Wednesday, 30 May 2012

DECO-DECO

Sibuk membaking sampai tak sempat nak update blog. Daripada tak der apa2..jom kita cuci mata..hehe

Cheesecake



Red Velvet Cake



Rainbow Cake




Belajar bermain dgn fondant & gum paste

Tuesday, 22 May 2012

KEK CHIFFON PANDAN

Assalamualaikum...

Kek Chiffon Pandan ni buat hari tu lagi..tak sempat nak tayang dek kerana kerja-kerja opis yang tak pernah surut. Tak sabar nak tunggu selesai Hari Keputeraan Rasmi SPB Yang di-Pertuan Agong..lepas pada tu boleh lah bersenang-senang sikit.


Kek Chiffon ni percubaan pertama saya. Sebelum ni takut nak buat kek yang gebu gebas macam ni..takut kembung dalam oven tapi kempis bila di keluarkan..kejadian mcm tu memang amat menakutkan...tapi sejak2 menjadi buat Kek Karamel..ada sedikit keberanian nak buat Chiffon ni...sebab adunan Kek Karamel tu lebih kurang jer dgn Chiffon.


Anak-anak pulak tak berapa minat sgt kek-kek kosong mcm ni..mama nya pun sama gak. Kek kosong mcm ni bukan pilihan. Tapi pengasuh anak2 saya satu family minat pulak dgn kek kosong mcm ni..oleh itu..saya pun cuba buat kek chiffon ni..bukan untuk makan sendiri tapi buat khas untuk pengasuh anak2 saya.


Resepi yang saya buat ni saya ambik kat FB Jom Masak Marizah Miza.. Saya betul2 ikut resepi..tak derhaka walau sedikit pun..dah masak..terus terlungkupkan loyang atas redai..biarkan dia tanggal sendiri dari loyang dalam 5 minit..kemudian tanggalkan loyang..sejukkan. Alhamdulillah..sangat cantik kejadiannya..Gebu sungguh. Bila tekan tu rasa mcm tekan span tilam yang kita buat tidur tu...memang best. Teruja..!!! hehe

Kita ambik beberapa potong jer..yang selebihnya semua hantar kat rumah pengasuh anak. Yang kat rumah tu, nak suruh anak2 makan..saya buat mcm mana tau..?? Saya potong, letak atas piring kemudian siram ngan syrup coklat. Umpppp..memang sedap.. 


Lepas ni rasa nak buat chiffon lagi...hehehe
Oklah...kat bawah ni saya copy pastekan resepi dari Jom Masak.


KEK CHIFFON PANDAN
Resepi : Marizah Miza (Jom Masak)

Loyang 7 x 3

Bahan A
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
ayak

Bahan B
* 4 biji putih telur
* 1/4 cawan gula kastor

Bahan C
* 4 biji kuning telur
* 1/4 cawan gula kastor

Bahan D
* 85ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
* 115ml air pandan
(jika menggunakan pandan paste, air pandan ditukar kpd air biasa)
* pewarna hijau

Cara2 :
Pukul bahan B dalam bekas kering. Mula2 pukul putih telur sehingga berbuih, kemudian masukkan gula kastor. Mix sehingga soft peak atau bertanduk. Ketepikan.

Mixkan bahan C sehingga kembang. Masukkan bahan D dan mix lagi sehingga kembang, gebu dan ringan.

Masukkan bahan A yang telah diayak sedikit demi sedikit dan sebatikan. Saya guna kaedah kaup balik dengan spatula.

Masukkan 1/2 adunan meringue (putih telur) ke dalam adunan tepung. Kaup balik sehingga sebati. Masukkan lebihan meringue...sebatikan lagi dgn cara kaup balik perlahan2.

Tuang dalam loyang yang telah dilapik dgn baking paper. Tepi loyang tak perlu gris.

Bakar dgn suhu 170 C selama 40-45 min. Guna api atas bawah.

Saya bakar cara steam bath. 180C api bawah shj selama 45-50min. 

Bila masak..terus keluarkan dari oven..terlungkupkan atas redai. Biarkan kek tanggal sendiri dari loyang lebih kurang dalam 3-4 minit. Angkat loyang dan biarkan kek sejuk atas redai.
Alhamdulillah..sungguh gebu kejadiannya

Nota :
Kek saya tu cedera sikit kat bahagian atasnya. Time nak terlungkup atas redai tu dah lapik dgn baking paper..tapi still terkoyak gak permukaan kek tu. Tuan punya resepi kata kena sapukan marjerin kat permukaan baking paper baru tak melekat. Lepas ni kita sapu supaya kek tak cedera..hehe



Sunday, 20 May 2012

RAINBOW CAKE..lagi..???

