Monday, 30 April 2012

KEK KARAMEL..percubaan pertama yg sukses

Alhamdulillah
Entry pertama setelah melalui sakit mata yang amat panjang.
MC..MC jugaklah kan...tapi masak tetap masak. Tak retilah nak duduk baring jer tanpa buat apa2. Dalam pada sakit mata tuh, sempat jugak try beberapa jenis kek yang tak pernah saya cuba sebelum ni.  Ada 2-3 yang nak tayang ni..tapi tak perlah..bagi peluang kat Kek Karamel ni dulu interprame..hehehe.


Dah lama tengok kawan2 duk tayang kek karamel masing2. Hajat hati nak try tu adalah..tapi tak tau bila.
Pulak tu bila tengok step dia mcm banyak sgt..tu yang makin takut nak cuba..takut tak jadi.
Lagi satu, sebab tukang makan kat rumah ni tak berapa minat karamel..tu yang jadi tertangguh-tangguh nak buat kek ni..
Semalam..dalam pada duk sorg2 kat rumah..rasa teringin sgt nak try kek yang saya rasa susah selama ni..
Ambik fail sulit (fail tempat saya simpan resepi)..cari resepi Kek Karamel. Resepi yang dah lama print dari Group Jom Masak di FB. Ambik resepi, study jap..tengok mana yg kena buat dulu.
Susun bahan elok2 ikut step. Dah paham semua..bahan2 dah ready..keluarkan mixer dan dgn lafaz Bismillah..kita mulakan mengeKEK Kek Karamel.



Kalau ikut resepi Jom Masak..buat meringue tu kat Step D...tapi kita tukar ke Step C. Maksudnya..selepas tuangkan bahan2 puding kat atas gula hangus tu..kita terus buat meringue kemudian baru buat adunan tepungnya. Bukan apa, nak buat meringue kena semua kering-keringkan. Jadi kalau buat adunan tepung dulu..of coz lah mixer nak kena basuh..kemudian baru buat meringue...lepas basuh tu takut2 lah ada air yg tak kering..dah tak menjadi meringue nya.. Kecuali kalau ada 2 mixer..tak derlah masalah mcm tu kan..

Ok..dah buat meringue...saya ketepikan. Barulah buat adunan tepung pulak. Saya basuh jugak mixer tu..tapi tak risaulah kalau tak kering pun sebab adunan tepung tu memang pakai air pun..hehehe

Dah selesai semua dari proses buat gula hangus..sampai ke melayer kek ngan warna2 indah. Skrg dah boleh bakar. Kita dah paham sgt ragam oven kita nih..kalau resepi tulis 170 C..saya kena naikkan ke 180 - 185 C..kalau ikut resepi jawabnya berkurunlah nak tunggu dia masak.

Oh ya..lupa nak bagi tau...buat gula hangus tu..kita masukkan dalam oven jer. Biar je dalam oven sehingga gula hangus keperangan. Malas nak bukak api dapur..hehehe

Penuh debaran menunggu 50min berlalu. Ngam jer 50 min..terus bukak oven cek masak ke idak. Alhamdulillah..masak mengikut waktu.

Bismillah...nak terbalikkkan kek ni...jadi ker tidak.??
Debusss..terbalikkan dalam pinggan.. Yahuuuuuuu..alhamdulillah..alhamdulillah..menjadi Kek Karamel pertama ku. Tak meleleh karamelnya. Kira oklah tu. Karamelnya tak berapa tebal sgt...sebenarnya lagi tebal lagi sedap. tak per..lepas ni kita buat karamel setebal mana yg kita nak...



Riang hatiku tidak terkira
Kek Karamel ku menjadi nyata
Hingga terlupa ku sakit mata
Terus ku makan dgn berselera

heheheh




KEK KARAMEL
resepi....(tq pada Kak Munira Baharom)
Sumber : Jom Masak


(A)

2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)

tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan.biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Jangan kacau gula,nanti gula berketul
(saya masukkan dalam oven jer)




(B) -bahagian atas

1/2 tin susu cair F n N (boleh tambah kalu nk karamel tebal sket)
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telor
kacau semua bahagian dgn penuh sopan santun, jgn sampai berbuih2,nanti karamelnye x jd.




