Friday, 30 March 2012

CHURROS 2

Assalamualaikum...
Hari ni menu ulang tayang. Pernah buat dulu sekali.
Hari tu duk belek2 Majalah Saji bulan April yang banyak memaparkan resepi cupcake & muffin Kak Zu Semanis Gula...
ternampak resepi Churros Chef  Kamarul.
Lebih kurang sama (memang samapun) dgn resepi yang kita buat dulu.

Oklah...malas nak citer panjang2..nak tengok resepi sila jenguk ke bawah





-
-
-

CHURROS
Resepi : Chef Kamarul, Saji April 2012


1 Cawan Air
100G Mentega
2 Cawan Tepung Gandum
½ Sudu Kecil Garam
2 biji telur
1 sudu kecil gula kastor
sedikit serbuk kayu manis


Tuangkan air dalam periuk dan masukkan mentega, gula & garam.
Biarkan sehingga air mendidih dan mentega cair.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata menggunakan senduk kayu.
Kacau perlahan-lahan dan sekata sehingga adunan tidak melekat pada periuk.
Tutup api dan biar adunan sejuk seketika sebelum dimasukkan talur. 
Kerana jika adunan panas, telura akan masak dan churros tidak mengembang
Panaskan minyak.
Masukkan adunan ke dalam piping bag dan guna nozzle bintang.
Paipkan kedalam minyak panas.
Goreng sehingga kuning keemasan.
Angkat toskan minyak.
Gaul bersama gula kastor dan serbuk kayu manis
Enak juga dihidangkan bersama strawberi dan sos coklat.


Wednesday, 28 March 2012

GARLIC FINGER BREAD

Assalamualaikum

Perggghhhhhh..kuat betul penangan GARLIC FINGER BREAD Izah Daut semalam. Tergoda dengan kemulusan dan kegebuan roti izah tu, sampai kita demam2 pun sanggup menguli. Tak lena tidur u selagi tak tercapai hajat nak merasa roti tu..hehe.

Alkisahnya..semalam tiba2 demam. Anak2 bergilir-gilir demam sejak minggu lepas, akhirnya sampai jugak turn mama dia pulak. Pagi semalam syok duk layan gambar roti yang izah post..dalam hati berkira-kira nak buat. Kalu demam tak melarat, ingat nak buat balik keje semalam. Menjelang tengahari, demam makin teruk pulak. Tak boleh jadi..berkurung dalam opis yg sejuk ni..demam makin menjadi2.

Lepas temankan si kakak makan kat kantin sekolah, terus pergi klinik. Selesai semua urusan kat klinik dalam jam 4.00 ptg. Terus balik rumahlah. Nak masuk ofis semula alang-alang jer kan...ada 1 jam jer lagi.

Balik rumah, makan ubat dan baring. Ingat nak lelapkan mata barang sejam dua sebelum anak2 balik. Bila pejam mata, terbayang roti garlic izah daut..pejam lagi..nampak roti lagi.
Ish..tak boleh jadi ni...terus bangkit pergi ke dapur. Keluarkan semua bahan. Kita menguli ok..hehehe. Seb baiklah menguli dengan besi cangkuk bengkang bengkok tu..tak lah penat sgt. Siap bersila sambil menguli ok..hehe


Selalu kita buat roti mesti pakai water roux sebagai ejen pelembut..tapi ikut resepi yang izah bagi ni..tak pakai pun. Alhamdulillah..lembut, gebu dan gebus. Pagi ni siap bawak kek opis untuk kawan2...still lembut dan gebu.

Kita ikut resepi, kena spray doh dgn air...tapi kita tak buat pun. Kita ikut cara yang Kak Nor Secubit Garam ajar..iaitu letak satu mangkuk air dalam oven ketika bakar roti. Alhamdulillah..rotinya lembut dan lembab.


Mula2 nak gelek dan gulung mcm Izah dan Kak Nor buat..tapi tak larat nak menggelek..demamlah katakan. Lalu kita bulat-bulatkan kemudian tarik supaya dia jadi panjang ala2 finger gitu..ehehehe



Mushroom Soup tu pulak...kita pakai yang instant punya...Mushroom Soup Campbell. Len kali leh cuba buat Mushroom Soup sendiri ikut resepi yang Izah kongsi hari ni.



