Sunday, 29 January 2012

KUIH CARA MANIS

Assalamualaikum..Selamat Petang...

Dalam kesibukan yang tak terhingga ni..sempat jugak mencari ruang dan masa untuk update blog. Hari ni nak tayang Kuih Cara Manis yang kita buat pagi semalam atas permintaan anak-anak.
'mama..boleh tak buat kuih hijau yang ada gula kat dalam tu..' kata si abang
'kuih hijau...??? yang mana..??' mama buat2 tak paham..hehe
'alah..yang kalau gigit keluar gula cair tu..'..hehehe..Kuih Cara lah tu..sajer buat2 tak paham..:)

Oklah..seb baik mintak kuih yang mudah2 jer..bahan pun tak banyak. Sambil2 goreng nasik..sambil bancuh tepung. sebelah dapur masak nasik goreng, sebelah dapur lagi masak kuih cara...



Resepi kuih cara ni dah lama dalam simpanan..dah banyak kali buat sampai sukatan pun kita dah hafal. Bila nak buat tu tak payah tengok2 resepi lagi dah. Kertas resepi tu pun dah naik lunyai..Dek kerana terlalu lama, kita dah tak ingat kita ambik kat mana resepi tu. Seingat kita, masa mula2 nak belajar buat Kuih Cara dulu..ada 2-3 resepi yang kita print. Mula2 buat dulu agak keras sikit..kemudian kita olah-olahkan balik sukatannya sehingga menjadi sesedap tekak kita. Kalau sesiapa ternampak resepi ni..dan rasa itu adalah resepi asal dia..harap maklumkan pada kita yer.. dan kita mintak halalkan resepi tu untuk kita letak kat dapur kita ni..




Sukatan yang kita buat ni sikit jer..1 cawan tepung jer. Sesuailah untuk family kita. Sekali hadap licin terus...tak der nak membazir-bazir. 1 cawan tepung ni dapat dlm 10 kapel kuih cara. So..kalau yang nak buat banyak tu..pandai2 lah gandakan sukatannya. 10 kapel kuih cara tu..sekelip mata jer habis dicekup oleh si kakak dan si abang... Mudah sangat buat kuih ni..makan pun sedap. Jadi..kalau fening2 kepala nak sarapan dengan kuih apa..boleh cuba buat kuih mudah ni...




KUIH CARA MANIS
Resepi : Sally Rashid

Bahan :
* 1 cawan tepung gandum
* 1 biji telur
* 1/2 cawan santan pekat
* 3/4 cawan air pandan (kalau pakai pewarna, pakai air putih je)
* 1/2 sudu kecil garam
* gula halus untuk inti kuih

Cara :
* Panaskan acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak di atas dapur dengan api kecil
* Campurkan semua bahan di atas kecuali gula.
* Kacau sehingga sebati. Adunan ini agak cair (jika guna pewarna, titiskan pewarna dan esen pandan)
* Tapis adunan supaya tidak berketul-ketul
* Masukkan satu sudu besar adunan ke dalam acaun.
* Biarkan bebarapa saat kemudian letakkan 1/2 sudu kecil gula ditengah2nya.
* Penuhkan acuan dengan 1 sudu besar adunan atau sehingga penuh acuan.
* Tutup dengan penutup periuk.
* Keluarkan kuih apabila telah masak (Saya cungkil pakai garfu)
* Jadikan kuih ini berkapel-kapel dan sedia untuk dihidangkan...

6 comments:

INA said...

Salam perkenalan Kak Sally..sedapnya kuih cara tu..salah satu kuih kegemaran waktu buka puasa..nnt leh try resepi nie..

Sally Rashid said...

selamat berkenalan INA..terima kasih sudi singgah kat blog yang tak seberapa ni..

rahel said...

Salam Sally..petang2 ada kuih cara..tentu enak dinikmati bersama secangkir teh o...

Sally Rashid said...

rahel..memang sedap..yummy..yummy

Sally Rashid said...

rahel..memang sedap..yummy..yummy

Nabilah Zamri said...

salam. semalam buat cara berlauk. dh sejuk tepungnya jadi keras skit. esok boleh cuba yg ni plaklh. harap2 x keras lh mcm yg smalam tuh..