Monday, 27 February 2012

PAU GEBU (Water roux)

Assalamualaikum...Selamat Pagi dan Salam Ceria untuk semua..

Pagi2 lagi tayang pau..hehehe. Ni hasil menguli kul 4.00 pagi. Macam biasa, bangun jer mesti bukak peti ais..tengok apa yang boleh dimasak untuk sarapan anak2 sebelum ke sekolah. Si abang tu, kalau tak der sarapan, muncungnya panjang sampai ke sekolah. Nak tak nak..buat lah jugak sarapan walaupun sarapan yang simple.

Ini kali pertama cuba buat pau resepi Ros Jintan Manis. Resepi yang guna water roux. Alhamdulillah..menjadi dengan cantik dan gebu. Terima kasih Ros atas kesudian berkongsi resepi ni.


Dulu2..memang tak kuasa nak menguli tepung pagi2 buta mcm ni. Mesti berpeluh sakan duk uli tepung sampai lembut. Tapi sejak2 tahu kegunaan besi bengkang bengkok ni (gambar bawah) kerja2 menguli menjadi mudah. Tak lah kerah keringat mcm dulu. Sebenarnya besi ni memang ada ketika beli mixer dulu. Tapi tak tau kegunaannya. Duk simpan jer dalam gerobok buat pekasam. Tapi sejak2 Rahel Benyamin bagi tau dia uli tepung buat donut pakai besi ni...lepas tu besi ni memang dah sempat nak rehat lah jwbnya. Ada jer keje yang dia kena buat..kena dera..hahahaha. Biasalahkan..org ada Bread Maker..kita tak der. Jadi guna lah apa yang ada depan mata...

Cara kita guna besi bengkang bengkok ni..mula2 bahan tu adunan dulu dalam bekas lain. Bila dah sebati, baling dalam mangkuk adunan dan pusing ngan besi nih sampai adunan jadi cantik dan licin tak melekat kat tangan. Agak lama jugak kena putar, tapi tak lah sepenat uli dengan tangan.

Ni lah besi bengkang bengkok tu

Sebenarnya masa buat pau ni pagi tadi..kita skip 1 step. Kalau ikut resepi kena bagi doh naik dulu dalam 45min-1 jam..pas tu tumbuk2 bagi keluarkan angin. Baru bentuk dan bagi dia naik sekali lagi. Kita skip tang bagi naik dalam 45min-1 jam tuh. Dek kerana kesuntukan masa (biasalah kan..ibu bekerja, lepas masak nak bersiap ke ofis pulak) lepas uli tu, terus jer bentukkan dan masukkan inti. Kita rehatkan dalam pengukus selama 1 jam (lebih sikit rasanya kut..hehe). Bila naik sekali ganda, terus kukus. Alhamdulillah..tetap gebu dan lembut.

Kalau sesiapa yang nak buat tu..jgnlah ikut cara i tau..buat betul2 ikut step. Hanya dalam keadaan tertentu jer dibenarkan skip step mcm i..hahahha.



Adunan pau ni memang lembut dan gebu. Masa kepal2 untuk bulat-bulatkan dia, kita dah dapat rasa kehalusan dan kemulusannya. Bila perap 1 jam tuh..memang dia naik mengebu-gebus. Suka tengok. (Lupa nak ambik gambar masa belum naik).

Pau kita ni pakai inti kaya. Itu pun letak ciput jer. Bukan apa, anak2 tak suka makan inti. Suka makan yang putih tu jer. Tang inti mama yang selalu kena habiskan. Jadi, kita letak inti sikit jer lah. Tak letak langsung nanti melampaulah pulak. Kesian kat pau..tak sampai hati tak letak inti...ihiks. Kalau tak letak inti...segan pulak nak panggil PAU..hehe

Bab mengukus pau ni, kita selalu jaga masanya. Sebab..kalau terlebih kukus nanti pau jadi kedut seribu mcm muka nenek kebayan. I tak suka tau.. i suka pau yang cantik, gebu dan licin. Bila pandang terus jatuh hati gitu..hehehehe. Lagi satu..tutup pengukus tu kena balut jugaklah dgn kain bersih. Kalau air menitik atas pau..itu pun leh buat pau berkedut sebelum tua.



PAU GEBU (water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
Inti sesuka hati

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.


Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. (ini kita skip..hehehe)

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

Selamat Mencuba.

