Wednesday, 20 June 2012

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Assalamualaikum

Hari ni bersiaran dengan Cotton Soft Japanese Cheesecake yang buat sempena Hari Bapa tempohari, khas untuk suami tercinta.

Gambar selepas keluarkan dari oven. Gebu kan..hehehe

Ni kali pertama buat kek ni. Selama ni duk tengok org buat jer. Sendiri buat belum berani. Takutttt sangat nak buat kek yang gebu2 ni..takut mendap..hehehe


Gambar selepas deco. Deco simple sesuai untuk lelaki.
Deco ni inspirasi dari deco Rahel. Rahel punya deco memang simple tapi menarik sangat.

Alhamdulillah menjadi. Sedap pulak tu. Lain kali boleh buat lagi.


Ni pulak gambar setelah dipotong. Nyum..nyum..memang sedap

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE


Bahan A
250g cream cheese
50g butter
100ml susu cair
6 biji kuning telur
1 sdb jus limau kasturi
1/4 sdk garam
60g tepung gandum
10g tepung jagung
10g tepung kastard

Bahan B
135g gula halus
6 biji putih telur
3/4 sdk jus limau kasturi

Cara:
Adunan A : 
Cairkan cream cheese, butter & susu cair dgn cara double boiler. (Atas api kecil pun boleh sambil kacau dgn whisk)
Bila dah cair, ketepikan sehingga sejuk.
Bila sejuk, campurkan adunan cream cheese dgn tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, kuning telur, garam & jus limau kasturi. 
Gaul sebati menggunakan whisk.

Adunan B :
Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus limau kasturi sehingga berbuih. Tambahkan gula dan pukul sehingga menjadi meringue.

Campurkan adunan B ke dalam bahan A dan sebatikan dgn kaedah kaup balik dengan senduk kayu atau spatula.

Sediakan loyang 8" yang digris dan dilapik dgn baking paper.

Bakar dgn cara bain-marie dgn suhu 180 C selama 1j 15 min, api bawah sahaja. (saya bakar 1j 5min jer..terpulang pada oven masing2)

6 comments:

Asyifa Mustaffa said...

kek nie mmg sedap...cntik jugak ye deconya tu....nice jer nmpak...!

Sally Rashid said...
This comment has been removed by the author.
Sally Rashid said...

Asyifa...sesuailah tu..deco untuk lelaki kan..hehehe

Liza said...

salam sally, deko tu kan guna whipping krim ke?cantik...

Sally Rashid said...

wsalam Liza..deco semua guna Whipping Cream

Evelyn Gemina said...

Salam kak sally, kebetulan pulak sama2 buat cotton cheese cake ni ya, tapi saya punya tak seberapa perfect, maklumlah first attempt, thnks for d tips, mula2 ingat mmg mau kasi lebih baking paper tu tapi rajin sangat semua pun dipotong kasi rata, hmmm pandailah sangat, huhu...anyway, cantik kek sally tu & saya tau rasa kek ni mmg sedap : )