Assalamualaikum...

Di pagi Isnin yang indah ni..pagi2 ambik kesempatan update blog. Bukan apa..sebelum kesibukan melanda..baik update dulu. Kalau dah kerja datang menimbun..jawabnya tertangguh lagilah hasrat nak tayang kek ni..hehe

Aikkkk..Rainbow Cake lagi ker..?? Mesti ada yg perasan, ni kali kedua kita tayang Rainbow Cake.. hehehe
Ni tempahan org..yg tayang dulu tu untuk makan2 sendiri jer. Kalau ikutkan, dah banyak kali org tempah Rainbow Cake..yang repeat order pun ada tapi malas nak tayang selalu2..

Sajer jer lah nak tayang deco comot2 yang kita buat ni. Selalu bila dapat order sekali sekala..pening kepala fikir nak dco mcm mana. Tiba-tiba teringat asam kalerful yg anak2 saya beli suatu hari.. Ok gak tu kalau buat deco kek. Cari punya cari, akhirnya jumpa gak asam tu kat kedai runcit. 

Oklah...jom cuci mata tengok Rainbow Cake.






Nak tengok resepinya..?? Boleh tengok kat n3 terdahulu kat SINI

Tuesday, 15 May 2012

BUTTER CAKE

Assalamualaikum..

Selamat Hari Guru kepada semua rakan2 ku yang bergelar guru. 
Juga kepada bekas2 guruku..kpd guru2 anak ku juga. 
Jasa guru memang tidak ternilainya. Kalau kat kampung saya..guru2 memang mendapat penghormatan yang tinggi dari penduduk kampung. 
Menjadi seorang guru, pada masa dulu dan masa sekarang amat berbeza sekali cabarannya. 
Apapun terima kasih kpd semua guru2 ku..kerana andalah saya pandai menulis, membaca dan mengira.

Sebuah sajak khas untuk guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

.Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979


Kepada rakan2, kakak2..adik abang yang banyak membantu saya dalam bidang masak memasak, baking membaking..anda juga GURU saya..terima kasih banyak2..jasa anda tidak ternilai harganya

Ok..berbalik kepada tajuk N3 hari ni..Butter Cake. 
Sebenarnya saya tak berapa minat nak buat Butter Cake sebab saya tak suka makan..not my taste kata org putih..anak2 pun tak suka. Buat ni pun sebab ada org request.




Yang ni masuk kali kedua saya buat Butter Cake. Yang kali pertama dulu tak berapa nak sukses. Bukanlah mendap atau apa..cuma yang dulu tu bahagian bawah tak berapa gebu..yang atas pulak elok gebunya. Bila dikaji-kaji, rasanya sebab saya pakai api bawah jer..loyang pulak letak rak paling bawah, Mungkin bahagian bawah tu terlalu cepat panas, tu yg tak gebu. So, kali ni try pakai api atas bawah dgn kipas. Letak rak tengah. Alhamdulillah..cantik kejadiannya. Gebu jer..wlaupun tak potong (org punya mana leh potong..hehe) tapi tengok dari luar pun kita tahu tahap kegebuannya.



Nak Butter Cake yang sedap..?? Enak, lemak manis disukai ramai..?? Gunalah butter yang mahal..mcm butter SCS. Memang butter ni agak mahal..dekat2 10 hinggit gak seketul..tapi kalau nak yang sedap, berbaloi ler.

Resepi ni saya ceduk kat blog MamaFami


BUTTER CAKE

Posted by MamaFaMi
Adapted from : Yat Maria's and Rima's Sultana Butter Cake



Ingredients :

5 eggs
180 caster sugar
200g self raising flour - sifted
250g butter - soften
1/2 teaspoon orange oil
enough chocolate rice (saya tak letak)

Method :

1. Grease baking tin. (I used foil, so I didn't grease)
2. Pre-heat oven at 170C (oven saya suhu 180C - api atas bawah)
3. Beat butter and sugar till creamy and light. (pukul dalam 3-4 min)
4. Add egg one at a time and mix until well combined.
5. Mix in orange oil and mix evenly.
6. Add flour and fold in slowly.
7. Pour mixute into baking tin and sprinkle with chocolate rice on top.
8. Bake for 45 - 50 minutes.
9. Remove and cool on rack


