Sunday, 24 June 2012

BIRTHDAY MAK BI & COTTON SOFT JCC lagi

Assalamualaikum
Selamat pagi semua...
Selalu pagi Isnin, mood memang kurengggg sikit. Tapi hari Isnin ni lain mcm sikit..tak mcm selalu. Mood bagussss sangat. Pasal apa ek...?? 
Pasal hari ni kakitangan gomen dapat gaji..hehehe
Alhamdulillah...rezeki dari Allah.

Semalam 24 Jun 2012, merupakan hari ulangtahun kelahiran Mak Bi, pengasuh anak2 saya. Memang dah plan dari awal nak buatkan Mak Bi kek..cuma tak pasti nak buat kek apa.

Tiba-tiba kat tekak macam terasa lagi keenakan Cotton Soft Japanese Cheesecake yang buat pada Hari Bapa hari tu... Eh, rasa mcm nak lagilah. Apakata hari jadi Mak Bi kita buat kek ni..hehe



Rupa kek yang belum dipotong

Maka jadilah Cotton Soft JCC sekali lagi. Kalau dah sedap, hari2 makan pun tak per... Bila jarum penimbang naik, mula pening kepala. hehe
Kek kali ni saya try letak krim of tar tar sikit..sebab ada nampak kawan2 yang buat kek ni letak benda tu. Bila dah masak, kejadiannya lebih kurang jer sama ada letak atau tak letak krim of tar-tar.

Inilah rupa kek yang telah dikerjakan. Nampak tak oren filling yg warna oren tu..??
 Sedap sgt digandingkan dgn kek ni

Masa Hari Bapa hari tu topping dgn Blueberry Filling, tapi kali ni kek tu kat dalamnya saya lapiskan dgn cream cheese + oren filling. Kat luar topping dgn fresh cream. Ternyata, cream cheese dan oren filling tu telah menerbitkan rasa nikmat yg luar biasa. Lagi sedap dari letak blueberry filling. Sungguh SEDAPPP!!!

Happy Birthday Mak Bi...Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bahagia sentiasa hendaknya.



Wednesday, 20 June 2012

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Assalamualaikum

Hari ni bersiaran dengan Cotton Soft Japanese Cheesecake yang buat sempena Hari Bapa tempohari, khas untuk suami tercinta.

Gambar selepas keluarkan dari oven. Gebu kan..hehehe

Ni kali pertama buat kek ni. Selama ni duk tengok org buat jer. Sendiri buat belum berani. Takutttt sangat nak buat kek yang gebu2 ni..takut mendap..hehehe


Gambar selepas deco. Deco simple sesuai untuk lelaki.
Deco ni inspirasi dari deco Rahel. Rahel punya deco memang simple tapi menarik sangat.

Alhamdulillah menjadi. Sedap pulak tu. Lain kali boleh buat lagi.


Ni pulak gambar setelah dipotong. Nyum..nyum..memang sedap

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE


Bahan A
250g cream cheese
50g butter
100ml susu cair
6 biji kuning telur
1 sdb jus limau kasturi
1/4 sdk garam
60g tepung gandum
10g tepung jagung
10g tepung kastard

Bahan B
135g gula halus
6 biji putih telur
3/4 sdk jus limau kasturi

Cara:
Adunan A : 
Cairkan cream cheese, butter & susu cair dgn cara double boiler. (Atas api kecil pun boleh sambil kacau dgn whisk)
Bila dah cair, ketepikan sehingga sejuk.
Bila sejuk, campurkan adunan cream cheese dgn tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, kuning telur, garam & jus limau kasturi. 
Gaul sebati menggunakan whisk.

Adunan B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus limau kasturi sehingga berbuih. Tambahkan gula dan pukul sehingga menjadi meringue.

Campurkan adunan B ke dalam bahan A dan sebatikan dgn kaedah kaup balik dengan senduk kayu atau spatula.

Sediakan loyang 8" yang digris dan dilapik dgn baking paper.

Bakar dgn cara bain-marie dgn suhu 180 C selama 1j 15 min, api bawah sahaja. (saya bakar 1j 5min jer..terpulang pada oven masing2)

Sunday, 17 June 2012

CHECKERED RAINBOW CAKE

Assalamualaikum..
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera buat semua yang bertandang.

Dua tiga hari ni kat rumah memang meriah dgn kek. Pertamanya Checkered Rainbow Cake. Percubaan pertama guna cutter yang baru dibeli. Alhamdulillah..wpun agak tak berapa semenggah sikit susunannya, tapi untuk kali pertama rasanya ok kut..hehe. Yang penting ada corak dam tu.



Kejadian susunan yang tak berapa sedap mata memandang tu terjadi sebab saya tak potong kek bagi sama rata. Bila tak potong, bahagian tepi tu nipis sikit, bahagian tengah agak membukit. Bila disusun makin lama makin tinggi mcm bukit kek saya. Puaslah menyapu krim supaya nampak rata dan sekata. hehe Untuk makan sendiri kira halal lah yer..Kalau buat untuk org, kenalah buat cun-cun sikit. Biar kemas dan sekata.


Checkered Rainbow Cake yang ni saya guna resepi Rainbow Cake yang selalu saya guna. Saya suka guna resepi ni sebab kejadiannya yang gebu dan lembut. 

Kalau Rainbow Cake biasa kita susun jer lapis demi lapis dan warna demi warna. Yang ni saya buat mcm biasa jugak, tapi tak banyak kaler sangat. Saya guna 3 kaler jer. Bila dah sejuk saya potong dgn cutter yang saya beli tu. 
Letih dik menyusun..buat kek dari kul 11 pagi..kul 4 petang baru leh rasa..huhuhu.
Hasilnya, jadilah kek yang bercorak dam. Kalerful gitu.



