Monday, 30 January 2012

TEMPE GORENG RANGGUP

Assalamualaikum...
Selamat mengharungi pagi yang dingin...pagi tadi hujankan... Daripada malam tadi kilat sambar menyambar...tapi bila subuh baru hujan turun. Terpaksalah si abah hantar anak ke sekolah yang jarak sejengkal dari rumah tu.. kalau tak hujan, abang dengan kakak pegi jalan kaki jer..mama pesan 'kalau nak lintas jalan pegang tangan adik..tengok kiri kanan'
Alhamdulillah...abang dah besar, dah tahun 4, boleh harap jaga adik yang baru masuk tahun 1.

Balik citer pasal masak memasak. Balik keje semalam, sambil2 dukung Adeelia...sempat buat TEMPE GORENG RANGGUP yang amat sedap. Ermmm...kita memang suka tempe walaupun kita bukan org jawa..hehe. Dulu2..tak reti dan tak tau pun rupa tempe ni. Sejak lepas belajar, merantau ke ibukota..mula berkenalan dengan tempe. Kita ni jenis suka merasa apa sajer..bila rasa..sedap pulak tu..terus jadi hantu. Kalau makan Lontong..kuah lemak lodeh tu kalau tak ada tempe..memang tak sempurna..



Keinginan untuk makan tempe semakin menjadi2 apabila tengok Herman Tino time persembahan Hafiz kat final AJL baru2 ni..hehehe. Pandai dia cari org utnuk bawak watak bapak dia..sambut sama daaa..hehehe. Mungkin dek kerana rambut tu lah yang buat Hafiz menang AJL..hahaha. Tahniah Hafiz..
Bila tengok Herman Tino..ingat tempe. Seb baik ada dua peket tempe dalam stok..yang beli kat pasar Presint 8 pagi Sabtu tu...

Tempe Goreng Ranggup ni dah banyak kali buat. Kalau teringin nak makan tempe goreng, memang pakai resepi ni..memang sedap. Makan gitu-gitu jer mcm makan goreng pisang. Resepi ni kita ambik kat POTRETKASIH.



Anak2 pun dulu kalau cakap masak tempe..dia buat muka pelik jer. Tapi sejak jumpa resepi tempe goreng ranggup ni...budak2 dah mula suka. Tapi kalau untuk diaorg, sambal tak boleh pedas sgt..sedang2 jer. Untuk mama ngan abah..pedas menyengat pun takper...hehehe. Maklumlah, abahnya org N9..kuat makan podeh..





Tempe Goreng Ranggup ni memang sedap sangat..tersangat sedap. Kalau makan susah nak berenti tau... 




TEMPE GORENG RANGGUP
Sumber : potretkasih

Bahan :

* 2 bungkus tempe ( di potong bersegi )
* 2 biji putih telur (kita pakai telur biasajer..tak asingkan pun putihnya)
* 3- 4 sudu besar serbuk roti ( bread crumb )
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu kecil biji ketumbar
* garam

Cara membuatnya
1. Tempe di potong-potong dan di ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar hingga hancur.
3. Masukkan bawang putih, biji ketumbar dan garam kedalam putih telur dan kacau rata.
4. Celup tempe ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan bread crumb, goreng di dalam minyak panas.
5. Bila telah keemasan kedua belahnya bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Resepi Sambal kicap
* 10 biji cili padi
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula
* 3-4 sudu besar kicap manis

Cara membuatnya
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam dan gula.
2. Bila telah lumat masukkan dengan kicap dan kacau hingga rata.
3. Hidangkan dengan tempe goreng…



Sunday, 29 January 2012

KUIH CARA MANIS

Assalamualaikum..Selamat Petang...

Dalam kesibukan yang tak terhingga ni..sempat jugak mencari ruang dan masa untuk update blog. Hari ni nak tayang Kuih Cara Manis yang kita buat pagi semalam atas permintaan anak-anak.
'mama..boleh tak buat kuih hijau yang ada gula kat dalam tu..' kata si abang
'kuih hijau...??? yang mana..??' mama buat2 tak paham..hehe
'alah..yang kalau gigit keluar gula cair tu..'..hehehe..Kuih Cara lah tu..sajer buat2 tak paham..:)

Oklah..seb baik mintak kuih yang mudah2 jer..bahan pun tak banyak. Sambil2 goreng nasik..sambil bancuh tepung. sebelah dapur masak nasik goreng, sebelah dapur lagi masak kuih cara...



Resepi kuih cara ni dah lama dalam simpanan..dah banyak kali buat sampai sukatan pun kita dah hafal. Bila nak buat tu tak payah tengok2 resepi lagi dah. Kertas resepi tu pun dah naik lunyai..Dek kerana terlalu lama, kita dah tak ingat kita ambik kat mana resepi tu. Seingat kita, masa mula2 nak belajar buat Kuih Cara dulu..ada 2-3 resepi yang kita print. Mula2 buat dulu agak keras sikit..kemudian kita olah-olahkan balik sukatannya sehingga menjadi sesedap tekak kita. Kalau sesiapa ternampak resepi ni..dan rasa itu adalah resepi asal dia..harap maklumkan pada kita yer.. dan kita mintak halalkan resepi tu untuk kita letak kat dapur kita ni..




Sukatan yang kita buat ni sikit jer..1 cawan tepung jer. Sesuailah untuk family kita. Sekali hadap licin terus...tak der nak membazir-bazir. 1 cawan tepung ni dapat dlm 10 kapel kuih cara. So..kalau yang nak buat banyak tu..pandai2 lah gandakan sukatannya. 10 kapel kuih cara tu..sekelip mata jer habis dicekup oleh si kakak dan si abang... Mudah sangat buat kuih ni..makan pun sedap. Jadi..kalau fening2 kepala nak sarapan dengan kuih apa..boleh cuba buat kuih mudah ni...




