Wednesday, 30 November 2011

Kek Susu (Kukus)..memenuhi permintaan anak-anak

Assalamualaikum & selamat pagi...
Cuaca begitu sejuk sekarang ni kan..hujan turun setiap hari. Bila cuaca tak berapa baik..kesihatan anak2 pun terjejas. Azri Hafiz demam & batuk2..begitu jugak si kecik Adeelia. Hidung meleleh..batuk sampai mengganggu tidurnya...kesian sungguh. Semalam timbang..berat turun sedikit. Kesian anak aku... Bila tak sedap badan..manjanya melebih-lebih pulak...jenuh nak melayan kerenahnya.

Si abang pulak tiba-tiba bertanya..
"mama..buatlah kek susu.."
Kek Susu...??? ada ker...???
So..semalam sambil2 buat kerja..kita melilau kat internet..mencari kut-kut ada resepi kek susu versi kukus. Alhamdulillah...jumpa jugak akhirnya kat SINI .

Balik keje semalam..sambil2 layan kerenah Adeelia..sempat jugak mengukus kek ni.. tapi kita buat separuh dari sukatan asal. Bukan apa..buat cukup2 untuk sekali hadap jer...malas nak buat lebih2..malas nak menyimpan..hehehe

mainan Adeelia pun nak tumpang enterprem sekali...hehe


Hehehe..comelkan.. Kita kukus dalam acuan jeli. Ada yang tersenget-senget sikit sebab terlebih letak adunan. Bila kukus dia naik sampai melimpah2 keluar dari acuan..tu yang senget2 sikit tuh..hehehe. Kek ni rasa dia lemak2 manis gitu..sebab pakai banyak susu..nama pun kek susu kan...hehehe

Tang hiasan tuh...kita ikut jer kehendak anak2.. nak taruk jem blackcurrant..kita taruk. Pas tu nak letak ceri..kita pun letak lah... tu yang jadi rupa mcm tu...hehehe.
Apapun..yang penting keknya habis sekali serbu...dengan anak2 jiran sekali tumpang serbu..hehehe


Kek Susu (Kukus)
Sumber : nshafea

(resepi yang kita letak ni separuh dari sukatan dari resepi asal)
* 125gm butter
* 3 biji telur
* 1 1/2 cawan tepung superfine (pakai tepung naik sendiri pun boleh)
* 3/4 cawan gula halus (kalau nak tau manis sgt boleh kurangkan kpd 1/2 cawan)* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1/4 sdt asen vanila
* 1/4 cawan air (kita ganti dgn 1/4 cawan susu cair, bagi lebih rasa susunya)

* 2 sudu kecil ovalette (tiada dlm resepi asal tapi kita tambah)
Caranya
Panaskan pegukus telebih dahulu, penutup pegukus di balut dgn kain
Butter dan gula di bancuh hingga kembang
Masukan telur satu pesatu besama asen vanila. Kemudian masukkan ovalette
Masukan tepung beselang seli dgn susu yg dibancuh besama 1/4 cawan air (1/4 cawan susu cair)Loyang dialas kertas lenser dgn butter
Tuang adunan dlm loyang dan kukus selama 30 minit

Tuesday, 29 November 2011

Kuih Lapis Ceria

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ceria tak pagi ni..?? Kalau agak2 suasana pagi ni suram dan kelam..meh tengok Kuih Lapis Sally Rashid....tengok warna-warnanya..mesti anda semua tersenyum dengan cerianya..hehehe

Kuih Lapis ni hadir bagi memenuhi permintaan anak sulung si Azri Hafiz.
"Mama buatlah kuih yang lapis2 tu.."
Yer lah..lagipun kita dah lama tak buat kuih lapis. Last buat masa birthday Azreen, September lalu. Selalu kalau buat kuih lapis..buat loyang yang paling kecik tu. Sedang elok untuk makan satu famili.

Resepi kuih lapis ni pun asal-asalnya cari kat internet jugak. Mcm2 resepi kuih lapis yg kita cuba. Ada yang jadi..ada yang tak jadi. Ada satu resepi tu pakai banyak tepung ubi..sampai nak gigit pun liat..hehe

Akhirnya..setelah beberapa kali mencuba..dapat satu resepi yang betul2 best kat SINI . Dengan membuat sedikit olahan (mintak halal yer tuan punya resepi)..maka jadilah satu resepi yang betul2 sedap pada tekak kita. Licin, lembut, cukup lemak manisnya..yang penting bila nak makan..anak kita boleh tarik selapis demi selapis...itu yang best tu...hehehe


KUIH LAPIS
Sumber : RAIHAN SHAARI

* 1 cawan tepung beras
* 2 cawan santan sederhana pekat (caranya-campurkan 1 cawan santan pekat dengan 1 cawan air)
* 2 sudu besar tepung gandum
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung ubi (kita tambah bagi kuih nampak berkilat)
* 1/2 cawan gula pasir- boleh kurangkan 1 sudu besar jika ingin kurang manis (kita kurangkan)
* 1/4 sud teh garam
* sedikit pewarna merah dan perisa ros
Caranya :
1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7 inci. Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api. (kita tak panaskan pun)
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan santan. Gaul rata hingga tidak berbintil.

3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. (adunan ini menghasilkan lebih kurang 600ml bater) bahagi kepada 300 ml +/- setiap satu. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.

4. Masukkan loyang ke dalam kukusan. Tuang 100 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama 5 minit dengan api kuat. setelah lapisan pertama masak, tuang 100ml adunan merah. Kukus lagi. Ulang proses hingga habis 6 lapisan dengan diakhiri dengan lapisan merah.
5. Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong. Kuih lapis yang elok, boleh dimakan selapis demi selapis

Monday, 28 November 2011

Puding Roti...lagi

Sejak si kecik Adeelia tak berapa sihat nih....selalu fikir nak masak sesuatu yg lembut..yang semua org boleh makan termasuk si kecik ni.. Dekat2 nak masuk 8 bulan nih..dia tak mau makan bubur nasi..selera mcm org besar2..nak makan yang keras-keras..padahal gigi pun belum tumbuh lagi..kita bukan apa..makan tu boleh ajer..asal nak kita suap..tapi risau takut susah membuang nanti..

Tengok ada baki roti 3-4 keping..teringin pulak nak makan puding roti sekali lagi. Adeelia pun mesti suka..puding yang lembut dengan rasa susu yg lemak manis.