KEK LAPIS CHEESE PERSONA..lagi dan lagi

Assalamualaikum..selamat petang.

Kat FB pagi2 dah tayang Kek Lapis Cheese Persona ni...tapi kat blog baru skrg nak tepek.
Biasalah..kalau hari Isnin kan..keje menimbun. Kena selesaikan dulu..kalau tak nanti boss suruh balik rumah, bukak kedai makan pulak..hehehe

Alkisahnya..kek ni dah banyak kali buat. Pernah tayang hasil kali pertama dulu. Yang ni entah kali keberapa..tak ingat dah. Sebab dah banyak kali jugak buat yang orang tempah.

Malam tadi cakap kat asben, hari ni nak puasa. Teringin pulak nak bersahur dgn Kek Lapis Cheese Persona. Tengok2 biskut marie tak der dalam stok. Dalam hujan2 tu kami tiga beranak pegi kedai beli biskut marie. Cheese tak payah beli sebab dah ada dalam peti ais. Bila si kecik dah tido, kita pun mula celup-celup biskut marie dengan susu. Proses melapis pun bermula.


Pagi2 tadi..seawal kul 4 pagi..kita menikmati keenakan kek ni sorg2. Aduhhhhh..enak banget. Kalau ikutkan hati, nak makan sampai 5 potong. Tapi..ku pujuk-pujuk hati ku... Bukan apa, takut jarum penimbang makin naik..hahahaha

Yang kali pertama buat dulu pakai biskut marie perasa coklat..tu yang nampak gelap sikit tuh. Sekarang kita suka buat yang perasa coffee. Baunya harum memikat...bagi peminat coffee mcm i lah kan..kalau yg tak suka tu..kompem pening..hehehe


Walaupun dah banyak kali buat, tetap jugak nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada Kak Nor Secubit Garam yang sudi berkongsi resepi yang mudah dan sedap ni. Dah jadi sumber pendapatan sampingan pulak bagi kita. Alhamdulillah...

Oklah...kalau ada yang nak tengok resepinya..sila ke SINI. Untuk pengetahuan, kali ni cream cheese tu kita tambah 2 sudu besar plain yogurt. Member2 ofis kata sedap...

Saturday, 25 February 2012

ONION RINGS

Assalamualaikum...
Selamat merehatkan badan dihujung minggu. Kalau yang dah berkeluarga, masa ni lah nak berkumpul ramai2...makan-makan bersama suami dan anak2. Bagi yang bujang, time ni lah nak dating-dating kan..?? hehehe. Teringat kisah dulu2.. skrg dah senja, buat lah cara senja..hahaha

Okey..hari ni kita rasa nak makan sesuatu yang digoreng ranggup. Teringat beberapa rakan blogger yang tayang Onion Rings masing-masing. Kita pun nak cuba jugaklah. selalu duk makan kat A&W..kali ni cuba buat sendiri pulak.



Resepi ni kita ambik dari Kak Fida My Resepi. Memang sedap Onion Rings ni. Ranggup... Untuk menambahkan keranggupannya, kita salut dgn bread crumb. Tadi jalan-jalan kat alam maya ni cari resepi Onion Rings, nampak sorg mat saleh tu salut dgn bread crumb..tu yg kita ikut tu..hehehe. Onion Rings ni sedap cicah ngan sos atau mayonis.






ONION RINGS
Sumber : Kak Fida My Resepi

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji bawang besar
  • 7 sb tepung gandum
  • 2 sb tepung jagung
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk gula halus
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
  • 1/4 sk serbuk cili
  • 1 biji telur
  • 125 ml susu segar
  • Bread crumb (kita tambah)
  • minyak masak secukupnya untuk goreng terendam

Cara-cara:

* Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..               

* Satukan kesemua bahan2 kering (warna pink) di dalam mangkuk dan kacau rata.               

* Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.               

* Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.               

* Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung, kemudian celup dalam bread crumb dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.

* Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.

Thursday, 23 February 2012

BUAH ROTAN

Assalamualaikum..selamat pagi.

Tiba-tiba pagi ni teringat permintaan seorang rakan kat FB..dia belek2 album masakan kita kat FB, tiba-tiba dia post mintak resepi kat gambar Buah Rotan yang kita buat raya dulu. Lama dah tu...raya tahun 2011..tak lama lagi dah nak raya tahun 2012 pulak...hehehe. Kejap jer kan. Yer lah, bila tengok Buah Rotan nih, terus ingat nak raya.