KUIH CARA MANIS
Resepi : Sally Rashid

Bahan :
* 1 cawan tepung gandum
* 1 biji telur
* 1/2 cawan santan pekat
* 3/4 cawan air pandan (kalau pakai pewarna, pakai air putih je)
* 1/2 sudu kecil garam
* gula halus untuk inti kuih

Cara :
* Panaskan acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak di atas dapur dengan api kecil
* Campurkan semua bahan di atas kecuali gula.
* Kacau sehingga sebati. Adunan ini agak cair (jika guna pewarna, titiskan pewarna dan esen pandan)
* Tapis adunan supaya tidak berketul-ketul
* Masukkan satu sudu besar adunan ke dalam acaun.
* Biarkan bebarapa saat kemudian letakkan 1/2 sudu kecil gula ditengah2nya.
* Penuhkan acuan dengan 1 sudu besar adunan atau sehingga penuh acuan.
* Tutup dengan penutup periuk.
* Keluarkan kuih apabila telah masak (Saya cungkil pakai garfu)
* Jadikan kuih ini berkapel-kapel dan sedia untuk dihidangkan...

Thursday, 26 January 2012

KEK CARROT WALNUT

Assalamualaikum..Selamat Pagi...

Hari ni gelap2 lagi dah keluar rumah. Si kecik Adeelia pun terpinga-pinga bila keluar hari masih gelap lagi.. yer lah kan..skrg ni subuh lewat..jadi kul 6.55 tu hari masih gelap lagi. Suami uruskan budak2nya kat tempat baru skrg. Pagi2 dah kena keluar. Dia kata..kalau nak dia hantar, siap cepat2. Kalau lambat..naib bas. huhuhu. Ginilah nasib kalau tak reti drive..terpaksalah ikut time suami.

Oklah..hari ni nak tayang Kek Carrot Walnut yang buat semalam. Semalam bawak Adeelia gi check up bulan ke 10. Bila semua dah selesai, balik rumah kejap iron baju untuk pegi opis. Sambil2 tu sempat gak mengacau tepung untuk buat kek carrot ni. Teringin nak buat kek carrot yang meriah ngan walnut ni sebab makan yang member opis buat hari tu..sungguh sedap. Bila tergigit walnut tu..ermmmm..nikmat tak terkata.

Mesti ada yang tertanya-tanyakan..Sally Rashid ni asyik buat kek jer..siapa yang makan..?? hehehe. Kita pun mcm tu jugak kalau jenguk blog member2 yang lain. Selalu fikir siapa yang makan. ahaks. Kita ada anak2 yang tengah membesar. Diaorg lah yang tukang makan. Lagipun kita kalau buat kek atau apa2..buat sikit jer..cukup untuk anak2. Kalau adunan tu banyak..kita kurangkan separuh. Tak lah membazir.





Resepi Kek Carrot Walnut ni kita ambik dari blog Mamasya. Yang ni pun kita buat separuh sukatan jugak. Sedang2 elok jer. Tinggalkan untuk anak2 separuh. Bawak untuk member2 opis separuh. Licin.
Buat kek carrot walnut ni mudah sangat...tak payah nak keluarkan mixer. Just pukul telur ngan senduk atau whisk jer. Pas tu gaul2 mcm buat cekodok.



Kalau ikutkan hati, memang nak letak walnut banyak2..tapi sebab first time mencuba buat kek ni..tak beranilah nak letak banyak2, takut tak jadi nanti membazir jer.. Masa dalam oven tu..kita terjenguk-jenguk sebab takut tak mau naik. Tapi alhamdulillah..cantik kejadiannya. Syukur..syukur. Di sebabkan adunan kita ni sikit jer..masa membakar pun tak lama..dalam 30 minit jer dah masak.

Rasanya sungguh sedap. Ada carrot, walnut dan ada rasa kulit kayu manis sikit. Sempurna...




KEK CARROT WALNUT

Bahan-bahan ( 1 biji kek )  (kita buat separuh sukatan)
* 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
* 4 biji telur
* 1 cawan minyak sayuran (kita pakai minyak jagung)
* 1 1/2 cawan gula putih (kita pakai gula perang sebab stok gula perang banyak..hehe)
* 2 cawan tepung
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 1/2 sudu teh baking powder
* 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
* 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- (kita tak letak pun)
* 1 sudu teh vanilla
* 1/2 sudu teh garam
* 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang (kita campur walnut dengan almond)
Cara-cara
- Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
- Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
- Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah - nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
- Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, - bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

Tuesday, 24 January 2012

BLUEBERRY HIDDEN CAKE

Assalamualaikum...Selamat Tengahari..
Dah lunch atau tengah lunch..?? Makan apa yer..??
Di kesempatan lunch time yang tak berapa panjang ni..kita nak tayang kek yang kita buat semalam. Sajer nak menghabiskan blueberry yang dah lama kat dalam peti ais tu..tengok expired date pun dah dekat. Nak tak nak, kita buat apa yg patut daripada terbuang mcm tu jer. nak beli punyalah jauh kena menapak sampai ke Bake With Yen kat Puchong. Jadi..buatlah sesuatu yg sedap supaya berbaloi dengan penat ke Puchong tu..hehehe

Godek2 resepi kat internet..jenguk2 dapur para blogger semua..nampak resepi Blueberry Hidden Cake kat dapur En Mat Gebu. Cheese pun ada lagi berbaki. Nampak gambar pun mcm sedap jer..apa kata kita cuba.

