Thursday, 6 September 2012

KEK PISANG GEBU 2

Assalamualaikum..Selamat Pagi..Salam Sejahtera

Kalau intai2 FB saya, dua tiga hari ni asyik tayang Kek Pisang jer. Apahal pulak Sally Rashid ni..?? Kena sawan pisang ker apa..?? haha
Ni haaa..pisang banyak kat rumah. Balik raya kat kampung hari tu, angkut pisang bawak balik ke Putrajaya. 
Masa bawak balik tu pisang belum masak lagi..dua tiga hari ni dia betul2 masak ranum. Dah tak tau nak buat apa..so buat kek jer lah..jamu kawan2 opis.
Kali ni saya cuba resepi lain pulak, tapi tetap Kek Pisang namanya :)
Kalau tak silap saya, termasuk yg ni, dah 5-6 resepi yang saya cuba.
Ada yg sedap..sedang2 sedap dan ada yg tersangat sedap.



Kek pisang kali ni saya cuba resepi dari DayangJack.
Tengok gambar keknya kat blog..buat saya teruja nak mencuba. Resepinya pun agak lain sikit.
Kata Dayang..dia olah resepi ni supaya ada rasa pisang sikit dan ada rasa kek sikit. Pada mulanya saya pun tak boleh nak bayang jugak mcm mana yg dikatakan rasa pisang sikit & rasa kek sikit tu. 
Bila kek dah siap..barulah paham maksud Dayang tu.
Kek Pisang ni tekstur dia gebu mcm kek span..ringan gitu..tapi ada rasa pisang.
Kalau itulah yg Dayang maksudkan..kiranya menjadilah tu.
Anak saya kata, kek pisang ni ada rasa susu. 
Memanglah..resepi ni letak susu segar & sedikit horlick.
Tang gula pula..Dayang kata sukatan gula kena adjust sendiri. Daripada 1 cawan gula tu saya dah kurangkan 1/4 cawan. 
Itupun masih agak manis..mungkin sebab pisang saya yg dah terlalu ranum. Pisang masak kan ada rasa manisnya sendirikan..bila tambah gula lagi bertambah manisnya. 
Lain kali kalau nak buat kena kurangkan kpd 1/2 cawan gula jer.
Kalau sesiapa yg nak cuba tu..pandai2 lah agak sukatan gulanya yer..

Tak rugi mencuba resepi ni..memang gebu & ringan sangat. 
Cara buatnya pun memang mudah. Hempuk jer semua bahan dalam mangkuk kemudian putar sampai gebu. 
Kemudian masukkan pisang & last sekali minyak. Mudah kan..?



Terima kasih kpd Dayang yg sudi berkongsi resepi.
Kalau nak tengok Kek Pisang Dayang yg gebu cantik menawan tu, sila-silalah jenguk ke dapur beliau.

Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Bahan-bahan : 
loyang 8 inci (menggunakan api atas & bawah)
1 3/4 cawan tepung
1/4 cawan horlicks
1 sudu kecil serbuk penaik
1 cawan pisang yang sudah dilecek
1/2 sudu besar ovalette
1/4 cawan susu cair atau susu segar
4 biji telur gred B
1 cawan gula kastor (-/+)
1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
100 ml minyak jagung atau mentega cair

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. 
Griskan loyang kek dengan mentega.

Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu. 

Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.

Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan. 

Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.






2 comments:

Amie said...

Memang nampak cantiklah kejadian kek pisangnya tu Sally...

Sally Rashid said...

Amie..memang gebu sangat