Versi Bahasa Melayu
diterjemahkan semula oleh Cikgu Sally Rashid..hehee


Bahan : 
5 biji telur
180g gula caster
200g tepung naik sendiri – ayak
250g butter – lembutkan pada suhu bilik
½ sudu kecil orange oil
Coklat rice secukupnya

Cara :
Sapukan loyang dgn mentega/marjerin
Panaskan oven dgn suhu 170C
Pukul butter dan gula sehingga berkrim dan agak putih.
Masukkan telur satu persatu.
Pukul sebati
Masuukan orange oil dan sebatikan
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul perlahan
Tuang adunan ke dalam loyang
Bakar selama 45-50 min.
Bila masak, keluarkan dan sejukkan atas redai





Sunday, 13 May 2012

NEW YORK CHEESECAKE

Assalamualaikum...

N3 lambat masuk sikit hari ni..cadang nak letak n3 pagi2 tadi..tapi gara2 bawak anak kecik ke opis..semua jadi tergendala. 
Inilah baru betul2 namanya ibu yang berkerja. 
Sambil jaga anak sambil2 buat keje opis. 
Nak buat mcm mana..terpaksa. Pengasuh anak pergi Langkawi..berubat katanya. 
Nak ambik cuti rasa mcm dah malu alah sebab baru lepas MC 2 minggu gara-gara sakit mata. Nak tak nak...angkut anak datang opis. Seb baik si Adeelia ni tak buat hal..seronok dia tengok banyak barang kat opis. Merangkak sana sini..seb baik tak masuk dalam kotak..hehee. Jenuh nak mencarinya nanti.. :)

Ni haaaa..nak tayang kek yang diwar-warkan sungguh sedap oleh member2 kat FB..New York Cheesecake namanya.Ada kawan komen kat FB..kenapa nama New York...tak der nama lain ker..?? Alamak...nak buat mcm mana..dah itu namanya..kita ikut jer.


Sebenarnya saya baru lepas buat Cheesecake untuk anak2..tapi bila ramai duk kata kek ni sedap..tergatal jugaklah tangan ni nak mencuba. Kebetulan semua bahan ada..apalagi..membaking lah kita.

Bila saya dah try sepotong...memang diakui..bak kata rakan2 kan FB..memang TERBAIK..!!!!. Sungguh gebu..sedap sangat. Saya dah pernah cuba beberapa resepi cheesecake..saya rasa ini yg terbaik bagi tekak saya...bagi org lain tak tau lah pulak..citarasa masing-masing kan..pasti berbeza. Bila makan sepotong..rasa sungguh sedap..maka tambah lagi sepotong dan sepotong lagi..ahaha. Hancussss diet..

Anak2 pun cakap sedap sangat. Diaorg memang hantu cheese. Cuma anak2 saya kata..base biskut Marie tu tak sedap..nak base Oreo gak. Oklah..len kali kalau buat (of coz lah buat lagi..hehe) kita letak base oreo.



Yang meleleh putih kat kek tu apa yer..?? hehe. Itu Mango Yogurt. Kebetulan ada kat peti ais, saya belasah jer..tapi sedap ler..ngam dgn cheesecake...

Oh ya..lupa pulak nak bagi tau..resepi ni ceduk dari blog SpicesJourney. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Izinkan saya tampal balik resepi tu kat sini untuk rujukan pada masa2 akan datang. Sesiapa nak mencuba..boleh lah yer..memang sedap...tersangat sedap..!



NY CHEESECAKE
Sumber : SpicesJourney


BAHAN A (BASE) :



50 gm Biskut Marie ~~ dikisar halus
10 gm Original Nestum 

50 gm Butter



Cairkan butter. Masukkan ke dalam biskut marie yg telah dikisar tadi bersama nestum dan gaul rata. 

Kemudian masukkan adunan biskut marie itu ke dalam loyang yang digris atau dialas dgn baking paper dan tekan padat. Biarkan di dalam peti sejuk selama 20-30 minit.

BAHAN B :

3 biji Putih Telur
30 gm Gula Kastor
1/2 sudu teh Cream of  Tartar

Satukan semua Bahan-bahan di atas dan pukul sehingga kembang bertanduk (soft peak).

BAHAN C : 

250 gm Cream Cheese ~~ suhu bilik

70 gm Gula Kastor
3 biji Kuning telur
30 gm Tepung Jagung
2 sudu besar Yoghurt / Sour Cream
1 sudu besar Lemon Juice
 ½ sudu teh Vanilla Ekstract / Essense

Pukul cream cheese bersama gula kastor sehingga berkrim dan sebati.