Tambah sikit kepingan badam kat atas dan bawah kek tu..rasanya sungguh sedap. Terima kasih lah En Mat Gebu atas resepi yang sedap ni. Buat pagi, petang balik keje dah licin. Laku jugak rupanya..hehehe.

Tapi, gambarnya satu jer. Tak sempat nak ambik gambar banyak2 sebab kelam kelibut nak gi keje. Dalam kelam kelibut tu..terjadi satu tragedi yg buat kita rasa nak nangis.

Kita bakar kek ni pakai acuan berlubang tengah tu. Time keluarkan kek yg dah masak tu..tangan tergoyah sikit dan sebelah kek tu terhempap ke atas papan alas..huhuhuhu. Hampir2 hancur berderai..seb baik yg sebelah lagi tu tak apa2..tu yang ambik gambar sebelah jer tu..hehehehe. Tapi yang ala2 hancur tu sayang gak nak buang sebab keenakan rasa cheese dan badam tuh... letak dalam tupperware. Yang sebelah yang cantik tu duk atas meja lah..hahaha
Blueberrynya tak payah cakap...siap meleleh lagi bila potong. Nak menghabiskan katanya..kenalah letak semua kan...ahahaha


Satu-satunya gambar yg dapat dipamerkan..hehe

Jom tengok resepi kek yang sedap ni dari MAT GEBU (Dapur Tanpa Sempadan)

BLUEBERRY HIDDEN CAKE
Sumber : Mat Gebu


Bahan-bahannya:-

3/4 cawan gula aising
150 g mentega
250 g cream cheese
3 biji telur Gred A
1/2 camca teh esen vanilla
1 3/4 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1/4 cawan susu segar
1/2 cawan blueberry pie filing

Cara membuatnya:-

1- Pukul cream cheese, mentega hingga putih. Masukkan gula aisinng dan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang.

2- Masukkan esen vanilla dan terus memutar. Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul hingga rata.

3- Tuang separuh adunan ke dalam acuan berlubang tengah yang telah disapu dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung. Kemudian ratakan blueberry pie filling atas adunan kek tadi dan tutup dgn lebihan adunan dan ratakan.

4- Hentak acuan kek 2 - 3 kali untuk membuang angin. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, kurang lebih 35 - 40 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan

Monday, 23 January 2012

Menu hari ini..Bilis Sambal Tempoyak dan Ayam Boxing

Assalamualaikum....Selamat Tengahari
Hehehe..panjang betul tajuk hari ni...bila penyakit malas dah datang..mula lah mcm ni. Main hempuk jer dalam satu N3..selagi muat lah..hahahaha

Ok...nak mula citer ni...hari tu duk sembang-sembang pasal sambal yang Izah Daut buat. Menjejeh-jejeh air liur tengok sambal tu. Citer pualk pasal jering petai, lagi lah..hehehe. Izah punya tajuk resepi panjang sangat..Ikan Bilis Goreng Cili Padi Tempoyak..mak aih..tergeliat nak sebut.. Nak memudahkan..kita pendekkan sikit..mcm meringkas karangan gitu. dari panjang jadi pendek tapi maksud tetap tak lari..hehehe. Bilis Sambal Tempoyak..ok tak..??

Pagi ni sebelum bertolak ke opis..kita masak siap2 untuk anak2 dan cik abang yang kat rumah tu. Buat Bilis Sambal Tempoyak yang diidam-idamkan tu. Dari semalam duk plan nak masak sambal ni..sampai malam tadi tido termimpi-mimpi. Mimpi pegi Pasar Tani  cari jering nak letak dalam sambal ni..hahaha.






BILIS SAMBAL TEMPOYAK
Sumber : Izah Daut/kak ANYMZ (terima kasih banyak2 yer)

Bahan2

* 2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
* 25 ulas cili padi*
* 1 labu kecil bawang besar*
* 1 ulas bawang putih*
* bahan2 bertanda * di kisar kasar
* 1 1/2 senduk makan tempoyak
* minyak untuk menggoreng

Cara

* Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
* Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
* Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
* Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..


Sambil2 buat sambal tu, siapkan jugak bahan2 untuk buat Ayam Boxing. Sambal tu untuk mama ngan abah jer..anak2 bukan makan banyak sgt pun. Paling tidak diceduk-ceduk cari ikan bilis..sambalnya tinggal. Nak tak nak kena masak ayam jugak..biasalah budak-budak..mesti nak ada ayam jugak. Kebetulan hari tu beli paha ayam...kena sgt lah tu kalau buat Ayam Boxing.
Resepi Ayam Boxing ni kita ambik kat Citarasawan..sedap sgt. Kat Cutarasawan, pakai kepak ayam..tapi kita pakai paha ayam..lagi besar dan kuat boxingnya. Kalau kena mesti mau pengsan..hahaha





AYAM BOXING BEREMPAH
Sumber : Citarasawan
Bahan-bahan
* 6 ketul drumet ayam
* 2 sudu kecil serbuk cili
* 2 sudu kecil rempah kari
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar tepung gandum
* 1 sudu kecil serbuk pati ayam
* 1 biji telur
* sedikit garam
* Secukupnya serbuk roti

Cara-cara :
1.  Potong kepak ayam bahagian pangkalnya.  Kikis isi ayam ke bahagian bawah.

2.  Gaul ayam bersama garam, rempah kari, serbuk cili, serbuk pati ayam, tepung jagung, tepung gandum dan telur hingga bergaul rata.
3.  Kemudian golek ayam dengan serbuk roti dan goreng terendam dalam minyak yang sederhana panas.