Gambar yang kita letak ni, percubaan kedua buat Buah Rotan. Percubaan pertama masuk bakul sampah sebab tak tahan dia meletup-letup dalam kuali ketika menggoreng. Puas tanya sana sini macam mana tak nak bagi meletup-letup tuh. Belek2 kat internet, rupanya ramai jugak yg terkena mcm kita..hehehe. Ingat kita sorg jer yg jadi mcm tu.


Akhirnya, tengok kat Youtube. Ada sorg kakak tu dia masukkan ketika minyak baru nak mula panas. Tiap kali dia angkat Buah Rotan yang dah masak tu, dia padamkan api. Bila nak goreng, dia bukak api balik. Kita pun ikut cara dia. Alhamdulillah..Buah Rotan tak meletup lagi dah..elok jer garing dan ranggup. Ni semua sebab abah budak2 ni yang suka sangat kuih ni. Asyik beli jer setiap tahun. Sampaikan kat Mydin pun dia beli kuih ni.

Dapatlah 2 balang Buah Rotan time raya hari tu. Sedap memakannya. Tapi nak menggentel kecik2 tu yang leceh. Kita buat dengan si kakak. Bila si kecik dah tidur, kami berdua mulakan operasi menggentel sambil tengok tv...


Lepas pada raya hari tu, tak buat2 lagi dah. Dah nama kuih raya..mesti buat time raya jer lah kan. hehe. Si kakak asyik tanya bila nak buat lagi. Dia suka makan. Alahai..bercinta bila kenangkan nak gentel tuh. Jawabnya raya nantilah baru buat lagi.

Ok..resepi yang kita letak ni, terus terang kita cakap bukan resepi kita. Masa nak belajar buat dulu, kita gugel kat internet. Masa tu tak pulak ambik pot siapa punya resepi...lagipun masa tu tangan tak gatal nak blogging2 lagi. Hari ni kita cuba gak gugel-gugel cari resepi nih, tapi tak jumpa. Harap2 tuan punya resepi ni halalkan kita letak resepi ni kat blog kita. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

Jangan tanya kenapa santan tu perlu dimasak dahulu..sebab kebanyakan resepi lain tak payah masak pun santannya. Jawabnya kita tak tahu. Kita ikut jer resepi ni tanpa derhaka sikit pun. Hasilnya memang sedap. Tak keras dan sedap dikunyah. Anak2 suka sangat.



BUAH ROTAN

·        1 ½ cawan Tepung Pulut
·        1 cawan santan
·        ½ cawan bijan
·        ½ cawan gula
·        ½ sudu teh garam


Cara :

·        Campurkan santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil. Kacau supaya santan tak berketul dan sehingga gula hancur. Ketepikan supaya sejuk.
·        Bila santan sejuk, curahkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut
·        Gaul rata sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan.
·        Bentukkan adunan kpd bebola kecil (saya buat sekecil hujung jari kelingking)
·        Salut bersama bijan
·        Goreng sehingga garing dan warna keperangan. Bila masak bebola akan terapung



Tuesday, 21 February 2012

KEK COKLAT KUKUS DENGAN COKLAT BUTTERCREAM

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari...
Hari yang sibuk macam biasa. Dah tengahari baru berkesempatan nak update blog dan buat siaran tertunda bagi Kek Coklat Kukus yang dibuat malam tadi.





Tertarik dengan kek coklat RAHEL dan juga projek menghabiskan serbuk koko yang bakal expired.
Memang ikut resepi kat dapur Rahel. Selalu buat ikut resepi Hana.

Coklat Buttercream tu pulak kita ikut resepi kat Majalah SAJI Mac 2012. Page 38, resepi Chef Ahmad Jamel Kassim. Kebetulan ada buttercream lebihan buat deco Rainbow Cake hari tu. Just curahkan coklat cair dan kacau2 jer..siap.

Malas nak citer panjang2. Lihat sajalah hasilnya.....



KEK COKLAT KUKUS
(ikut resepi Steamed Wet Chocolate Cake -Rahel)
Sumber:Buku Resepi/Zubaidah Bt Che'pa
Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B (Rahel guna 4 biji telur)
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

1.Ayak tepung,serbuk penaik,soda dan serbuk koko.Ketepikan.

2.Di bekas lain pukul telur,susu,gula dengan jaring.

