Assalamualaikum &
Selamat pagi kepada semua yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni.
Kepada yang sudi jadi
follower..terima kasih banyak2
Kepada yang baru
singgah..nak cari resepi atau sekadar tengok2 saje..selamat datang diucapkan.
Saya bukanlah pakar dalam
hal masak memasak..
nak cipta resepi sendiri jauh sekali.
Apa yang dipaparkan di
blog ini adalah hasil percubaan ke atas resepi-resepi rakan2 dan juga resepi2 yang
diambik dari blog kawan2.
Terima kasih yang tak
terhingga kepada rakan2 yang sudi berkongsi resepi..semoga Allah murahkan
rezeki kpd mereka2 ini.
Ok…berbalik kpd tayangan
hari ni.
Nama dia Kek Coklat Moist.
Kek ni ditempah khas oleh
Puan Dewi Azwy, seorang member baik yang mulanya hanya kenal di lama forum,
kemudian silaturrahim berkekalan sehingga membawa kepada pejumpaan demi
perjumpaan. Alhamdulillah..
Kek ni Puan Dewi Azwy
tempah untuk perjumpaan kami & rakan2 lain pada 30 Jun 2012 di Restoran
Satay Kajang Haji Samuri.
Seronok sangat
dapat jumpa member2..dapat beramas mesra..bukan sajer dgn anak2 mereka..dgn
maknya sekali kena ramas..ahahaha
Kek Coklat Moist ni resepi
daripada Jom Masak (Marizah Miza). Izinkan saya letak resepi kat sini untuk
rujukan pada masa2 akan datang.
Sedap dan cantik kejadian
keknya. Kat sini dapat tayang kek yang belum potong jer. Yang dah potong lupa
nak ambik gambar dek kerana sibuk beramas mesra..hehe.
Dalam kek tu saya lapis
dgn Mousse Coklat.
Bahagian luar juga saya sapukan lebihan Mousse Coklat. Tutup
semua lubang2 bagi sekata..kemudian baru siram dgn Coklat Ganache.
KEK COKLAT MOIST
Resepi : Marizah Miza (Jom Masak)
2cwn tepung gandum
1sdt baking powder
1sdt soda bikarbonat
(ayak bahan diatas)
1cwn serbuk koko
1cwn gula perang
1cwn ssu pekat
1cwn air panas**
1cwn air biasa**
4sdb ssu tepung (lagi sedap jika ssu tepung
coklat)
1cwn minyak masak
(masak semua bahan di atas
api perlahan sehingga sebati)
(bahan bertanda** boleh jugak ditukar dengan susu
cair @ susu segar @ susu coklat dan abaikan susu tepung)
2 biji telur A
1sdt esen vanila
Cara-cara:
Pukul telur dengan whisk hingga berbuih (x perlu
guna mixer)..masukkan esen vanilla
Masukkan bahan yg dimasak...kacau hingga sebati
Masukkan tepung yg diayak sikit2...sambil kacau
hingga larut
Tuang adunan dalam loyang 8" yg dah digris
& dialas baking paper
Tutup loyang dengan aluminium foil utk elak air
dari menitik ke atas kek
Kukus sejam atau hingga masak dgn api sederhana
Mousse Coklat
350g
non diary whipping cream-diputar hingga soft peak
100g coklat masakan-dihiris nipis-cairkan dg cara double-boil,biarkan sejuk
1 sudu besar serbuk gelatin direndam dg 4 sb air,dicairkan dg cara double
boil-biarkan suam
(campur semua bahan dan
kacau sebati)
Coklat Ganache
250g UHT Whipping Cream
500g cooking coklat (saya guna Berly’s
Dark Coklat Compound)
I sudu besar butter (untuk ganache yg
berkilat)
Panaskan UHT Whipping Cream sehingga
panas (tak perlu sampai mendidih).
Bila dah panas, matikan api dan masukkan
coklat & butter. Kacau sehingga coklat betul2 cair dan sebati.
Bila dah sebati, sejukkan seketika
supaya ianya menjadi sedikit pekat kemudian siram ke atas kek.
Untuk deco, masukkan ke dalam peti sejuk
seketika.
Bila ganache menjadi agak likat, boleh deco. (yang saya buat bunga
tu)
Manakala untuk corak2 love dan corak yg
saya tampal kat kek tu, saya cairkan coklat compound. Bila dia pekat sedikit,
saya masukkan dalam piping bag kemudian paipkan mengikut corak yang dikehendaki
ke atas baking paper.
Masukkan ke dalam peti ais sekejap
supaya coklat mengeras. Kemudian boleh letakkan ke atas kek..hias mengikut
citarasa.
| Coklat yang saya gunakan untuk buat ganache & deco |
5 comments:
Salam akak...
waahh sedapnyaaa,, terasa tetiba nk mkn kek coklat...nak mintak izin ambik resipi ye akak
Zur..silakan :)
salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.
salam kenal
selamat berkenalan.
mohon keizinan mencoba resepi ni.
Post a Comment