Masukkan kuning telur satu per satu. Kemudian masukkan vanilla ekstrak/essence, yoghurt dan lemon juice. Pukul sebentar. 

Slowkan speed dan masukkan pula tepung jagung sedikit demi sedikit dan pukul hingga sebati.


Seterusnya campurkan adunan BAHAN B tadi ke dalam adunan BAHAN C dan kacau dengan senduk kayu dengan cara kaup balik hingga agak rata dan sebati.



Tuang adunan ke dalam loyang dan hentak hentakkan sedikit untuk kurangkan gelembung udara supaya cake kita tak banyak lubang lubang nanti. Bakar secara double boil pada suhu 170’C selama 50-60 minit atau bergantung pada kapasiti oven memasing. Kalau guna loyang yang removable cam saya ni, balut bahagian bawah loyang dengan aluminium foil supaya tidak masuk air. Size loyang yang bersesuaian untuk adunan ni adalah yang dalam 6 inci diameternya.

Kalau sudah masak jangan kuarkan terus dari oven yer.. Renggangkan sekejap pintu oven dalam 10 minit camtu dulu.. Pastu lalukan dengan pisau keliling kek tu supaya dia tak turun sangat.
Biarkan kek sejuk dan masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong. Seeloknya lebih kurang 5-6 jam. Kek ni sedap dimakan sejuk atau cam omputih cakap, Serve Chilled

KEREPEK POPIA NESTUM..mudah dan sedap

Assalamualaikum

Ingat hari ni nak tayang New York Cheesecake yang 
diwar-warkan sungguh sedap kat FB tuh...tapi disebabkan kejadian NY Cheesecake tu baru terjadi awal pagi tadi..nampak gaya malam ni atau esok baru boleh tayang. Patutnya malam tadi nak memulakan proses kejadian kek tu..tapi dek kerana badan terlampau letih, terpaksa tunda ke awal pagi.

Berbalik kpd tayangan hari ni...Kerepek Popia Nestum ni sebenarnya sesiapa pun boleh buat. Bahannya amat mudah dan murah. Cuma yang lecehnya nak menggulung kulit popia tuh. Ada org gulung pakai lidi..tapi saya suka gulung biasa jer..mcm gulung tikar tuh.
Pas tu potong. Bila kita gulung mcm ni..time goreng tu dia akan ada rongga-rongga antara lapisan kulit popia tu kan..rongga2 tu nanti akan terisi dengan serbuk nestum..tu yang buat kita tak boleh berenti mengunyah tuh..hehe.



Ada org kata, leceh buat ni sebab sementara nak gulung tu, kulit popia jadi keras. Betullah..kalau terdedah lama sgt dia akan keras. Ada org nak kekalkan kelembapan tuh dia letak towel lembab buat tutup kulit popia..tapi cara saya..hanya sebekas air. Tiap kali nak koyak kulit popia..celup tangan dalam air kemudian lalukan sekali atas kulit popia.. Insyaallah ia akan kekal lembab.
Memang ambik masa jugak nak gulung kulit popia nih..tapi bila dah siap..sekejap jer habis. Laku betul..

Saya memang kerap buat Kerepek Popia Nestum nih..anak2 saya suka. Kalau lama sikit tak buat..mulalah ada yg request..sekali buat 1 balang besar terus..boleh makan puas-puas. Tahan lah dalam seminggu. Bila kerepek dah habis..serdak2 pun diaorg balun..hehe



Kpd sahabat FB saya, Siti Rakiah yang duk mintak2 saya tepek resepinya..resepinya ada kat bawah ni..nanti boleh buat sendiri..kemudian hantarkan kpd saya barang sekilo dua..hehe


KEREPEK POPIA NESTUM

Bahan :
500g kulit popia (1 peket )
250g nestum
200g horlick
1/2 cawan gula aising
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara :
Gulung kulit popia dan potong ikut citarasa. Nak potong kecik, potong serong..potong bujur..semua boleh :).
Buat sehingga habis.
Panaskan minyak dan goreng kulit popia sehingga garing kekuningan. Ketepikan sehingga sejuk.
Sambil tunggu kulit popia sejuk...kisar halus nestum. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
Kemudian masukkan horlick, gula dan garam ke dalam nestum kisar tadi. Gaul sebati.
Tuangkan ke dalam bekas kerepek..gaul sehingga semua kerepek bersalut serbuk nestum dgn sekata.
Sedia untuk dimakan, bila-bila masa..dimana jua..bersendirian atau bersama pak we..hehehe

Nota : 
* Jika gaul nestum ketika popia masih panas..serbuk nestum akan kelihatan bertempek-tempek dan tidak sekata
* Sukatan gula boleh dikurangkan ikut citarasa masing-masing.
* Boleh juga dimasukkan susu tepung, tapi saya letak sebab saya tak suka.. :)

Monday, 7 May 2012

OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum...

