Assalamualaikum..
Sebelum berangkat ke hotel untuk persiapan bagi tugas2 sempena Pertabalan SPB Yang di-Pertuan Agong Ke 14 kul 3 karang, sempat lagi nak tayang Siakap Stim Halia yang kita masak hari minggu ari tu.
Selalu jugak masak siakap nih, cuma cara masak jer dipelbagaikan. Maklumlah, anak2 saya suka makan ikan2 yang tak banyak tulang ni. Kalau ikan yang banyak tulang, satu kerja pulak kita nak jadi tukang buangkan tulang untuk diaorg.
Saya kalau makan Siakap Stim Halia ni, semua bahan2 tabur tu saya ngap sekali. Halia, serai semua saya makan..hehehe
Siakap Stim Halia ni rasanya saper2 pun pandai buat. Tapi kalau nak tengok cara kita buat, jenguklah kat bawah yer..hehe
-
-
-
-
SIAKAP STIM HALIA
1 ekor ikan siakap
5 ulas bawang putih (dihiris halus)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 inci halia (lagi banyak pun tak per -dihiris halus)
3 batang serai (dihiris jugak)
1 biji tomato (didadu)
1 biji lemon (separuh guna untuk rendam ikan separuh lagi untuk kukus ikan)
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
5 tangkai cili api (di potong kecil..ketuk pun boleh)
garam secukup rasa
Cara-cara :
Sediakan pengukus.
Rendamkan sekejap ikan ke dalam air yg dicampur perahan lemon bagi hilangkan bau hanyir.
Letakkan ikan ke dalam bekas yg sesuai.
Taburkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, tomato & cili api di atas ikan.
Curahkan sos ikan, sos tiram & jus lemon.
Jus lemon jgn banyak sgt, nanti ikannya masam jgn salahkan org yer..hehe
Letakkan sedikit garam (sikit sajer yer sebab sos ikan & sos tiram tu dah masin).
Kukus sehingga masak.
Sungguh sedap...hehehe
4 comments:
sedapnye tgk ikan stim tu...ikan pon nmpk freshh...btul2 stim ni...hehehe
QH...stim kat makanan tak per..jgn stim benda lain..ahahaha
Sally,nak yang kepala ikan tu..sedap dirata..
mengiurkaannnn ,.,,,,mkn nasi sikit....ratah ikan lebih niii
Post a Comment