Sunday, 2 December 2012

Kek Coklat Berkacang

Assalamualaikum...

Wahhh..semalam saya tayang kek ni kat FB..ramai jugak yg teruja. Kek ni saya buat untuk makan2 jer. Rasa mcm dah lama sgt tak buat kek untuk hidangan keluarga sendiri. Asyik sibuk dgn Crepe Durian jer.

Sebut pasal Crepe Durian ni, saya rasa saya dah nak pencen buat Crepe. 
Bukan apa, buat crepe ni nampak mudah..tapi sebenarnya dia memerlukan banyak masa. Masa untuk membuat lempeng, terus bungkus sehingga siap. 
Tak boleh nak tangguh-tangguh. Dek kerana sibuk siapkan tempahan Crepe Durian, 
banyak kerja-kerja rumah yg tertangguh. Perhatian untuk anak2 juga agak terabai.
Mungkin bagi yg ambik tempahan sepenuh masa, benda ni agak mudah. 
Pagi2 siapkan anak2..kemas rumah..kemudian boleh mula siapkan Crepe. 
Tapi bagi yg bekerja mcm saya....agak sukar. Siang bekerja di pejabat..bila malam, masa tu lah nak melempeng..nak uruskan makan malam anak2..ajar anak2 mengaji. 
Memang agak kelam kabut. Adakala kalau tempahan agak banyak..anak2 miss mengaji. 
Paling kesian si Adeelia yg kecik tu. Sejak2 saya sibuk dgn crepe..setiap malam dia terlena sendiri. Kadang2 dia datang ke dapur..kacau2 saya mintak perhatian, 
tapi kesudahnya kena marah. 
Kesiannnn..!! Bila tengok muka dia yg dah terlena tu..sedih pulak.
Kain kat rumah tak payah cakap..membumbung tinggi. Hidup rasa kelam kabut. 
Sampai suami pun tegur. Kuih..kuih jugak..anak2 dan rumah jgn terabai. Aduhhhh...!!!




Maka dengan itu..mulai hari ini, saya akan perlahan-lahan undurkan diri dari dunia crepe nih. Tumpuan hanya kepada tempahan kek sahaja. Saya suka buat kek sebab ianya tidak menjejaskan tumpuan saya kpd rumahtangga. Biasanya saya ambikk tempahan kek 2 hari lebih awal. Hari pertama..selepas anak2 tidur saya siapkan kek. Malam esoknya saya siapkan deco. Pagi boleh hantar. 
Semuanya teratur dan tidak memeningkan kepala. Urusan rumahtangga pun beres. 
Pergi bekerja dgn hati yg tenang.

Amboiiiii..panjang sungguh celoteh hari ni. Mcm luahan perasaan pulak (memang yer pun) :)
Ok..berbalik pada kek yang ditayang hari ni. Nama dia Kek Coklat Berkacang. 
Resepi ni saya jumpa kat iResepi.net. Ni kali ke2 saya buat kek ni.. Yang pertama dulu buat untuk birthday anak no. 2 saya. Tak sempat nak ambik gambar..licin terus.
Dia cuma Kek Span Coklat biasa jer..tapi adunan krim yg buat rasanya agak istimewa. Ditambah pula dgn ketulan peanut butter yang ditabur pada setiap lapisan. 
Rasa lemak masin gitu.




Kali pertama dulu..kat luar kek saya topping dgn fc biasa jer. Best sangat rasanya. 
Kali ni saya gatal2  topping dgn krim yg sama, yg telah dicampur Peanut Butter. 
Rasa lemak yg berlebihan tu membuatkan rasanya agak muak jika makan lebih dari sepotong. Jadi saranan saya..kalau nak cuba buat kek ni..DALAM AJE YG LAYER DGN FC PEANUT BUTTER..LUAR JGN. LUAR TOPPING DGN FC BIASA JE. Baru syok layannn..

