Wednesday, 13 June 2012

TAUHU KUKUS BERSOS

Assalamualaikum...
Hurmmm..lama sungguh Sally Rashid tak bersiaran..agaknya saper2 yang terjah blog ni dah jemu asyik tengok benda yang sama jer..hehehe. 
Sabar jer lah..
Tak bersiaran tu bukan bermakna dapur tak berasap, tapi tak der mood nak update blog..kesihatan yang berapa mengizinkan beberapa minggu nih.

Ok..hari ni nak tayang Tauhu Kukus Bersos yang sungguh sedap. Pertama kali makan tauhu kukus masa boss belanja kat Restoran Mohamad Chan, Bangi. 
Ya Allah sedapnya...



Suatu hari saya beli tofu lembut konon nak buat Donut Tofu Lembut..tapi dari hari ke hari tak jugak jadi donutnya. Tengok tarikh kat plastik pembalut..makin dekat nak sampai tarikh luputnya. Apa nak buat yer...??? 
Tiba2 teringat Tauhu Kukus yang sedap kat makan kat restoran hari tu.. Terus gugel..terjah sana sini cari resepi. Akhirnya hati terpaut dengan gambar dan resepi Tauhu Kukus Bersos Tiram di dapur Dayang Jack.

Apalagi...bahan2 semua ada, maka berjogetlah aku didapur dengan sudip dan kuali..hehehe. 



Bila dah siap...mula2 kata nak try jer sesudu..bila try, terus rasa nak lagi dan lagi. Sudahnya..habis separuh tauhu tu saya ngap sorg2..hahaha. Ratah mcm tu jer...

Tapi..kalau ikut resepi Dayang, ada tabur kacang tumbuk. Saya tak letak sebab kacang tak der kat rumah. Walaupun tak der kacang tumbuk, rasanya tetap umpppphhh. Kalau ada kacang, mesti lagi terangkat.




TAUHU LEMBUT BERSOS
Resepi : Dayang Jack

Bahan :

* 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 min)
* 1-2 sudu makan sos tiram
* 1-2 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan kicap manis
* 1 sudu makan madu (saya tak letak)
* 2 ulas bawang putih (dicincang)
* 1/4 kiub ayam/ kiub ikan bilis (saya letak 1/2 kiub ikan bilis)
* sedikit minyak bijan/minyak masak
* 1 sudu makan kacang tanah (kisar/tumbuk)
* sedikit daun bawang
* sedikit air

Cara :
* Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga terbit bau
* Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/bilis dan sedikit air.
* Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
* Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang telah dikukus tadi.
* Taburkan kacang tanah dan daun bawang.
* Sedia untuk dihidangkan.



5 comments:

Asyifa Mustaffa said...

nmpak sedap la kak...
bole try nnti nie...slalunya tofu tu..sy goreng jer...kadang dah x tau nak buat menu apa....

Sally Rashid said...

Asyifa...memang sedap sgt kalau kukus..hirup dgn sos..telan terus..sebab tofu tu lembutkan..hehe

Amie said...

sedapnya.... Amie kalau masak tofu mesti hati2 sebab lembuuuutttt

Evelyn Gemina said...

Salam kak sally, ni mmg feberet ni, kalau p TCRS mesti order ni...

Sally Rashid said...

Amie..memang lembut..masuk tekak terus telan...tak payah kunyah2..hehe