3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak masak,gaul rata.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Tuang ke dalam acuan bulat 8" yang telah digris dan dilapik dg baking paper.
   Kukus selama 45-60 minit atau sehingga masak.

7.Setelah kek masak,biarkan sejuk,bahagi kepada 4 lapisan.


COKLAT BUTTERCREAM

Bahan:
90g shortening (saya guna krimwell)
50g mentega
190g gula aising
60g coklat masakan (cairkan)

Cara :
1. Pukul shortening/krimwell, mentega & gula aising sehingga kembang.
2. Masukkan coklat cair dan kacau rata.



Sunday, 19 February 2012

RAINBOW CAKE

Assalamualaikum..Selamat Pagi semua.
Pagi ni memang teruja sikit nak update blog. Maklumlah, nak tayang Rainbow Kek yang buat semalam. Pertama kali buat..memang takut  jugak. Takut tak jadi.
Dah lama berkenan kat kek ni bila tengok rakan2 blogger lain duk tayang Rainbow Kek masing-masing dengan kaler dan deco yang tersendiri. Dalam hati kata..kalau buat kek ni, anak2 mesti suka. Sesuai sangat untuk budak2 sebab kejadiannya yang warna-warni tuh.
Takut nak buat kek ni sebab apa yer..?? Sebab..tiap warna tu kena bakar asing2. Oven kita kecik jer..of coz lah kena bakar satu-satu. Bila kena bakar satu-satu, kita risau adunan yang menunggu lama untuk dibakar tu akan bantat atau sebagainya. Kita ada lah risik2 dengan RAHEL tentang cara buat kek ni. Bila dapat penerangan dari Rahel..baru berani nak cuba. Ada lagi sorang dua rakan FB yang turut membantu. Terima kasih pada semua.


Ramai yang dah buat Rainbow Kek ni..rata-rata resepinya lebih kurang sama jer.  Tapi deco kek kita ni ada sikit2 tiru deco Madihaa. Halal yer…budak baru belajar memang macam ni. Tinjau sana, tinjau sini..pas tu tiru2 sikit. hehehe
Kita dalam hal masak memasak, baking membaking ni, memang tak pernah belajar kat mana2 sekolah. Main hentam sajer. Internet, Youtube, Blogger2 dan rakan2 FB adalah guru2 kita. Kalau zaman2 dulu, nak menuntut ilmu dari mana2 guru, kena bawak pulut kuning dengan pisang sesikat. Zaman skrg dah tak der dah semua tu.Ilmu dihujung jari..nak dengan tak nak jer. Terima kasih banyak2 kepada kakak2 dan rakan2 yang tak lokek member tunjuk ajar. Kak Nor SecubitGaram, Rahel, Izah Daut dan lain2.



Eh..panjang pulak citer..hehehe. Ok..balik semula pada kisah kek ni. Kita buat kek ni setengah adunan jer. Pakai Loyang yang paling kecik tu. Pertama kali buat memang tak berani nak buat banyak2. Kalau tak jadi taklah membazir sgtkan.
Time tengah bakar yang pertama, kita siap keluar pegi cari cream cheese lagi. Balik sambung bakar balik. Berdebar jugak takut adunan tu rosak. Tapi Alhamdulillah..elok jer.. Hajat hati nak buat cream cheese frosting untuk keseluruhan kek ni…yang kaler2 tu jer nak guna Buttercream. Tapi hari minggu, Bakery kat Putrajaya ni tutup. Pusing2 Alamanda cari creamcheese, habis pulak. Dapat sikit jer. Nak ke Mydin atau Bangi..malaslah pulak. Akhirnya, dapat lapis kek tu dengan sedikit creamcheese..untuk keseluruhan kek tu terpaksalah pakai buttercream.




Resepi ni kita copy dari dapur Madihaa..kalau nak tengok kek Madihaa yang cantik tu, sila klik http://mamawandiha.blogspot.com/2012/02/rainbow-cake-untuk-birthday-boy.html
Kalau nak tengok Rainbow Cake Rahel yang tinggi menggunung tuh..sila lah ke http://rahelcake.blogspot.com/2012/01/rainbow-cake.html


RAINBOW CAKE
Resepi : Shuhairi Shuhaini. (maaf tak dapat nak kesan link empunya resepi)
Sumber : Kakzu@semanisgula & Ida

BAHAN BAHAN
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh
(MaDiHaA alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni)
(MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

CARA CARA
1. Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.
2. Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati n gebu .
4. Masukkan esen vanila
5. Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
6. Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.
7. Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.
8. Bole gune topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suke )..kite yang buat die kan..taram je dik non.
(MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, kemudian untuk decorating atas & keliling kek gunakan buttercream beli siap dari kedai bakeri)

Saturday, 18 February 2012

KUIH LAPIS SERI WANGI

Assalamualaikum....
Dah petang ni...semua dah minum petang ker...?? Menu apa petang ni...??