(C)-merinque

 
6 biji putih telor(pastikan jgn tercampor skitpun telor kuning)
70g castor
1 sudu teh krim of tar2

pukul sampai adunan jadi pekat dan kalu kita terbalikkan bekas,adunan x jatuh. kalu jatuh,mknanye bolum jadi..pastikan putih telur x tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.


(D)-lapisan kek

140g tepung gandum (kita pakai tepung naik sendiri)
70g gula kastor
3 biji telor kuning
135ml air biasa
1sudu teh baking powder
(skip sebab guna tepung naik sediri)

45ml myk masak

pukul telor kuning,minyak ngan air sampai gebu n tukar ke kaler putih.pastu masukkan gula,pukul lg sampai naik 1x ganda. last msukkan tepong n baking powder,pukul lg.
Masukkan bahan B kedalam A.
Campurkan adunan C & D,gaul dgn seduk hingg sebati.
Bahagikan kpd beberape bahagian dan letak warne & paste kalu nak.
cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry)..
msukkan dalm loyang karamel.
caranye,ambik 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan,kmudian ambik warna lain plak,letak kt tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnye sampai adunan habis,barulah jd belang2.
Bakar cara double boiling.Maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar.

suhu 170....45-50min atau hingga masak...API BAWAH SAHAJA



PERIHAL SAKIT MATA

Assalamualaikum ..

Lamanya tak update blog.. Dah naik bersawang dah blog ni..Jap..kena sapu dan kemas2 dulu laa yg patut..baru boleh terima kunjungan tetamu..hehehe



Semuanya gara2 sakit mata yang teramat panjang masanya.
Seumur hidup saya, ni lah kali pertama kena sakit ni.
Selama ni duk tengok org lain dan anak2 yang kena..kita ingat sakit biasa2 jer..rupanya..hanya Tuhan yang tahu.
Sakit sungguh..dah lah sakit, mata pulak sentiasa berair dan bertaik mata..kelabu tak payah cerita.
Tu yang bercuti dari jenguk blog tu..mata tak tahan.
Bila tengok pc..mata berair.. Nak taip pun mata sampai rapat ke keyboard..apa citer.
Bukak FB pun sekajap-sekejap jer itu pun sebab rindu ngan coloteh kawan-kawan. Yang paling penting nak tengok kawan2 masak apa sebenarnya..hehehe

Setelah 2 kali pergi klinik gomen tak baik2 gak..saya cuba ke klinik swasta pulak. Dulu masa anak pompuan ke-2 saya kena sakit mata, bawak pergi ke klinik ni..dgn IzinNYA, terus baik.
Saya pun cuba jugaklah. Mana tahu serasi pulak ubatnya dgn kita kan..?
Alhamdulillah..dengan Izin Allah yang maha penyembuh..dgn 3 ubat makan, 1 antibiotik dan 1 ubat titis, mata saya menampakkan perubahan yg positif. Bengkak muka beransur hilang..bengkak mata jugak hilang..tapi masih lagi kelabu duniaku.
Tak apalah..sabar..mungkin ambik masa sikit untuk sembuh sepenuhnya.

Pagi ni, terjaga seawal jam 5 pagi (wpun cuti..mata memang dah set bangun pagi), masih bertaik mata..tapi pandangan nampak semakin jelas. Taip pun tak payah nak lekapkan mata kat keyboard lagi..
Syukur padamu ya Allah.

Nampaknya..esok dah boleh mula kerja macam biasa. Lama sungguh berMC..dari selasa lepas sampai semalam..seminggu lebih jugaklah. Kalau org belah Kelate Tganu kata..temu tiko. Iaitu dari selasa bertemu selasa semula. hehehe

Selamat sembuh dan selamat kembali bekerja Sally Rashid.

Sunday, 22 April 2012

SUP PASTA SIMPLE

Assalamualaikum…
Bersiaran kembali setelah melalui hari minggu yang sibuk. Sibuk uruskan rumahtangga..sibuk ngan anak, sibuk ngan tempahan kuih dan kek yang tak seberapa tu..hehehe.
Oklah tu..ambik tempahan sekadar menghilangkan ketagih membuat kek & kuih.
Hari tu dah tayang Pink Velvet Cake yang sedap tu..terima kasih Jom Masak. Memang sedap sungguh. Kalau ikutkan hati, 1 biji kek tu nak balun sorang2. Haha..
Hari ni nak tayang Sup Pasta yang simple. Buat untuk sarapan anak2 dipagi hari minggu hari tu. Anak2 memang suka pasta. Masak apa sekali pun, mereka suka. Si kakak sampai ke petang duk ulang makan sampai tak sentuh nasik. Seb baik masak banyak.