Bahan Sos :
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos tomato
(Campurkan semua bahan sos dan hidang bersama ayam)






KUIH TAKO

Amboi..dalam pada duk buat keje..kejap jer dah petang yer. Eloklah petang2 gini kita tayang Kuih Tako yang kita buat pagi tadi. Buat untuk santapan anak2 di rumah sementara mamanya ke opis. Orang lain bercuti raya cina..tapi kita kena datang keje..paksa rela nih..hehehe

Terdetik hati nak buat Kuih Tako ni bila rakan yatie, rakan FB tunjuk cara2 nak buat bekas dari daun pandan tuh. Selama ni nak makan main beli jer. Terutama bulan puasa. Boleh katakan hari2 beli kuih tako sebab anak2 suka.

Bila dah pandai buat bekas..apalagi, gugel sana sini cari resepi Kuih Tako pulak. Singgah kat dapur Kak An..berkenan dengan resepi yang dia letak kat dapur dia. Kita pun cuba. Pagi2 seawal kul 4.30 pagi kita bawak parang (hahaha..pisau jer) turun ke lobi. Dengan selambanya seperdu pokok pandan jadi mangsa tebasan parang panjang ku..hehe. Bawak ke rumah kat tingkat 12, terus bersila kat dapur, kita buat bekasnya dahulu. Siap dalam 20 biji bekas daun pandan..barulah membancuh tepung.


Tengok pada sukatan, macam sikit jer kuih yg bakal dapat nanti..lalu kita pun gandakan sukatan supaya dapat kuih yang lebih banyak. Mula2 masak bancuhan untuk bahagian bawah..dah sudah masak bancuhan untuk bahagian atas pulak. Mudah jer sebenarnya buat kuih ni. Kalau dah ada bekas siap2..buatnya tak sampai 1/2 jam pun. Kita ni lama sebab duk buat bekas tu...



Sedap sangat kuih ni. Bawah manis, atas nya lemak2 masin gitu. Kita punya kuih ni bahagian bawahnya agak hijau gelap sikit. Biasa yang beli tu hijau cair jer kan.. Biasalah, mentang2 daun pandan tak payah beli, kita pulun cukup2..hahaha. Sampai jadi pekat hijaunya. Sampai anak2 tanya, kenapa warna tak sama mcm yg kita beli tu mama..?? Ishhh..biasalah, yang kat kedai tu diaorg nak untung, letak pandan sikit2 jer..ntah2 pakai pewarna jer... hahaha..pandai2 jer kan...ahaks 




Oklah tu..dalam pada hijau cair, hijau pekat..habis jugak kuihnya.
Oh ya, kalau ada sengkuang cina lagi sedap tau...kita tak letak sebab tak jumpa cari sengkuang cina. (tak jumpa sebab cari dalam peti ais, cuba cari kat pasaraya..kompem jumpa..hehe)


Kalau ada yang nak mencuba..jom tengok resepi kat bawah ni :_
*
*
*
*
*
KUIH TAKO
Sumber : Kak An (http://periuktanah.blogspot.com/2008/12/akan-datangtepung-pelita.html)

Bahan A:
300 ml air pandan (lebihan daun pandan yang dibuat kelongsong, dikisar dengan 300ml air)
100gm gula pasir
30 gm tepung jagung
**kalau ada sengkuang cina, boleh dipotong dadu kecil dan dicampur dengan adunan. lagi sedap.

Bahan B
300 ml santan (daripada 1/2 biji kelapa)
15 gm tepung beras
secubit garam

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan A dan masak sehingga pekat (jernih) di atas api perlahan.
2. Kacau sentiasa agar tidak hangus. Tutup api dan tuang adunan menggunakan sudu ke dalam kelongsong.. separuh penuh.
3. Masak bahan B di dalam periuk lain dan kacau sehingga pekat di atas api perlahan. Tambah garam jika kurang masin.
4. setelah masak, angkat dan tuang di atas adunan berwarna hijau tadi hingga penuh kelongsong.
5. Panaskan pengukus.. Kukus 5 minit. Angkat dan sejukkan 1 jam sebelum dihidang

Sunday, 22 January 2012

BLACK & WHITE HOT CHOCOLATE CAKE

Assalamualikum...Selamat Pagi..Gong Xi Fa Chai..haiyaaaaa..lama sungguh tak update blog. Dah berhabuk dah blog yang tak seberap nih. Bukan tak der bahan nak siarkan..tapi sibuk menjadi jururawat kepada si kecik Adeelia yang demam selama 3 hari..

Ok..hari ni kita nak tayang kek yang dah lama rasa nak buat tapi tak terbuat sebab sibuk duk mencari2 resepi Red Velvet yang sedap sampai resepi kek coklat ni terperap dalam fail. Kesian...huhuhu. Maka semalam kita buatlah kek idaman hati ni. Tengok kat SINI, siap ngan cara step by step lagi..tu yg semakin bersemangat nak mencuba. Tengok gambar pun dah tau sedap..anak2 pulak memang suka kek coklat. Apalagi...kuarkan semua peralatan..ambik semua bahan..kita buat kek..hehehe


Resepi kek coklatnya kita ikut resepi Kek Coklat Kukus Lembab (Hana6877 My Resepi). Kek coklat ni dah beberapa kali kita buat..memang sedap sangat. Kalau ikutkan, nak buat kek ni memang leceh, banyak benda nak kena buat..tapi jangan pening2 kepala. Kita buat satu2.

Mula2 buat kek coklat kukus dulu. Ikut resepi dibawah. Kemudian sejukkan kek. Bila kek sejuk masukkan dalam peti ais lebih kurang 1/2 jam supaya senang nak potong kpd 3 lapis nanti.

