Monday, 27 February 2012

PAU GEBU (Water roux)

Assalamualaikum...Selamat Pagi dan Salam Ceria untuk semua..

Pagi2 lagi tayang pau..hehehe. Ni hasil menguli kul 4.00 pagi. Macam biasa, bangun jer mesti bukak peti ais..tengok apa yang boleh dimasak untuk sarapan anak2 sebelum ke sekolah. Si abang tu, kalau tak der sarapan, muncungnya panjang sampai ke sekolah. Nak tak nak..buat lah jugak sarapan walaupun sarapan yang simple.

Ini kali pertama cuba buat pau resepi Ros Jintan Manis. Resepi yang guna water roux. Alhamdulillah..menjadi dengan cantik dan gebu. Terima kasih Ros atas kesudian berkongsi resepi ni.


Dulu2..memang tak kuasa nak menguli tepung pagi2 buta mcm ni. Mesti berpeluh sakan duk uli tepung sampai lembut. Tapi sejak2 tahu kegunaan besi bengkang bengkok ni (gambar bawah) kerja2 menguli menjadi mudah. Tak lah kerah keringat mcm dulu. Sebenarnya besi ni memang ada ketika beli mixer dulu. Tapi tak tau kegunaannya. Duk simpan jer dalam gerobok buat pekasam. Tapi sejak2 Rahel Benyamin bagi tau dia uli tepung buat donut pakai besi ni...lepas tu besi ni memang dah sempat nak rehat lah jwbnya. Ada jer keje yang dia kena buat..kena dera..hahahaha. Biasalahkan..org ada Bread Maker..kita tak der. Jadi guna lah apa yang ada depan mata...

Cara kita guna besi bengkang bengkok ni..mula2 bahan tu adunan dulu dalam bekas lain. Bila dah sebati, baling dalam mangkuk adunan dan pusing ngan besi nih sampai adunan jadi cantik dan licin tak melekat kat tangan. Agak lama jugak kena putar, tapi tak lah sepenat uli dengan tangan.

Ni lah besi bengkang bengkok tu

Sebenarnya masa buat pau ni pagi tadi..kita skip 1 step. Kalau ikut resepi kena bagi doh naik dulu dalam 45min-1 jam..pas tu tumbuk2 bagi keluarkan angin. Baru bentuk dan bagi dia naik sekali lagi. Kita skip tang bagi naik dalam 45min-1 jam tuh. Dek kerana kesuntukan masa (biasalah kan..ibu bekerja, lepas masak nak bersiap ke ofis pulak) lepas uli tu, terus jer bentukkan dan masukkan inti. Kita rehatkan dalam pengukus selama 1 jam (lebih sikit rasanya kut..hehe). Bila naik sekali ganda, terus kukus. Alhamdulillah..tetap gebu dan lembut.

Kalau sesiapa yang nak buat tu..jgnlah ikut cara i tau..buat betul2 ikut step. Hanya dalam keadaan tertentu jer dibenarkan skip step mcm i..hahahha.



Adunan pau ni memang lembut dan gebu. Masa kepal2 untuk bulat-bulatkan dia, kita dah dapat rasa kehalusan dan kemulusannya. Bila perap 1 jam tuh..memang dia naik mengebu-gebus. Suka tengok. (Lupa nak ambik gambar masa belum naik).

Pau kita ni pakai inti kaya. Itu pun letak ciput jer. Bukan apa, anak2 tak suka makan inti. Suka makan yang putih tu jer. Tang inti mama yang selalu kena habiskan. Jadi, kita letak inti sikit jer lah. Tak letak langsung nanti melampaulah pulak. Kesian kat pau..tak sampai hati tak letak inti...ihiks. Kalau tak letak inti...segan pulak nak panggil PAU..hehe

Bab mengukus pau ni, kita selalu jaga masanya. Sebab..kalau terlebih kukus nanti pau jadi kedut seribu mcm muka nenek kebayan. I tak suka tau.. i suka pau yang cantik, gebu dan licin. Bila pandang terus jatuh hati gitu..hehehehe. Lagi satu..tutup pengukus tu kena balut jugaklah dgn kain bersih. Kalau air menitik atas pau..itu pun leh buat pau berkedut sebelum tua.



PAU GEBU (water roux)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
500 gram tepung pau ( low protein flour)
3 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml air suam+1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar water roux
2 1/2 sudu kecil yis
resepi water roux
25 gram tepung gandum
125 ml air
Inti sesuka hati

cara-cara untuk membuat water roux
-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.


Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. (ini kita skip..hehehe)

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.

Selamat Mencuba.

2 comments:

rahel said...

Sally,gue jatuh cinta sama ini pau..gebu sangat..putih lagi tu...

selera saya said...

tgh buat pau niee...
tp la kita nie suka kaler ,so jdlh pau voilet kalerr maaa....