Petang ni kita buat Kuih Lapis Seri Wangi, gara2 tergoda dengan Kuih Lapis yang DAYANG tayang kat dapur dia. Memang cantik sungguh kejadian Kuih Lapisnya tuh. Kita bukan tak pernah buat Kuih Lapis, selalu jugak tapi bila tengok yang Dayang punya, rasa nak cuba resepi ni lah pulak. Resepinya lebih kurang jer dengan resepi yang selalu kita guna, cuma yang ni tambah serbuk koko untuk lapisan coklat tuh.





Tengoklah kejadian Kuih Lapis Seri Wangi kita ni...sebelum potong memamg sungguh cantik. Rasa sayang nak potong. Tapi sebab nak makan, suka tak suka, nak tak nak terpaksa jugak potong. Tak kan nak gigit sebiji-sebiji kuih tu kan. Sayang nak potong tu ada sebabnya. Sebab..kalau potong kompem tak cantiknya lah. Bukan kuih tu yang tak cantik, tapi org yang memotongnya ni yang tak berapa pass dalam bab potong memotong. Kalau masuk kelas, memang gagallah..hehehe



Kan dah kata..tengok, bila dah potong, agak bersememeh. Tak semenggah jadinya. Tak apalah kan..dah namanya ikut resepi orang..mana boleh lawan tokey. Tapi kira ok lah tu. Kalau nak tengok kuih lapis yang cantik jelita, silalah jalan-jalan kat dapur DAYANG (klik). Cantik kuihnya macam tuan punya dapurlah jugak..hehe. Ikhlas puji ni tau..



Ok..Abaikan tentang rupa yang bersememeh tu..kita citer pasal rasanya pulak. Kita malas nak cakap...cuma nak bagi tau..masa kita tengah potong kuih ni untuk sesi fotografi (ewahhh..mcm nak masuk majalah lah pulak..ekekeke) dah habis 2-3 ketul anak kita ngap. Bila dah selesai shooting, eh..dah habis kuih yang dah potong..tinggal yg belum potong jer.. Ermmmm..mesti sedaplah tu kan. Kalau nak tahu sedap tak sedap..cubalah buat dulu..baru cerita.

Resepinya kita copy dari dapur Dayang.. Izinkan yer Dayang. Terima kasih atas resepi Kuih Lapis Seri Wangi yang sedap ni.

Kuih Lapis Seri Wangiresepi : Yatie@Sinar Kehidupanku
sumber : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sk garam
  • 2 cwn santan pekat

Bahan B
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn santan cair
  • 2 helai daun pandan-di simpul

Bahan C
  • 3 sb rata serbuk koko*
  • 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
  • pewarna hijau, perisa pandan

Cara-cara.
  1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
  2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
  3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
  4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
  5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
  6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
  7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
  8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
  9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
  10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
  11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya

Tuesday, 14 February 2012

UBI REBUS - Menu paling sedap

Assalamualaikum....
Makan apa..? Makan apa hari ni...?
Kek..?
Apam..?
Roti..?
Pizza..?
Kuih..?
Tak jemu ker..?? hehehehe

Apakata hari ni kita balik semula ke zaman dulu2..kata my mom..zaman jepun. Hari ni menu sarapan pagi untuk diri sendiri dan juga untuk member2 opis...tadaaaaaaaaaaaaaa
-
-
-



UBI KAYU REBUS CICAH KELAPA

Tak sedap ker..?? Bagi kita, dizaman serba moden dan serba canggih ni..inilah menu yang paling sedap dalam dunia. Pekena pulak dengan Sambal Bilis..aduiiii..tak pandang kiri kanan dah...Tapi hari ni tak der sambal..tak sempat nak buat. So..cicah kelapa pun dah cukup mantap.