Memang sedap resepi yang Izah bagi ni... terima kasih banyak2. Sesiapa yang nak cuba, resepinya ada dibawah ni. Kita cuma letak resepi dan cara yang kita ikut jer yer..kalau nak tengok lain2 cara dan jugak kalau nak tengok roti Izah Daut yang 10 kali lebih cantik dari roti i ni..sila ke SINI.






BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana Ika  & Izah Daut


Bahan A
500g tepung roti
*izah guna tepung gandum (kita guna tepung roti)
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak (kita pun letak)
1 sk bread improver- optional - izah letak (kita pun letak)
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan


Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
80g margerine

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.

6. Sapukan Garlic Spread, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.
8. Hidangkan bersama Mushroom Soup

GARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Tuesday, 27 March 2012

NASI AYAM SIMPLE

Assalamualaikum...
Pagi tadi hujan yer..sejuk sgt. Kat ofis pun sejuk..econ kuat. Skrg pulak kita mula rasa seram sejuk..macam nak demam. Anak2 semua baru baik demam..bergilir-gilir. Dari baby pergi ke kakak, kemudian abang..skrg mamanya pulak..aduhai...!!
Baru plan nak masak2 dan baking membaking untuk birthday si baby Adeelia pada 2 April nanti. Harap2 masalah kesihatan ni tak melarat.

Hari ni nak tayang Nasi Ayam yang kita buat pada hari Ahad hari tu. Saya tak pernah buat Nasi Ayam sebelum ni. Anak2 memang suka..tapi selalu beli jer.




Selama ni rasa mcm susah jer nak buat. Bahan2 banyak. tengok resepi pun berjela-jela. Keinginan nak buat Nasi Ayam ni timbul bila suatu hari kita beli Stok Ayam Maggi. Saja beli buat stok kut ada nak buat apa2. Secara tak sengaja belek2 kat botol Stok Ayam tu..ternampak resepi Nasi Ayam yang disertakan sekali. Tilik2 bahan serta caranya..ehhhh..macam mudahlah pulak.

Stok Ayam Maggi yang kita guna..kat belakang botol ada resepi

Maka hari Ahad hari tu kita pun buatlah Nasi Ayamnya. Kita namakan resepi Nasi Ayam ni NASI AYAM SIMPLE...sebabnya, cara buat nasi tu memang simple, dan untuk sup dan sambal cilinya pun kita cari resepi yg paling simple dan sempoi. Walaupun simple, hasilnya tetap sedap. Anak2 kata macam nasi ayam kat kedai..hehehe





Seperti yang kita cakap tadi..resepi nasi kita ikut resepi kat botol stok ayam Maggi tuh..sup dan sambal ladanya kita ikut cara Nasi Ayam Hainan JintanManis. Hasil gabungan kedua-dua resepi tu, terhasillah NASI AYAM SIMPLE airtangan Sally Rashid..hehe.
Kalau sesiapa yang baru2 nak belajar buat Nasi Ayam mcm kita..boleh ler jenguk2 resepi kat bawah ni..
Yang dah mahir, cekap dan cemerlang tu..buat2 tak nampak jer lah yer..ehehehe



NASI AYAM SIMPLE
Sumber : Maggi & JintanManis


Bahan A (untuk ayam)
½ ekor ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia – potong nipis
1 kiub pati ayam knorr
1 sudu besar minyak bijan (kita pakai minyak zaitun)
Sedikit garam

Bahan B (untuk nasi)
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
500g beras
600ml air
½ sudu besar minyak bijan (kita pakai minyak zaitun)
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 helai daun pandan
2 ½ sudu besar stok ayam maggi

Bahan C (untuk sambal cili)
5 biji cili merah
3 biji cili padi
½ biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil minyak bijan (kita pakai minyak zaitun)
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu makan jus lemon (jus limau nipis pun ok)
Sedikit garam & gula

Sampingan
Salad, Tomato & timun

Cara :

Mula2 siapkan ayam dulu.
·         Masukkan semua bahan A dalam periuk.
·         Masukkan air sehingga tenggelam ayam.
·         Rebus dalam ½ jam atau sehingga ayam masak.
·         Keluarkan ayam apabila ayam telah masak.

