Monday, 26 March 2012

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES

Assalamualaikum..Selamat Pagi

Meneruskan siaran tertunggak..
Biasalahkan..masak2 pada hari minggu, hari bekerja mcm ni baru ada macam nak bersiaran. Kalau kat rumah tu, memang tak dapatlah nak berblogging. Bukak FB untuk post gambar2 jer..itupun berFB sambil meriba sikecik... Gitulah kekdahnya kalau ada anak kecik. Bila kat ofis mcm ni..selesa sikit nak berblogging. Boleh cari idea apa yg nak ditulis tanpa gangguan. hehehe.

Ok...citer pasal CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES ni...inilah merupakan brownies pertama yg saya cuba. Pernah makan sekali yang member ofis buat...ermmmm..memang sungguh sedap. Kali ni try buat sendiri pulak. Dah lama berhajat nak buat, tapi alang2 nak buat tu biarlah pada hari2 yang istimewa. Kebetulan semalam birthday member ofis Hazirin Hussain, maka terjadilah brownies yg sedap ni.



Ni lah rupa brownies ku ketika mula2 masak..suka tengok bahagian garing kat atas tu..

Asalnya time merayap kat dapur member2 blogger, berkenan sungguh dengan kejadian brownies ni yang garing kat bahagian atas tuh. Terus teruja nak mencuba. Mula2 tu cuak juga, takut tak jadi mcm yang org lain buat. Terjenguk2 dalam oven nak tengok kejadian yang garing dan ranggup kat bahagian atas tu. Alhamdulillah...menjadi. Sukerrr sangat. Cuma org lain punya nampak licin jer..tapi i punya agak berkedut-kedut sikit kat atas tu..tak tau kenapa..tapi yang penting sedap..





yang putih2 kat atas tu Coconut Flakes

Cuma..lepas ni kalau buat lagi, kita kena kurangkan sukatan gula dan tambahkan lagi kekacang. Ni guna stok terakhir walnut & almond..rasa mcm tak cukup jer. Kalau banyaklagi mesti lagi umppphhhh.

Pasal gula tu..kalau ikut resepi yang kita ikut ni..340g brown sugar. Time timbang tu kita dah rasa banyak sgt. Cooking Coklat tu dah manis, tambah pulak ngan brown sugar yang banyak tu...dah dapat bayangkan tahap kemanisannya. Jadi..dari 340g tu kita kurangkan ke 200g sahaja. Itupun masih manis pada tekak kita. Lain kali kena kurangkan lagi..rasanya leh pakai dalam 180g jer kut..

Mulanya nak curahkan coklat ganache sebagai topping..tapi sayang pulak nak rosakkan bahagian yg garing tu..jadi, saya tabur saja dengan coconut flakes..


CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES
Sumber :
Mamazieza & rinnchan
BAHAN A:
250gm butter - dipotong kecil-kecil
400gm cooking chocolate - dipotong kecil-kecil

BAHAN B:
6 biji telur
340gm brown sugar (saya kurangkan kpd 200g)
2tsp esen vanilla
20gm chocolate emulco

BAHAN C:
80gm tepung gandum } diayak
60gm cocoa powder }
140gm kacang walnut/pecan/ almond/macadamia (optional)-bakar dan gaul bersama tepung gandum dan serbuk koko

1. Panaskan oven suhu 160 darjah celcius. Sediakan loyang 11"x11" dan alas dgn kertas gris.
2. Double boil BAHAN A (butter dan chocolate) hingga cair , ketepikan biar suam sikit.
3. Pukul BAHAN B (telur, gula, esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk sahaja.
4. Tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan tepung+serbuk koko+kekacang dan digaul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama.
6. Tuang ke dalam acuan dan bakar 160 darjah celcius selama 50 minit-1jam (bergantung pada oven).
7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman.
8. Sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache. Boleh juga dimakan dengan aiskrim atau sos kastad.

Ternyata memang lebih sedap setelah dibiar semalaman

3 comments:

Qasey Honey said...

mmg suka mkn brownies...suka brownies yg cengini...sedap...

dapurCikWan said...

nampak sedap tu =)

Sally Rashid said...

Qasey Honey, CikWan..walaupun kejadian tak secantik yg org lain buat..tapi rasanya memang yummy..