Monday, 30 January 2012

TEMPE GORENG RANGGUP

Assalamualaikum...
Selamat mengharungi pagi yang dingin...pagi tadi hujankan... Daripada malam tadi kilat sambar menyambar...tapi bila subuh baru hujan turun. Terpaksalah si abah hantar anak ke sekolah yang jarak sejengkal dari rumah tu.. kalau tak hujan, abang dengan kakak pegi jalan kaki jer..mama pesan 'kalau nak lintas jalan pegang tangan adik..tengok kiri kanan'
Alhamdulillah...abang dah besar, dah tahun 4, boleh harap jaga adik yang baru masuk tahun 1.

Balik citer pasal masak memasak. Balik keje semalam, sambil2 dukung Adeelia...sempat buat TEMPE GORENG RANGGUP yang amat sedap. Ermmm...kita memang suka tempe walaupun kita bukan org jawa..hehe. Dulu2..tak reti dan tak tau pun rupa tempe ni. Sejak lepas belajar, merantau ke ibukota..mula berkenalan dengan tempe. Kita ni jenis suka merasa apa sajer..bila rasa..sedap pulak tu..terus jadi hantu. Kalau makan Lontong..kuah lemak lodeh tu kalau tak ada tempe..memang tak sempurna..



Keinginan untuk makan tempe semakin menjadi2 apabila tengok Herman Tino time persembahan Hafiz kat final AJL baru2 ni..hehehe. Pandai dia cari org utnuk bawak watak bapak dia..sambut sama daaa..hehehe. Mungkin dek kerana rambut tu lah yang buat Hafiz menang AJL..hahaha. Tahniah Hafiz..
Bila tengok Herman Tino..ingat tempe. Seb baik ada dua peket tempe dalam stok..yang beli kat pasar Presint 8 pagi Sabtu tu...

Tempe Goreng Ranggup ni dah banyak kali buat. Kalau teringin nak makan tempe goreng, memang pakai resepi ni..memang sedap. Makan gitu-gitu jer mcm makan goreng pisang. Resepi ni kita ambik kat POTRETKASIH.



Anak2 pun dulu kalau cakap masak tempe..dia buat muka pelik jer. Tapi sejak jumpa resepi tempe goreng ranggup ni...budak2 dah mula suka. Tapi kalau untuk diaorg, sambal tak boleh pedas sgt..sedang2 jer. Untuk mama ngan abah..pedas menyengat pun takper...hehehe. Maklumlah, abahnya org N9..kuat makan podeh..





Tempe Goreng Ranggup ni memang sedap sangat..tersangat sedap. Kalau makan susah nak berenti tau... 




TEMPE GORENG RANGGUP
Sumber : potretkasih

Bahan :

* 2 bungkus tempe ( di potong bersegi )
* 2 biji putih telur (kita pakai telur biasajer..tak asingkan pun putihnya)
* 3- 4 sudu besar serbuk roti ( bread crumb )
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu kecil biji ketumbar
* garam

Cara membuatnya
1. Tempe di potong-potong dan di ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih dan biji ketumbar hingga hancur.
3. Masukkan bawang putih, biji ketumbar dan garam kedalam putih telur dan kacau rata.
4. Celup tempe ke dalam putih telur kemudian salutkan dengan bread crumb, goreng di dalam minyak panas.
5. Bila telah keemasan kedua belahnya bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Resepi Sambal kicap
* 10 biji cili padi
* 1 ulas bawang putih
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula
* 3-4 sudu besar kicap manis

Cara membuatnya
1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam dan gula.
2. Bila telah lumat masukkan dengan kicap dan kacau hingga rata.
3. Hidangkan dengan tempe goreng…



8 comments:

izahdaut said...

gambar yang dicicah ngan kicap tu ku tidak tertahan dengan godaannya. hehe.. sedapnya tempe goreng . saya suke, en asben tak suke. hope anak2 suke baru ada geng kan.comelnya kuih cara manis kat bawah tu. acuan cara saya mcm dah tak boleh guna je. asik melekat. sob sob..

Sally Rashid said...

izahdaut..kena ajar asben makan tempe..nanti muka cantik mcm Khir Toyo..hahaha

nak kena beli acuan cara yg baru lah tu..kita beli kat pasar tani jer...hehe

rahel said...

Salam Sally,menariknya tempe goreng rangup ni...tentu sedap dicelup kat sambal tumis belacan kan?

Sally Rashid said...

Rahel..tak pernah try pulak ngan sambal tumis belacan...sedap jugak kut..

Kak Sam said...

hrmmm kena cuba ni. Biasanya kalau nak makan tempe goreng cam gitu je. cicah pun tak buat.

Sally Rashid said...

Kak Sam...mesti dicuba...bahan2 pun mudah jer.. saya jamin, memang sedap..bila makan susah nak berenti..

INA said...

Salam Kak Sally..saya dulu pon x reti makan tempe..sejak kawin dgn org jawa baru pandai makan terus jatuh chenta..sedapkan kalau goreng camtu..

Sally Rashid said...

INA...i love tempe..hehehe