Untuk Kek Span Coklat tu, saya tak ikut iResepi. Saya guna resepi Kek Span Coklat resepi Chef Noraini yg saya ambik dari blog Rahel yg tak kurang hebat tu. 
Untuk krim saya ikut mcm kat resepi dari iResepi. Topping ganache tu buat mcm biasa jer..tak letak pun tak per. Kalau rajin...letak lah..hehe

Jom tengok resepinya. Jgn tengok jer..cubalah buat. Mudah bangettttt..!!




Kek Span Coklat
Resepi:Noraini Zakaria

Bahan:
200g tepung kek/tepung superfine
180g gula kaster
110ml minyak masak
100ml susu segar
40g serbuk coklat
20g ovallet
6 biji telur gred A
1 st baking powder
1 st esen vanila

Cara:
1.Panaskan oven.Griskan acuan.Alas dasar acuan dg baking paper.

2.Pukul telur,gula,ovallet,tepung superfine, baking powder sehingga kembang dan gebu selama 5 minit.

3.Perlahankan mixer,masukkan susu cair,esen vanilla,serbuk coklat.Teruskan 
   lagi memukul selama 5 minit.Tuangkan minyak,gaul sebati.

4.Tuang ke dalam acuan.Bakar selama 45 mint atau hingga masak.
5.Bila kek sudah masak,telangkupkan selama 5 minit.


Kek Coklat Berkacang
Resepi : iResepi.net

Bahan-bahan A
(Kek Span Coklat)
250g campuran kek span
4 biji telur
50ml air
50ml minyak jagung
10g serbuk koko

Bahan B
100g susu segar

Bahan C
50g kepingan coklat manis dan pahit (diparut)
50g Jem kacang

Bahan D
300g krim putar

Bahan E
150g mentega kacang
(sejukkan dan potong dalam bentuk kiub)

Hiasan
potongan kepingan kacang yang secukupnya


Cara-cara Membuatnya:

1. Kek Span: Pukul bahan-bahan A sehingga adunan menjadi lembut (kecuali minyak jagung). Kemudian pukul lagi adunan sehingga menjadi warna putih dan berkrim. Masukkan minyak jagung. Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang berukuran 8 inci. Alaskan dengan kertas minyak dan digriskan. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 'C selama 40 minit sehingga masak. Potong kek kepada 3 lapisan.

2. Panaskan bahan B di dalam bekas penjerang air yang diletakkan di atas periuk yang mempunyai sedikit air panas. Kemudian, tuangkan ke dalam bahan-bahan C. Campur kan sehingga adunan menjadi sebati dan
ketepikan seketika.

3. Pukulkan bahan D sehingga krim menjadi kental. Selepas itu, gaulkan bersama dengan campuran bahan B dan C. Gaul hingga sebati.

4. Sapukan kesemua bahan campuran tadi dan bahan E di bahagian bawah kek lapis. Letakkan kek lapis kedua di atasnya. Sapukan campuran krim dan bahan E di atasnya.
Letakkan kek lapis terakhir di atas permukaannya.

5. Sapukan kek dengan sedikit krim segar. Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 20 minit dan keluarkan. Sapukan lebihan campuran krim diatas permukaannya. Hiaskan
tepi kek dengan kepingan kacang

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnyaaaa... nak cubalah nanti.. berapa panjang list saya ni :P

Qasey Honey said...

slm Sally...
wah pjg lebar celotehnya yea..hihi
xsabo nkbuat kek ni..tgu masa sesuai jugak..hihi..ape2 pon..QH amik yer resepi ni..tq

Sally Rashid said...

Nur Hayati...list panjang tak per..tapi yg penting..ada masa, mesti cuba.. hehe

Sally Rashid said...

Qasey Honey.
buat dan ambik gambar cantik2 tau

Rohah said...

sedapnya klu ada rasa kacang..

Anonymous said...

salam ziarah. follow juga blog kami di www.selagiadagula.blogspot.com. cuci2 mata tgk fondant :)