Tuesday, 22 May 2012

KEK CHIFFON PANDAN

Assalamualaikum...

Kek Chiffon Pandan ni buat hari tu lagi..tak sempat nak tayang dek kerana kerja-kerja opis yang tak pernah surut. Tak sabar nak tunggu selesai Hari Keputeraan Rasmi SPB Yang di-Pertuan Agong..lepas pada tu boleh lah bersenang-senang sikit.


Kek Chiffon ni percubaan pertama saya. Sebelum ni takut nak buat kek yang gebu gebas macam ni..takut kembung dalam oven tapi kempis bila di keluarkan..kejadian mcm tu memang amat menakutkan...tapi sejak2 menjadi buat Kek Karamel..ada sedikit keberanian nak buat Chiffon ni...sebab adunan Kek Karamel tu lebih kurang jer dgn Chiffon.


Anak-anak pulak tak berapa minat sgt kek-kek kosong mcm ni..mama nya pun sama gak. Kek kosong mcm ni bukan pilihan. Tapi pengasuh anak2 saya satu family minat pulak dgn kek kosong mcm ni..oleh itu..saya pun cuba buat kek chiffon ni..bukan untuk makan sendiri tapi buat khas untuk pengasuh anak2 saya.


Resepi yang saya buat ni saya ambik kat FB Jom Masak Marizah Miza.. Saya betul2 ikut resepi..tak derhaka walau sedikit pun..dah masak..terus terlungkupkan loyang atas redai..biarkan dia tanggal sendiri dari loyang dalam 5 minit..kemudian tanggalkan loyang..sejukkan. Alhamdulillah..sangat cantik kejadiannya..Gebu sungguh. Bila tekan tu rasa mcm tekan span tilam yang kita buat tidur tu...memang best. Teruja..!!! hehe

Kita ambik beberapa potong jer..yang selebihnya semua hantar kat rumah pengasuh anak. Yang kat rumah tu, nak suruh anak2 makan..saya buat mcm mana tau..?? Saya potong, letak atas piring kemudian siram ngan syrup coklat. Umpppp..memang sedap.. 


Lepas ni rasa nak buat chiffon lagi...hehehe
Oklah...kat bawah ni saya copy pastekan resepi dari Jom Masak.


KEK CHIFFON PANDAN
Resepi : Marizah Miza (Jom Masak)

Loyang 7 x 3

Bahan A
* 1 3/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh baking powder
ayak

Bahan B
* 4 biji putih telur
* 1/4 cawan gula kastor

Bahan C
* 4 biji kuning telur
* 1/4 cawan gula kastor

Bahan D
* 85ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
* 115ml air pandan
(jika menggunakan pandan paste, air pandan ditukar kpd air biasa)
* pewarna hijau

Cara2 :
Pukul bahan B dalam bekas kering. Mula2 pukul putih telur sehingga berbuih, kemudian masukkan gula kastor. Mix sehingga soft peak atau bertanduk. Ketepikan.

Mixkan bahan C sehingga kembang. Masukkan bahan D dan mix lagi sehingga kembang, gebu dan ringan.

Masukkan bahan A yang telah diayak sedikit demi sedikit dan sebatikan. Saya guna kaedah kaup balik dengan spatula.

Masukkan 1/2 adunan meringue (putih telur) ke dalam adunan tepung. Kaup balik sehingga sebati. Masukkan lebihan meringue...sebatikan lagi dgn cara kaup balik perlahan2.

Tuang dalam loyang yang telah dilapik dgn baking paper. Tepi loyang tak perlu gris.

Bakar dgn suhu 170 C selama 40-45 min. Guna api atas bawah.

Saya bakar cara steam bath. 180C api bawah shj selama 45-50min. 

Bila masak..terus keluarkan dari oven..terlungkupkan atas redai. Biarkan kek tanggal sendiri dari loyang lebih kurang dalam 3-4 minit. Angkat loyang dan biarkan kek sejuk atas redai.
Alhamdulillah..sungguh gebu kejadiannya

Nota :
Kek saya tu cedera sikit kat bahagian atasnya. Time nak terlungkup atas redai tu dah lapik dgn baking paper..tapi still terkoyak gak permukaan kek tu. Tuan punya resepi kata kena sapukan marjerin kat permukaan baking paper baru tak melekat. Lepas ni kita sapu supaya kek tak cedera..hehe



2 comments:

Qasey Honey said...

kemain gebusss gebas lagi kek chifon tu...

rahel said...

Mantap...gebus..kaler ijo yang chantek..suka2x