak-anak saya. Ingat lagi masa raya hari tu..kalau pegi kenduri org hidang nasik ni, bertambah-tambah dia org makan. Selalu makan kat rumah org, atau kat kenduri org, kali ni rasa air tangan ibu sendiri pulak. 
Resepi..??????
Apalagi...on pc..gugel sana sini cari resepi yang boleh memikat hati. Terjumpa resepi Makyong kat Myresepi. Ramai yg dah cuba..rata2 semua kata sedap & tak rugi mencuba. Kalau dah ramai yg kata sedap, saya pun nak cuba jugaklah.

Nampak bahan untuk buat nasi ni..?? Boleh tahan jugak bahannya kan..berjela panjang..tapi sebenarnya nak buat dia senang sangat. Kalau nak tau senang mcm mana..kena lah cuba sendiri.. Memang mudah sangat.



Disebabkan family saya tak berapa nak ramai..maka saya buat nasi ni separuh jer daripada sukatan kat resepi tu. Kalau yg family besar tu..boleh lah ikut sukatan kat resepi atau gandakan lagi. Bagi kami satu family, 2 cawan beras tu pun dah cukup.

Alhamdulillah...time nasik belum masak pun anak2 dah puji baunya..tak sabar nak makan kata diaorg. Lagi teruja bila saya pilih kaler untuk dititiskan dalam nasik. Masing2 pilih warna kesukaan..hehe

Memang sedap..sungguh sedap. Suami saya yg selama ni tak berapa nak makan nasik yg kaler2 mcm ni..tiba-tiba hari tu makan bertambah-tambah. Anak2 tak payah ceritalah..memang peberet diaorg. 


Nasi ni saya gandingkan dgn Kurma Daging, Ayam Masak Merah & Acar Mentah.
Mula2 ingat nak buat Ayam Tomato..tetapi mengenangkan anak2 tak berapa suka, jadi saya tukar kpd Ayam Masak Merah. Alhamdulillah..habis licin semuanya. 
Terima kasih Makyong atas resepi yg sedap ni..lain kali boleh buat lagi.. :)


NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resepi : Makyong

Bahan-bahan ( 5 orang )

4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau

bahan tumis
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

bahan hias
bawang goreng & kismis

Cara :
Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
Masukkan beras dan gaul rata.
Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
Masaklah nasi sehingga masak
Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 

Thursday, 13 September 2012

SENTUHAN YANG TAK SEBERAPA

Assalamualaikum...

Hari ni tak der apa2 nak citer..just nak tayang beberapa hasil sentuhan jari jemari ku yang tak seberapa ini. 
Jamu mata ajer lah yer.. :)

Pertama kali buat Swirl Roses..Red Velvet Cake untuk kawan anak2
yang datang beraya kat rumah


New York Cheesecake..hadiah untuk my fren Lin Salina



Red Velvet Cucake - Toping Cream Cheese - rumput tu guna Buttercream.
Tempahan dari Puan Intan Hana Shireen untuk birthday pertama anak bongsunya



Batik Arora Cupcake & Coklat Cupcake untuk Jamuan Hari Raya Kelas KAFA anak2
kat Sekolah Kebangsaan Presint 9(1), Putrajaya




Kek Cheese Lapis Persona - Tempahan dari Puan Fauziah Sabtu













Sunday, 9 September 2012

APAM TAPAI BERAS

Assalamualaikum...

Pagi ni masuk opis terkezut betul bila member2 ucap HAPPY BIRTHDAY. 
Rupanya hari ni dah 10 September. Memang birthday i ler tu...
Mak dah tua nak..sampai birthday sendiri pun mak lupa. 
Asyik ingat birthday org & birthday anak2 jer..birthday sendiri mak dah tak kisah..alahai.
Terima kasih kepada kawan2 yg duk wish kat FB...
Kek..?????? Mana ada kek...kalau birthday sendiri boleh lupa..keknya mestilah tak der..
Tak per lah..dah senja2 ni tak yahlah potong kek..segan kat yg muda2 tu..ahaks. Bulan September ni kalau ikut nak buat kek memang jenuh la kan..asyik makan kek jer lah jwbnya sebab 10/9 birthday mama, 20/9 birthday abah..29/9 birthday kakak (anak no.2). 
So..untuk yang tua kertu ni tak payah kek lah..tunggu 29/9 baru kita buat kek sambut birthday kakak.