Masih lagi menggunakan resepi asal PUDING ROTI..tapi tak der pelangi...yg ni sajer-sajer buat corak lain pulak. Tapi yang ni lambat lah sikit sebab...agar2 berwarna tu kena sejukkan dulu..potong2 kemudian masukkan dalam acuan sebelum dituang puding roti di atasnya.

Bila dah siap...cantik jugak jadinya. Yang penting berwarna-warni..hehe. Adeelia pun suka.



LAKSAM Awal Muharram

Amboi Sally Rashid...3 hari cuti tak update blog...masuk2 jer terus LAKSAM Awal Muharram..hehehe.
Tu lah dia...dah lama nak makan laksam buatan sendiri..tapi hasrat asyik terbantut jer dek kerana periuk kukusan yang kecik...tak muat nak letak dulang untuk kukus laksam.. Nak makan terpaksalah beli. Bila beli..paham2 jer lah kan..ada jer yg tak kena dengan tekak kita.

Hari Sabtu hari tu..ajak suami kita ke Nilai 3..cari periuk kukusan yg besar sikit..bukan sikit..memang besarrrr punya..hahahaha
Ambik ko...nak kukus apa...nak kukus org pun boleh..hehehe

Bila dah ada kukusan yg besar..apalagi..mengukus laksam lah kita. Alhamdulillah...sungguh sedap. Buat 2 cawan tepung beras jer..tapi rezekinya melimpah sampai ke rumah pengasuh anak kita (Mak Bi yg memang pantang tengok laksam..hehe)


Mula2 bancuh tu..main agak2 jer sukatan airnya..biasalah kan..kali pertama nak kukus sendiri. Kalau kat kampung tu dah biasalah buat. So..main ingat2 dan agak2 jer ikut sukatan yg selalu buat kat kampung. Seb baik...sukatan airnya terus ngam..tak perlu tambah2 lagi. Dah cantik sgt dah...2 cawan tepung beras..dapat dalam 5 gulung laksam. Ikut saiz dulang kitalah..kalau dulang kecik..dapat banyak lagi lah kut..


Suami kita dulu tak suka makan Laksam nih..tengok pun dah pelik. Dia kata pelik makan benda mcm ni dengan kuah lemak... Bila kita selalu buat..skrg ambik kau.. kita belum siap potong..dia dah tadah pinggan..hehehe.


Ulam-ulamnya pulak..main hentam apa yang ada dalam peti ais jer..malas nak pegi pasar. Saya suka letak bunga kantan buat ulam..tapi kali ni tak der bunga kantan. Belasah jer lah. Kalau kat kampung..ulam-ulaman ni tak payah pegi pasar. Masuk dalam semak..kutip jer daun serai kayu..daun mata ayam..daun kesum ada kat tepi perigi. Kacang panjang ambik kat kebun depan rumah..selesai.


bahan untuk laksam
* 2 cawan tepung beras
* 2 sudu makan tepung gandum
* 4 cawan air
* secubit garam

 - campur semua bahan. Sapu minyak pada dulang. Kukus sehingga masak. Biarkan sedikit sejuk sebelum digulung.

bahan untuk kuah
* santan RM2
* 5 ekor ikan selayang (direbus)
* 2 inci halia
* 4 biji bawang merah
* asam keping secukupnya

- Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk bawang merah dan halia sehingga lumat. Masukkan isi ikan dan tumbuk sekali.
- Masukkan santan dalam periuk. Campurkan bahan tumbuk tadi dengan santan. Kacau sebatikan.
- Untuk rasa kuah yang lebih sedap..tumbuk/blend kepala dan tulang2 ikan tadi. Tapiskan airnya ke dalam santan.
- Masak kuah diatas api yang sederhana. Masukkan garam dan asam keping. Kacau sehingga masak.
- Hidang bersama ulam kegemaran dan sambal. Kita suka sambal biasa jer..kalau suka sambal belacan..silakanlah..ikut selera masing-masing. hehe

tip dari mek kito : air rebusan ikan jgn dibuang..masukkan sekali dalam santan...untuk menambahkan kesedapan kuahnya....
kita tak guna bawang putih..sebab tekak kita kata tak sedap kalau letak bawang putih..mek kito pun tak pernah letak...

Friday, 25 November 2011

Meehun Goreng Kicap Campur

Hai Sally Rashid...Meehun Goreng pun nak citer kat blog jugak ker..?? Semua orang pandai goreng meehun lah...

hehehehe..bukan nak citer pasal meehun tu..tapi nak citer pasal kicap campur. Sejak2 pandai buat kicap campur mcm Kak Nor, sampai skrg kalau nak goreng mee ker..meehun ker..goreng nasik pun pakai kicap campur ni jugak....sungguh sedap.



Sekarang ni kalau kalau buat..memang buat banyak. Boleh simpan dalam peti ais. Bila-bila nak boleh capai jer..heheh

Kalau nak tengok cara2 buat Kicap Campur..tengok SINI.

Thursday, 24 November 2011

CEKODOK UDANG

Ok..hari ni dari rumah sampai ke ofis, semua orang bersarapan dengan Cekodok Udang Sally Rashid. Cekodok terpaksa namanya nih...hehehe

Kenapa terpaksa..?? Alkisah..pagi tadi bangun lewat sikit..kul 5.00 (selalu bangun 4-4.30 pagi) sebab badan masih belum sihat sepenuhnya. Tekak masih sakit..nak menelan pun seksa sgt.

Masuk dapur pagi tadi..mata terpandang kabel peti ais terjuntai..tak terpasang. Siapa punya angkara nih...??? Kita bukak peti ais..tengok semua lauk2 kita cair lembik.. aduhai.

Apalagi..kita serang suami kita lah. Kepala ingat dia jer sebab dia yang balik lambat malam tadi. Lagipun seingat kita..sebelum tido, semua elok jer. Terpinga-pinga suami kita bila kita kata dia yang cabut. Tengah2 membebel..tiba2 anak sulung kita Azri Hafiz angkat tangan.
"Saya yang cabut ma...malam tadi masa nak tido saya bakar roti"
Aduhai anak...kenapalah tak sambung balik..?
"Saya tak tau pun kena sambung balik.." garu kepala jer lah mama dengar jawapan tuh.

Ikan, Ayam, Daging..ok lagi. Tapi udang semua dah penyek2..kepala semua dah tercabut. Nak buat Udang Celup Tepung pun dah sedap..tak fresh.