Sejak dua menjak ni rumah kita memang meriah dengan ulam-ulaman dan makanan dari kampung. Terima kasih jiran sebelah yang selalu hulur itu ini. Kita bagi dia kuih muih, dia bagi bahan2 dari kampung. Maklumlah, dia ada kebun kat Langat. Tiap2 minggu dia jenguk kebun dia. Ada jer yang dia bagi... Kita sukalah...sebab tekak kita ni tekak org kampung. dapat pucuk ubi, pucuk gajus..alahai..makan berpinggan-pinggan.

So..apalagi. Jom layan Ubi Kayu Rebus..hehehe

Monday, 13 February 2012

KUIH KASWI GANDUM

Assalamualaikum...
Dan minum petang semua..?? Belum..?? Jemputlah makan Kuih Kaswi Gandum kita ni... ehehehe

Ni gara2 terliur tengok Kaswi Gandum Izah Daut. Bila tengok Izah punya kaswi..mcm terasa-terasa kat anak tekak. Tu yang malam tadi masak gula siap2. Pagi2 tadi sebelum subuh kita kukus kuih kaswi. Memang sedap....hehehehe..macam org mengidamlah pulak...Buat separuh sukatan jer..itupun puas makan sampai leh bawak untuk kawan2 opis.







KUIH KASWI GANDUM
sumber: Chef Hanieliza.fotopages & Izahdaut

Bahan Sirap:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan
Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam
Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Saturday, 11 February 2012

AYAM GORENG SERAI

Assalamualaikum....
N3 hari ni, lauk2 yang dimasak untuk makan tengari ja lagi. Dah siap masak dah. Cuma tunggu kul 1, baru leh makan bersama satu family. Sementara ada sikit masa free ni, kita ambik peluang update blog..hehe

Lauk tengahari ni..AYAM GORENG SERAI..resepi mudah tapi sedap. Budak2 memang suka ayam goreng, so kalau buat lebih pun tak per. Resepi ni kita jumpa kat blog Wana.








Ayam Goreng Serai

Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong
garam secukupnya

Bahan Kisar / Tumbuk
8 ulas bawang putih
6 batang serai
5cm halia
1 kiub ayam
1/2 inci kunyit hidup / serbuk kunyit

Cara – cara
Gaul ayam dengan bahan kisar, perap selama 2 jam.  Kemudian goreng hingga garing.

* Kita buat separuh daripada bahan2 diatas sebab ayam pun separuh jer..hehe
* kita bubuh sekali daun kari yang digoreng bersama ayam.

__________________________________________________________________________________________

Menu kedua pulak, KERABU PUCUK PAKU PERUT LEMBU. Ini peberet mama ngan abah. Ayam tadi tu hanya untuk anak2 jer. Kerabu ni main campak2 jer...letak2 bahan2 yang ada kat peti ais jer. Tapi hasilnya SEDAP...



KERABU PUCUK PAKU DENGAN PERUT LEMBU
(Resepi : Sally Rashid)

Bahan :
500grm perut lembu
RM2 Pucuk paku
* 4 ulas bawang merah - dimayang
* 1/2 ulas bawang besar holand - dimayang
* 5 tangkai cili api - potong nipis
* 3 sudu besar kelapa goreng garing
* 2 sudu besar kerisik
* 1 sudu besar sos ikan
* Lemon secukupnya (limau nipis atau kasturi pun ok)
* Garam secukup rasa.

Cara :
- Rebus perut sehingga empuk kemudian dipotong nipis
- Pucuk paku dicelur sekejap kemudian ditoskan

- Campur semua bahan bertanda (*) kedalam mangkuk besar. Masukkan perut dan pucuk paku.
- Gaul sebati. Perahkan lemon dan masukkan garam secukupnya secukupnya.
- Kalau nak letak perasa pun boleh. Ikut citarasa masing-masing.

* kalau nak guna cuka bagi ganti Lemon pun boleh..tapi rumah ni tak makan cuka sebab my kanda ada asma.
* pucuk paku boleh diganti dengan daun selom atau taugeh. Nak campurkan semua sekali pun boleh.

Friday, 10 February 2012

PUDING ROTI

Assalamualaikum..selamat malam
Dah beberapa hari tak update blog..bukan tak masak..tapi tak berkesempatan nak tayang. Semua gambar masuk folder.Nak buat mcm mana...lepas abang demam..adik pulak yang sambung. Sambil2 memasak..sambil2 jadi jururawat peribadi untuk anak2.

