Assalamualaikum..
Daripada tak tulis apa2 kat blog ni, ada baiknya kalau tayang salah satu biskut raya yang buat hari tu.
Namanya German Cookies. Biskutnya sangat lembut dan cair dimulut. Tang marble oren tu saya tiru Kak Nor..dia buat marble blueberry, saya buat oren sebab blueberry paste kebetulan tak der dalam stok. Malas nak gi bakery..so saya belasah jer apa yg ada kat rumah. Menjadi jugak kan..?? heheh
GERMAN COOKIES
Sumber : Jintan Manis & Kak Nor
BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega
125 gram tepung kentang/potato starch
80 gram tepung
halus ( superfine)
40 gram gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Satukan
tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula
aising hingga sebati. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung
sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
2. Ambil sedikit adunan kemudian
bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas
bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 minit - 20 minit. Sejukkan atas
jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Untuk marble oren tu saya ikut cara Kak Nor seperti dibawah :
*utk menghasilkan Marble Blueberry German Cookies spt yg K.Nor buat ni,
selepas dah siap adunan tu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan
plain dan satu lagi dicampur dgn sedikit pewarna purple dan 1/2 sudu kecil
blueberry paste. Gaul hingga sebati. Masa nak menggentel tu, amik secubit adunan
plain dan secubit adunan purple dan bulatkan. Buat hingga habis pastu barulah
ditekan dgn garfu yg dicelupkan kedalam air (tujuannya supaya garfu tak melekat
pd doh) dan kemudian dibakar hingga masak.

4 comments:
Tahun lepas memang buat kukis ni, tapi tahun ni 1 kukis pun tak buat.
Rahel ada gak resepi german cookies ni tp tak terbuat masa raya...cantik la cookies u ni sally...
cantek cookies ni..
Kak Sam, rahel & Kak Rohah...kukis ni sedap & lembut..bahan2 pun simple jer
Post a Comment