Sup Pasta Simple ni ambik kat blog Mat Gebu yang terkemuka seantero malaya tu. Cuma tang isi sup tu jer kita letak apa yang ada kat rumah. Sedap sup ni…sesuai untuk budak2 termasuk mak  dan ayah budak sekali..hahaha



SUP PASTA SIMPLE
Resepi : Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
50 gram pasta (ikut suka), rebus dalam air bergaram hingga lembut, toskan
3-4 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
1/2 kiub ikan bilis
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 biji bawang merah, hiris
1/2 inci halia, dititik
1 keping tauhu, didadu
1/2 batang saderi, hiris
1/4 cawan miv vege (karot, jagung, kacang pis)
7-8 tangkai sweet pis
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali atau periuk (minyak masak biasa pun ok). Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih dan halia hingga harum, masukkan saderi dan juga kiub ikan bilis, kacau rata dan tuang air.
  2. Bila mendidih, masukkan mix vege, udang dan sweet pea, masak sekejap dan tambah garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tauhu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Masukkan pasta dalam bekas sesuai, tuang kuah sup bersama isi2nya sekali. Tabur hirisan daun bawang/daun sup, serbuk lada hitam dan jika suka tuang sedikit sambal kicap.

Saturday, 21 April 2012

PINK VELVET CAKE

Assalamualaikum....

Selamat berhujung minggu buat semua. Kali ni saya nak tayang kek yang buat malam tadi. Malam tadi ker..?? Malam tadi siap 100%. Mula buat kek dari tengahari Jumaat lagi. Beginilah kalau dah nama wanita berkerjaya. Ada masa lapang, buat dulu sikit2 mana yg sempat. Kalau hari cuti pun, sibuk ngan anak2 pulak. Jadi ada masa yg boleh celah tu kita celah jer lah. Dah hobi namanya kan. Kita tak cukup masa nak mengadap kek sampai siap sepenuhnya.

Lunch time hari Jumaat tu sempat siapkan keknya. Pas tu tinggal pegi keje. Balik keje sempat layer dgn cream cheese. Simpan dulu sebab nak uruskan si kecik Adeelia pulak. Bila semua dah selesai..semua dah tidur, baru mula mendeco. Haaa..kan panjang masanya tuh. Kalau tak sedap jugak tak tahulah..hehe




Ada org tanya...kek ni siapa yang tempah. Hehehe..anak saya yang tempah. Dia suka sangat kek merah ni. Dia kata dia suka cream cheese. Lagi banyak cream cheese lagi dia suka.
Hari khamis time saya duk siap2 kan Rainbow Cake tempahan dari member opis..dia sibuk duk suruh buat kek merah. Nantilah nak..satu2. Mama ada tangan 2 jer. Mana nak buat kek, mana nak pegi keje.





Resepi RVC ni saya ambik kat Group Sweet Touch Bakery di FB.
Dah 2 kali buat guna resepi nih..Alhamdulillah sedap. Kali pertama dulu, kaler2 tu memang ikut cara STB, tapi kali ni saya letak kaler pink jer. Sebab tu saya namakan dia
PINK VELVET CAKE..hehe.
Saya potong 4 kemudian lapiskan dengan Cream Cheese.Topping pulak kita guna fresh cream/whip cream.




Buttermilk pulak..saya beli siap2 kat kedai bakery. Bukan apa, malas nak buat buttermilk sendiri. Sebab bila buat buttermilk sendiri, mesti rasa kek tak berapa nak best..tak tau kenapa dan dimana silapnya.

Untuk cara2 buat keknya, kita rujuk kat blog Irma London. Kat situ dia citer dgn detail berapa lama nak pukul dan sebagainya. Org yang baru belajar macam saya ni, suka sangatlah kalau ada org share buat kek step by step..hehe. Terima kasih Irma.

Oklah...malas citer panjang2. Nak tengok resepinya..?? Jommmm..!!



