Saturday, 17 November 2012

CREPE DURIAN

Assalamualaikum...

Walaupun dah lambat, tapi nak tayang jugak benda alah yg menjadi fenomena sekarang ni. Pegi mana2 jer semua duk citer pasal CREPE DURIAN. Sampai cina yg jual durian pun tahu pasal Crepe Durian dek kerana ramai yg beli durian untuk buat bantal yg comel ni.. :)




Saya pada awal2 hari tu kalau boleh memang tak nak terjebak dgn fenomena Crepe Durian ni..buat pun untuk sendiri makan sahaja. Tapi budak2 kat ofis saya sibuk duk suruh saya buat. Nak tak nak..buatlah jugak untuk dia org. Lepas daripada tu, ramai pulak yg merayu nak order...alahai..tak sampai hatilah pulak. huhuhu. Maka dengan rela paksa..saya pun terjebak juga ke kancah Crepe Durian ni.. Diam tak diam..dah banyak RM jugak yg saya dapat dari jualan Crepe Durian ni..
Alhamdulillah...duit tambahan selain duit gaji. 



Citer pasal Crepe Durian ni..bab yg paling saya malas dan bercinta nak buat ialah melempeng. Aduhai..
Saya ambik order 20 pax jer. Itu pun 2-3 kali jer seminggu. Jenuh jugak nak melempeng. Berejam duduk kat dapur. Kalau buat kek tu..bila adunan dah masuk oven..boleh buat keje lain pulak. Yg ni tak boleh..selagi tak siap kena tunggu. Sampai kain baju pun tak berlipat..gara2 Crepe Durian.

Resepi Crepe Durian pulak..macam versi ada. Ada yg guna 2, 3, 4 & 5 jenis tepung. Tepuk dada tanya selera.
Kalau saya, saya suka guna resepi dari rakan FB saya Eyna Haneyna.
Semoga rezeki beliau melimpah ruah kerana sudi berkongsi resepi yang menjana pendapatan ramai org.



CREPE DURIAN
Resepi : Eyna Haneyna

20g tepung gandum
20g tepung ubi
10g tepung kastard
10g tepung jagung
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna kuning

Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan dan kacau dgn whisk sehingga sebati. Tapiskan
Tuangkan sesenduk kecil ke dalam kuali non stick.
Layang layangkan kuali agar adunan sekata.
Masak atas api kecil
Masak sehingga kering..tak perlu lama.

Filling
Non Diary Whipping Cream (pukul hingga kental)
Isi Durian


Untuk Crepe Durian saya, saya suka guna filling cream kastard yang saya ambik kat dapur Izah Daut. Memang sedap sangat


Filling Cream Kastard
Sumber : Izah daut

200g susu segar
2 kuning telur
30g gula halus
1 sudu besar tepung kastard

Kacau secara double boiler sehingga pekat.
Satukan dgn whipping cream secara kaup balik




7 comments:

hajar hazizi said...

1 pg tu ape kak..maaf, baru nak belajar terms memask ni.hihi

shila said...

tq berkongsi resepi...nmpk sedap tp cara penyediaannya pun nmpk susah...

Sally Rashid said...

Hajar..sorry..kesilapan teknikal. Saya dah edit. 10g

Sally Rashid said...

Shila...nampak mcm susah..tapi sebenarnya mudah sgt. Cuma nak melempeng tu ambik masa sikit sebab kena buat nipis2. Kena sabar duduk dapur

Rosewati Aga said...

cream kastrard tu kena sejukkan dulu tak sebelum satukan dgn whipping cream??

Sally Rashid said...

Rosewati Aga...kena sejukkan dulu. Kalau panas2 nanti whipping cream tu cair

puding roti said...

comeinyaa..gemoknya..kemas je..kita lipat tak comei..huu..