Monday, 6 August 2012

HaPPy bIRthDaY HaNi

Ini kek yang saya buat khas untuk si kecil yang amat istimewa. Istimewa pada semua orang..
lagi istimewa kepada ibu dan bapanya. 
Si kecil istimewa ini menyambut ulangtahun kelahiran pada 3 Ogos. Saya memang dah lama berhajat hendak memberikan sesuatu pada 
si kecil ini.. Fikir punya fikir, maka saya buat keputusan untuk menghadiahkannya sebijik kek hari jadi yang sangat comel dan istimewa. 

LILY FARISHA ILHANI
(mintak maaf kat ibu dia kalau salah sebut nama..hehe)
atau panggilan manja HANI jer.



HAPPY BIRTHDAY HANI



Hani ni masa lahir dia seperti bayi2 lain yang normal..tapi dek kerana satu tragedi (sampai skrg tak tau apa sebenarnya yg berlaku) dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala yang membuatkan dia tersenarai dalam kategori ISTIMEWA hingga hari ini.

Hani anak ke 2 daripada 4 adik beradik. Walaupun dia berbeza dari adik beradik yang lain, tapi kasih sayang ibubapanya tidak pernah berbeza sama sekali. Saya amat kagum dengan ibubapa Hani yang tak pernah jemu membawa Hani ke program2 khas untuk org2 seperti Hani. Semoga kasih sayang ini akan menjadi perangsang untuk Hani terus maju menghadapi hari2 mendatang.




Lovely  Hani

Hani dengan kek birthday nya...

3 comments:

Shah Sulong said...

comelnye kek!

Sally Rashid said...

eh..comelnya Shah Sulong..ahaks

Outbound di malang said...

happy b'day :)
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...