Ok..berbalik pada n3 hari ni..nak bagi resepi Apam Tapai Beras yang diminta oleh kawan2 kat FB. Dah lama diaorang mintak..mintak maaf ler lambat..bz satunya..yg keduanya ambik masa sikit sebab nak karang elok2. Yang selalu buat ni pakai resepi yang ada kat kepala jer..dah selalu sangat buat sampai dah hafal resepinya. 
Saya memang selalu buat apam ni..ramai yg order untuk macam2 majlis.



Asal resepi ni saya dapat daripada rakan FB Che Syaedah. (Terima kasih kerana sudi berkongsi). Mulanya nak buat untuk anak2 jer sebab anak2 saya suka apam. Tetapi tak sangka pulak apam tu digemari ramai dan mula mendapat tempahan sehingga hari ini. 
Resepi yang dapat dari Che Syaedah tu sukatannya pakai mangkuk plastik tau fu fah. Pada saya yg dah biasa buat ni agak mudah, tapi susah bagi org yg baru nak mencuba kali pertama. 
Oleh itu, saya olah balik resepi ikut sukatan gram & cawan. Mudah kan..??

Bab tapai pulak..janganlah susah2 duk fikir takut tak jadi ker..kena berpantang larang ker apa..bantai jer. Janji jadi tapai dan berair sikit.

Apam ni selain guna tapai..juga digunakan Eno jugak. Biasa orang buat, campur je eno dalam adunan yg nak dikukus tu. Kalau kukus sekali harung, ok jer tak der masalah. Tapi kalau yg pengukus kecik tu..mesti nak kena kukus 2 atau 3 kali kan.. Bila kukus yg kedua dan ketiga tu..apam yg terhasil agak berat berbanding dgn apam yg kukus pertama tadi. Sebab...bila adunan menunggu agak lama untuk dikukus, gas2 dalam eno tu dah mula hilang..tu yg apam jadi makin berat. 

Daripada pengalaman dan percubaan yang saya buat, ada beberapa tips untuk untuk mendapatkan apam yg ringan dan gebu kesemuanya.

# Eno mesti cukup..kalau tak cukup eno..apam jadi padat jugak
(satu adunan saya bahagi 2. Setiap 1/2 adunan tu saya guna 1 1/4 peket eno. Peket kecik)
#Adunan yang sudah dicampur eno, kacau sebati dan harus dikukus segera.
#Terlebih eno pun tak boleh gak..nanti apam terlampau ringan & lembut, nak keluarkan dari acuan pun susah..dia jadi berderai.

Itulah sikit2 info yg dapat saya bagi hasil percubaan demi percubaan yang saya buat.
Insyaallah, kalau ikut cara yg saya bagi tu..akan dapat apam yg gebu, ringan & comel. Makan pun sodap..hehe


APAM TAPAI BERAS
Resepi : Che Syaedah
Olahan semula : Sally Rashid

500g tepung beras 
(1 peket cap gajah atau cap teratai)
1 1/2 cawan tapai nasi
1 cawan gula 
(boleh kurangkan tapi jgn tambah..nanti kena potong kaki..hehe)
600ml air
Secubit garam
3 peket eno (peket kecil)

Cara :
Blend semua bahan kecuali eno. Blend sampai halus.
Tapis adunan ke dalam bekas yg sesuai.
Tutup bekas adunan & perap selama 5 jam.
Bila nak kukus, campurkan eno & pewarna.
Kacau sebati & kukus api sederhana selama 7-10 minit.
Balut penutup periuk kukusan dgn kain bersih supaya air tak menitis atas apam.
Hidangkan dgn kelapa yg dikukus dgn daun pandan + garam.
Enakkkkkkkkkk....:)

Opsss..lupa cara buat tapai...hehe

2 cawan nasi sejuk
1/4 biji ragi

Gaulkan nasi & ragi.
Simpan dalam bekas tertutup..biarkan selama 2 hari atau sehingga ia sedikit berair.

