Assalamualaikum..
Lama dah bercita-cita nak buat Pandan Layer Cake ni. Tengok kawan2 duk tayang kat FB..telan air liur. Saya memang suka kek ni. Suka tang kastard dia yg sejuk dan lembut tuh..yummy..yummy!
Dari sehari ke sehari asyik tangguh-tangguh jer nak buat, akhirnya pada Sabtu lepas tertunai sudah hajat itu.
Nak buat kek span tu tak der masalah..tapi part buat kastard tu..agak cuak juga. Takut pekat sangat..takut cair sangat.
Tapi alhamdulillah..sedang elok jer. Senang nak tuang ke atas lapisan kek.
Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang.
Wow..!!! tak sangka hasilnya agak memberangsangkan.
Buat dalam loyang 8 inci...agak besar dan tinggi jugak. Maklumlah kan..kek span dia naik membukit.
Hajat hati nak simpan untuk kawan2 kat opis. Tapi tak sangka pulak petang Ahad tu dapat tetamu.
Rezeki merekalah. Licin Kek Pandan Layer ku..
Alhamdulillah. Sedap lah tu agaknya..hehe
Tetamu saya tanya..macam mana nak buat supaya kastad tu menyaluti seluruh tepi2 kek tu..??
Saya kata..saya curah jer kastad...kat tepi2 tu dia masuk sendiri sebab kek bila dah keluarkan dari loyang, mestilah dia susut sikitkan. Bila masukkan balik dalam loyang..akan ada sedikit ruang kat tepi2 dinding loyang tu.
Bila saya tuang kastad, dengan sendiri dia masuk ke seganap ruang yg ada. Tapi kastad tu jgnlah kental sgt.
Kek saya ni togel2 jer..selalu org letak kelapa kering kan.?? Saya tak letak sebab nanti anak2 saya tak mau makan..
Resepi Pandan Layer Cake ni saya ambik kat blog Naz. Tapi kat blog Naz dia panggil Kek Kastad Pandan.
Sama lah tu kan. :)
PANDAN LAYER CAKE
Resepi : Jom Masak (FB)
150 gm tepung gandum- ayak
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai.
Biar sejuk
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:
1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
Secubit garam
1 tsp baking powder- ayak
5 biji telur gred B
100 gm gula kastor
1 tsp ovallete
50 ml susu segar/ susu cair
1 tsp esen vanilla
Perisa pandan dan pewarna hijau
50 ml minyak masak
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan
Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai.
Biar sejuk
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:
1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
1 cawan gula kastor
10 gm serbuk agar-agar
100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
Secubit garam
Perisa pandan dan pewarna hijau
(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer
CARA MELAPIS KEK KASTAD
Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik.
Kalau tak nak lapik pun boleh juga. (Saya tak lapik)
Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag.
Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad
Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu.
Biar kastad sejuk dan keras.
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering
Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk
TIPS NAZ:
- Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek.
- Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda




10 comments:
sedapnya..atie 1st buat xjadik.. pastu xbuat2 lagi dah hihi
Salam kenal,
Canteekkk sungguh pandan layer ni walaupun togel :D
Akak nak juga mencuba tapi belum ada kerajinan lagi...
Akak followwww u
atie..cuba lagi..insyaallah jadi
Nur Hayati..selamat berkenalan
terima kasih kerana singgah
alahai tertariknya hati saya tgk, sedap tu kalau makan sejuk kan
dulu2 beli je kat kings', ingat nak try lah nanti, oh tak payah guna spring foam ye, sebab ada setengah org guna spring foam nak senang keluarkan kek ni
Wahhh cantiknya....terpegun tengok.
cantiknya..kompom sodap..
tina..saya guna loyang biasa jer. Kastad tu guna santan..insyaallah dia tak melekat pada loyang
Norzie & Sha..terima kasih
One day must tray, like this : )
Post a Comment