KEK COKLAT KUKUS LEMBAB
Sumber : Hana6877 MyResepi)

Bahan kek:
* 1 cawan tepung gandum (aku pakai Tepung Naik Sendiri)
* 1/4 cawan serbuk koko Van Houten
* 1 sudu kecik baking powder
* 1 kotak susu coklat Duth Lady (250 ml)
* 2 biji telur saiz M (aku pakai 3 biji telur sebab kat rumah hanya ada telur saiz C ajer...)
* 1 cawan gula halus (aku kurangkan kpd 3/4 cawan)
* 1/2 cawan butter
* 3 sudu besar susu pekat
* 1/4 cawan minyak masak
* esen vanilla

Cara :
* Pukul telur, gula dan butter sampai kembang. Kemudian titiskan esen vanilla.
* Ayak tepung, serbuk koko dan baking powder.
* Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur yg dipukul tadi. Kacau kaup balik sahaja.
* Masukkan susu coklat kotak, susu pekat & minyak masak..gaul sebati
* Masukkan ke dalam loyang yg telah di sapu minyak/marjerin.
* Kukus selama 45 minit. (Tutup penutup kukusan dgn kain agar wap tak menitik ke atas kek)
Sementara kek sejuk..boleh buat Coklat Ganache pulak. Buat coklat ganache ni kejap jer. Mula2 tu memang agak cair..jangan panik atau tambah apa2 nak bagi pekat. Bila sejuk dia akan pekat dan kental dengan sendirinya. Senang nak pipe atas kek nanti. Kalau nak tengok cara2 berserta gambar sekali..leh tengok kat SINI. Terang dan jelas penerangannya.


COKLAT GANACHE
Sumber : http://bakery2embroidery.blogspot.com/
* 500g coklat masakan
* 250g whipping cream

Cara :
* Didihkan whipping cream kemudian padamkan api. Masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil2. Kacau sehingga coklat semua cair dan sebati. Agak cair pada mulanya. Bila sejuk ia akan pekat dan likat.


Ok..sementara coklat sejuk, kita buat cream cheese pulak.

CREAM CHEESE FROSTING

* 250g cream cheese - kita pakai brand Tartura jer
* 20g butter
* 125g gula aising - boleh jugak ditukar dengan susu pekat

Cara:
* Pukul butter & cream cheese sehingga gebu. Kemudian masukkan gula. Pukul sehingga sebati.


Ok..semua dah siap. Skrg nak lapiskan kek pulak. Potong kek kepada tiga lapisan. Coklat ganache dan cream cheese tadi masukkan siap2 dalam piping bag. Cara2 nak letak coklat dengan cream cheese tu..sila klik di SINI. Malas dah nak taip..hahahahaha.




Ni lah rupa kek yang dah dipotong. Cantik atau tidak..?? Pedulikan..yang penting rasanya sungguh sedap..nyum..nyum..nyum. Boleh tambah berat badan dalam 5kg sebulan..hahahaha

Monday, 16 January 2012

PUDING BUIH yang nyaman

Selamat petang..
Mesti ramai yang berpelun kepanasan sekarang ni kan..?? Kita pun sama. Maklumlah, kul 1 jemput anak kat sekolah, pastu uruskan makan minum diaorg..kemudian siapkan diaorg untuk ke kelas KAFA pulak..mahu tak berpeluh kan..?

Eloklah tengah2 berpeluh ni kita tayang PUDING BUIH yang kita buat mlm tadi. Buatnya malam tadi, tapi simpan dulu..balik tadi baru ngap. Simpan tu sebab kuahnya belum ada. So, balik tadi singgah kedai. Ingat nak beli buahan koktel tu, tapi tiba2 nampak peach, terus tukar fikiran.




Kita tengok Puding Buih Kak Nor Secubit Garam. Cantik pudding dia. Dulu pernah buat tapi tak berapa nak berbuih..hehehe. Kali ni betul2 jadi…sedap. Tak payah susah2 nak kunyah bagai..dia cair dalam mulut. Sesuai bagi yang tak berapa nak ada gigi..atau yang gigi palsu dah longgar tu..bolehlah makan puding ni..ahahaha


Kita buat 3 lapis. Yang kaler coklat tu perisa coffee..kita letak coffee emulco. Yang hijau tu perasa pandan dan yang kuning tu letak lemon emulco. Tiga warna 3 rasa..


Haaaa..sampai rumah jer, malas dah nak buat kuah elok2. Fikir mana yang cepat jer. Ambik susu cair, tuang dalam mangkuk. Tabur gula aising sikit bagi rasa manis2 gitu. Pas tu letak buah peach (tak potong2 pun…kerajinan melanda..haha). Potong pudding..terus makan dengan gitu jer. Sedap. Tapi kalau buat kuah betul2…campur tepung kastad semua, lagi sedap… Nyaman jer masuk tekak.



Kalau rajinkan..buat lagi banyak kaler, lagi cantik. Mcm pelangi gitu. Buatnya pun mudah. Tiap lapis tu, sejukkan sekejap jer…dah keras. Tak payah nak tunggu lama2.


PUDING BUIH
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan:2 paket agar2 serbuk  (1pkt 10gm)
1.2 liter air
6 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
4 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste/emulco ikut citarasa

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 4 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/4 sudu kecil garam

Cara membuat puding:

Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya).
Bagi yg cuma ada mixer biasa or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian jika nak buat 2 lapisan/kaler puding. Masukkan pewarna dan paste yg disukai dan kacau hingga sebati.
Basahkan acuan dgn air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit dibahagian atas.
Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dgn perlahan2 ditepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tak jerlus kedalam lapisan sebelumnya.
Bila puding dah tak panas lagi, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Cara membuah kuah:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Sedap dimakan masa sejuk.

STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS

Assalamualaikum..Selamat Pagi semua..

Hari yang ceria...tetap sibuk macam biasa. Tapi dalam sibuk2 tu..nak jugak update blog yang tak seberapa ni...

Hari tu kan..kita jalan2 kat belakang dapur CT Delima. Ternampak dan terhidu bau masakan ayamnya yang sungguh menyelerakan. Masakan ayam yang ada madu..anak2 memang suka. Mamanya pun suka jugak. Tapi suka masakan jer..kalau BERMADU dalam rumahtangga..mama tak suka..ahahahahaha



Sebenarnya, ini kali kedua buat. Kali pertama hari tu buat pakai ayam campur2..ada paha, ada kepak, ada dada...malas nak tayang. Kali ni beli kepak jer dalam 15 ketul..kita buat mcm CT Delima buat. Bila semua kepak jer..baru cantik nak tayang kat orang..hehehe. Nama pun Sticky Caramel Chicken Wings..mestilah wings ajer kan..baru kena dan cantik.

Hari tu masa tengah masak..anak2 dah tanya..mama buat ayam madu ker..?? dari bau diaorg dah kenal. Kali ni buat pagi2 buat..untuk santapan diaorg balik sekolah tengahari nanti. Sebelum pegi sekolah pagi tadi..kita cakap..mama buat ayam madu lagi... Apalagi...abang terus rembat dan ratah 2 ketul..hehehe. Suka betul budak2 ni...



Kita pulak bawak 3 ketul ke opis. Bukan apa, rasanya balik keje karang..kalau nak merasa, kirim salam jer lah. Kalau ada seketul pun..itu dah cukup baik. Jadi, nak selamat..kita bawak siap2 kat opis..hahaha



Bukan nak kata, tapi memang nak kata..ayam ni memang sedap sungguh. Lepas makan satu..nak satu lagi..lagi dan lagi..hehe

Nak tengok resepinya..?? Kita salin balik resepi dari dapur CT Delima. Kalau nak tengok kepak ayam CT yang menggiurkan tu..jenguk2 lah ke SANA yer.

* 12 ketul kepak ayam
* 2 sudu besar minyak masak (kita pakai Minyak Jeton..haha Minyak zaiton)
* 3 ulas bawang putih diketuk dgn kulitnya sekali
* 1 sudu besar halia cincang
* 1 sudu besar sos ikan
* 1 sudu besar kicap
* 1 sudu besar sos cili
* 60ml madu
* 1/2 sudu besar serbuk lada hitam

Cara-cara :

* Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, halia dan kepak ayam. Goreng selama 5 minit.
* Masukkan semua sos dalam kuali..kacau sekejap. Kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga ayam masak dan keperangan bersalut sos.


Nota dari CT Delima : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jgn takut bila tengok sos seperti hangit sedikit dipenghujungnya tu. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada kepak, ia akan menjadi sedikit melekit dan berkilat seperti barbecue chicken. Sedap. (memang sedap..nyum..nyum..nyum)

Terima kasih CT Delima dan juga tuan punya resepi asal.

Sunday, 15 January 2012

SUJI PELANGI

Assalamualaikum..Selamat Pagi semua..
Hai..orang2 keje gomen mcm i, happy nampak hari ni..almaklumlah..gaji masuk hari ni. Baru 16hb kan..awal sungguh gaji. Gaji masuk awal..habis pun awal lah.. Kitalah tu..org lain mungkin tak kut..hehehe

N3 hari ni biasa2 jer...nak kata best sgt pun tak..tak best pun tak juga. Sedang-sedang sajer. Ketika menggentel Suji Pelangi ni..hati kita tengah berbunga-bunga. Sebab apa..?? Heehheehe..sebab masalah Red Velvet Cake hari tu kita dah jumpa jalan penyelesaiannya. Gembira tak terkata...rasa mcm nak melimpat-lompat naik ke langit..mak aihhhh..haha

Sebenarnya, tak plan pun nak buat Suji Pelangi ni, tapi apa bila Red Velvet Cupcake dalam peti ais dah habis..anak2 asyik tutup buka peti ais cari makanan. Pening kepala menengoknya. Si kakak suruh buat Kerepek Popia Nestum..si abang suh buat RVC lagi..alahai malasnya. Jenguk2 dalam peti ais, tengok ada minyak sapi...apalagi, SUJI PELANGI terbayang di mata.


Kita menggentel biskut ni sambil2 tengok cerekarama MrLabuci. Best jugak citernya. Lama dah tak tengok drama2 nih..tak berkesempatan.

Elok jer drama habis, biskut pun siap. Malas nak letak2 dalam cup bagai..kita masuk jer terus dalam balang. Dapat separuh balang. Dalam 60-70 biji rasanya.

Pagi2 esoknya kita pegi jogging mcm biasa. Balik jogging, biskut ni tinggal 2-3 biji jer. Alamak...penat menggentel tak hilang lagi...biskutnya dah habis. Laku betul. hehehehe. Si Kakak suruh buat lagi...ermmm..malaslah. Nanti nak raya kita gentel2 lagi..ahahaha


Resepi Suji Pelangi ni kita ikut resepi Kak Fida MyResepi

  • 100 g minyak sapi ( 8 1/4 sb rata )
  • 50 g gula icing - ayak ( 1/2 cwn rata dan kurangkan 1 sb rata )
  • 1/8 sk garam halus
  • 200 g tepung gandum ( 1 1/3 cwn rata ) + 1/8 sk b.soda - diayak bersama
  • 20 g badam kisar ( 2 1/2 sb rata )
  • pewarna merah,kuning,hijau
  • Secukup gula halus - untuk tabur
  • secukup paper cup

Cara-cara

  1. Minyak sapi,gula icing dan garam dikacau hingga sebati.Masukkan badam kisar dan kacau rata.
  2. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang tak melekat pada tangan dan mangkuk.Jika doh masih melekit,tambah tepung secukupnya lagi.
  3. Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan merah,kuning,hijau dan 1 bahagian warna asal.
  4. Ambil secubit adunan drp keempat2 doh berwarna,campur dan bulat2kan sebesar guli. ATAU.... canai setiap doh berwarna dan tindihkan antara 1 dgn yg lain,kemudian dipotong 1/2 inc persegi.Ambil setiap persegi doh dan bulat2kan seperti dlm gambar contoh....
  5. Susun di atas dulang pembakar dan bakar selama 20 min pd suhu 160C atau sehingga garing.
  6. Golekkan biskut dgn gula halus dan masukkan ke dalam paper cup.