Kalau nak tengok cara2 memotong dan menyusun Checkered Cake, boleh lawati blog Azlita Aziz yang terkenal seantero Malaya. Kat sana ada tunjuk cara step by step dgn jelas dan mudah difahami.

Anak2 suka sangat dgn kek warna warni nih. Digandingkan pulak dgn Cream Cheese..memang syok giler. Si kakak siap tempah untuk birthday dia bulan September nanti.



Oh ya..lupa pulak nak citer pasal bunga atas kek tu..hehe. Tu Ribbon Rose namanya. 
Kali pertama buat rose tanpa kon. Alhamdulillah..cantik juga. Tak yah susah2 nak cari kon..nak potong kek pun senang..tak yah nak tonyoh-tonyoh pisau kat celah2 kon. Potong jer. 
Terima kasih banyak2 kpd Marizah Miza yang tunjukkan cara2 nak buat Ribbon Rose kat FB Jom Masak.

RAINBOW CAKE


3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - ikut suka

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
(Saya guna api atas bawah berkipas. Loyang letak rak paling bawah. Bakar semalam 20 min setiap satu)

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Cream Cheese Frosting
250g cream cheese
3 sudu besar butter
Gula kastor secukupnya (terpulang citarasa sendiri, nak manis atau kurang manis)
3 sudu besar susu segar
1 sudu kecil sunquick (saya lebihkan sedikit untuk rasa yg lebih masam)

Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan butter. Kemudian gula. Pukul sebati. 
Masukkan susu segar & sunquick. Pukul hingga kembang.



Wednesday, 13 June 2012

KEK PISANG COKLAT RICE


Assalamualaikum...

Kek Pisang lagi...??? Yer lah..Kek Pisang kan tak jemu dimakan..dimana saja..bila2 masa..hehe

Ni hasil kul 4 pagi tadi... Daripada semalam tekak duk rasa-rasa nak makan Kek Pisang. Apalagi, beli pisang..kita buat kek.



Sajer jer nak try2 resepi yang lain pulak..selalu duk guna resepi yang sama pun boring gak. 

Ni resepi dari JintanManis. Saya tambah sikit, letak coklat rice dan tabur kacang kat atasnya.

Sedap...paling sedap bahagian atas yang garing tuh. Tambah pulak ada kacang..ermmmm.








KEK PISANG COKLAT RICE
Resepi asal : Jintan Manis

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak

esen vanila
2 biji telur

1/2 sudu teh ovalette (saya tambah)
1 sudu besar coklat rice (saya tambah)
badam cincang

caranya:

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.


2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, kemudian masukkan ovalette, pukul lagi hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung. Masukkan coklat rice dan kacau sebati

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati dgn spatula, selepas itu masukkan dalam acuan kek, tabur badam cincang dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.  

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

TAUHU KUKUS BERSOS

Assalamualaikum...
Hurmmm..lama sungguh Sally Rashid tak bersiaran..agaknya saper2 yang terjah blog ni dah jemu asyik tengok benda yang sama jer..hehehe. 
Sabar jer lah..
Tak bersiaran tu bukan bermakna dapur tak berasap, tapi tak der mood nak update blog..kesihatan yang berapa mengizinkan beberapa minggu nih.

Ok..hari ni nak tayang Tauhu Kukus Bersos yang sungguh sedap. Pertama kali makan tauhu kukus masa boss belanja kat Restoran Mohamad Chan, Bangi. 
Ya Allah sedapnya...



Suatu hari saya beli tofu lembut konon nak buat Donut Tofu Lembut..tapi dari hari ke hari tak jugak jadi donutnya. Tengok tarikh kat plastik pembalut..makin dekat nak sampai tarikh luputnya. Apa nak buat yer...??? 
Tiba2 teringat Tauhu Kukus yang sedap kat makan kat restoran hari tu.. Terus gugel..terjah sana sini cari resepi. Akhirnya hati terpaut dengan gambar dan resepi Tauhu Kukus Bersos Tiram di dapur Dayang Jack.

Apalagi...bahan2 semua ada, maka berjogetlah aku didapur dengan sudip dan kuali..hehehe. 



Bila dah siap...mula2 kata nak try jer sesudu..bila try, terus rasa nak lagi dan lagi. Sudahnya..habis separuh tauhu tu saya ngap sorg2..hahaha. Ratah mcm tu jer...

Tapi..kalau ikut resepi Dayang, ada tabur kacang tumbuk. Saya tak letak sebab kacang tak der kat rumah. Walaupun tak der kacang tumbuk, rasanya tetap umpppphhh. Kalau ada kacang, mesti lagi terangkat.




TAUHU LEMBUT BERSOS
Resepi : Dayang Jack

Bahan :

* 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 min)
* 1-2 sudu makan sos tiram
* 1-2 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan kicap manis
* 1 sudu makan madu (saya tak letak)
* 2 ulas bawang putih (dicincang)
* 1/4 kiub ayam/ kiub ikan bilis (saya letak 1/2 kiub ikan bilis)
* sedikit minyak bijan/minyak masak
* 1 sudu makan kacang tanah (kisar/tumbuk)
* sedikit daun bawang
* sedikit air

Cara :
* Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga terbit bau
* Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/bilis dan sedikit air.
* Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
* Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang telah dikukus tadi.
* Taburkan kacang tanah dan daun bawang.
* Sedia untuk dihidangkan.