Assalamualaikum...
Lamanya tak bersiaran. Sibuk puasa & sibuk raya. Sepanjang puasa, kawan-kawan sibuk tayang menu berbuka dan biskut raya..kita diam jer..hehehe. Nampak sangat kesibukannya..ahaks
Skrg dah free sikit, baru ada masa nak tayang hasil dari mencuba resepi kawan2 sepanjang bulan puasa hari tu.
Ni Talam Keladi hasil mencuba resepi yang diintai di dapur cik CT Delima.
Alhamdulillah..cantik kejadiannya. Tak keras sgt..tak lembut sangat. Memang sedaplah. Kebetulan pulak saya beli banyak keladi kat pasar borong, jadi saya letak keladi banyak2 untuk memenuhi selera anak tekak sendiri.
Mula2 rasa mcm was was jer nak hulur kat jiran sebelah..tapi bila dah rasa masa berbuka..dan rasanya memang sedap..laju jer suh anak pegi hantar kat jiran..ahaks.
Terima kasih kpd CT Delima & Yatie Memories kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ni.
Kuih Talam Keladi
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air
300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).
Cara-cara :

1. Bancuh semua
bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
Bahan Lapisan Atas :
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit
Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam
Cara-cara :
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam
Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas,
tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali