Tuesday, 25 December 2012

ROTI JALA..menjala pakai piping bag

Assalamualaikum..

Bersiaran kembali...

Sejukkan..??? 
Belah2 Pantai Timur lagi sejuk..siap banjir lagi. Kampung2 yang berjiran dgn kampung saya pun terkena tempias banjir tahun ni... Nasib baik kampung saya tak pernah banjir. Sekaranglah..tahun2 akan datang belum tentu. Bencana alam di akhir zaman ni bukan boleh diramal. Kalau DIA kata nak jadi, maka jadilah..

Hari ni tayang Roti Jala yang buat berhari-hari yang sudah. Tak plan pun nak buat Roti Jala sebenarnya..sebab kat rumah saya memang tak der acuan nak menjala tu.. Tapi anak2 sibuk duk suruh buat..katanya nak makan roti kuning yg petak2..cicah kari tu..






Hurm..bahan mudah jer..tapi nak menjala dgn apa. Dulu2 ada acuan oren yg ada tangkai tu..tapi dah buang sebab kejadiannya tak cantik. Nampak kat blog & FB, org pakai acuan botol tu..tapi saya tak der acuan tu.. Ok..dapat idea..May be boleh menjala dgn piping bag..





Try satu...alhamdulillah..menjadi..hehehe. Bila satu menjadi..maka seronok lah menjala lagi dan lagi. Tapikan..ingatan buat anda semua..kalau nak makan famili yg kecik mcm saya..bolehlah menjala pakai piping bag..tapi kalau nak makan ramai...mintak ampun lah yer..hehehe. Jenuh jugak nak tari menari piping bang tu atas non stick pan...ahaks






Saya kalau makan Roti Jala..kuah karinya mesti pekat melekat dan terangkat. Kalau cair2 tak mainlah. Mesti bila cicah tu..kari bersalut pada Roti Jala.. Masuk mulut.. Umppppphhh..memang kelazzzzz dik..!

Kali ni menjala pakai resepi yang ambik kat Dapur Encik Mat Gebu kita. Resepi lain ada gak jenguk2..tapi kuantiti agak banyak..resepi Mat Gebu ni sedang elok jer untuk saya satu famili.



Kat sini saya kongsikan resepi Roti Jala nya ajer yer... tang Kari tu pandai-pandailah buat, ikut citarasa masing-masing...boleh..?? hehehe

ROTI JALA
Resepi : Encik Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap.

1 comment:

Gee® said...

cantik jer jadinya wpon tak pakai acuan... sedap tuh