PINK VELVET CAKE (Red Velvet Cake)
Sumber lain : Irma London

Bahan :
250g butter
260g gula perang (saya pakai gula biasa jer)
4 biji telur
1 sdt esen vanilla
* 250g tepung naik sendiri
* 15g serbuk koko
1 sdt serbuk nescafe (bancuh dgn 1 sudu makan air -saya tak letak)
1 sdm golden syrup
200g buttermilk
1 sdt cuka makan
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sdm pewrna merah
1 sdm pewarna oren
1 sdm pewarna pink rose
(saya cuma pakai 1 sdm warna pink sahaja)


Cara:

Ayak bahan bertanda * dan ketepikan
Pukul butter dan gula hingga sebati
Masukkan telur satu persatu, pukul hingga kembang.
Masukkan vanilla
Masukkan tepung yang telah diayak dgn bersama serbuk koko
Kemudian masukkan nescafe
Masukkan buttermilk & pewarna
Masukkan Golden Syrup, kacau sebati.
Satukan cuka makan dgn soda, biarkan dia berbuih seketika. Cepatkan masukkan ke dalam adunan kek.
Kacau sebati.
Bakar suhu 150 C selama 35-40 minit atau sehingga masak.
(Oven saya 180 C selama 45 min)


Topping
Cara Jom Masak:
500g fresh cream/whip cream
250g cream cheese
60g gula aising

Pukul fresh cream sehingga kembang. Ketepikan
Pukul Cream cheese hingga lembut.
Masukkan gula aising. Pukul hingga gebu.
Campurkan fresh cream ke dalam cream cheese. Gaul sebati

Cara saya :
250g Cream Cheese
30g butter
2 sudu besar susu segar
gula halus secukupnya

Pukul cream cheese hingga lembut.
Masukkan butter, pukul lagi hingga sebati
Masukkan gula secukupnya
Akhir sekali masukkan susu segar.
Pukul hingga gebu.




Tuesday, 17 April 2012

SUPER MOIST CARAMEL BANANA CUPCAKE

Assalamualaikum...

Akhirnya, berkesempatan jugak nak update blog. dah berapa hari dah siaran asyik tertunda jer dek kerana kerja yang terlalu banyak. Selalunya masuk jer opis, mesti bukak FB, bukak blog dulu...tengok apa yg patut. Tapi sehari dua ni, tak boleh nak buat mcm tu. Masuk jer opis, kerja dah berlambak menunggu atas meja.

Macam biasalah..time2 mcm ni memang sibuk yang teramat sgt. Banyak persiapan yg perlu dibuat untuk meeting bersama PM..yang buat bertambah-tambah sibuk bila ada pindaan...nak pulak suruh siap jam tu jugak..aduh..terjungkit sekejap..hehehe.
Sibuk2 kita pun sempat lagi balik rumah, masak2 untuk famili..staf-staf lelaki ni ada yang balik rumah kul 3 pagi..kesian. Tapi tak perlah..dia org lelaki. Balik kul berapa pun tak kisah..kita ni kaum ibu banyak tanggungjawab.

Oklah...time untuk siaran tertunda. Super Moist Carameled Banan Cupcake atau dalam bahasa malaya..Kek Pisang cawan yang sungguh lembab..betul ker..?? Jap tengok kamus..hehe.

Kebetulan suami ada beli pisang hari minggu hari tu..teringat pasal resepi dari dapur Izah Daut ni... Walaupun hati tu kata jangan buat kek..gara2 nak diet..tapi perasaan nak mencuba tu menggebu-gebu mcm kek jugak.


Kalau org tanya saya mcm mana rasa kek ni..jawapannya lebih kurang mcm kek pisang yang saya buat sebelum ni. Cuma ada sedikit kelainan bila kita karamelkan dulu bahan2 nya. Yang bestnya dia ranggup kat bahagian atas. Nak tambahkan lagi kesedapannya, saya tabur badam cincang kat bahagian atas.
Ni yang syok buat kek sendiri..kita rasa nak letak apa..kita letak. Nak kacang banyak..kita letak banyak2..kalau kat kedai mesti mahal harganya..kan..??


Bila siap..saya makan seketui jer..takut nak makan banyak2. Simpan kat rumah sikit untuk anak2..yang selebihnya bagi kat anak2 jiran. Bila dah tak der depan mata tu rasa lega sikit. Kalau tak, tangan pun asyik nak pegang kek jer..hehehe.



Si kecik Adeelia yang suka menyibuk time sesi fotografi berlangsung.