Akhirnya, ambik tepung..kacau-kacau buat cekodok. Sedap makan panas2..ranggup diluar lembut didalam..



CEKODOK UDANG (resepi versi campak-campak dan baling2..hehe)

* 1 cawan udang yang dipotong kecil
* 2 cawan tepung naik sendiri (tepung gandum pun boleh)
* 1/4 sudu kecil baking powder (kalau pakai tepung gandum letak 1 sudu kecil)
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 labu bawang besar dimayang (kalau suka bawang banyak leh pakai 1 labu)
* daun kucai secukupnya (potong yer..jgn masuk panjang2 gitu..hehe)
* 1 sudu kecil pati ikan bilis
* 1 1/4 cawan air
* 5 tangkai cili padi (selalu saya letak..tapi kali ni lupa pulak..hehe)

* Campur semua bahan..kacau sebati.
* Pastikan minyak betul2 panas...bila minyak dah panas..boleh perlahankan api dan goreng cekodok tadi. Saya suka pakai tangan. Dapat bulat2 cantik jer. Tapi pastikan jangan celup tangan sekali ke dalam minyak..kecuali kalau tangan anda kebal..hahaha.
* Goreng sampai keperangan..enak dihidang ketika masih panas..ranggup diluar lembut di dalam..

Wednesday, 23 November 2011

D.E.M.A.M.



Musim ker..??? Mungkin jugak sebab cuaca pun kurang baik sekarang. Sekejap hujan...sekejap panas melampau.

2-3 hari lepas risaukan si kecik Adeelia yang asyik merengek jer...ingatkan nak selsema sebab asyik bersin jer.. tapi tak pun. Alih-alih mama pulak yang kena.. Bila mama tak sihat..dapur pun tak berasaplah.

Rasa tak sedap badan ni bermula tengahari semalam. Tekak rasa perit..muka bahang semacam jer. Balik keje memang confirm tak boleh masak kalau mcm ni. Sendi2 mula terasa sakit sana sini. Nasib baik Mak Bi (pengasuh anak) bagi lauk semalam. So, tak payahlah sibuk2 fikir pasal nak ke dapur. Makan ajer lah apa yang ada.

Malam tadi memang tak boleh tidur.. badan semua sakit-sakit. Mengiring kanan tak kena..mengiring kiri pun salah. Kejap rasa sejuk sangat..kejap rasa panas pulak..aduhai

Pagi ni tetap datang ofis. Dah makan ubat ni rasa lega sikit. Harap2 demam bertambah baik..kalau bertambah teruk..nampaknya keje half day sajer lah hari ni

Tuesday, 22 November 2011

Siro Labu Mek Kito

Time beli labu  nak buat Muffin Labu tu..kita tak berhajat pun nak buat Sira Labu nih. Tapi tengah2 kupas labu..teringat pulak Sira Labu mek kita yang terkenal seantero kampung..hehehe. Orang kampung kita kalau kenduri kendara..nak buat Sira Labu..panggil mek buat. Mereka kata mek buat Sira Labu jadi cantik..pejal. Elok jer seketul-seketul. Macam mana dalam periuk..mcm tu lah dlm pinggan. Kalau yang diaorg buat...angkat nak letak dlm pinggan dah putus dua atau penyek.

Benda simple jer... kalau nak makan kul 12 tghari..jgn kul 8 baru nak rendam labu dgn air kapur. Mek kita selalu rendam semalaman. Nak makan esok..malam ni dah kopek labu. Lagi lama rendam air kapur..lagi elok. Masaklah selama mana pun..insyaallah labu tu tak hancur. Luarannya pejal dalamnya lembut. Sira labu ni manis..kalau ada kencing manis..jgn makan tau..hehe

Sekarang ni jarang dah kenduri kendara buat Sira Labu. Kita kalau nak makan Sira Labu..tak payah tunggu kenduri. Beli labu besar sebijik..buat sira. Satu periuk kejap jer habis dikerumun adik beradik..hehe

Lebihan labu untuk Muffin tu cuma ada 3 potong jer... 3 potong pun 3 potong lah. Janji leh buat Sira. Kalau dari awal plan nak buat Sira..mahu kita beli labu yang besar gedabak. hahaha. 3 potong tu cukuplah untuk kita sorang..anak2 dengan suami tak makan. Suami kita kata pelik makanan nih. Biasalah..orang Negeri Sembilan biasa yang pedas2 jer.

Pagi2 tadi jerang labu atas dapur. Siap jer tunggu sejuk kejap..pas tu terus ngap. hahaha..habis 3 ketul tu kita balun sorg2..ambik kau.




Kita tak letak resepi yer..sebab kita tak tahu nak tulis sukatan bahan macam mana..sebab selalu bila masak Sira Labu ni..kita agak-agak jer bahan2nya..ikut banyak mana labu yang kita ada.
Kita tulis bahan2nya sahaja...kalau nak buat..pandai2 lah agak banyak mana bahannya yer..

* Paling penting, rendam labu dlm air kapur semalaman.
* Susun labu dalam periuk..letak santan hampir2 separuh susunan labu tadi.
* Letak gula melaka secukupnya
* sedikit garam
* Daun pandan
* Masak sehingga kuahnya hampir kering dan pekat. Nak keringkan pun boleh tapi kita suka ada kuah sikit..
* Jgn risau kalau terlebih santan..sebab kalau rendam labu semalaman..labu tak akan hancur wpun masak dalam tempoh yg lama.

MUFFIN LABU KUKUS

Hari tu duk skodeng-skodeng dapur org..terpukau dengan Muffin Labu Kukus dari dapur Izahdaut. Cantik sungguh muffinnya...kita ni kalau masak2 pakai kukus nih..teruja lah nak buat..almaklumlah..belum ada oven. Tak lama lagi kita nak pegi redeem point kat Seng Heng..nak ambik oven idaman itu..hehehe

Balik pada kisah muffin izah tu..kita terpesona sungguh dengan warna muffin yang kuning tuh..ingat letak kaler..tengok resepi..tak der letak kaler pun..rupanya kuning labu original. Oleh yang demikian..semalam singgah kat Pasar Tani Putrajaya..sambil2 beli lauk..beli sebijik labu yang saiznya sebesar kepala Adeelia. Beli kecik jer lah sebab nak pakai bukan banyak pun..dalam 125g jer.

