Tuesday, 27 March 2012

NASI AYAM SIMPLE

Assalamualaikum...
Pagi tadi hujan yer..sejuk sgt. Kat ofis pun sejuk..econ kuat. Skrg pulak kita mula rasa seram sejuk..macam nak demam. Anak2 semua baru baik demam..bergilir-gilir. Dari baby pergi ke kakak, kemudian abang..skrg mamanya pulak..aduhai...!!
Baru plan nak masak2 dan baking membaking untuk birthday si baby Adeelia pada 2 April nanti. Harap2 masalah kesihatan ni tak melarat.

Hari ni nak tayang Nasi Ayam yang kita buat pada hari Ahad hari tu. Saya tak pernah buat Nasi Ayam sebelum ni. Anak2 memang suka..tapi selalu beli jer.




Selama ni rasa mcm susah jer nak buat. Bahan2 banyak. tengok resepi pun berjela-jela. Keinginan nak buat Nasi Ayam ni timbul bila suatu hari kita beli Stok Ayam Maggi. Saja beli buat stok kut ada nak buat apa2. Secara tak sengaja belek2 kat botol Stok Ayam tu..ternampak resepi Nasi Ayam yang disertakan sekali. Tilik2 bahan serta caranya..ehhhh..macam mudahlah pulak.

Stok Ayam Maggi yang kita guna..kat belakang botol ada resepi

Maka hari Ahad hari tu kita pun buatlah Nasi Ayamnya. Kita namakan resepi Nasi Ayam ni NASI AYAM SIMPLE...sebabnya, cara buat nasi tu memang simple, dan untuk sup dan sambal cilinya pun kita cari resepi yg paling simple dan sempoi. Walaupun simple, hasilnya tetap sedap. Anak2 kata macam nasi ayam kat kedai..hehehe





Seperti yang kita cakap tadi..resepi nasi kita ikut resepi kat botol stok ayam Maggi tuh..sup dan sambal ladanya kita ikut cara Nasi Ayam Hainan JintanManis. Hasil gabungan kedua-dua resepi tu, terhasillah NASI AYAM SIMPLE airtangan Sally Rashid..hehe.
Kalau sesiapa yang baru2 nak belajar buat Nasi Ayam mcm kita..boleh ler jenguk2 resepi kat bawah ni..
Yang dah mahir, cekap dan cemerlang tu..buat2 tak nampak jer lah yer..ehehehe



NASI AYAM SIMPLE
Sumber : Maggi & JintanManis


Bahan A (untuk ayam)
½ ekor ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
2 inci halia – potong nipis
1 kiub pati ayam knorr
1 sudu besar minyak bijan (kita pakai minyak zaitun)
Sedikit garam

Bahan B (untuk nasi)
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
500g beras
600ml air
½ sudu besar minyak bijan (kita pakai minyak zaitun)
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 helai daun pandan
2 ½ sudu besar stok ayam maggi

Bahan C (untuk sambal cili)
5 biji cili merah
3 biji cili padi
½ biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil minyak bijan (kita pakai minyak zaitun)
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
1 sudu makan jus lemon (jus limau nipis pun ok)
Sedikit garam & gula

Sampingan
Salad, Tomato & timun

Cara :

Mula2 siapkan ayam dulu.
·         Masukkan semua bahan A dalam periuk.
·         Masukkan air sehingga tenggelam ayam.
·         Rebus dalam ½ jam atau sehingga ayam masak.
·         Keluarkan ayam apabila ayam telah masak.

Sambil menunggu ayam masak, boleh siapkan nasi.
·         Guna rice cooker. Masukkan marjerin dan minyak   masak. Tunggu ianya panas
·         Masukkan halia, bawang putih dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau
·         Masukkan stok ayam, kacau
·         Masukkan nasi dan kacau sebentar sehingga sebati
·         Masukkan air dan minyak zaitun. Masak macam biasa

Berbalik kepada ayam tadi
·         Apabila ayam masak, keluarkan ayam dan ketepikan
·         Air rebusan ayam tu biarkan di atas dapur.
·         Tambahkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
·         Rasakan garam secukupnya. (Berhati-hati dgn garam sebab kiub pati ayam tu dah masin..kalau dah cukup masin, tak perlu tambah garam lagi)

Ayam yang telah direbus tadi digaul dengan kicap cair dan sedikit madu. Panggang dalam oven selama ½ jam dgn suhu 200 C sehingga ayam nampak kekuningan  (Kalau tak mau panggang pun tak per..sebab ayam tu dah masak)

Selesai bab ayam dan nasi. Skrg masuk bab sambal cili pula.
·         Blend semua bahan C sehingga halus.
·         Masukkan dalam periuk, masak sehingga pekat
·         Rasakan garam & gula

Sekarang semua sudah siap. Boleh hidang dan panggil anak2 untuk makan..hehe.
Kuah kicap saya tak buat sebab anak2 tak suka. Lagipun ayam yang dipanggang tu dah diletakkan kicap sedikit.

Selamat menjamu selera.
Bak kata Ros JintanManis..nampak panjang berjela tapi sebenarnya mudah jer..hehe







6 comments:

zila 4ever said...

salam sally
tu la..kita pun beli jew klu nasi ayam nie..BW tghry nie best sbb byk dapur hidang menu sedap2..;)

izahdaut said...

Oo tak nah jumpa lagi seasoning tu.. Nak cari jugak. Ssnang nk buat ek. Bebudak rumah ni suke makan nasi aayam.. :-)

Sally Rashid said...

izah..memang mudah..trylah

rahel said...

Nampak sungguh menyelerakan...suka tengok seketul ayam kat nasi tu...

Anonymous said...

Must try!! Hehehe -r.i.n.a

Anonymous said...

Sy buat nasi ayam tu, beras dgn air rebusan ayam.. Tambah je serbit kunyit dan halia..
Selalu ayam tu dah gaul dgn kicap sy goreng.. Tp lps ni nak cuba yng panggang.. Mesti cantikkan