Sambil menunggu ayam masak, boleh siapkan nasi.
·         Guna rice cooker. Masukkan marjerin dan minyak   masak. Tunggu ianya panas
·         Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau
·         Masukkan stok ayam, kacau
·         Masukkan nasi dan kacau sebentar sehingga sebati
·         Masukkan air dan minyak zaitun. Masak macam biasa

Berbalik kepada ayam tadi
·         Apabila ayam masak, keluarkan ayam dan ketepikan
·         Air rebusan ayam tu biarkan di atas dapur.
·         Tambahkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
·         Rasakan garam secukupnya. (Berhati-hati dgn garam sebab kiub pati ayam tu dah masin..kalau dah cukup masin, tak perlu tambah garam lagi)

Ayam yang telah direbus tadi digaul dengan kicap cair dan sedikit madu. Panggang dalam oven selama ½ jam dgn suhu 200 C sehingga ayam nampak kekuningan  (Kalau tak mau panggang pun tak per..sebab ayam tu dah masak)

Selesai bab ayam dan nasi. Skrg masuk bab sambal cili pula.
·         Blend semua bahan C sehingga halus.
·         Masukkan dalam periuk, masak sehingga pekat
·         Rasakan garam & gula

Sekarang semua sudah siap. Boleh hidang dan panggil anak2 untuk makan..hehe.
Kuah kicap saya tak buat sebab anak2 tak suka. Lagipun ayam yang dipanggang tu dah diletakkan kicap sedikit.

Selamat menjamu selera.
Bak kata Ros JintanManis..nampak panjang berjela tapi sebenarnya mudah jer..hehe







Monday, 26 March 2012

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Assalamualaikum..Selamat Pagi

Meneruskan siaran tertunggak..
Biasalahkan..masak2 pada hari minggu, hari bekerja mcm ni baru ada macam nak bersiaran. Kalau kat rumah tu, memang tak dapatlah nak berblogging. Bukak FB untuk post gambar2 jer..itupun berFB sambil meriba sikecik... Gitulah kekdahnya kalau ada anak kecik. Bila kat ofis mcm ni..selesa sikit nak berblogging. Boleh cari idea apa yg nak ditulis tanpa gangguan. hehehe.

Ok...citer pasal CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES ni...inilah merupakan brownies pertama yg saya cuba. Pernah makan sekali yang member ofis buat...ermmmm..memang sungguh sedap. Kali ni try buat sendiri pulak. Dah lama berhajat nak buat, tapi alang2 nak buat tu biarlah pada hari2 yang istimewa. Kebetulan semalam birthday member ofis Hazirin Hussain, maka terjadilah brownies yg sedap ni.



Ni lah rupa brownies ku ketika mula2 masak..suka tengok bahagian garing kat atas tu..

Asalnya time merayap kat dapur member2 blogger, berkenan sungguh dengan kejadian brownies ni yang garing kat bahagian atas tuh. Terus teruja nak mencuba. Mula2 tu cuak juga, takut tak jadi mcm yang org lain buat. Terjenguk2 dalam oven nak tengok kejadian yang garing dan ranggup kat bahagian atas tu. Alhamdulillah...menjadi. Sukerrr sangat. Cuma org lain punya nampak licin jer..tapi i punya agak berkedut-kedut sikit kat atas tu..tak tau kenapa..tapi yang penting sedap..





yang putih2 kat atas tu Coconut Flakes

Cuma..lepas ni kalau buat lagi, kita kena kurangkan sukatan gula dan tambahkan lagi kekacang. Ni guna stok terakhir walnut & almond..rasa mcm tak cukup jer. Kalau banyaklagi mesti lagi umppphhhh.

Pasal gula tu..kalau ikut resepi yang kita ikut ni..340g brown sugar. Time timbang tu kita dah rasa banyak sgt. Cooking Coklat tu dah manis, tambah pulak ngan brown sugar yang banyak tu...dah dapat bayangkan tahap kemanisannya. Jadi..dari 340g tu kita kurangkan ke 200g sahaja. Itupun masih manis pada tekak kita. Lain kali kena kurangkan lagi..rasanya leh pakai dalam 180g jer kut..