Berserah jer time kukus muffin nih..sebab duk tinjau-tinjau dapur org..nampaknya ramai jugak yang tak berapa nak menjadi buat muffin nih. Ada yang kata tak berapa nak gebu..tak berapa nak senyum..ada yang senyum meleret..ada yang senyum lebar..ada jugak yg ketawa terbahak-bahak..akakakaka

Bila siap..ermmmmm..puas hati jugak dengan hasilnya. Teksturnya sungguh gebu dan lembut. Tang senyum tu..kita tak berani lah nak cakap.. Tengok sendirilah..dan kategorilah muffin kita ni senyum mcm mana..meleret ker...herot ker...senyum menggoda ker...ekekeke.

Gambar pulak tak berapa nak clear..dahlah pakai kamera zaman Hang Tuah...ambik gambar pulak sambik dukung anak.. Tangan tak berapa nak stabil..bila tangan goyang..gambar pun tak berapa nak cantik.




MUFFIN LABU KUKUS
Sumber : Terima kasih Izahdaut & Wendy

* 125gm steamed pumpkin flesh
* 1 egg
* 120gm sugar
* 100gm evaporated milk or coconut milk (saya guna santan)
* 30gm corn oil

* 180gm cake flour (saya guna tepung naik sendiri)
* 20gm rice flour
* 1.5tsp baking powder (saya kurangkan sbb pakai tepung naik sendiri)

1. Prepare your steamer and bring the water to a boil
2. Put steamed pumpkin flesh, egg, sugar, milk and oil in blender and whizz for 30 seconds.
3. Sift cake flour, rice flour and baking powder into a mixing bowl.
4. Make a well in the center of the flour mixture and pour the blended ingredients into the well. Mix until well combined.
5. Spoon into lined steaming cups and steam on high heat for 15 minutes. It will bloom by itself, no need to make a cross with oil.




Monday, 21 November 2011

Ayam Masak Kicap Mak Bi

Ayam..ayam..ayam..asyik2 ayam..asyik2 ayam...tapi nak buat macam mana kan...dah nama ada anak2 yang tengah membesar..memang lah diaorang suka ayam. Kita yang dah terlebih dewasa ni (hehe..nak cakap tua rasa mcm istilah terlampau lah pulak..hehe) dah jemu makan ayam. Kalau balik kampung..suka masuk semak cari bahan. Dapat kutip pucuk beko..pucuk mengkudu..pucuk serai kayu..itu lah yang sedap pada tekak kita.

Bila dah jadi mak orang..masak pun kenalah ikut selera anak-anak. Dah lama dah Mak Bi, pengasuh anak kita cakap yang anak-anak kita suka sgt kalau dia masak Ayam Masak Kicap...masukkan bunga kantan katanya. Tapi tu lah..dari sehari ke sehari asyik terlupa jer nak masak Ayam Masak Kicap style Mak Bi..

Tengok kicap campur lebihan masak Kuewtiaw Haufan hari tu ada lagi..bunga kantan pun ada sekuntum dalam peti ais...jadi..kita pun masak Ayam Masak Kicap Mak Bi. Bertambah-tambah anak kita makan. Lain kali boleh buat lagi Kicap Campur...sedap digunakan untuk masak apa saja.


Resepi kat bawah ni hanya untuk 7 ketul ayam jer..hehhee..kita memang masak semangkuk jer sebab hanya anak2 yang makan ayam..kita dengan abahnya lebih suka ikan masin..hehehe. Kalau ada yang teringin nak ikut resepi ni..kalau nak masak banyak..pandai2 lah tambah kuantiti bahannya.

AYAM MASAK KICAP MAK BI

- 7 ketul ayam (saiz kecik)
* 4 biji bawang merah
* 3 biji bawang putih
* 1/2 inci halia
* 2 sudu besar cili kering kisar/giling (kalau tak suka pedas..boleh kurangkan)
- 1/2 labu bawang besar
* 1 kuntum bunga kantan
* 2 helai daun limau purut
- sedikit kulit kayu manis
- 1/2 cawan kicap campur (terpulang kepada tahap kemasinan dan kemanisan kicap masing2. kita punya kicap masin manisnya dah cukup..tak payah tambah garam lagi)
- 1/2 cawan air

Cara :
- Kisar dan tumis bahan bertanda* sehingga naik bau/pecah minyak.
- Masukkan kulit kayu manis kemudian asukkan cili kering kisar.
- Masukkan pula kicap campur dan air.
- Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan ayam (kalau nak goreng dulu pun boleh jugak..tapi kita tak suka goreng..suka masuk terus supaya rasa kicap tu sebati dgn ayam).
- Didih sehingga kuah pekat. Kalau tak pekat boleh letak tepung jagung.
- Gunakan deria rasa untuk memastikan masakan anda menepati selera masing2. Masukkan bawang besar. Biarkan seketika.
- Ayam Masak Kicap dengan aroma bunga kantan dan daun limau purut sedia untuk dihidang...




Sunday, 20 November 2011

Cucur Susu Lemak Manis (kegemaran kanak-kanak)

Hehehe..ini tayangan yang masak semalam yer.. bukan fresh dari oven.. Kita bekerja..siang2 gini mana leh masak-masak..

Semalam anak buah kita datang kat rumah. Sehari suntuk lah jugak. Datang main dengan kazen dia (anak-anak kita lah). Budak kesunyian macam ginilah...hari minggu datang cari kawan. Anak tunggallah katakan..

Bila dia datang..kesibukan kita kat dapur meningkat sekali ganda. Bukan apa..anak buah kita ni mempunyai badan yang sihat (3 kali ganda anak kita) dan perut yang sihat. Asyik lapar jer..
Tengah2 main..mesti tanya "Mak Teh..ada apa nak makan..?? Aliff rasa laparlah.." hehehe
Nak tak nak..buatlah apa2 jer yang boleh letak atas meja...yang boleh dicekup bila2 diperlukan.

Budak ni suka manis2..sebab tu badan montel. Jadi kita buat Cucur Susu Lemak Manis resepi dari Kak Fida MyResepi.. Kita dah banyak kali buat cucur ni sebab anak2 kita suka teksturnya yang garing diluar tetapi lembut di dalam.

