Sunday, 5 August 2012

KUIH LOMPANG 2

Assalamualaikum..
Alamak..tak jumpa cari jalan masuk lah..dah penuh ngan rumput & lalang..ahaks.
Tu maknanya tuan dia terbz yang amat melampau-lampau sampai tak berkesempatan nak tebas rumput & lalang. hehehe.

Yerlah..memang saya sibuk sikit sepanjang Ramadhan ni..sibuk siapkan tempahan yang seciput tu..pas tu sibuk pulak dengan biskut raya sendiri. Tu haa..adinda2 yang kat kampung tu dah berkali-kali pesan..jgn lupa buat kuih raya tau.
Alahai..lemah lutut..

Sibuk macam mana pun, masak tetap masak..cuma tak berkesempatan nak tayang kat blog yang tak berapa nak comel ni. Cuma berkesempatan tinjau2 dapur kawan2 yang kerap duk tayang menu berbuka masing-masing. Semua masak yang best-best. Kalau ikutkan hati..semua tu saya nak cuba.

Macam biasalah..kalau bulan Ramadhan, sibuklah duk gali balik resepi-resepi kuih lama2 peninggalan nenek moyang kita. Kuih2 moden ni memang tak pandanglah selama sebulan ni..hehe


Ok..hari ni saya tayang Kuih Lompang yang buat 2-3 hari lepas. Resepi ni dah lama saya ambik kat MyResepi..masa tu tak pandai nak blogging2 lagi. Kali pertama buat, lesung pipitnya tak dalam..tapi rasa memang umpphhhh... 
Kali kedua cuba..elok jer kejadiannya. Sampai skrg kalau nak makan kuih lompang..memang guna resepi ni. Kadang2 saya tambahkan sedikit santan supaya lebih rasa lemak. Bila lebih rasa lemak, lemak kat badan pun turut berlebihan jugak..he he.
Gula pula saya kurangkan sedikit sesuai dgn tekak saya.



KUIH LOMPANG
Resepi : sweetlily01 (MyResepi)

Bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air 
(saya buat 1 cawan air + 1 cawan santan)
daun pandan
Kelapa putih - dikukus bersama daun pandan)

Cara :
Satukan gula pasir, gula merah + 1 cawan air & daun pandan
Masak sehingga gula larut.
Sejukkan.
Satukan tepung beras, tepung ubi
Masukkan 1 cawan air.
Tuangkan air gula yang telah dimasak tadi.
Kacau sebati & tapis
Tuang kedalam acuan lompang yang telah disapu minyak
Kukus selama10-15 minit dgn api besar.
Dimakan dengan kepala putih.



2 comments:

suhanie said...

aSSalammualaikum...

td dah try resepi lompang nih, x jadi
lompang pun...kukus jadi apam..
naper erk?

Anonymous said...

Dimakan dengan KEPALA PUTIH.....hihihi