Sunday, 14 October 2012

CREAM PUFF

Assalamualaikum...

Hari ni tayang Cream Puff. 
Nak kata suka sgt makan..tak lah jugak. Tapi tengok org buat, kita pun nak buat. 
Anak2 makan sikit..selebihnya rezeki anak2 jiran yg duk bermain depan rumah.






CREAM PUFF
Resepi : Yani (MyResepi)

Bahan-bahan (10 biji)

100ml air
45g butter - duhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum - diayak
2 biji telur (100g)

Cara-cara :
Panaskan oven suhu 200 C.
Alaskan dulang dgn aluminium foil, kemudian sapukan mintak keatasnya.
Ayak tepung.
Pecahkan telur dan pukul sehingga putih & kuning bercampur
Masukkan air & butter ke dalam periuk.
Masak dgn api sederhana kemudian kuatkan hingga mendidih.
Bila dah didih, tutup api
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat
Panaskan semula adunan dgn api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk pada kuali.
Padamkan api.
Masukkan telur ke dalam adunan dan kacau cepat-cepat
Kacau sehingga sebati
Masukkan adunan ke dalam piping bag. 
Pipekan ke atas dulang.
Spray permukaan cream puff dgn air
Bakar dalam oven suhu 200C selama 15 min kemudian turunkan kpd suhu 180C dan bakar selama 25min.
Bakar sehingga nampak sedikit perang.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim


CUSTARD CREAM
Resepi : Honey (MyResepi)

Bahan-bahan
1 sudu besar tepung gamdum
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur (saiz besar)
1 susu mentega

Cara-cara:
Masukkan bahan no.1, 2 & 3 ke dalam mangkuk
Masukkan 1-2 susu besar susu
Kacau sehingga tiada ketulan
Masukkan telur dan kacau lagi
Kemudian masukkan lebihan susu dan kacau
Masakkan dgn api kecil di atas dapur. Kacau sehingga pekat
Masukkan mentega..kacau sebati

4 comments:

mama sara nur said...

akak suker ni he he anak2 kat rumah pun suker...sedap krimnya he he

cantik header baru Sally tu

Evelyn Gemina said...

Mesti sedapp ni : )

Sally Rashid said...

Mama sara : budak2 kat rumah ni pun makan krim jer..kulitnya tinggal

Sally Rashid said...

Evelyn : sedappp..tapi bukan peberet i..hehe