Mulanya nak curahkan coklat ganache sebagai topping..tapi sayang pulak nak rosakkan bahagian yg garing tu..jadi, saya tabur saja dengan coconut flakes..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber :
Mamazieza & rinnchan
BAHAN A:
250gm butter - dipotong kecil-kecil
400gm cooking chocolate - dipotong kecil-kecil

BAHAN B:
6 biji telur
340gm brown sugar (saya kurangkan kpd 200g)
2tsp esen vanilla
20gm chocolate emulco

BAHAN C:
80gm tepung gandum } diayak
60gm cocoa powder }
140gm kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko

1. Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Sediakan loyang 11"x11" dan alas dgn kertas gris.
2. Double boil BAHAN A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul BAHAN B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk sahaja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung+serbuk koko+kekacang dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160 darjah celcius selama 50 minit-1jam (bergantung pada oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan aiskrim atau sos kastad.

Ternyata memang lebih sedap setelah dibiar semalaman

Sunday, 25 March 2012

KETUPAT SOTONG GANU KITER

Assalamualaikum..Selamat Pagi.

Lama tak bersiaran. Bertemu kembali kita. Kali ni bersiaran dengan menu Ketupat Sotong Ganu Kiter.


Ketupat Sotong ni ada yang versi Terengganu ada yang versi Kelantan. Dua-dua saya makan, tapi lebih suka versi Terengganu punya sebab lemak2 manis gitu. Yang Kelate tu agak manis..sama manis mcm ore kelate jugok..hehe


Kalau kat kampung, menu ni memang peberet kitaorg sekeluarga. Kalau buat tak boleh buat sikit. Mesti satu periuk. Kalau buat sikit nanti ada yang terjilat-jilat jari. Tapi kat rumah sendiri buat 3 ekor jer. Sebab yang makannya saya sorg jer. Suami dan anak2 tak makan. Suami org N9..dia kata pelik tengok ada pulut dalam sotong..hehehe. Kalau ikutkan hati memang nak buat sekilo, tapi ehem...diet kena gak jaga..ahahaha



Rasanya kalau org Kelate ngan Terengganu mesti pandai buat menu ni. Tapi biasalah kan..setiap org ada cara tersendiri.



KETUPAT SOTONG GANU KITER

Bahan
5 ekor sotong saiz besar (saiz dalam 3 jari)
½ cawan pulut
Santan pekat RM2 ringgit
½ cawan air
½ inci halia
Sedikit halba
1 helai daun pandan
Garam & gula secukupnya
Lidi sate

Cara :
Bersihkan pulut dan rendam dengan santan selama 1 jam atau lebih (lebih pun tak berdosa..lagi lembut pulut lagi cepat masak)
Siang sotong. Buang kulit merahnya.
Ceduk pulut bersama santan dan masukkan kedalam perut sotong.
Letak separuh penuh jer supaya ada ruang untuk pulut kembang.
Kalau padat sgt nanti pulut tak  masak. Saya letak 2 sudu kecil pulut jer.
Masukkan kepala sotong dan cucuk dengan lidi sate agar kepala dan badan sotong bercantum. Juga supaya pulut tu tak keluar.
Aturkan sotong dalam periuk/kuali. Masukkan air dan sedikit santan cair.
Masukkan halba, halia dan daun pandan. Masak sehingga sotong dan pulut masak.
Apabila dah masak..curahkan santan pekat. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kalau tak suka gula, tak payah letak. Saya suka sebab nak ada rasa lemak2 manis gitu.
Dah mendidih, boleh angkat dan hidangkan.

Kenapa masakkan sotong dengan santan cair dulu..sebab saya tak mau kuah sotong saya pecah minyak. I dun like.hehe

Kenapa rendam pulut dahulu..?? Supaya pulut lembut dan cepat masak. Kalau pulut keras, dia akan ambik masa yg agak lama untuk masak. Bila masak terlalu lama, sotong pulak akan jadi liat mcm makan selipar jepun...hehe
Boleh juga kalau nak kukus pulut dahulu..kemudian baru sumbat dalam sotong. Tapi cara tu agak leceh bagi saya yg malas ini..hehehe

Monday, 19 March 2012

KEK PISANG

Kek Pisang lagi..hehehe
Biasalahkan..Sally Rashid kalau kek atau kuih muih yang anak2 suka..buat setiap minggu pun tak per. Bila nampak bekas licin..hati rasa gembira. Kalau buat kek..2-3 hari masih berbaki..hati tu memang tak der mood nak buat lagi dah.