Kalau ikut resepi Kak Fida..dia pakai Susu Cair/Susu Segar..kita dah cuba semuanya.. tapi pakai susu tepung adalah hasil yang terbaik setakat ni (citarasa kita..citarasa org lain mungkin berbeza)
Seronok buat cucur ni..terutama bila tengok dia membulat dalam kuali..sesuailah dengan tukang makan pun..bulat jugak..hehehe





Cucur Susu Lemak Manis
Sumber : Kak Fida MyResepi

  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sk baking powder
  • 1/2 sk bicarbonate soda
  • 6 sb susu manis (lebihkan jika suka)
  • 1/2 cawan susu segar/cair (kita pakai susu tepung anak kita..hehe)
  • garam secukup rasa
  1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati.
  2. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan... :)
  3. Angkat cucur dan hidangkan

Kek Kukus 7-Up

Sehari dua ni agak letih sikit melayan kerenah si baby Adeelia. Merengek tak sudah-sudah. Tanda2 selsema nak datang tu memang ada..asyik bersin jer. Bila tak sedap badan..asyik nak bergantung kat kain kita jer lah kejenya. Bila kita duduk..terus dia kerabat naik atas riba..bergantung kat mana2 yg dia boleh pegang. Bila kita bangun nak ke dapur..dia bergayut kat hujung kain...aduhai anak...

Tapi dalam pada payah dan susah tu..sempat jugak mencuba Kek Kukus 7-Up. Dah lama simpan resepi dari Yat Maria. Nampak dalam peti ais ada satu tin &-up yang belum berusik... Anak2 tak elok minum air gas..biar mama buat kek ok..hehehehe

Kalernya memang mengujakan. Tapi ada pulak gua-gua kecil pada lapisan kedua dan ketiga. Lapisan pertama ok jer. Mungkin sebab agak ambik masa untuk dikukus..tu yang jadi gua tu kut (agaknya la..hehe). Mama memang seronok tengok kaler2 yang meriah tu..tapi si abang minta letak coklat kat atas (errrmmm..memang hantu coklat). Mama pun cairkan coklat..buat topping. Bila dah ada topping..time potong mulalah tak semenggah..mencacatkan warna kek ku yang menawan.

Tapi tak per lah..kan masak2 untuk family...tak cantik sikit2 tak per..yang penting sedap. Kalau chef profesional..tak boleh lah sememeh mcm ni..jatuh saham..hehehe






KEK KUKUS 7up Sumber : Yat Maria

Ingredients ( loyang 4 segi 9" )
5 biji telur
220 gram gula
150 g Tepung Cake (Bluekey)
150 g Tepung Gandum
1/2 sudu besar ovalette
180ml - 7- up/Cream Soda (aku tukar ke sprite)
2 sudu besar susu pekat
pewarna merah,biru,hijau

Method
Pukul telur dgn gula sampai kembang 
masukkan ovalette , pukul lagi. 
Masukkan tepung diselang selikan dgn air 7 - up tadi.kemudian masukkan susu pekat, kacau sebati 
Bahagikan adunan kpd 3bhgn utk dibubuh color.kukus selapis demi selapis. setiap lapis lebih kurang 7 minit 

*utk elak air kukusan menitis atas permukaan kek, tutup loyang ngan aluminium foil atau balut tutup pengukus ngan kain.

Thursday, 17 November 2011

Kuewtiaw Haufan

Gara-gara teruja dengan N3 K.Nor secubit garam semalam...tak sabar2 pulak nak masak Kuewtiaw Haufan nih. Plan asal nak masak pagi minggu nanti..tapi tekak dah tak menahan nak telan...tu yang buat pagi ni. Buat lebih..tinggal kat rumah separuh..bawak kat opis separuh.

Siap buat kicap campur sekali...lebihannya ada simpan kat peti ais. Lain kali nak masak boleh pakai lagi..hehehe

Seperti yang K.Nor buat...kita pun tak letak ajinomoto..kita letak nise jugak.


Siap letak cili api tue..hehehehe




Memang sedaplah Kuewtiaw Haufan nih... member2 opis semua cakap sedap.

Ini yang kita bawak kat opis..sempat ambik gambar sebelum bekas tu kosong..hehehehe

Resepi... (K.Nor Secubit Garam)

Bahan A :500gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh
1 pokok sawi - basuh dan potong2
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung ~ k.nor guna 2 sb jer sbb tak nak pekat sgt (kita ikut K.Nor)
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur
sedikit lada sulah

Cara memasak :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

KICAP CAMPUR
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto ~ k.nor skip tp gantikan dgn gula nisan (saya pun skip jugak)hehe

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

Wednesday, 16 November 2011

Spiral Mantou

Malam tadi si abang suh buat Pau..tapi mama buat yang tak der inti punya...kata abang.. Hehehe..
Abang memang suka makan pau..tapi intinya selalu diketepikan. Yang menghabiskan intinya siapa lagi kalau bukan mama..haha. Bila sebut pau tanpa inti..teringat resepi Spiral Mantou yang diceduk dari http://kurniaanmu.blogspot.com/. Ok..apa kata kita cuba.

Selalunya kalau nak makan Spiral Mantou ni..beli jer yang segera kat pasaraya..balik kukus. Paling suka kalau belah tengah sapu kaya dengan planta...ermmmmm..sungguh sedap.

Bila dah siap kukus..adalah rupa Spiral Mantou...tapi kurengggg cantik..bukan kureng..memang tak cantik pun.hahaha. Kalau nak bandingkan dengan empunya resepi..jauh langit dengan bumi.hehehe. Tapi tak per lah kan...sekurang-kurangnya kalau buat lagi lepas ni..kita leh buat penambahbaikan.

Inilah hasilnya...ekekeke. Tak cantik kan..???


Lepas ni kalau buat lagi..nak kena canai lagi nipis..pas tu gulung biar banyak sikit baru nampak cantik belang-belangnya...

Apapun..bangun pagi tadi..sebelum pegi sekolah..si abang dah ngap dah..sedap katanya. Bawak sikit untuk kawan2 kat opis...