Ada 3-4 masakan yg tunggu nak dicuba dan tunggu giliran nak ditayangkan. Tapi malam ni rasa nak tayang Puding Roti yang kita buat petang tadi. Bukan apa, sebab kejadiannya sungguh cantik..tu yang tak sabar2 nak tayang..hehehe




Sebenarnya, dah banyak kali dah buat Puding Roti nih..dulu pernah tayang kat SINI. Masa tu ternampak resepi Puding Roti Pelangi kat dapur Yatiememories yang kalernya begitu ceria. Teruja sangat nak mencuba masa tu. Terima kasih banyak2 kerana sudi berkongsi ilmu.



Resepi masih sama mcm dulu..tak der ubah apa2..cuma cara lapis jer yang berbeza. hehehe. Rasa pun tetap sedap macam dulu gak..ihiks. Sebenarnya, hajat hati tuh nak buat banyak kaler mcm pelangi..tapi penatnya nak tunggu sejuk lapis demi lapis..sudahnya jadi 3 kaler jer. Jadi lah tu daripada tak der kaler langsung.
Sesungguhnya..
kalau rasa2 ada penyakit MALAS mcm kita nih, baiklah buat stail biasa tu..hempuk2 dalam loyang kaler demi kaler, lepas tu sejukkan. Tak payah nak tunggu sejuk satu lapis, pas tu tuangkan lagi satu lapis..leceh. Cantik memang lah...tapi very the lambat..lambat siap melapis, lambatlah masuk tekak..haha



Kalau ada yang nak tengok resepinya..boleh ke SINI atau SINI . Menurut kak yatie, resepi asalnya dari HANA.

Sunday, 5 February 2012

Gooey Chocolate and Cream Cheese Cupcakes

Assalamualaikum....
Ramai yang luch bersama family hari ni.. hari ni cuti kan..esok cuti lagi. Banyak masa untuk keluarga.
Hari cuti yang indah dan permai ni..seprti jugak cuti Hari Wilayah hari tu..kita kena datang keje. Menyelesaikan kerja-kerja yg urgent.

Tengah-tengah sibuk dengan keje ni, kesihatan anak2 pulak tak berapa baik. Lepas si kecik, si abang pulak yang demam. Tinggal si kakak jer yg masih gagah perkasa...hehehe..sihat wal afiat. Harap2 esok si abang tak demam lagi..sekolah nak nak bukak hari Rabu.

Dalam pada sibuk dengan keje dan sibuk dengan anak2..masak tetap mcm biasa. Bila si kecik tidur..abang ngan kakak dah selesai ulangkaji..mama mula bekerja kat dapur. Memenuhi permintaan anak2.


Gooey Chocolate and Cream Cheese Cupcakes

Sekarang ni seronok mencuba pelbagai kek yang ada coklat..bukan apa, coklat laku kat rumah. Buatlah kek kaler apa pun..kalau ada coklat, memang laku. Kalau ada kek coklat, pintu peti ais tu asyik kejap bukak kejap tutup lah..selagi tak habis.



Resepi Gooey Chocolate and Cream Cheese Cupcakes ni kita jumpa kat dapur UMMI. Memang sedap keknya. Ada coklat, ada chesse..semua tu kegemaran abang. Terima kasih ummi atas resepi yang best ni.


 



GOOEY CHOCOLATE & CREAM CHEESE CUPCAKESRecipe taken from: Home Baking Book
Tested & Translated by : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:- (12 biji cupcakes - akak guna bekas mufin)
  • 175 gram tepung
  • 20 gram serbuk koko (akak guna jenama Van Houten)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 200 gram gula kastor (akak letak 180 gm jek...sedang elok manis)
  • 50 ml minyak masak Sunflower (akak guna minyak jagung)
  • 175 ml air
  • 2 sudu teh cuka putih (akak guna cuka makan tu ler)
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 150 gram cream cheese
  • 1 biji telor, dipukul sikit
  • 100 gram chocolate chips
Cara Membuat:-
  1. Panaskan oven ada suhu 180 C dan sediakan bekas muffin atau cawan kertas.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar. Masukkan 150 gram gula kastor. Masukkan minyak, air, cuka dan esen vanila dan gaul dgn whisk hingga bercampur rata. (jangan dikacau terlalu lama, cukup setakat bercampur rata jek)
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan lebihan gula kastor, cream cheese dan telor dan pukul bersama hingga betul2 sebati. Masukkan chocolate chips.
  4. Sudukan adunan kek ke dalam bekas mufin/cawan kertas dan sudukan pula adunan cheese di atasnya hingga memenuhi 3/4 bahagian bekas.
  5. Bakar selama 25 minit hingga nampak "firm" bila disentuh. Keluarkan dan biarkan sejuk 10 minit di atas tin pembakar dan kemudian baru disejukkan di atas loyang

Wednesday, 1 February 2012

AYAM PERCIK

Assalamualaikum...

