Monday, 22 October 2012

Sambal Jawa Chef Ismail

Assalamualaikum
Selamat pagi adik kakok..masok gapo kito pagi nih..??

Hari ni nak tayang Sambal Jawa yang dikongsi oleh Chef Ismail dalam Majalah Saji keluaran Oktober. Saya ni memang mengumpul Majalah Saji & Rasa..tiap2 bulan beli...suka tengok masakan. Mana yang berkenan, ada masa saya cuba.

Saya cuba buat Sambal Jawa Chef Ismail ni sebab nampak mudah jer. Petik2 jari..siap..hehehe.






Tapikan...hehehe
Time sambal ni dah siap, saya rasa..ermmmmm
Rasanya tak berapa menepati selera saya. Maklumlah kan, selera manusia ni berbeza. So, saya pun fikir, nak letak apa supaya ianya menepati selera saya.
Ambik limau nipis, perah airnya ke dalam sambal.
Haaaa...baru best. Kena dengan kehendak anak tekak..ahaks






Sambal Jawa
Resepi : Chef Ismail (Saji Oktober)

*3 tangkai cili merah
* 10 tangkai cili padi
* 1 biji tomato - belah 4
* 2 sudu besar belacan
* 1 labu bawang besar - hiris kasar
* sedikit minyak
* sedikit garam
* sedikit gula
* jus limau nipis secukup rasa (saya tambah :))

Caranya :

* Panaskan minyak, goreng hirisan bawang besar seketika
* Masukkan pula cili padi & cili merah. Goreng sedikit layu
* Masukkan tomato
* Apabila semua bahan yg digoreng layu, keluarkan dan masukkan ke dalam lesung batu.
* Tumbuk sehingga separuh lumat.
* Masukkan garam, gula & jus limau kasturi secukup rasa.

2 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sambal memang sedap bila ada rasa masam2 sikit kan... wahh.. terus teringatkan nasi putih & ikan kering..!

Sally Rashid said...

MaDiHaa..memang syok makan dgn nasi panas