Resepi (http://kurniaanmu.blogspot.com/2011/06/spiral-mantou.html)


Bahan2
  • 180g Air
  • 3.5g Yis
  • 350g Tepung di ayak (kita guna tepung pau)
  • 25g Gula Caster (yg ni kita lebihkan sikit )
  • 10g Minyak (kita guna minyak jagung )
  • 1 tbs Serbuk Koko
Cara :
  • Satukan semua bahan kecuali serbuk koko kedalam mangkuk bersih. Uli sehingga terbentuk doh yg licin n tak melekat di tgn, kalau kurang air boleh tambah sbb kita tambahkan air.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian, satu bahagian sebanyak 330g dan satu bahagian lagi seberat 220g.
  • Ketepikan doh yg berat dan ambilkan doh yg beratnyer 220g tadi dan campurkan dgn serbuk koko, uli doh tadi sehingga kaler serbuk koko td menjadi sebati(utk proses ni kita tambahkan air sikit masa menguli) Uli sehingga doh menjadi licin dan rata.. Rehat doh tadi selama 5 minit.
  • Ambil roll pin dan rollkan doh kosong menjadi segiempat tepat lebih kurang 30cmx20cm canai nips dan ketepikan.
  • Ambil pula doh coklat yg direhatkan tadi dan roll kan seperti doh kosong tadi tetapi lebih kecil sizenyer berbanding dgn doh kosong tadi.
  • Sapukan keseluruh permukaan atas doh putih tadi dgn air dan letakkan doh coklat di atas permukaan doh kosong yg telah disapukan air tadi, tekan2 sedikit supaya melekat diantara doh coklat dan doh kosong.
  • Selepas itu sapukan keseluruhan permukaan atas doh coklat yg telah dilekatkan td dgn air dan gulung seperti membuat swiss roll (lihat gmbr bwh) Pastikan kedua dua doh td melekat.
  • Potong kepada 8 bahagian, dan alaskan dgn baking paper yg telah di gunting terlebih dahulu(mcm buat pau tuu)
  • Biarkan doh mengembang selama 30-45minit di dalam pengukus.
  • Tambahkan air didalam pengukus, panaskan sehingga air mendidih dan kukus doh tadi selama 15 minit dgn menggunakan api sederhana 

Monday, 14 November 2011

Puding Karamel Lapis Special (resepi k.nor secubit garam)

Tertarik dengan gambar yang begitu menggoda oleh kak nor http://www.secubitgaramnor67.com/. Walaupun resepinya nampak panjang berjela tapi hati gigih nak mencuba.. Balik godek2 bahan..sambil2 perhatikan si kecik Adeelia yang begitu lasak sejak dua menjak ni. Mula kul 6.00 ptg..siap dlm kul 8.30 mlm...lamanya..hehehe.. bukan apa..buat sambil main2 ngan anak. Lagipun buat puding ni nak kena sejuk satu persatu..ambik masa sikit.

Kita letak 2 keping roti gardenia. Kalau karamel biasa anak-anak tak berapa suka..so letak roti baru diaorang makan. Namanya masak untuk keluarga..jadi kenalah ikut selera keluarga..tak gitu..hehehe

Untuk serbuk coklat pula kita tukar kpd Coklat emulco + serbuk koko + milo.. Guna apa yg ada kat rumah..hehe.

Setelah mengukus dan melapis..inilah hasilnya. Terima kasih k.nor atas resepi yang hebat ini.


Rupanya tidaklah secantik yang k.nor Secubit Garam buat..tapi untuk kali pertama rasanya ok lah kut..hehehe.

Pagi ni siap bawak untuk kawan2 opis rasa...depa kata sedap..hehehehe


PUDING KARAMEL LAPIS SPECIALresipi : K.Nor@SecubitGaram

K.Nor guna casserole saiz 22cm x 22cm
Bahan utk puding:
1 tin susu cair
1/4 tin air (tin susu cair)
5 sudu besar gula castor
4 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar serbuk coklat
1/2 sudu kecil coklat emulco
Bahan utk gula hangus:6 sudu besar gula
2 sudu besar air panas

Bahagian utk puding buih:1 paket serbuk agar2 (12gm)
2 biji telur
500ml air
5sudu besar gula
1 sudu teh esen vanila

chocolate rice secukupnya

Utk membuat gula hangus:Masak gula dgn air dengan api sederhana hingga gula cair dan bahagian tepi gula menjadi perang/keemasan.
Kacau perlahan2 dan teruskan masak hingga gula bertukar menjadi perang/keemasan keseluruhannya.
Padamkan api dan tuang ke dalam kaserol/casserol (atau mangkuk tahan panas) utk membuat Puding Karamel Lapis.
Utk membuat puding karamel:Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih.
Satukan susu, air, telur, gula dan esen vanila kedalam sebuah mangkuk.
Kacau perlahan2 hingga sebati (jgn kacau terlalu kuat dan lama) dan tapiskan.
Bahagi dua adunan.
Satu bahagian hendaklah dimasukkan serbuk coklat dan coklat emulco.
Kacau sebati dan tapis.
Masukkan aduan puding yg pertama (tanpa dimasukkan serbuk koko) ke dalam kaserol/casserole.
Kukus lebih kurang 10 minit.
Keluarkan dari periuk pengukus dan tuangkan adunan puding yg dicampur dgn serbuk coklat secara perlahan2.
Masukkan kembali ke dalam periuk pengukus dan kukus lagi selama 10 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari dari pengkukus dan biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais agar puding betul2 sejuk sebelum dituangkan adunan puding buih.

Utk membuat puding buih:Masak agar2 bersama air dan gula hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan esen vanila. Kacau sebati. Biarkan sebentar hingga adunan agar2 menjadi suam.
Bila adunan agar2 dah menjadi suam panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Keluarkan Puding Karamel Lapis dr peti ais dan cucuk2/gores2 sket bahagian atas puding dgn garfu (supaya adunan puding buih melekat pd puding karamel bila dah sejuk nanti)
Tuangkan adunan puding buih ke atasnya.
Sejukkan kembali dalam peti ais.
Tabur dgn chocolate rice sebelum dihidangkan..


Udang Celup Tepung

Wahhhh...pagi tadi sekali lagi masak Udang Celup Tepung. Hari minggu yang lepas dah buat dah..tapi versi breadcrumb.. Pagi2 tadi bancuh tepung ikut resepi http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/ . Sambil2 masak Ayam Masak Lemak Cili Api untuk hidangan anak-anak balik sekolah nanti..sambil2 bancuh tepung dan masukkan dalam peti ais. Pas tu bersihkan udang dan keringkan airnya.
Si kakak Azreen tanya..mama nak buat Udang Tempura lagi ker..?? hehehehe..yer yang tapi kali ni tak pakai breadcrumb... anak dara yang sorg ni suka sgt menyibuk time mama duduk dapur..tanya itu ini..harap2 besar nanti rajin masak mcm mama jugak..hehehehe.

Seronok tengok udang ni kembung dlm kuali...bila siap tak sabar2 nak ngap..ermmmm..sungguh sedap. Makan gitu aje pun sedap..sehingga menjilat jari..




