Wednesday, 28 March 2012

GARLIC FINGER BREAD

Assalamualaikum

Perggghhhhhh..kuat betul penangan GARLIC FINGER BREAD Izah Daut semalam. Tergoda dengan kemulusan dan kegebuan roti izah tu, sampai kita demam2 pun sanggup menguli. Tak lena tidur u selagi tak tercapai hajat nak merasa roti tu..hehe.

Alkisahnya..semalam tiba2 demam. Anak2 bergilir-gilir demam sejak minggu lepas, akhirnya sampai jugak turn mama dia pulak. Pagi semalam syok duk layan gambar roti yang izah post..dalam hati berkira-kira nak buat. Kalu demam tak melarat, ingat nak buat balik keje semalam. Menjelang tengahari, demam makin teruk pulak. Tak boleh jadi..berkurung dalam opis yg sejuk ni..demam makin menjadi2.

Lepas temankan si kakak makan kat kantin sekolah, terus pergi klinik. Selesai semua urusan kat klinik dalam jam 4.00 ptg. Terus balik rumahlah. Nak masuk ofis semula alang-alang jer kan...ada 1 jam jer lagi.

Balik rumah, makan ubat dan baring. Ingat nak lelapkan mata barang sejam dua sebelum anak2 balik. Bila pejam mata, terbayang roti garlic izah daut..pejam lagi..nampak roti lagi.
Ish..tak boleh jadi ni...terus bangkit pergi ke dapur. Keluarkan semua bahan. Kita menguli ok..hehehe. Seb baiklah menguli dengan besi cangkuk bengkang bengkok tu..tak lah penat sgt. Siap bersila sambil menguli ok..hehe


Selalu kita buat roti mesti pakai water roux sebagai ejen pelembut..tapi ikut resepi yang izah bagi ni..tak pakai pun. Alhamdulillah..lembut, gebu dan gebus. Pagi ni siap bawak kek opis untuk kawan2...still lembut dan gebu.

Kita ikut resepi, kena spray doh dgn air...tapi kita tak buat pun. Kita ikut cara yang Kak Nor Secubit Garam ajar..iaitu letak satu mangkuk air dalam oven ketika bakar roti. Alhamdulillah..rotinya lembut dan lembab.


Mula2 nak gelek dan gulung mcm Izah dan Kak Nor buat..tapi tak larat nak menggelek..demamlah katakan. Lalu kita bulat-bulatkan kemudian tarik supaya dia jadi panjang ala2 finger gitu..ehehehe



Mushroom Soup tu pulak...kita pakai yang instant punya...Mushroom Soup Campbell. Len kali leh cuba buat Mushroom Soup sendiri ikut resepi yang Izah kongsi hari ni.



Memang sedap resepi yang Izah bagi ni... terima kasih banyak2. Sesiapa yang nak cuba, resepinya ada dibawah ni. Kita cuma letak resepi dan cara yang kita ikut jer yer..kalau nak tengok lain2 cara dan jugak kalau nak tengok roti Izah Daut yang 10 kali lebih cantik dari roti i ni..sila ke SINI.






BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber lain: Tun Telani, Kak Hana Ika  & Izah Daut


Bahan A
500g tepung roti
*izah guna tepung gandum (kita guna tepung roti)
100g gula
1 sk garam
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional -izah letak (kita pun letak)
1 sk bread improver- optional - izah letak (kita pun letak)
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan


Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit


Bahan C
80g margerine

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. Masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. Biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. Tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.

6. Sapukan Garlic Spread, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. Bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.
8. Hidangkan bersama Mushroom Soup

GARLIC SPREAD

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

3 comments:

zila 4ever said...

SALAM SALLY
amboii rajinya demam2 pun meroti jgk yer..klu dh x lena tido asik ingat kt roti..mmg kena cpt2 buat..:)

Sally Rashid said...

wsalam Zila..
hehehe...bukan apa, takut nanti tido asyik sebut ROTI..ROTI..
kan susah tu..ehehe

Qasey Honey said...

demam yer...jgn lupa mkn ubt...roti2 jugakkk..hehehe...
wah dh ramai pula yg mcuba GFB ni...gebu betul tu nmpknye...

Sally psl Steam Buttercream tu...QH guna fondant biase aje...QH xgeti nk wt cmtu lg...fondant tu jd gitu sbb cake tu msuk dlm petiais...bile kuar jd gitu...taktik aje tu...hehehe