Assalamualaikum..
Ni entry pertama selepas Aidiladha. Tak der mood nak blogging2 dek kerana terkezut dgn kejadian kemalangan yg berlaku pada pagi raya tu.
Skrg semua dah ok...mood dah mula datang sikit2...
Mood menalam pun menjadi-jadi skrg. Mcm syok pulak buat kuih talam. Syok sebab sedap dan syok sebab ramai yg tukang perabihkannya..hehe
Saya copy jer resepi dari dapur Kak Rohah. Izinkan kak yer..untuk rujukan pada masa akan datang
TALAM CENDOL
Resepi:Chef Asma
Sumber : Kak Rohah
Lapisan Bawah
Bahan-bahannya:
Bahan
A:
200gm tepung
beras*
250gm santan
pekat*
450ml
air*
1 sudu besar
tepung jagung*
150gm gula
kaster (saya guna 120gm sahaja mcm Kak
Bdaria)
1 susu teh
garam
Bahan
B:
100gm cendol@1
paket kecil
Cara-Caranya:
1.Satukan bahan
bertanda (*) dan tapis ke dalam periuk.Masukkan bahan lain di bahagian
A.
2.Masak bahan A
sehingga naik wap.(Jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna
senduk kayu untuk mengacau.Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung
disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan
tersebut).
3.Angkat dan
masukkan cendol.Gaul rata.
4.Masukkan ke
dalam loyang 10x10x2" yang telah disapukan dengan sedikit minyak dan dialas
dengan plastik.
5.Kukus selama
25 minit.
6.Selepas masak,
cakar-cakar dengan garpu.
Lapisan Atas:
Bahan-bahannya:
Bahan
A:
300gm gula merah
(saya guna gula melaka)
50gm gula
kastor
500ml
air
Bahan
B:
150gm tepung
gandum
3 biji telur
(boleh guna 5 biji telur kalau nak banyak telur)
250ml santan
pekat
1/2 sudu teh
garam
Cara-caranya:
1.Masak bahan A
sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar.
2.Satukan semua
bahan B dan kacau sehingga sebati.
3.Masukkan bahan
A ke dalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk.
4.Masak hingga
naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja).
5.Tuang ke atas
lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
6 comments:
Salam Sally,
berbaloi wat talam ni kan..sbb sedap.cantik Sally buat..
kak rohah..memang sedap sgt...berbaloi baloi
Salam perkenalan Sally.
Nampak sedap kuih talam cendol tu... Bolehlah saya cuba pula nanti.
Fadzillah..selamat berkenalan. Cubalah..tak rugi. Memang sedap
singgah sini...
nampak talam nie,teringin pulak nak makan...
myda ahmad...memang sedap kuih talam ni..cubalah
Post a Comment