Wednesday, 11 January 2012

Aduhai RED VELVET..bilalah nak betul2 jadi..???

Assalamualaikum...bagi salam pun dengan nada yang lemah jer ni...mood dah hilang separuh gara2 Red Velvet.

Dah lama dah duk nampak kat dapur org, duk tayang kek yang merah menyala nih..nampak sungguh yummy.. Akak kat opis ni pun selalu gak buat..memang sedap. Bila dah sedap tu kan..kitapun teringin jugak nak buat.



Comel jer kan..???


Skodeng2 resepi kat dalam gobok dapur org, nampak cam susah sikit. Cuba cari yang agak mudah dan simple. Terjumpa resepi simple kat dapur Rahel. Dah cuba dah hari tu..ok gak. Rahel guna yogurt..mungkin ganti kpd buttermilk yg selalu org lain buat tu. Guna resepi Rahel dah ok..skrg tingin pulak buat ikut cara yg ramai2 org buat ni..yg pakai buttermilk tu. Nak buat kek sebiji..takut tak menjadi, lalu kita cari yang adunan sikit jer..jumpa resepi Red Velvet Cup Cake kat SINI. Sikit jer adunannya..nampak pun menarik. Malam tadi kita cubalah buat...nampak dari rupanya..dah jadi dah. Merah cantik sangat.



baru masak..merah..hehehe

Bila dah sejuk..terus jer buat Cream Cheese Frosting nya. Bila dah siap, terus tepek atas kek..dan deco2 sikit. Wow..cantik menawan. Gumbira rasa dihati. Kita ambik sebijik..lumur ngan lebihan cream cheese kat melekat-lekat kat mangkuk adunan tu..hehehe. Terus ngap...sedapppppppp. Tapi ngap sebijik jer lah sebab yang lain2 tu nak bawak ke opis bagi kawan2 rasa. Lagipun dapat dalam 13 biji jer..


amacam..tergoda tak..?? hehehe

Pagi2 bila anak2 nak ke sekolah, kita bagi sorg satu...semua kata sedap. Gembiranya hati mama..
Dengan yakin nya kita bawak ke opis nak bagi kawan2 rasa dan tunggu komen dari diaorg. Sekali..diaorg kata, kek ni ada sedikit rasa macam kapur kat mee kuning tu. Tapi kalau ngap sekali dengan cream cheese, rasanya sedap. Kalau makan kek semata-mata..rasa tu ada..tapi tak lah ketara sgt.

Alahai..yer ker..?? Silap kat mana yer..?? Masa kat rumah kita tak rasa kek kosong tu..kita makan sekali ngan cream cheese, tu yg kita tak perasan tuh. Kita ambik sikit kek kat member tu..kita rasa. A'ah..yer lah..ada rasa lain sikit. Walaupun tak ketara sangat rasa tu..dan boleh dicover dengan cream cheese yg enak tu..tapi kita tetap rasa GAGAL.



Kalau ikutkan hati, arrgghhhhhh.!!!!!!! tension bila 2 kali buat asyik tak menjadi jer. Tapi Sally Rashid tak mudah putus asa. Selagi tak dapat yg betul2 enak..selagi tu tak akan berenti berusaha. Chaiyok..!

Bila tengok resepi, tengok video kat Youtube..rasanya semua dah betul. Bahan betul..step betul. Apa lagi..???. Kita terperasan satu benda..Buttermilk. Kakak kat opis ni buat buttermilk pakai susu cair..kita buat pakai susu segar (fresh milk) yang kebetulan ada kat rumah. Mungkinkah sebab itu rasanya agak lain..??? WAHAI PAKAR2 RED VELVET..TOLONGLAH DAKU..huhuhuhu

Esok2 nak buat buttermilk guna susu cair pulak. Kalau tak jadi jugak...tak tau lah..uwaaaaaaa..

Tak mo lah letak resepi..sebab asyik tak menjadi jer. hehehe. Tapi kalau nak tengok resepi yg kita ikut, leh klik link ni..
http://nasilemaklover.blogspot.com/2012/01/red-velvet-cake-cupcakes-with-cream.html/


Monday, 9 January 2012

CEMPEDAK GORENG RANGGUP

Assalamualaikum...N3 ari ni nak citer sesuatu yang simple jer..tapi sedap untuk tekak org melayu cam kita.
Skrg musim cempedak kan...pegi mana2 pun ada org jual cempedak. Kat tepi2 jalan pulak ada org jual Cempedak Goreng. Cempedak Goreng memang menggoda jiwa dan raga. Baunya ajer dah tak tertahan..hehe



Pernah goreng cempedak ikut cara2 kat Hairul.com tak..?? Semalam kita cuba ikut cara yang diajar tu..hasilnya memang mabeles..ranggup dan enak. Time kunyah tu bunyi krup krap krup krap.. serdak2 nya tak payah citer lah..lagilah sedap. Lain kali nak buat serdak lebih2 sikit..anak2 suka. Sampai berebut-rebut. Len kali kalau nak goreng pisang ker, keledek ker...nak guna resepi ni lah..sedap.. :)

Cempedak yang kita goreng tu hasil pemberian pengasuh anak2 kita. Isinya tak berapa tebal. Member kata tu cempedak kampung. Kalau dapat yang isi tebal2..lagi syok..hehehe. Ishhh..dah org bagi banyak cikadak pulak Sally Rashid ni..