Ambik kesempatan di masa yang cukup sedikit dan terhad ini untuk mengupdate blog. 
Kalau tak curi-curi masa mcm ni, jwbnya beratur panjang n3 yang nak tunggu siaran. 
Tunggu punya tunggu, tak sampai2 jugak masanya untuk dikeudarakan. Ni pun dah banyak gambar2 yang terperuk dalam folder..tak tau bila nak tayang. 
Sabor jer lah. 
Mungkin lepas Hari Keputeraan Agong bulan Jun nanti, boleh lah kerap2 sikit bersiaran. 
Masa tu dah rilek sikit..

Hari ni nak tayang Oreo Cheesecake yang saya buat hari tu. Bukan order dari sesiapa, tapi buat untuk tekak anak2 dan tekak sendiri. 
Anak2 kita suka sgt dgn cheese. Kalau kita buat cream cheese untuk kek org lain, diaorglah tukang licinkan saki baki kat mangkuk adunan tuh...


Anak lelaki kita kata..'mama...boleh tak buat kek yang semuanya cheese..??
Ermmmm..kek apa yer yang semua cheese..??
Jenguk dalam peti ais, ada 3 ketul cream cheese Tartura.
Ok..apa kata kita buat Oreo Cheesecake..??
Semua angguk tanda setuju...hehehe



Buat cheesecake ni tak der lah payah sgt..tapi kena sabar. Lepas bakar nak kena biarkan dalam oven..pas tu kena masukkan dalam peti ais pulak..kan lama tuh..
Kita siap cakap ngan anak-anak..kalau nak makan cheesecake kena sabar..buat pagi, petang baru leh makan. Buat malam, esok pagi baru leh rasa...ada paham..??
Kena cakap awal2..kalau tak asyik tanya dah siap ke belum. Rimas i tau..ehehehe

Kita ambik resepi Oreo Cheesecake ni kat blog IrmaLondon.
Kita suka jenguk2 resepi kat sana sebab dia siap bagi tau berapa lama nak pukul atau sebagainya. Org yang terlebih pandai mcm i ni..(hehehe) penerangan-penerangan mcm tu amat penting dan berguna. Kalau siap gambar step by step lagi i sukerrrr.... Terima kasih yer Irma..u memang best..!!




Kek kita ni kalau tengok sebelum potong memang boleh tahanlah anggunnya...(ehhh..angkat bakul..hehe). Tapi bila dah potong..hancus. Bersememeh..!!. Tangan ni memang tak der seni potong memotong. Kena masuk kelas agaknya..hehe.

Kalau nak tengok resepinya.. sudi-sudikanlah menjenguk ke dapur Irma tu..memang best lepak2 kat dapur dia..mcm2 ada...hehehe.

OREO CHEESECAKE (sila klik untuk resepinya)





Saturday, 5 May 2012

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualaikum...

Sebenarnya hari ni memang tak der niat pun nak update blog..tapi ramai pulak yang duk mintak resepi Asam Pedas Daging yang saya tayang kat FB semalam. Nak tak nak kena bukak jugak blog dan mula menaip. Tak baik kan menghampakan harapan org..lagi pun berkongsi ilmu tu kan banyak faedahnya.



Okeylah..balik semula kepada Asam Pedas Daging ni. Menu Asam Pedas ni antara yang paling kerap saya masak..tak kira ikan, ayam atau daging. Peberet anak2 saya..kalau masak asam pedas tiap2 hari pun tak per..tapi kita lah pulak yg naik muak..hehe

Ramai yang tahu masak asam pedas kan..?? Tapi 10 orang yang buat..10 cara yang dapat kita lihat, 10 bahan yang berbeza dan yang pasti rasa pun mesti tak sama. Lain org, lain air tangan, lain rasanya.
Ada org buat daging batang pinang sajer..ada yang pakai daging tetel (daging campur)..tapi versi saya ni saya campur sedikit daging dengan tulang. Kebetulan my asben beli tulang semalam untuk dibuat sup..ada sedikit lebihannya, saya buat Asam Pedas.