SUPER MOIST CARAMEL BANANA CAKE
versi kukus: masduniaku

Bahan2

Bahan A

1 cawan pisang lecek (240 g)
1 cawan gula halus (200 g) - FnF kurangkan 150g shj - pisang dah manis
125 g mentega
1 sk bicarbonate soda
2 sb susu segar


2 biji telur saiz A - FnF guna 3 biji telur medium size
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (200 g) diayak - FnF guna 190g tepung kek Jepun + 1 sk baking powder
1sk ovalet (resepi asal tiada)


Cara2

Masak bahan A atas api hingga berkaramel. Sejukkan .
*nota izah* 'hingga berkaremel' maksudnya bahan A tu dimasak hingga la menjadi perang berkaremel. Adunan tu akan berbuih tinggi dan kacau sentiasa hingga la adunan tu mendap dan bertukar warna perang.

Pukul telur dan ovalet hingga gebu.

Masukkan banana caramel tadi. Gaul sebati.

Masukan tepung sambil dikaup balik hingga adunan sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
FnF masukkan dalam acuan cupcakes.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak - FnF bakar 20 minit @ 180degree C.

Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.

Adunan boleh juga dikukus...



Friday, 13 April 2012

RED BEAN BUN

ASSALAMUALAIKUM...

ROTIIIIIIIIIIII..ROTIIIIIIIIIIIIIIIII..
Hai..tayang roti lagi..???
Hati tu membuak2 nak menge 'kek'..tapi..ku tahan jua perasaan ini. Biarlah jarum penimbang ku turun dulu, baru kita start menge 'kek' semula..huhuhu.

Semalam tiba-tiba teringin nak makan Bun Kacang Merah ni..asalnya nak ajak asben gi cari kat kedai jer..tapi...tiba-tiba terfikir, apakata cuba buat sendiri..mungkin lebih sedap. Maklumlahkan..benda buat sendiri ni..suka-suka hati kitalah..buat ikut selera..suka inti kacang banyak2..so kita boleh letak banyak2...hehehe

Tepung roti dah habis. Ajak asben gi kedai bakery. Beli dua peket sekali..lepas ni nak buat roti apa pulak..??? Tak lupa beli kacang merah sekali.




Ada jari kecik yang nak usik roti ku..hehe
Resepi ni ambik kat dapur JintanManis. Tengok bahan, lebih kurang jer dgn bahan2 yg buat roti garlic hari tu. Nama pun rotikan..mestilah asasnya sama. So, lepas ni kalau nak pakai resepi Garlic Bun pun boleh gak...

Cara nak jadikan bentuk bunga tu, kita tengok kat Youtube. Mula2 cuma duk imagin sendiri..agaknya org potong bahagian atas jer kut..?? Tapi tak berani nak buat..kut tak jadi. Kita bukak Youtube untuk kompemkan.

Nak tengok caranya....??
Ni dia



Lepas tengok video ni, baru konfiden nak buat.





RED BEAN BUN

200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner
1 sudu kecil bread improver

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah ( beli yang dah siap tu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker  dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali  bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.
4. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ade penutup.

Monday, 9 April 2012

SIAKAP STIM HALIA

Assalamualaikum..

Sebelum berangkat ke hotel untuk persiapan bagi tugas2 sempena Pertabalan SPB Yang di-Pertuan Agong Ke 14 kul 3 karang, sempat lagi nak tayang Siakap Stim Halia yang kita masak hari minggu ari tu.

Selalu jugak masak siakap nih, cuma cara masak jer dipelbagaikan. Maklumlah, anak2 saya suka makan ikan2 yang tak banyak tulang ni. Kalau ikan yang  banyak tulang, satu kerja pulak kita nak jadi tukang buangkan tulang untuk diaorg.
Saya kalau makan Siakap Stim Halia ni, semua bahan2 tabur tu saya ngap sekali. Halia, serai semua saya makan..hehehe




Siakap Stim Halia ni rasanya saper2 pun pandai buat. Tapi kalau nak tengok cara kita buat, jenguklah kat bawah yer..hehe


-
-
-
-
SIAKAP STIM HALIA
 resepi : Sally Rashid

bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap
5 ulas bawang putih (dihiris halus)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 inci halia (lagi banyak pun tak per -dihiris halus)
3 batang serai (dihiris jugak)
1 biji tomato (didadu)
1 biji lemon (separuh guna untuk rendam ikan separuh lagi untuk kukus ikan)
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
5 tangkai cili api (di potong kecil..ketuk pun boleh)
garam secukup rasa 


Cara-cara :

Sediakan pengukus.
Rendamkan sekejap ikan ke dalam air yg dicampur perahan lemon bagi hilangkan bau hanyir.
Letakkan ikan ke dalam bekas yg sesuai.
Taburkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, tomato & cili api di atas ikan.
Curahkan sos ikan, sos tiram & jus lemon.
Jus lemon jgn banyak sgt, nanti ikannya masam jgn salahkan org yer..hehe
Letakkan sedikit garam (sikit sajer yer sebab sos ikan & sos tiram tu dah masin).
Kukus sehingga masak.