Thursday, 6 September 2012

KEK PISANG GEBU 2

Assalamualaikum..Selamat Pagi..Salam Sejahtera

Kalau intai2 FB saya, dua tiga hari ni asyik tayang Kek Pisang jer. Apahal pulak Sally Rashid ni..?? Kena sawan pisang ker apa..?? haha
Ni haaa..pisang banyak kat rumah. Balik raya kat kampung hari tu, angkut pisang bawak balik ke Putrajaya. 
Masa bawak balik tu pisang belum masak lagi..dua tiga hari ni dia betul2 masak ranum. Dah tak tau nak buat apa..so buat kek jer lah..jamu kawan2 opis.
Kali ni saya cuba resepi lain pulak, tapi tetap Kek Pisang namanya :)
Kalau tak silap saya, termasuk yg ni, dah 5-6 resepi yang saya cuba.
Ada yg sedap..sedang2 sedap dan ada yg tersangat sedap.



Kek pisang kali ni saya cuba resepi dari DayangJack.
Tengok gambar keknya kat blog..buat saya teruja nak mencuba. Resepinya pun agak lain sikit.
Kata Dayang..dia olah resepi ni supaya ada rasa pisang sikit dan ada rasa kek sikit. Pada mulanya saya pun tak boleh nak bayang jugak mcm mana yg dikatakan rasa pisang sikit & rasa kek sikit tu. 
Bila kek dah siap..barulah paham maksud Dayang tu.
Kek Pisang ni tekstur dia gebu mcm kek span..ringan gitu..tapi ada rasa pisang.
Kalau itulah yg Dayang maksudkan..kiranya menjadilah tu.
Anak saya kata, kek pisang ni ada rasa susu. 
Memanglah..resepi ni letak susu segar & sedikit horlick.
Tang gula pula..Dayang kata sukatan gula kena adjust sendiri. Daripada 1 cawan gula tu saya dah kurangkan 1/4 cawan. 
Itupun masih agak manis..mungkin sebab pisang saya yg dah terlalu ranum. Pisang masak kan ada rasa manisnya sendirikan..bila tambah gula lagi bertambah manisnya. 
Lain kali kalau nak buat kena kurangkan kpd 1/2 cawan gula jer.
Kalau sesiapa yg nak cuba tu..pandai2 lah agak sukatan gulanya yer..

Tak rugi mencuba resepi ni..memang gebu & ringan sangat. 
Cara buatnya pun memang mudah. Hempuk jer semua bahan dalam mangkuk kemudian putar sampai gebu. 
Kemudian masukkan pisang & last sekali minyak. Mudah kan..?



Terima kasih kpd Dayang yg sudi berkongsi resepi.
Kalau nak tengok Kek Pisang Dayang yg gebu cantik menawan tu, sila-silalah jenguk ke dapur beliau.

Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 
loyang 8 inci (menggunakan api atas & bawah)
1 3/4 cawan tepung
1/4 cawan horlicks
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan pisang yang sudah dilecek
1/2 sudu besar ovalette
1/4 cawan susu cair atau susu segar
4 biji telur gred B
1 cawan gula kastor (-/+)
1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
100 ml minyak jagung atau mentega cair

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. 
Griskan loyang kek dengan mentega.

Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu. 

Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.

Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 

Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.






Wednesday, 5 September 2012

German Cookies

Assalamualaikum..

Daripada tak tulis apa2 kat blog ni, ada baiknya kalau tayang salah satu biskut raya yang buat hari tu.
Namanya German Cookies. Biskutnya sangat lembut dan cair dimulut. Tang marble oren tu saya tiru Kak Nor..dia buat marble blueberry, saya buat oren sebab blueberry paste kebetulan tak der dalam stok. Malas nak gi bakery..so saya belasah jer apa yg ada kat rumah. Menjadi jugak kan..?? heheh



GERMAN COOKIES
Sumber : Jintan Manis & Kak Nor

BAHAN-BAHANNYA :

125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung halus ( superfine)
40 gram gula aising, diayak



CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.

2. Ambil sedikit adunan kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit - 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Untuk marble oren tu saya ikut cara Kak Nor seperti dibawah :
*utk menghasilkan Marble Blueberry German Cookies spt yg K.Nor buat ni, selepas dah siap adunan tu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain dan satu lagi dicampur dgn sedikit pewarna purple dan 1/2 sudu kecil blueberry paste. Gaul hingga sebati. Masa nak menggentel tu, amik secubit adunan plain dan secubit adunan purple dan bulatkan. Buat hingga habis pastu barulah ditekan dgn garfu yg dicelupkan kedalam air (tujuannya supaya garfu tak melekat pd doh) dan kemudian dibakar hingga masak.