Sebenarnya tak plan pun nak buat kek pisang ni. Tapi ada member opis ni bagi pisang setandan sehari sebelum kita org pergi PD. Pagi sebelum bertolak ke PD tu dah goreng dalam sesikat dua. Bakinya banyak lagi. Maklumlah setandan. Mana habis sekali makan.

Balik PD, pisang2 tu dah mula gugur sendiri dari sikatnya. Sayang kalau dibiarkan begitu saja. Mulalah berkira-kira nak buat apa. Teringat resepi Kek Coklat Pisang yang ada dalam simpanan. Tapi tak berani nak try lagi takut anak2 tak suka. Akhirnya Kek Pisang biasa jugak jadi pilihan. Dah banyak kali buat, masih jugak guna resepi yang sama. Resepi dari YATIEMEMORIES.

Tapikan..rupanya kek pisang ni, kalau lain jenis pisang, lain pulak kejadiannya. terutama tang warna. First time dulu buat pakai Pisang Emas..kejadiannya agak perang. Tekstur dalamnya pun lain. Cantik sangat. Kita suka.


Guna pisang emas.


Kalau pakai Pisang Berangan, lain pulak kejadiannya. Kali ni buat pakai Pisang Awak (yang selalu org goreng tu namanya Pisang Awak lah kan..? hehe). Warnanya agak pucat berbanding hasil buat dengan Pisang Emas. Dalam banyak2 tu, kita rasa, the best buat kek ialah Pisang Emas.



Hasil dari Pisang Awak

Okeylah...kalau ada yang nak tengok2 resepinya. sila ke SINI.

Thursday, 15 March 2012

FLUFFY PANCAKE

Wahhh..hari ni banyak masa free. Boleh ler tayang satu lagi hasil air tangan pagi tadi.

Fikir punya fikir nak masak apa untuk sarapan anak2..tiba2 teringat nak buat Pancake. Dulu ada satu resepi pancake yang ambik dari MyResepi, tapi dah buang dah sebab anak2 tak berapa suka. Resepi tu ada letak cream of tartar. Tak mau dah buat yg tu..nak cari resepi lain yg best2.

Mula2 sekali mestilah tinjau2 kat blog otai2 masakan kegemaran kita. Panjang leher tinjau sana sini, akhirnya jumpa resepi FLUFFY PANCAKE kat dapur Kak Nor. Kak Nor punya pancake mana leh lawan...siap dengan bentuk yang menawan lagi tuh. Kita tak der acuan2 yang bentuk gitu..jadi buat bentuk biasa jer lah.


Tak derhaka langsung yer. Memang ikut sebijik2 resepi dari dapur Kak Nor. Terima kasih yer Kak Nor..Hasilnya memang wallahhhh...sedap!!!. Pekena pulak dengan syrup strawberi Hershey's. Ermmm..memang yummy. terbekkkk!!!. Malas nak citer panjang-panjang. Silalah menjamu mata dengan
FLUFFY PANCAKE ni.






Kalau nak resepi..ada kita tepek kat bawah ni, atau kalau nak tengok pancake Kak Nor yang comel tu jenguk jer ke dapur SINI.



FLUFFY PANCAKEsource: Allrecipes
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

Wednesday, 14 March 2012

EASY TIRAMISU

Assalamualaikum...Selamat Pagi..
Wahhhhh..pagi ni teruja betul nak update blog. Maklumlahkan..nak tayang sesuatu yang pertama kali dicuba malam tadi.
Pertama kali cuba, terus menjadi dan sungguh sedap...nyum..nyum..nyum. Pagi ni jamu kawan2 kat opis, semua puji sedap. Alahai..bangganya..kekekeke

Hajat nak buat Tiramisu ada dalam hati sejak minggu lepas lagi. Tapi hajat tertangguh bila anak2 semua pergi makan angin kat Cameron Highlands. Bila anak2 tak der, mood nak masak memang menjunam 100%. Yer lah kan..kalau masak pun, siapa nak makan..? Kamera pulak anak2 bawak. Kalau tak ambik gambar, tak leh lah nak tayang gambar kat blog kan..Walaupun hanya kamera lama yang punya screen kecik jer..tapi itu kamera kesayanganku. Nak beli yang mahal2, lom mampu lagi..huhuhu

