Friday, 13 April 2012

RED BEAN BUN

ASSALAMUALAIKUM...

ROTIIIIIIIIIIII..ROTIIIIIIIIIIIIIIIII..
Hai..tayang roti lagi..???
Hati tu membuak2 nak menge 'kek'..tapi..ku tahan jua perasaan ini. Biarlah jarum penimbang ku turun dulu, baru kita start menge 'kek' semula..huhuhu.

Semalam tiba-tiba teringin nak makan Bun Kacang Merah ni..asalnya nak ajak asben gi cari kat kedai jer..tapi...tiba-tiba terfikir, apakata cuba buat sendiri..mungkin lebih sedap. Maklumlahkan..benda buat sendiri ni..suka-suka hati kitalah..buat ikut selera..suka inti kacang banyak2..so kita boleh letak banyak2...hehehe

Tepung roti dah habis. Ajak asben gi kedai bakery. Beli dua peket sekali..lepas ni nak buat roti apa pulak..??? Tak lupa beli kacang merah sekali.




Ada jari kecik yang nak usik roti ku..hehe
Resepi ni ambik kat dapur JintanManis. Tengok bahan, lebih kurang jer dgn bahan2 yg buat roti garlic hari tu. Nama pun rotikan..mestilah asasnya sama. So, lepas ni kalau nak pakai resepi Garlic Bun pun boleh gak...

Cara nak jadikan bentuk bunga tu, kita tengok kat Youtube. Mula2 cuma duk imagin sendiri..agaknya org potong bahagian atas jer kut..?? Tapi tak berani nak buat..kut tak jadi. Kita bukak Youtube untuk kompemkan.

Nak tengok caranya....??
Ni dia



Lepas tengok video ni, baru konfiden nak buat.





RED BEAN BUN

200gram tepung roti
1 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung
90 ml susu segar+1/2 biji telur
1 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner
1 sudu kecil bread improver

untuk inti
1 bekas kecil inti kacang merah ( beli yang dah siap tu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker  dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan uli sekejap selama lebih kurang 5 minit dan boleh terus dibentuk bulat-bulat kecil.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastik bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 9 bahagian kecil dan letakkan satu sudu kecil inti kacang merah, susun dalam loyang empat segi, biarkan doh naik 2 kali ganda dan gliss permukaan roti dengan 1 sudu susu segar+beberapa titik madu, akhir sekali  bakar pada suhu 180 darjah selama 18 ke 20 minit.
4. Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas yang ade penutup.

4 comments:

Qasey Honey said...

wah rancak pulak dia mroti yer skrg ni...seronokkan asal buat jadi aje...nti QH nk cuba la yg ni...nmpk sedap n gebu roti tu...

Sally Rashid said...

QH..nak hilangkan ketagihan buat & makan kek..tu yg meroti pulak tu..hehee

Rohah said...

Salam sally,
Roti kacang ni pebret sy kalau dalam pantang..boleh habis satu pket sehari..insyaAllah lepas ni nk buat juga..

rahel said...

Sally,canteknya ko punya roti ni..macam bunga la..suke inti kacang merah..