Sunday, 17 June 2012

CHECKERED RAINBOW CAKE

Assalamualaikum..
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera buat semua yang bertandang.

Dua tiga hari ni kat rumah memang meriah dgn kek. Pertamanya Checkered Rainbow Cake. Percubaan pertama guna cutter yang baru dibeli. Alhamdulillah..wpun agak tak berapa semenggah sikit susunannya, tapi untuk kali pertama rasanya ok kut..hehe. Yang penting ada corak dam tu.



Kejadian susunan yang tak berapa sedap mata memandang tu terjadi sebab saya tak potong kek bagi sama rata. Bila tak potong, bahagian tepi tu nipis sikit, bahagian tengah agak membukit. Bila disusun makin lama makin tinggi mcm bukit kek saya. Puaslah menyapu krim supaya nampak rata dan sekata. hehe Untuk makan sendiri kira halal lah yer..Kalau buat untuk org, kenalah buat cun-cun sikit. Biar kemas dan sekata.


Checkered Rainbow Cake yang ni saya guna resepi Rainbow Cake yang selalu saya guna. Saya suka guna resepi ni sebab kejadiannya yang gebu dan lembut. 

Kalau Rainbow Cake biasa kita susun jer lapis demi lapis dan warna demi warna. Yang ni saya buat mcm biasa jugak, tapi tak banyak kaler sangat. Saya guna 3 kaler jer. Bila dah sejuk saya potong dgn cutter yang saya beli tu. 
Letih dik menyusun..buat kek dari kul 11 pagi..kul 4 petang baru leh rasa..huhuhu.
Hasilnya, jadilah kek yang bercorak dam. Kalerful gitu.



Kalau nak tengok cara2 memotong dan menyusun Checkered Cake, boleh lawati blog Azlita Aziz yang terkenal seantero Malaya. Kat sana ada tunjuk cara step by step dgn jelas dan mudah difahami.

Anak2 suka sangat dgn kek warna warni nih. Digandingkan pulak dgn Cream Cheese..memang syok giler. Si kakak siap tempah untuk birthday dia bulan September nanti.



Oh ya..lupa pulak nak citer pasal bunga atas kek tu..hehe. Tu Ribbon Rose namanya. 
Kali pertama buat rose tanpa kon. Alhamdulillah..cantik juga. Tak yah susah2 nak cari kon..nak potong kek pun senang..tak yah nak tonyoh-tonyoh pisau kat celah2 kon. Potong jer. 
Terima kasih banyak2 kpd Marizah Miza yang tunjukkan cara2 nak buat Ribbon Rose kat FB Jom Masak.

RAINBOW CAKE


3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - ikut suka

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
(Saya guna api atas bawah berkipas. Loyang letak rak paling bawah. Bakar semalam 20 min setiap satu)

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.

Cream Cheese Frosting
250g cream cheese
3 sudu besar butter
Gula kastor secukupnya (terpulang citarasa sendiri, nak manis atau kurang manis)
3 sudu besar susu segar
1 sudu kecil sunquick (saya lebihkan sedikit untuk rasa yg lebih masam)

Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan butter. Kemudian gula. Pukul sebati. 
Masukkan susu segar & sunquick. Pukul hingga kembang.



1 comment:

Qasey Honey said...

cantik n kemas...kalerful lgii..