Saturday, 5 May 2012

ASAM PEDAS DAGING

Assalamualaikum...

Sebenarnya hari ni memang tak der niat pun nak update blog..tapi ramai pulak yang duk mintak resepi Asam Pedas Daging yang saya tayang kat FB semalam. Nak tak nak kena bukak jugak blog dan mula menaip. Tak baik kan menghampakan harapan org..lagi pun berkongsi ilmu tu kan banyak faedahnya.



Okeylah..balik semula kepada Asam Pedas Daging ni. Menu Asam Pedas ni antara yang paling kerap saya masak..tak kira ikan, ayam atau daging. Peberet anak2 saya..kalau masak asam pedas tiap2 hari pun tak per..tapi kita lah pulak yg naik muak..hehe

Ramai yang tahu masak asam pedas kan..?? Tapi 10 orang yang buat..10 cara yang dapat kita lihat, 10 bahan yang berbeza dan yang pasti rasa pun mesti tak sama. Lain org, lain air tangan, lain rasanya.
Ada org buat daging batang pinang sajer..ada yang pakai daging tetel (daging campur)..tapi versi saya ni saya campur sedikit daging dengan tulang. Kebetulan my asben beli tulang semalam untuk dibuat sup..ada sedikit lebihannya, saya buat Asam Pedas.

Ini cara saya..resepi saya dan bahan2 dari hati saya. Jom kita lihat resepinya.



ASAM PEDAS DAGING
Resepi : Sally Rashid

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang/daging tetel/tulang
1 genggam daun kesum
1 kuntum bunga kantan dibelah dua
jus asam jawa secukupnya
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
cili kering kisar secukupnya
Garam dan gula secukupnya

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit (pakai serbuk kunyit pun ok)
(bahan merah dikisar halus)


Cara-caranya:
Daging dihiris dan dicuci. Toskan
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambah cili kering kisar dan tumis hingga cili garing dan naik minyak.
(Saya guna banyak cili kisar sebab anak2 dan suami suka pedas)
Masukkan daging dan kacau rata sehingga daging separuh masak.
Masukkan air secukupnya diikuti dgn daun kesum dan bunga kantan.
Biarkan mereneh di atas dapur dgn api sederhana sehingga daging betul2 empuk.
Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dan biar mendidih lagi.
Masukkan serbuk lada hitam, rasakan garam/gula secukup.
Biar mendidih lagi sehingga kuahnya agak pekat.
Bila semua dah ok..rasa pun ok..boleh matikan api dan hidangkan.

Boleh jugak kalau nak masukkan kentang atau apa2 sayur.

4 comments:

Kak Noor said...

Sedapnya Sally, terliur Kak Noor. Dah lama Kak Noor teringan nak makan asam pedas daging ni. Tapi tak cuba-cuba pun. Hari itu cari daging tetel pun x berapa elok. Kalau x ada selera makan, masak macam ini tentu terbuka seleranya. Letak nasi sikit aje... tapi kuahnya banyak. Kemudian dihirup, suatu kepuasan. Cara masak asam pedas Sally ini sama dengan cara Kak Noor masak gak...

rahel said...

Sudah tentu sedap..lamanya tak mkn daging asam pedas..mantap..

Rohah said...

Ngancam sangat lauk nie...dapat part tetel yang lembut2 tu best Sally

Sally Rashid said...

Kak Noor..mungkin citarasa kita sama

Rahel..Kak Rohah..lauk ni memang sedap. Anak2 saya suka