Sunday, 13 May 2012

KEREPEK POPIA NESTUM..mudah dan sedap

Assalamualaikum

Ingat hari ni nak tayang New York Cheesecake yang 
diwar-warkan sungguh sedap kat FB tuh...tapi disebabkan kejadian NY Cheesecake tu baru terjadi awal pagi tadi..nampak gaya malam ni atau esok baru boleh tayang. Patutnya malam tadi nak memulakan proses kejadian kek tu..tapi dek kerana badan terlampau letih, terpaksa tunda ke awal pagi.

Berbalik kpd tayangan hari ni...Kerepek Popia Nestum ni sebenarnya sesiapa pun boleh buat. Bahannya amat mudah dan murah. Cuma yang lecehnya nak menggulung kulit popia tuh. Ada org gulung pakai lidi..tapi saya suka gulung biasa jer..mcm gulung tikar tuh.
Pas tu potong. Bila kita gulung mcm ni..time goreng tu dia akan ada rongga-rongga antara lapisan kulit popia tu kan..rongga2 tu nanti akan terisi dengan serbuk nestum..tu yang buat kita tak boleh berenti mengunyah tuh..hehe.



Ada org kata, leceh buat ni sebab sementara nak gulung tu, kulit popia jadi keras. Betullah..kalau terdedah lama sgt dia akan keras. Ada org nak kekalkan kelembapan tuh dia letak towel lembab buat tutup kulit popia..tapi cara saya..hanya sebekas air. Tiap kali nak koyak kulit popia..celup tangan dalam air kemudian lalukan sekali atas kulit popia.. Insyaallah ia akan kekal lembab.
Memang ambik masa jugak nak gulung kulit popia nih..tapi bila dah siap..sekejap jer habis. Laku betul..

Saya memang kerap buat Kerepek Popia Nestum nih..anak2 saya suka. Kalau lama sikit tak buat..mulalah ada yg request..sekali buat 1 balang besar terus..boleh makan puas-puas. Tahan lah dalam seminggu. Bila kerepek dah habis..serdak2 pun diaorg balun..hehe



Kpd sahabat FB saya, Siti Rakiah yang duk mintak2 saya tepek resepinya..resepinya ada kat bawah ni..nanti boleh buat sendiri..kemudian hantarkan kpd saya barang sekilo dua..hehe


KEREPEK POPIA NESTUM

Bahan :
500g kulit popia (1 peket )
250g nestum
200g horlick
1/2 cawan gula aising
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara :
Gulung kulit popia dan potong ikut citarasa. Nak potong kecik, potong serong..potong bujur..semua boleh :).
Buat sehingga habis.
Panaskan minyak dan goreng kulit popia sehingga garing kekuningan. Ketepikan sehingga sejuk.
Sambil tunggu kulit popia sejuk...kisar halus nestum. Masukkan ke dalam mangkuk besar.
Kemudian masukkan horlick, gula dan garam ke dalam nestum kisar tadi. Gaul sebati.
Tuangkan ke dalam bekas kerepek..gaul sehingga semua kerepek bersalut serbuk nestum dgn sekata.
Sedia untuk dimakan, bila-bila masa..dimana jua..bersendirian atau bersama pak we..hehehe

Nota : 
* Jika gaul nestum ketika popia masih panas..serbuk nestum akan kelihatan bertempek-tempek dan tidak sekata
* Sukatan gula boleh dikurangkan ikut citarasa masing-masing.
* Boleh juga dimasukkan susu tepung, tapi saya letak sebab saya tak suka.. :)

9 comments:

dapurCikWan said...

kalau dapat kat cikwan ni, confirm menguyah tanpa henti.. ;) sambil tengok tv 1 tabung bleh licin.. biasa buat time nak raya..pakat gulung ramai2..meriah.. ;)

Sally Rashid said...

CikWan..memang pun..dapat kerepek ni..mulut tak berenti mengunyah..

Rohah said...

sedapnya kunyah2,,, kruk krak kruk krak bunyinya..diapunya rasa mmg dah compem sedaplah kan..pernah makan, issshhh ...x berenti ngunyah jawabnya

Sally Rashid said...

Kak Rohah..anak2 asyik mintak jer benda alah ni..nak menggulung tu yang leceh

INA said...

Salam Sally..saya ambil resepi nie ye.

Sally Rashid said...

INA..silakan

mail said...

salam akak...izin saya ambil resepi nie ye...

dapurCikWan said...

huhu..popia nestum ni betul berhantu..teringat2 pulak time ni... masuk dalam list raya haji erk kak sally..raya puasa ni insyaallah sy buat sendiri :)

aflaha nur said...

da try tempe goreng rangup u..
memang best...
nak try yg ni pulak..
nak guna nestum apa ya?
tq so much