Resepi dari E-na

Bahan-bahan:
  • 20 - 30 ekor udang
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

Cara Membuatnya :
  1. Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Biarkan selama 20-30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. (Goreng terus pun boleh)
  4. Udang di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
  5. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan bahagian ekor udang benar-benar kering.
  6. Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  7. Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  8. Bahagian ekor tidah perlu bersalut tepung.
  9. Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  10. Angkat dan toskan.
  11. Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya. (makan gitu2 jer pun sodapppp..)
TIPS
  • Pastikan bahagian ekor udang (yg tidak bersalut tepung) betul2 kering sebelum masak bagi mengelakkan dari minyak meletup.
  • Mungkin jenis tepung yang berbeza sukatan air pun berbeza...bancuhan tepung jangan cair supaya boleh melekat pada udang. Dan jangan terlalu pekat.... (80grm tepung dgn 100ml air tu memang dah ngam sgt)
  • Biarkan bancuhan tepung selama 20-30 minit sebelum digoreng untuk dapat salutan tepung yang kembung pada udang

Sunday, 13 November 2011

Kare Pan (Terima kasih Izahdaut)

10.11.2011..memasak untuk sambutan birthday si sulung Azri Hafiz yang ke 9. Dari awal lagi memang berniat nak buat Kare Pan. Hajat yang terpendam sejak ternampak resepi Kare Pan time jenguk blog Izahdaut (http://izahdaut.blogspot.com/). Tak terbuat sebab kat rumah tak der breadcrumb. Bila dah ada breadcrumb..apalagi..tak sabar2 nak memasak..hehehe

Alhamdulillah..hasilnya memang meletop...sedap sangat. Cuma time tutup tu tak berapa pas...ada yang menjadi cantik..ada yang ala-ala nak terbukak bila masuk kuali..lagi satu..ada yg jadi bujur..ada pulak yang jadi ala2 bulat..hehehe
apapun..yang cantik lagi banyak dari yang tak cantik..kira ok lah tu untuk percubaan pertama. Letak inti daging..lebihan inti yang buat pau hari tu...




Resepi... (100% ikut resepi izah. http://izahdaut.blogspot.com)

*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
untuk saduran : telur n breadcrumb 

Cara-cara
Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
Tumbuk2kan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagikan bulat2 kecil lebih kurang 20-30g setiap satu. Canaikan memanjang seperti membuat cek mek molek. Masukkan inti. Tutup dengan rapat agar inti tidak keluar semasa menggoreng. Buat sehingga habis.
Kocok2kan telur. Celup roti tadi ke dalam telur. Seeloknya gune penapis supaya senang nak angkat dan toskan telur yg berlebihan. Golek2kan ke dalam breadcrumbs. Buat sehingga habis. Rehatkan seketika lebih kurang 10-15min.
*saya ikut cara izah, sapukan telur menggunakan berus pada roti.
Panaskan minyak. Goreng pan tadi hingga keperangan. Angkat dan toskan. Enak dimakan panas2.
Intinya terpulang pada selera masing2.


Sambil2 tu selit jugak Puding Roti Karamel yang diceduk resepinya dari blog k.nor http://www.secubitgaramnor67.com/. Inilah kali pertama dapat puding yang cantik dan mulus. Terima kasih banyak2 tuan punya resepi.





Wednesday, 9 November 2011

Homemade Aiskrim

Pagi ni mood sungguh..sungguh ..sungguh happy. Rasa macam nak joget2 je. Rasa nak terbang ke langit pun ada gak…hehehehe

Bukan pasal bonus..ker apa ker
Tapi sebab berjaya buat aiskrim sendiri…muahahahahaha. Semalam menuntut dengan my fren Lin Salina cara2 nak buat aiskrim. Maka malam tadi sibuk memutar aiskrim…pagi ni bangun terus terkam peti ais..nak tengok jadi ke tak…

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

Alhamdulillah..alhamdulillah..tak sangka..menjadi jugak aiskrim ku.. Si Abang Azri Hafiz siap mintak nak bawak bekal aiskrim ke sekolah. :D
Mana boleh…. Cairlah…petang nanti makan ramai2 dengan kawan2 time sambut birthday. Letak perisa strawbery...memang lazat sehingga menjilat jari..


Sebelum tu sempat juga menjala Roti Jala. Balik keje semalam..tengok Gulai Kari Daging Korban ada berbaki lagi. Nasi dah habis. Pikir punya pikir..apa nak di makan dengan Gulai Kari nih…???? :hmm: :hmm:
Terfikir Roti Jala…mudah dan cepat..
Capai tepung…bancuh dan mula menjala. Alhamdulillah..anak2 suka. Azreen makan Roti Jala tanpa kari. Abahnya makan 4 ketul….hehehehe




Tuesday, 8 November 2011

Apam Beras Simple

Saya ni selalu masak Apam.. bukan apa..anak2 suka makan apam sebagai sarapan. Kalau buat banyak..siap bawak bekal ke sekolah lagi. Bila buat Apam..seronok tengok anak2 makan terutama si abang. Kejap2 dia cekup sebijik..kejap lagi cekup sebijik lagi..hehe

Selalunya saya buat Apam Tapai Beras..tapi kali ni buat apam yang simple jer. Pernah buat sekali tapi tak berapa nak menjadi..mungkin sebab tak blend nasi sampai betul-betul hancur. Kali ni buat betul2..blend nasi sampai jadi mcm tepung. Perap pun tak lama sangat...sambil2 buat keje lain..dah boleh kukus...

Alhamdulillah..kali ni menjadi dengan cantik dan lembut. Rasanya lebih kurang mcm Apam Tapai Beras jugak...cuma kalau Apam Tapai Beras tu teksturnya lebih lembut dan berderai manakala Apam ni agak kenyal sikit..tetapi tetap lembut dan sedap...
 






* 1 cawan nasi sejuk
* 1/2 cawan gula (lebihkan jika mahu lebih manis)
* 1 1/4 cawan air
* 2 cawan tepung beras
* 1 sudu kecil yis
* 1/2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar eno

- blend nasi dengan air sehingga betul2 halus.
- masukkan gula dan blend lagi
- masukkan tepung. yis & garam..blend sebati
- perap selama 3 jam
- sebelum dikukus masukkan eno dan biarkan sebentar (3 minit). Kukus didalam loyang atau acuan sehingga masak.
- saya pakai acuan..kukus selama 15 minit
- hidangkan bersama kelapa yang dikukus sebentar bersama daun pandan..