Org buat Tiramisu ni macam2 versi ada..kalau jalan2 kat blog kengkawan..memang banyak resepi Tiramisu. Ada yang buat pakai kek sponge yang buat sendiri, ada yang buat pakai kek sponge yang beli siap. Tapi kita nak cari resepi Tiramisu yang pakai biskut Ladyfinger. Dengar citer, Tiramisu paling best kalau pakai biskut ni. Kebetulan hari tu jenjalan kat Carefour Alamanda, ternampak biskut Ladyfinger ni. Ada sebungkus jer. Terus rembat simpan dalam gobok. Kalau tak ambik skrg, takut2 bila nak esok dah tak der. Bagi yang tak pernah tengok..ni lah rupa biskutnya.



Cari punya cari resepi Tiramisu, terjumpa yang berkenan kat dapur DayangJack. Namanya pun EASY TIRAMISU. Jadi bagi yang pertama kali nak cuba ni, perkataan easy tu penting..hehehe.

Maka malam tadi setelah si kecik tu lelapkan mata, kita pun mulalah godek2 cream cheese dengan Whip Cream ditemani anak daraku yang sorg tu. Anak dara ni pantang tengok mama keluarkan cream cheese..tunggu nak ceduk2 saki baki cream kat mangkuk..hehe.

Time mix cream cheese ngan wip cream tu, kita rasa2 lah jugak. Cuak jugak dalam hati sebab lepas rasa cream tu, ada rasa muak sikit. Dalam hati berkata-kata. Tak muak ker Tiramisu ku ni nanti..?? Apapun..selagi tak siap kita tak tahu kan..? Selesai mix cream, proses mencelup biskut ngan air nescafe bermula. Untuk rasa yang lebih kawwwww..kita tambah sedikit perisa mocha dalam nescafe tuh. Bau nya pun bukan main harum lagi.



Hasil kerja anak dara i..bersememeh.

Last sekali suh anak dara i ayakkan serbuk koko atas Tiramisu ni. Tu yang bersememeh serbuk koko kat tepi2 bekas tuh. hehehe. Tak per..yang penting dia nak buat. Dah siap, terus masuk peti ais.

Pagi2 tadi bangun jer terus teringat kat my Tiramisu. Keluarkan dari peti ais, terus cedok sikit. Mula2 nak potonglah konon..tapi bila tengok benda ni lembut jer..terus cedok ngan sudu..hehehe. Bila masuk mulut...
Wowwwwwwwww..sedap nyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..!!!
Gandingan nescafe dan serbuk koko menghilangkan rasa muak cream tu. Sungguh sedap. Biskut tu pulak cair dalam mulut macam makan eskrim...ermmmm..sungguh sedap. Kalau ikutkan hati, rasa nak bedal satu bekas tu sorg-sorg..hehe


Sorrylah kalau gambar tak berapa cantik. Seperti biasa, kita memang tak lulus dalam bab2 potong memotong nih..lebih2 lagi kalau benda2 lembik & lembut mcm ni..Abaikan tentang rupa, tapi kita fokus tang rasanya yg sedap tu.

Lepas ni boleh buat lagi. Terima kasih kepada DayangJack yang sudi berkongsi resepi. Izinkan kita copy resepi tu dan tepek kat sini yer...



Tiramisu
sumber : umi e & DayangJack
Olahan semula : Sally Rashid
(Kalau nak tengok resepi asal sila klik kat nama umi & dayang tu)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
  • 1 peket biskut tiramisu /lady finger
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1 sudu besar plain yogurt (kita tambah)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • 1 sudu kecil perisa mocha (kita tambah)
  • serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Masukkan perisa mocha.
  3. Satukan gula, cream cheese, whip cream & plain yogurt
  4. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  5. Celup biskut sebentar ke dalam bancuhan nescafe kemudian susun biskut memenuhi dasar bekas (Sekejap sahaja..dalam bebarapa second. lama sangat nanti biskut lembik)
  6. Ratakan cream ke atas lapisan biskut
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya
  8. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar...
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya. (Boleh jugak kalau nak tabur serbuk koko pada setiap lapisan cream)