Assalamualaikum..
Lama tak bersiaran..sibuk bukan main sekarang.
Bukan sibuk dgn Durian Crepe, tapi sibuk dengan kerja2
di pejabat yang dah mula timbun menimbun. Ni pun curi2 masa jer update blog.
Saya dah kurangkan aktiviti mengcrepe...akan pencen perlahan-lahan. Bila dah tak sibuk dgn crepe ni..barulah saya ada masa nak mencuba pelbagai resepi..ada masa nak buat itu dan ini. Kalau buat crepe..apa benda tak boleh buat..mengadap itu jer dari lepas maghrib sampai lewat malam.
Dah lama tak buat muffin. Kalau ikutkan hati..saya suka buat muffin & cupcake. Suka tengok comel-comel jer. Tapi kalau nak buat muffin ni..kena cari resepi yg betul2 sedap. Kalau yang kosong biasa2 jer..anak2 tak makan. Kalau anak2 tak makan..membazir lah pulak.
Ni duk belek2 koleksi resepi muffin kat dapur tokey muffin Izahdaut..terjumpa resepi Muffin Yogurt ni..nampak sedap jer sebab ada coklat chip. Anak2 mesti suka. Nak lagi sedap..letak coklat chip banyak2..
meriah gitu dgn rasa coklat :)
Memang sedap muffin ni..moist lagi..cedap sangat..!!
* Minta maaflah kalau gambar tak berapa memuaskan. Almaklumlah...buat kerja waktu malam..ambik gambar pun malam lah. Siang badan kat pejabat...tak der masa nak ambik2 gambar. Tambahan pulak kamera cap kapak.. paham2 jer lah kualiti gambarnya..ahaks
Memang sedap muffin ni..moist lagi..cedap sangat..!!
* Minta maaflah kalau gambar tak berapa memuaskan. Almaklumlah...buat kerja waktu malam..ambik gambar pun malam lah. Siang badan kat pejabat...tak der masa nak ambik2 gambar. Tambahan pulak kamera cap kapak.. paham2 jer lah kualiti gambarnya..ahaks
Muffin Yogurt Coklat Chip
Resepi : Izahdaut
bahan:
1 cawan
tepung
1/3 cawan
gula
1/2 sk
soda bikarbonat
3/4 sk
baking powder
1/4 sk
garam
1 biji
telur
1/2 cawan
yogurt natural low fat
*boleh guna jenis apapun
1/3 cawan
susu segar
1/2 sk
vanilla essence
2 sb
butter cair
*1/2
cawan coklat chip
caranya:
Satukan
tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar.
Satukan gula.
Ketepikan.
Sebatikan
yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu, butter
cair dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung
tadi.
Gaul
sekadar tepung bersatu dan sendukkan terus ke dalam muffin
tin.
Bakar
pada suhu 180 C selama 25 minit.
No comments:
Post a Comment