Monday, 7 November 2011

Nostalgia Nasi Himpit

Hari Raya Aidiladha  yang baru berlalu hari tu..banyak daging korban yang sampai ke rumah. Maka penuhlah peti ais dengan plastik2 daging korban. Dalam sebulan ni rasanya tak payah beli daging dah..hehe

Pagi raya kedua..tiba2 teringin nak masak Rendang Daging korban. Bila sebut Rendang..harusnya ada Nasi Himpit. Maka bergegaslah ke kedai mencari Ketupat Adabi. Tidak sampai 2 jam...rendang siap..nasi himpit pulak tengah tunggu sejuk untuk dipotong.




Mudahnya zaman sekarang...dalam beberapa jam sahaja Nasi Himpit tersedia. Bila2 masa boleh makan Nasi Himpit. Pada zaman saya kecik2 dulu..Nasi Himpit ni makanan pada hari2 istimewa sahaja termasuk Hari Raya. Sebab..bukan mudah nak membuatnya. Mak akan memasak nasi lembik selepas maghrib. Apabila nasi masak..dilenyek2 sehingga sebati kemudian ditepuk2..ditekan2 sehingga menjadi ketulan besar. Dibungkus pula dengan kain batik dan dihimpit dengan batu pengisar sehingga ke pagi esoknya. Sebab tu lah namanya Nasi Himpit..agaknya lah...hehehehe



(gambar hiasan semata-mata)

Dulu2..batu pengisar ni banyak berjasa pada kami sekeluarga. Kuih muih yang menggunakan tepung beras..semuanya bermula di sini. Penat tangan mengisar beras semata2 kerana mahu makan Laksam, cendol, Lompat Tikam dan sebagainya. Time rajin...bubuh beras sikit2..maka terhasil tepung yang halus. Bila dah letih..mula letak banyak2...hasilnya pun kasar berkematu. Bila mak check..tengok tepung kasar..tangan kita kena lepuk.... Sekarang..pengisar ni dah bertapa di bawah rumah. Tak pernah diusik pun..kesian dia..

Resepi Rendang Daging Korban Sally Rashid (versi hempuk2) hehe

* 1/2 kilo daging korban (kalau daging beli kat pasar..lain rasanya dari daging korban..hahahaha)
* Santan (agak2 jer..saya pakai santan 2 hinggit beli kat pasar)
* 5 ulas Bawang putih
* 10 ulas Bawang Merah (saiz kecik punya..kalau bawang tu saiz besor2..jgnlah banyak sgt..agak2 lah)
* Halia (dlm 1/2 inci)
* Lengkuas ( dlm 1/2 inci)
* Kunyit (1/2 inci)
* 5 batang Serai
* 10 tangkai cili padi (kalau nak pedas..letak lebih)
* 5 sudu besar cili kering yg dikisar
* 1 sudu teh ketumbar
* Daun Kunyit (untuk diblend dan dihiris halus)
* Daun Limau Purut (untuk diblend dan dihiris halus)
* Kerisik (2 sudu besar)
* Asam keping/garam/gula (secukup rasa)

Cara :
- Baling semua bahan ke dalam blender kecuali santan dan kerisik. Daun kunyit dan daun limau purut diblend sekali (ikut cara chef wan..kekeke). Tinggalkan sedikit untuk dihiris halus.
- Masukkan bahan kisar dlm kuali/periuk. Baling daging ke dalam periuk yg sama (jgn periuk lain..nanti rendang tak jadi)
- Masukkan santan dan sedikit air. Biarkan mendidih dan tunggu hingga daging masak. Kena kacau dari masa ke semasa...kalu tak hangit kat bawah..atas tak masak. Boleh tambah air kalau daging belum cukup empuk.
- Bila daging dan empuk dan pecah minyak...masukkan asam keping/garam/gula secukup rasa.
- Masukkan kerisik/daun kunyit/daun limau purut yg dihiris.
- Bila dah agak kering..boleh diangkat. (bagi yang nak makan basah2 mcm i punya tu..biarkan berkuah sedikit..)

Kek Jalinan Kasih di Aidiladha

Citer punya citer pasal kek kukus dengan kawan kat FB..tiba2 ada member bagi resepi kek kukus yang diberi nama Kek Jalinan Kasih (terima kasih Lin Salina). Cari2 kat Myresepi..ada jugak resepi yang sama dari Kak Fida yang diberi nama Kek Velvet Ombak Beralun. Resepinya nampak mudah..semua bahan pun ada dirumah. Jadi..malam menjelang Aidiladha..apabila anak2 semua sudah lelap dibuai mimpi..saya pun mengadun tepung dan memukul telur. Bunyi lentang lentung didapur membuatkan anak sulung ku terjaga dari tidur. Terus dia teruja tengok mamanya sedang mengadun tepung...lalu dia pun tumpang sekaki...menyibuk..hehehe. Tengah tunggu kek masak...si sulung kembali terlena..hehe

Pagi Aidiladha..saya menghidangkan kek ini dengan sirup oren. Sungguh sedap dan anak2 pun teruja. Rasa masam manis memang peberat i..hehehe

Masalahnya...corak tak berapa nak cantik. Kalau Jalinan Kasih..ini bukan jalinan dah ni..ini Kasih Bersimpul Mati..hehe. Kalau Velvet Ombak Beralun pulak..ini bukan Ombak Beralun lagi dah..ni badai tsunami namanya..hahaha. Apa pun..yang paling penting rasanya sedap. Lain kali kalau buat lagi..saya akan hadkan penggunaan warna yang ntah apa2..hehehe






Rasanya dah ramai yang tau buat Kek ni...apapun, kalau ada yang nak cuba..silakan

KEK JALINAN KASIH @ KEK VELVET OMBAK BERALUN
(terima kasih Lin Salina & Kak Fida Myresepi)

  • 5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
  • 1 cawan gula halus (saya kurangkan kpd 3/4 cawan)
  • 2 cawan tepung gandum - ayak (saya guna tepung naik sendiri)
  • 1 sk baking powder (saya kurangkan kpd 1/2 sudu sbb dah pakai tepung naik sendiri)
  • 1 sb ovallete
  • 1/2 sk garam
  • 1 sk esen vanilla
  • 1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g)
  • 10 sb mentega cair (100g)
  • warna pilihan
  • Secukup serbuk koko atau serbuk milo (boleh campur kedua2 skali)  (saya pakai milo jer)
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.  
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.
  7. Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuk lapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  8. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  9. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  10. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.