Sunday, 21 October 2012

Seri Muka Pandan yang sunggguuuuhhh SEDAP..!!

Assalamualaikum

Ermmm..tobat sedap..!!!!
Pinjam ayat Joha Ahmad Pengarang Saji dalam Saji November 2012.
Hanya itu yang dapat diperkatakan tentang Kuih Seri Muka Pandan ini. 
Biasa kalau Kuih Seri Muka yang beli kat kedai..susah nak dapat yang betul2 sedap. Selalu dapat yang tak cukup lemak, bahagian atas banyak tepung, pulut keras dan mcm2 lagi. Tapi....Seri Muka yang saya buat ni lengkap segalanya. Pulut yang lembut, cukup lemaknya..bahagian atas yg sempurna. Memang terbaekkkkk..!!!



Asalnya tak plan pun nak buat Seri Muka. Tapi sayang pulak tengok lebihan pulut yang buat Nasi Dagang hari tu. Dah mula jadi sarang bubuk. Bukak peti ais, ada santan. Terfikir nak buat Seri Muka. Bukak pc, gugel resepi yang paling sedap. Terjumpa resepi kat dapur Mamawandiha yang memang hebat memasak tu. Terus ambik resepinya.

Maka Jumaat mlm Sabtu..sebelum tidur, pulut direndam. Pagi2 esok selepas solat Subuh, proses membuat Seri Muka bermula. Proses membuat Seri Muka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan..maklumlah anak2 tengah tido lagi masa tu. Mengukus pulut pun tak lama sebab pulut dah direndam semalaman. Cepat jer masaknya.



Disebabkan family saya tak berapa ramai..saya buat 1/2 adunan jer daripada sukatan resepi. Tak berani nak buat banyak sebab baru nak mencuba. Kalau tahu hasilnya sungguh sedap dan mantap...saya buat 1 adunan terus, boleh edar kat jiran2..hehe. 
Tapi wpun buat 1/2 adunan jer..masih tetap sampai ke rumah jiran sebelah dan juga rumah pengasuh anak2 saya.

Pengasuh anak saya siap call.
"Buat sendiri ke kuih ni..?"
"Yer kak..buat sendiri.."
"Sedap sungguh...cukup lemak manisnya..akak memang suka kuih ni..tadi nak beli kat Petronas, tak berkenan, nampak pucat jer"

Alhamdulillah...bila org puji masakan kita..kembang sekejap..ahaks

Kalau anda masih tercari-cari resepi Seri Muka yang sedap..saya sarankan anda cuba resepi ini. Memang terbaeekkkkk..!!


Terima kasih Mamawandiha yang sudi berkongsi resepi hebat ini. Kalau ikut kata Mamawandiha, empunya asal resepi ni adalah Ayu Singapore.

SERI MUKA PANDAN
Resepi : Ayu
Sumber : Mamawandiha

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat

300ml air
2 tsp garam halus



Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam (saya rendam semalaman)
Basuh bersih & toskan
Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)
(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2". 
(Since Ayu cuma buat 1/2 adunan , I gunakan loyang 8" aje)



Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan



Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence
(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan )
pewarna hijau- secukupnya



Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.
(Ayu blender aje semua) 
Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje 
(Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit



** yang merah tu yg saya buat, ikut cara Ayu


6 comments:

Qasey Honey said...

mmg sedap kuih ni..antara kuih fav QH jugak ni..tang hijau tu lg best..hehe

Sally Rashid said...

Qasey Honey...sedapppp..rasa nak buat lagi

Marsita yahya said...

Feveret...

Gee® said...

Waaa...berseri2 kuih tu...cantik kejadiannya... pasti sedap

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam..
tq sudi cuba.. resepi ni memang di ambil dari kak ayu singapore.. tp resepi asalnya dari chef asma kalau tak silap... mmg sedap resepi ni..

Sally Rashid said...

Madihaa...memang sedap. Puas hati sangat. Tak akan cari resepi lain dah. Dah dapat yg paling best..!!