TEPUNG GORENG RANGGUP

* 2 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung gandum
* 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
* 1/2 sudu besar baking powder
* 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
* 1 biji telur & air secukupnya
* 2 sudu besar marjerin yang dicairkan
* garam secukup rasa

Caranya :
* Cairkan marjerin dan ketepikan biar ia sejuk
* Masukkan semua bahan kecuali marjerin & air. Gaul rata
* Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang pekat yang boleh melekat kat cempedak.
* Apabila adunan dah sebati dan cukup kepekatannya..masukkan marjerin cair tadi. Sebatikan dan boleh digunakan untuk menggoreng cempedak atau apa2 jer..

Sunday, 8 January 2012

COKLAT MOUSSE

Dah tengahari..kejap jer kan..ralit2 buat keje..tengok2 dah jam 12.30 tgh. Kat luar tu mungkin ramai yg kepanasan.. panas mungkin sebab keje tengah terik mentari..atau juga panas dengan keputusan mahkamah mengenai kes Anwar hari ni..hehehe. Yang dalam econ mcm kita ni..mungkin panas hati dengan ragam boss atau mcm2 lagi...

Oklah..time2 panas mcm ni..elok sangat kita siarkan sesuatu yang boleh sejukkan tekak dan sejukkan mata bagi yang boleh tengok jer..ahaks. Macam biasa..siaran tertunda. Biasalah, lambat sikit sebab nak lalui proses editing..pas tu tunggu kelulusan Finas lagi...hahaha. Mcm bagus jer bunyinya..hikhik


Ni ha..nak citer pasal Coklat Mousse yang kita buat petang semalam. Asalnya teringat Chef Johari buat Coklat Mousse kat program Masterchef...teringin nak buat. Chef Johari pakai coklat putih..kita tak der coklat putih...so..gugel cari resepi Coklat Mousse yang pakai dark coklat. Banyak resepi yang kita jumpa..macam2 versi ada..tapi kita pilih yang bahan2nya ada dalam stok kita jer..

Akhirnya resepi INI jadi pilihan hati. Kita pun cubalah buat dengan sedikit penambahan sesedap tekak kita..hehehhe


Kalau ikut tuan punya resepi..hanya coklat semata2 jer tanpa lapisan bahan lain. Tapi kita buat ikut kreativiti kita. Lapisan bawah sekali kita letak Serbuk Marie perasa Coffee (teringat keenakan biskut marie Coffee yang buat Cheese Lapis Persona ari tu). Tengah diisi dengan coklat mousse manakala bahagian paling atas dengan whipping cream ditaburi coklat parut. Tak rugi yer kalau letak serbuk Marie perisa Coffee..memang enak sangat. Aroma dan rasa coffee tu rasa sangat sedap di dalam mulut.

Tapi..lepas ni kalau kita buat lagi..kita nak letak serbuk biskut tu kat tengah2..iaitu diatas coklat mousse. Bukan apa, yang ni letak bahagian paling bawah..bila nak makan tu..jenuh kena korek dalam2 supaya dapat serbuk biskutnya..hehehehe. Biskut tu boleh dihancurkan halus atau separuh halus. Kita buat separuh halus sebab sajer nak rasa keranggupan biskut tu..





COKLAT MOUSSE
(resepi dibawah ni kita dah ubah2 sikit dari cara asal..jika nak lihat resepi asal..sila klik link yg disertakan)

Bahan
 40 grm Gula Halus
1 sudu besar Gelatin
140 gram coklat masakan
200 ml whipping cream
2 biji putih telur
100 ml air yg betul2 panas
biskut Marie perisa coffee (banyak mana ikut suka)
Hiasan :
200ml whipping cream
3 sudu besar gula halus
coklat parut
Strawbery/atau lain2 ikut kesukaan

Cara2 Membuatnya:
Ramas-ramaskan biskut marie. Jika nak letakkan dibawah sekali..masukkan siap2 kedalam bekas. Ketepikan.

Cairkan satu sudu besar gelatin dgn mencampurkan dlm air panas td.. kacau hingga larut..

Patahkan/potong kecil2 coklat masakan td, masukkan dlm bekas sesuai..

Masak dgn menggunakan kaedah double boiler mcm gmbr di atas..

Masak sampai cair kesemua coklat tersebut

Campurkan bancuhan gelatin td ke dalam coklat cair tersebut.. kacau sebati
Bila campuran gelatin dgn coklat  dah sebati.. biarkan seketika
Pukul putih telur sehingga menjadi meringue
Pastu masukkan gula pasir halus sikit demi sedikit.. pukul lg sampai semuanya sebati..
Panaskan whipping cream. Biarkan sejuk sedikit.
Ambik adunan coklat td.. masukkan ke dalam adunan putih telur.. masukkan sikit demi sedikit.. kaup balik dengan spatula
Campurkan pulak whipping cream td ke dalam adunan coklat. Sebatikan.
Masukkan ke dalam bekas yang telah dimasukkan serbuk biskut Marie tadi. Sejukkan dalam peti ais
Untuk hiasan :
Pukul whipping cream dengan gula.
Keluarkan Coklat Mousse yang disejukkan tadi. Pipekan keatas coklat mousse. Letakkan strawbery kemudian tabur coklat parut. Sedia untuk dinikmati.