Thursday, 23 February 2012

BUAH ROTAN

Assalamualaikum..selamat pagi.

Tiba-tiba pagi ni teringat permintaan seorang rakan kat FB..dia belek2 album masakan kita kat FB, tiba-tiba dia post mintak resepi kat gambar Buah Rotan yang kita buat raya dulu. Lama dah tu...raya tahun 2011..tak lama lagi dah nak raya tahun 2012 pulak...hehehe. Kejap jer kan. Yer lah, bila tengok Buah Rotan nih, terus ingat nak raya.

Gambar yang kita letak ni, percubaan kedua buat Buah Rotan. Percubaan pertama masuk bakul sampah sebab tak tahan dia meletup-letup dalam kuali ketika menggoreng. Puas tanya sana sini macam mana tak nak bagi meletup-letup tuh. Belek2 kat internet, rupanya ramai jugak yg terkena mcm kita..hehehe. Ingat kita sorg jer yg jadi mcm tu.


Akhirnya, tengok kat Youtube. Ada sorg kakak tu dia masukkan ketika minyak baru nak mula panas. Tiap kali dia angkat Buah Rotan yang dah masak tu, dia padamkan api. Bila nak goreng, dia bukak api balik. Kita pun ikut cara dia. Alhamdulillah..Buah Rotan tak meletup lagi dah..elok jer garing dan ranggup. Ni semua sebab abah budak2 ni yang suka sangat kuih ni. Asyik beli jer setiap tahun. Sampaikan kat Mydin pun dia beli kuih ni.

Dapatlah 2 balang Buah Rotan time raya hari tu. Sedap memakannya. Tapi nak menggentel kecik2 tu yang leceh. Kita buat dengan si kakak. Bila si kecik dah tidur, kami berdua mulakan operasi menggentel sambil tengok tv...


Lepas pada raya hari tu, tak buat2 lagi dah. Dah nama kuih raya..mesti buat time raya jer lah kan. hehe. Si kakak asyik tanya bila nak buat lagi. Dia suka makan. Alahai..bercinta bila kenangkan nak gentel tuh. Jawabnya raya nantilah baru buat lagi.

Ok..resepi yang kita letak ni, terus terang kita cakap bukan resepi kita. Masa nak belajar buat dulu, kita gugel kat internet. Masa tu tak pulak ambik pot siapa punya resepi...lagipun masa tu tangan tak gatal nak blogging2 lagi. Hari ni kita cuba gak gugel-gugel cari resepi nih, tapi tak jumpa. Harap2 tuan punya resepi ni halalkan kita letak resepi ni kat blog kita. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.

Jangan tanya kenapa santan tu perlu dimasak dahulu..sebab kebanyakan resepi lain tak payah masak pun santannya. Jawabnya kita tak tahu. Kita ikut jer resepi ni tanpa derhaka sikit pun. Hasilnya memang sedap. Tak keras dan sedap dikunyah. Anak2 suka sangat.



BUAH ROTAN

·        1 ½ cawan Tepung Pulut
·        1 cawan santan
·        ½ cawan bijan
·        ½ cawan gula
·        ½ sudu teh garam


Cara :

·        Campurkan santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil. Kacau supaya santan tak berketul dan sehingga gula hancur. Ketepikan supaya sejuk.
·        Bila santan sejuk, curahkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut
·        Gaul rata sehingga menjadi doh yg tidak melekat di tangan.
·        Bentukkan adunan kpd bebola kecil (saya buat sekecil hujung jari kelingking)
·        Salut bersama bijan
·        Goreng sehingga garing dan warna keperangan. Bila masak bebola akan terapung



2 comments:

rahel said...

Sally,
gue suka kunya2 buah rotan ni..rangup..sedapnya klu teh panas..adoii..berpeluh..hehe..

dzul karnain said...

Sedapnyer.. tak pernah buat sendiri.. In Shaa Allah petang ni nak buat.. terima kasih atas panduan...