Ini cara saya..resepi saya dan bahan2 dari hati saya. Jom kita lihat resepinya.



ASAM PEDAS DAGING
Resepi : Sally Rashid

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang/daging tetel/tulang
1 genggam daun kesum
1 kuntum bunga kantan dibelah dua
jus asam jawa secukupnya
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
cili kering kisar secukupnya
Garam dan gula secukupnya

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit (pakai serbuk kunyit pun ok)
(bahan merah dikisar halus)


Cara-caranya:
Daging dihiris dan dicuci. Toskan
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambah cili kering kisar dan tumis hingga cili garing dan naik minyak.
(Saya guna banyak cili kisar sebab anak2 dan suami suka pedas)
Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging separuh masak.
Masukkan air secukupnya diikuti dgn daun kesum dan bunga kantan.
Biarkan mereneh di atas dapur dgn api sederhana sehingga daging betul2 empuk.
Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dan biar mendidih lagi.
Masukkan serbuk lada hitam, rasakan garam/gula secukup.
Biar mendidih lagi sehingga kuahnya agak pekat.
Bila semua dah ok..rasa pun ok..boleh matikan api dan hidangkan.

Boleh jugak kalau nak masukkan kentang atau apa2 sayur.

HOMEMADE POPCORN

Assalamualaikum...Selamat Hari Minggu kepada semua.

Alhamdulillah..di hari minggu yang damai, dengan hembusan bayu dingin yang menerjah masuk melalui tingkap rumah ku
di tingkat 12 ni..akhirnya tercapai sudah hajat untuk membuat popcorn untuk anak2.

Teruja bila tengok Izah Daut tayang popcorn dia hari tu. Lagi teruja bila dia citer anak2 seronok dengar bunyi meletup-letup dalam periuk tu. Lama jugak pendam hajat tu dek kerana tak jumpa cari jagung. Malas nak ke Carefour sebenarnya. Kalau ke sana kompem ada.




Pagi ni kebetulan pergi cari barang2 basah kat Pasar Borong Selangor..sambil2 pilih bawang kat kedai Balaji tu, mata tinjau-tinjau jugak kalau2 ada jual jagung kering. Siap suh anak2 pergi cari lagi. Alhamdulillah..ada jagungnya. Siap beli 3 hinggit lagi.
Banyak tuuuuu..Boleh buat lagi 10 kali..hahahaha.

Yang kelakarnya...sampai jer rumah..tak nyempat-nyempat nak kemas barang..terus buat popcorn dulu.
Hai..anak2 nampak biasa jer..maknya yang teruja sakan..ahaks.
Pas tu..bila dah masukkan jagung dalam periuk..dah tutup rapat2..tunggu jer bilalah nak bunyi meletup-letup nih.
Izah kata dalam beberapa minit.
So kita pun tunggulah.. Bila dah start berbunyi..ya Allah seronoknya..!!!..hahaha.
Kalah budak kecik.



Bila dah siap gaul dgn karamel..kita pun hulur kat Azreen yang tengah main dgn kawan2 kat luar.
Wah..!!! seronok budak2 ni makan popcorn..siap nak buat balik tu...hehehe

Macam ni lah kan, ragam mak-mak org. Kalau buat makanan yang anak2 suka..teruja sungguh. Bila cepat jer lakunya..lagilah gumbira.

Kalau ada mak-mak yng lain nak buat untuk anak2..dipersilakan. Resepi ni kita copy dari dapur Izah Daut. Kalau nak tengok Popcorn Izah Daut yang mempersonakan tu..silalah jenguk2 dapur dia yer.


 
HOMEMADE POPCORN
Resepi Asal : ALUDRA MyR
sumber: Ika kurniaanMu & Izah Daut

Bahan-bahan :
*1 sudu besar mentega
*2 sudu besar minyak masak
*jagung kering secukupnya
*garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.
Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak & butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
Masukkan jagung menutupi dasar periuk.
Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi.
Tutup periuk tadi.
Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak.
Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn.
Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)


Untuk Coklat [Optional]
* 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)
 
Cairkan coklat guna double boiler.
Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel.
So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

KARAMEL POPCORN Tambah Karamel [Optional]
1 sudu mentega/margerin
3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
 
Cara-cara :
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2.
Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
Boleh letak pewarna kesukaan seperti merah, hijau dan kuning