Dihari-hari yang sibuk ni, malas nak citer panjang-panjang. Terus kepada tayangan hari ini..AYAM PERCIK. Sepatutnya, kalau ikut jadual tayangan..hari ni  nak tayang Kuih Tako yang buat dengan Tepung Hoen Kwee..tapi tak jadilah. Tengah siap2 nak buat Kuih Tako..dapat SMS dari boss suh datang opis. huhuhuhu.. Habis semua rancangan tergendala. Lain yang plan..lain pulak yang jadi.

Tak perlah..tak jadi tayang Kuih Tako..kita tayang Ayam Percik. Ayam Percik ni buat hari Ahad hari tu. Lambat sikit tayang sebab..biasalah..tunggu giliran. Nak kena lalu FINAS dulu..hehehe

Selalu buat Ayam Percik Kelantan yang kuah ala-ala putih tu..tapi yang tu anak2 tak berapa suka. Makan tu makan lah jugak, tapi tak jadi peberet diaorg. Tapi kalau ayam percik yang ni, memang licin lah jwbnya.




Mula2 jumpa resepi ayam percik ni, time bulan puasa itu hari. Puas duk tinjau2 dapur para blogger semua, cari resepi masakan ayam yang sedap. Jumpa resepi ni kat POTRETKASIH. Terima kasih atas resepinya. Nampak sedap jer...terus cuba. Ermmmm..memang sedap sangat. Anak2 suka. Buat sebelah ayam pun boleh habis.



Kalau ikut resepi PotretKasih, dia masak ayam dalam kuah terus..pas tu bakar dlm oven. Tapi kita buat lain sikit. Perap dulu ayam dengan garam kunyit dalam 1 jam, pastu goreng sehingga masak. Ketepikan. Kemudian masakkan kuah percik. Bila dah masak, masukkan ayam sekejap..balik-balik kan supaya kuah bersalut pada ayam. Keluarkan ayam kemudian bakar atas dapur gas sekejap. Kita bakar sekejap jer just untuk ambik bau ayam bakar tu..hehe. Bila ayam dah hangus2 sikit, angkat dan hidang. Tuang kuah percik atas ayam..
Terpulanglah nak buat cara mana sekalipun..yang penting, dua2 cara sedap.



AYAM PERCIK
Sumber : Potretkasih

Bahan-bahan :
1 ekor ayam saiz sederhana ( di potong dan dibersihkan )
2 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1  inci halia (dikisar)
1 inci  kunyit hidup ( dikisar )
1 sudu teh jintan manis ( dikisar )
1 sudu teh jintan putih ( dikisar )
1 sudu makan ketumbar ( dikisar )
2 batang serai (dikisar)
3 -4 biji buah keras ( dikisar )
2 sudu besar cili kisar
1 biji kelapa diambil 1 liter santan
1 keping asam gelugur
(kita guna asam jawa)Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:
1. Satukan bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, serai, jintanmanis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras dan cili kisar dalam blender kemudian kisar bahan2 hingga hancur.
2. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, kemudian masukkan santan dan air.
3. Masak dan kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan sedikit garam, asam gelugur dan gula. Sesuaikan rasanya.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong2 dan dibersihkan tadi kedalam kuah dan masaklah hingga ayam 3/4 masak.
6. Setelah ayam 3/4 masak  keluarkan ayam tadi  dan ketepikan.
7. Sementara itu, kuah ayam tadi dimasak hingga pekat dan diangkat.
8. Susun ayam tadi di dalam tray, lumurkan dengan kuah tadi dan bakar dalam oven selama 20 – 25 minit.
9. Balik2kan ayam tadi dan lumur sekali lagi dengan kuah dan bakar selama 20 – 25 minit lagi….
10. Angkat dan sedia utk dihidangkan.