Sungguh sedap...hehehe


Sunday, 8 April 2012

SOSEJ BUN

Assalamualaikum..

Pagi Isnin mcm ni...nak buat keje memang rasa sungguh malas. Masih mood cuti. Pulak tu malam tadi bersengkang mata tengok ABPBH..hehehe. Mcm budak2.
Tengok aje..undi tak pun. Dah lama pencen undi mengundi nih..sejak2 menang hadiah Barangan Kemas Habib bernilai RM5000 zaman2 Mawi dulu. I undi sampai 60 borang u..jgn tak percaya. Bila menang terus pencen..hehehe

Biasalahkan..anugerah mana2 pun..bila majlis selesai, sana sini tak puas hati.
Pagi ni kat HotFm ramai yg kata tak puas hati Fizz Fairuz menang. Heiiiii..kenapa..?? Dia layak tau. Kita minat dia sejak dulu lagi. Bila dia pegang watak Aidil dalam Nur Kasih..semakin minat u. Sesuai sgt dia pegang watak tu. Ciri2 mcm Aidil tu lah yang jadi idaman i..tapi nak buat mcm mana..kita dah kawin..hehehehe. Terima ajerlah seadanya apa yg ada sekarang..muehehe.

Oklah...itu jer yg nak citer pasal artis. Skrg masuk bab masak memasak pulak. Pagi2 mcm biasa, sebelum mula keje..wajib jenguk dapur kawan2 semua. Wah..meriah u dengan kek bagai. Izah Daut tayang kek pisang karamel...memang menggoda kalbu. Kalau ikutkan hati, hari ni jugak nak buat. tapi bila kenangkan jarum penimbang yang mula naik sikit demi sikit, maka hajat tu terpaksa pendamkan dulu. Tunggulah yer...kita akan cuba pada ketika yang sesuai..hehe





Sibuk org tayang kek..kita nak tayang roti jer. Sosej Bun ni kali ni khas untuk anak2. Budak2 memang suka roti yag ada sosej. Kita guna pakai resepi Garlic Bread yang ambik kat dapur Izah hari tu. Dulu2 kalau buat roti, suka ikut resepi Jintan Manis yg pakai water roux. Sejak Izah share resepi Garlic Bread hari tu..selesa pakai resepi ni jer. Malas nak berwater roux bagai. yang penting roti tetap gebu, mulus dan lembut sehingga ke esok pagi.



Kali ni kita ikut cara Izah buat Roti Garlic. Katanya dia ikut cara Kak Nor Secubit Garam. Gelek2 dulu doh tu..pas tu gulung. Kita pun buat mcm tu. Gelek2 jadi nipis. Letak sosej kat dalam kemudian gulung. Nak pintal2 mcm org lain buat tak pandai lagi..nantilah lain kali try pintal2 pulak..hehehe. Maka beginilah jadinya Sosej Bun kita. Lagi sedap bila ada parutan cheese kat atas tu..




BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana Ika  & Izah Daut


Bahan A
500g tepung roti
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional
1 sk bread improver- optional
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan

Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit

Bahan C
80g margerine


Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. Spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.
Cara yang saya buat:
 
1. Gaul sebati bahan A
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. 6. Canaikan doh tadi sehingga leper. Letakkan sosej ditengah dan gulung.
7. Susun dalam loyang. Susun jauh2 sikit.. Tunggu naik 2 kali ganda.
8. Bila dah naik 2 kali ganda..sapukan campuran susu segar dengan telur ke atas permukaan roti. Kemudian taburkan parutan cheese.
9. Bakar dalam suhu 190 C selama 30 minit (ikut kesesuaian oven masing2)
(Time bakar ni kita letak semangkuk kecil air didalam oven ikut saranan Kak Nor Secubit Garam)