Thursday, 26 January 2012

KEK CARROT WALNUT

Assalamualaikum..Selamat Pagi...

Hari ni gelap2 lagi dah keluar rumah. Si kecik Adeelia pun terpinga-pinga bila keluar hari masih gelap lagi.. yer lah kan..skrg ni subuh lewat..jadi kul 6.55 tu hari masih gelap lagi. Suami uruskan budak2nya kat tempat baru skrg. Pagi2 dah kena keluar. Dia kata..kalau nak dia hantar, siap cepat2. Kalau lambat..naib bas. huhuhu. Ginilah nasib kalau tak reti drive..terpaksalah ikut time suami.

Oklah..hari ni nak tayang Kek Carrot Walnut yang buat semalam. Semalam bawak Adeelia gi check up bulan ke 10. Bila semua dah selesai, balik rumah kejap iron baju untuk pegi opis. Sambil2 tu sempat gak mengacau tepung untuk buat kek carrot ni. Teringin nak buat kek carrot yang meriah ngan walnut ni sebab makan yang member opis buat hari tu..sungguh sedap. Bila tergigit walnut tu..ermmmm..nikmat tak terkata.

Mesti ada yang tertanya-tanyakan..Sally Rashid ni asyik buat kek jer..siapa yang makan..?? hehehe. Kita pun mcm tu jugak kalau jenguk blog member2 yang lain. Selalu fikir siapa yang makan. ahaks. Kita ada anak2 yang tengah membesar. Diaorg lah yang tukang makan. Lagipun kita kalau buat kek atau apa2..buat sikit jer..cukup untuk anak2. Kalau adunan tu banyak..kita kurangkan separuh. Tak lah membazir.





Resepi Kek Carrot Walnut ni kita ambik dari blog Mamasya. Yang ni pun kita buat separuh sukatan jugak. Sedang2 elok jer. Tinggalkan untuk anak2 separuh. Bawak untuk member2 opis separuh. Licin.
Buat kek carrot walnut ni mudah sangat...tak payah nak keluarkan mixer. Just pukul telur ngan senduk atau whisk jer. Pas tu gaul2 mcm buat cekodok.



Kalau ikutkan hati, memang nak letak walnut banyak2..tapi sebab first time mencuba buat kek ni..tak beranilah nak letak banyak2, takut tak jadi nanti membazir jer.. Masa dalam oven tu..kita terjenguk-jenguk sebab takut tak mau naik. Tapi alhamdulillah..cantik kejadiannya. Syukur..syukur. Di sebabkan adunan kita ni sikit jer..masa membakar pun tak lama..dalam 30 minit jer dah masak.

Rasanya sungguh sedap. Ada carrot, walnut dan ada rasa kulit kayu manis sikit. Sempurna...




KEK CARROT WALNUT

Bahan-bahan ( 1 biji kek )  (kita buat separuh sukatan)
* 2 1/2 cawan parutan carrot (lebih kurang 3 batang carrot)
* 4 biji telur
* 1 cawan minyak sayuran (kita pakai minyak jagung)
* 1 1/2 cawan gula putih (kita pakai gula perang sebab stok gula perang banyak..hehe)
* 2 cawan tepung
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 1/2 sudu teh baking powder
* 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis - letak 1 st
* 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg)- (kita tak letak pun)
* 1 sudu teh vanilla
* 1/2 sudu teh garam
* 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang (kita campur walnut dengan almond)
Cara-cara
- Panaskan oven 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
- Campurkan tepung,baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk nutmeg, garam dan ayak.
- Pukul telur dan gula sehingga sebati (tak payah pakai mesinl, pakai senduk kayu jer sebab tak payah - nak pukul lama lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan kacau sebati
- Masukkan vanilla, parutan carrot, dan kacang cincang. Kacau sebati, lepas tu tuang dalam tin kek, - bakar lebih kurang 40 minit ke satu jam...ikut saiz tin kek jugak...tebal atau nipis kek ni. Lepas 40 minit tu test la sekali sekala, cucuk ngan lidi.

2 comments:

mama sara nur said...

kek kegemaran sy ni he he sedapnye kan menikmati walnut ngan karot nyummy...

Cik Matahariku said...

sedapnya kek carrot ni..saya pun suka kek carrot ni, anyway salam kenal n done follow sini ya..:)